JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, June 30, 2010

Universiti Darul Iman (UDM) > UNiSZA




Pertamanya ingin diucapkan tahniah buat adindaku, Nuridayu Amirruddin kerana berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Darul Iman atau kini digelar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu dalam kos Ijazah Sarjana Muda Antropologi & Dakwah. Harap disana nanti sentiasa sabar dan tekun dalam mencari ilmu. Sentiasalah berdoa kepada-Nya agar diberikan sesuatu yang terbaik oleh-Nya. ini langkah pertama untuknya di pusat pengajian tinggi...kita berkayuh perlahan asal sampai ke daratan. Insyaallah Ada rezeki lagi boleh sambung ke peringkat yang seterusnya.

Tuesday, June 29, 2010

aku hanya......~

Aku hanya mahu jadi orang yang baik,
Malakukan kebaikan supaya
Orang lain dapat manfaat..

Jika aku tak mampu..
Janganlah kiranya aku buat kejahatan..
Atau kejahatan dalam kebaikan..
Biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

Kini ku lemah
Namun tak pula aku ingin lemah untuk selama-lamanya..
Aku berharap aku kan kuat..
Dan aku mohon sangat-sangat..
Biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan..

Dengan itu aku berusaha..
Dan Engkau saja tempat aku mengadu..
Kerana Kau teman yang setia Ya Allah..

Redhailah aku..

Wednesday, June 23, 2010

Selamat Hari Bapa...



Selamat Hari Bapa kepada semua Ayah, Papa, Daddy, Walid, Abah dan Baba..
selamat hari bapa kepada semua bapa di dunia..
sesungguhnya jasamu terlalu banyak..
sangup berkorban ape sahaja demi anak mu
sangup mengambil segala risiko dalam pembela nasib anak-anak mu
garang mu bukan benci..
tegas mu adalah pendinding
namun sayang mu tetap utuh dalam jiwa
kebanggaan mu adalah kejayaan anak-anak..
biarpun tak pernah terucap oleh mu..
namun cukup ku tahu isi hati...
kerana aku anak mu..

Ya Ilahi....
Kurniakan rasa bahagia untuk ayah
Berikan ketenangan pada ayah
Semaikan benih cinta untuk ayah
terima kasih ayah..
.....selamat hari bapa.....
terima kasih ayah atas kasih sayang yang tak bertepian !! no one can replace u in my heart.. semoga kasih sayang dan rahmat-Nya sentiasa mengiringi ayah..

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia ~

Thursday, June 17, 2010

Jutaan Terima Kasih..




hye..di kesempatan nie aku nak wish million thank to doctor & nurse WAD A HOSPITAL BESAR MELAKA (Dengue Ward) atas layanan dan perhatian mereka ketika my mom berada di ward..penat lelah mereka menguruskan my mom di waktu my mom tak berdaya..THANKS A LOTS!!

Wednesday, June 16, 2010

kU BukaN Aku

Ada lagi yang belum kenal Tilu? dulu.Kalau baca pun tak kenal-kenal jugak, meh nak ketuk kepala sekali. Haha.




Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)



aku memang suka lagu nie wat masa ini.caller ringtone aku pun lagu nie.jangan tanya kenapa ok.sebab complicated nak jawab.huhuhu..gedixs sgt!uhuhu

Kalau nak dengar lagu Ku Bukan Aku versi lelaki pulak, boleh dengar versi Maulana. Dengar kata Tilu makin famous lepas Maulana nyanyi lagu ni dekat konsert AF, betul ke? Tapi, aku tak minatlah suara macam Maulana.. over sangat. Hihi.

Friday, June 11, 2010

Rancangan-Nya

Lebih dari suka
Hampir kepada sayang.

Aku ingin sekali
Mencari dia yang namanya tertulis dalam buku takdirku.

Aku ingin sekali
Mencari dia yang namaku tertulis dalam buku takdirnya.

Saat aku berasa yakin sekali dialah orangnya
Saat itu juga hati ini terdetik ragu
Saat itu juga rasa takut kehilangannya
Saat itu juga rasa tak mungkin memilikinya
Saat itu juga jiwa ini menjadi sepi.

Lalu aku selalu saja jadi buntu
Gantung di tengah jalan.

Lalu aku selalu saja jadi pasrah
Serahkan semua pada takdir.

Tapi mungkin ini jadi yang terakhir.

Kerana perancangan Tuhan itu sempurna sekali.
Dan indah.

Wednesday, June 2, 2010

Israel Ini Manusia ker Aper??!!

Salam buat semua...

Semalam seluruh dunia dikejutkan dengan serangan tentera zionis terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa aktivis misi Gaza dan juga bekalan bantuan terhadap penduduk Gaza. Yang mana akibat serangan ini, beberapa sukarelawan maut dan ramai yang tercedera....


Apa yang mampu dunia lakukan hanyalah mengutuk perbuatan kejam Israel nie melalui pemimpin negara masing-masing dan juga hanya melakukan demontrasi di jalanan. Hakikatnya, Israel hanya memekakkan telinga dan meneruskan lagi serangannya terhadap rakyat Palestin...


PBB macam biasalah, hanya wayang semata dan pasti akan memberikan keputusan yang berat sebelah demi melindungi anak emasnya itu. Mengapa pemimpin dunia hanya mampu mengutuk dan mengecam tindakan Israel, tanpa ada ada tindakan yang betul-betul memberi impak yang besar terhadap Israel dan seterusnya menghentikan kekejaman di Palestin?









P/s : Syukur kepada Allah SWT kerana 12 rakyat Malaysia yang turut berada di dalam kapal tersebut selamat, dan pada ketika entry ini ditaip sebuah lagi kapal yang membawa sukarelawan Malaysia dan Ireland masih lagi terus bertekad meneruskan pelayaran menuju ke Gaza. Semoga mereka semua dalam lindungan Allah AWT dari Israel yang kejam...Amin...

Tuesday, June 1, 2010

Tuan Rumah SUKMA ke-XII, Melaka 2010


LOGO SUKMA NEGERI MELAKA


MASKOT SUKMA NEGERI MELAKA

Sebagai rakyat Melaka aku terpanggil plak untuk mempromosikan sukma Melaka.


SUKMA merupakan sukan tahunan yang amat berprestij. Negeri Melaka telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi SUKMA XIII, Melaka 2010 dan bertemakan "Harmoni Dan Cemerlang" dengan mengambil semangat Sang Kancil sebagai logo dan TUAH sebagai maskot rasmi SUKMA XIII Melaka 2010. Bersama-samalah kita menjayakan temasya Sukan Malaysia yang akan berlangsung pada tahun 2010