JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, July 30, 2010

Calon Akhir Imam Muda




Episod Akhir Imam Muda 2010 bakal berlangsung pada haro Jumaat, 30 Julai, jam 9 malam disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Kuala Lumpur, Saksikan 2 sahabat baik bersaing dengan pendapat dan hujah menarik lagi bernas tentang isu ugama dan masalaah sosial. Seorang dari lepasan luar negara dan seorang lepasan Universiti tempatan.



ASYRAF, nama penuh Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, berasal dari Pulau Pinang, dilahirkan pada 12 Februari, 1984, dan berusia 26 tahun dan sudah berumahtangga. Aysraf, bertugas sebagai seorang Imam berpendidikan Ijazah Sarjanah Muda dalam jurusan Usuluddin dan Fikah, dari Univeristi Malaya, Kuala Lumpur. Asyraf ingin mem...ecahkan tradisi namun mahu ia dilakukan berlandaskan prinsip Islam.




HIZBUR, nama penuh Hizbur Rahman Omar Zuhdi, berasal dari Baling, Kedah, dilahirkan pada 1 April, 1983, berusia 27 tahun sudah berumah tangga, Hizbur bertugas sebagai Guru Tahfiz berpendidikan Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir) Universiti Al Azhar Mesir. HIzbur akui tanggungjawab yang diletakkan dibahunya cukup berat. ...Apapun Hizbur berserah pada Allah. Hizbur ucap terima kasih kepada semua penyokongnya.

Kalau nak banding dengan rancangan relaiti lain terutama hiburan macam AF, Mentor dan lain-lain, memang lain la kan. Kalau hiburan penuh dengan tepukan dan sorakan yang kadang2 macam lupa dunia hehe. Imam Muda ni lebih terdidik, lebih-lebih lagi tugasan minggu pertama ini mengenai Pengurusan Jenazah. Kalau jenazah yang biasa ok la lagi, ini jenazah yang tidak dituntut. Cuba anda fikirkan, bagaimana keadaan jenazah yang tidak dituntut, ermm..

Hadiah bakal pemenang Imam Muda.
1. Kereta bernilai lebih RM150,000
2. Pakej menunaikan haji
3. Wang tunai RM20,000
4. Komputer riba Apple Macpro
5. Berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi
6. Jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

P/s: one of the best tv programme. byk benda ilmiah yg kita bleh dapat dr cni.. tau ajelah, manusia yg serba kekurangan mcm kita ni, slalunya ‘tak berkesempatan’ nk google benda2 ilmiah mcm ni.. adanya program mcm ni sekurang2nya kt dpt tambah ilmu wpun x secara menyeluruh.. papepun tahniah pd finalis. dengarnya pemenang sbg cukup syarat je. yg penting kedua2 finalis ni dapat tajaan untuk sambung pelajaran ke mesir smp ke peringkat phd. alhamdulillah..

Wednesday, July 28, 2010

kepastian

apa aku rasa ini benar?
sahihkah??
kenapa aku tidak tahu..
kekadang aku tersangat memerlukan..
kekadang aku rasa nk buang jauh2..
kenapa masih tidak dapat aku lepaskan sakit semalam..
kenapa kesan itu tidak penah hilang..
apa sebenarnya
pelik sungguh..
benci aku pada dia
buat seksa hati sendiri

barang yang lepas usah dikenang
kalau dikenang merajuklah hati

Monday, July 26, 2010

Isnin..hari yang paling malas

Masuk kerja seawal pagi kebiasaannya. Selalu kalau sampai Lab, unlock komputer… lepas tu periksa email(apola kojo yg menanti). Kemudian rasa macam dah panas punggung, rehat sekejap untuk pergi sarapan. Sambil sarapan, bukak Gravity… masa ni rasa macam meriah seawal pagi. facebook berkicauan. Semua dok pakat sambil salam bersalaman. Satu budaya yang aku nampak amat meriah pada awal pagi untuk rakan facebook di Malaysia.
Dah masuk tengah hari sikit, mula dah datang bosannya. Tengok komputer pon mata dah layu. Masa rehat agak panjang lagi. Makan tengah hari pon sekejap je. Itu pon ada lagi baki waktu makan tengah hari. Mengadap komputer lagi ke? Bosannya… nak buat apa? Periksa email lagi? Nak buat macam mana. Kalau tak periksa kejap lagi ada la masalah yang datang.



Bosan ah membebel panjang panjang..hehehe layan Google la.. Sebelum tu, pastikan boss takda kat office tu. Karang tak pasal dapat warning letter plak. Owh lagi satu… pastikan kaki bodek dan mulut longkang pun dah keluar rehat….
Zasssssssss……..;)

Thursday, July 22, 2010

Bila Dimarahi Bos

ok admit
mmg salah aku
simpan sampul tu

i dunno
mmg salah aku

so bila kena marah bos
apa pon diamkan diri..iyakan sahaja katanya
walaupon rasanya tak la besar mana pon salah kita

but untuk bos
our small mistake akan mendatangkan
kerugian yg besar untuk syarikat

mungkin..mungkin
bersangka baik
mmg salah kita

mood sekarang ni: nak cari kerja baru

Wednesday, July 21, 2010

SITUASI...



Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku


aku tak mnat lgsung bunkface sbenarnye.
But Lirik nie aku suka ..
saje2 nk letak lirik lagu diorang.
x sala kan ??

Monday, July 19, 2010

~~Sayang...Rindu...Cinta..Sahabat~~



Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang...Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada !!Hidup tak perlu terlalu sempurna,tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati,ia sudah lebih daripada mencukupi. Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal.Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..SELALUNYA kita tdk menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita...

Friday, July 16, 2010

HARGA MINYAK NAIK LAGI | GULA PUN NAIK? | TERKINI 2010 |

Harga Barangan keperluan naik disebabkan kerajaan mengambil langkah berani dalam merasionalisasikan subsidi secara berperingkat. Apa pandangan anda sebagai Rakyat? Adakah ini membantu?Dengan kenaikan harga minyak yang meningkat 5 sen,sebagai pemandu kereta aku pasti akan terasa impak (melainkan aku orang kaya).



Dengan pelancaran rasionalisasi ini bermakna Kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta untuk tahun 2010. Gula juga akan mengalami pengurangan subsidi iaitu sebanyak 25sen dari pihak Kerajaan. Adoiii....bertambah lagilah bajet aku...Apa pendapat anda semua mengenai Kenaikan ini?

Thursday, July 15, 2010

kenapa aku tulis blog?


Semenjak berkecimpung sebagai blogger ni, aku banyak dibawakan maklumat dan berita dengan hanya melompat ke sana ke mari dari satu blog ke satu blog. Indah juga dunia IT ni.Ingatkan dunia percintaan aku je yang paling indah..hahaha. Walaupun tak semua cerita dan perkhabaran dalam blog-blog lain aku suka dan pada masa yang sama mungkin memedihkan atau menjengkelkan, tapi itu semua informasi. Ada yang berguna atau ada juga yang perlu dicampak terus ke tong sampah. Aku perlu berhati-hati juga untuk menapisnya.

Macam-macam sebab orang tulis blog. Dah jadi macam soalan wajib SPM pula “kenapa saya tulis blog?’’. Akupun jadi terfikir-fikir, ye tak ye, kenapa pulak aku menulis dan sibuk-sibuk nak punya blog.

Jawapan aku senang je, suka hati aku la, nak buat blog ke, nak buat bom ke, janji aku bahagia. Kurang ajarnye jawapan kan?
kenapa aku tulis blog?kenapa anda tulis blog?kenapa kau tulis blog?

soalan yang selalu diutarakan pada aku.

kau ada blog ke?

sama juga.soalan yang selalu ditanyakan pada aku.

kenapa aku tulis blog?sebab aku suka menulis.sebab itu.aku suka untuk memberitahu apa yang aku rasa.aku suka untuk berkongsi apa yang ada dalam fikiran aku.

aku mahu orang tahu apa yang aku sedang fikirkan,maksud aku bukan yang berkaitan tentang hal-hal peribadi la kan.yang tak terlalu peribadi.

aku suka membaca.apa jua jenis bahan bacaan,lebih-lebih lagi yang berkait rapat dengan minat aku.blog orang pun aku suka baca.bukan dengan niat hendak menyibuk,cuma ada sedikit rasa mahu berkongsi,mahu tahu tentang pendapat,perasaan dan isi hati orang lain.

mungkin ia berguna untuk aku pada masa hadapan,siapa tahu.

kenapa aku tulis blog?



aku tulis blog,aku setup blog sebab aku mahu berkongsi apa yang aku minat dengan orang lain.aku bukanlah blogger yang dominan,yang popular seperti orang lain.tak mengapa.tak penting pun itu semua.cukuplah sekadar aku tahu aku siapa,dan dalam blog ini sahaja yang aku jadikan medium untuk aku memberitahu orang tentang rasa yang ada dalam hati aku.

ada orang menjadikan blog untuk mengutuk orang lain,memaki hamun musuh-musuh mereka.aku tiada musuh,mungkin.jadi,aku tak perlukan jadikan blog aku yang tak seberapa ini sebagai medan untuk mengutuk orang lain.

aku juga tidak jadikan blog sebagai tempat untuk aku memberitahu aktiviti harian aku kerana tiada apa yang exciting pun tentang kehidupan harian aku.haha.cukuplah sekadar luahan rasa untuk sesuatu perkara dan sedikit pengalaman ke atas sesuatu perkara.

blogging.ini juga salah satu kegunaan,kebaikan teknologi.gunakan sebaik-baiknya.

thanks....da..............

Monday, July 12, 2010

VIVA LA ESPANA ...



aku suke giler weyh... hepi nk mampus... hahaha
ok, masa tulis ni pun macam nak gelak2
bukan ape, aku kagum dgn tekaan si sotong psikik ni
semua yg die teka semuanya tepat
katanya 100% tepat sampai takat ni

bile sotong ckp spain menang
aku pun agak yakin spain menang
aku cuma menanti bile spain gol
tapi aku tgk takat half time je
mata dah tak leh tahan ngantuk
sampai termimpi-mimpi nak tahu sape menang

ni gambar pak sotong si tukang nujum world cup
yang namanya paul, berumur 2 tahun...
tak lama lagi kene masak buat sotong kangkung
sbb world cup dah nak abis.. hehe



bg yang tak tahu pasal sotong ni
google je psychic octopus
banyak la artikel pasal ramalan si sotong ni...
glemer giler si sotong ni skrg...
aku & geng tak abis2 cakap pasal si sotong nie
cayalah pak sotong... miahahaha..;p



p/s:hebat sungguh sotong tu,
apapun kita x bole lah percaya sgt,
syirik,
hurm~~~~
pada abg2 kt tmpat kejer aku yg bengang giler tgk aku happy arini..jgn mara aaa...Spain menang..tula,...before game m'gutuk2 Spain,,skang>>..
dah terang lagikan bersuluh...........
Brazil,Argentina,Holland x layak...hihihihi...(suka cik abg aku biler favourite team dier menang..hmmm berbaloi-baloi smpai ngantok g kejer hihihi)

Thursday, July 8, 2010

KUALA TERENGGANU + UniSZa



3/7/2010
Selain dari berjalan-jalan di Pasar Payang, aku sempat gak la pergi ke Taman Tamadun Islam (masjid kristal) yg menjadi kebangaan rakyat Terengganu..



Selepas tu aku ke Unisza untuk sessi pendaftaran pelajar baru (adik aku)..
Aku bertolak balik ke Melaka jam 5 ptg. Seperti dijangka, sampai di Melaka jam 1 pagi (10 jam perjalanan tu)membuktikan aku pecah rekod bawak kereta ke destinasi paling jauh di pantai timur..aperpun Ganu Kite memang best…



Ini antara kenangan yang paling bermakna walaupun letih dan pastinya akan sentiasa dalam ingatan.Aku tahu ada yang sayangkan aku dan sanggup buat apa saja untuk buat aku gembira dan tersenyum riang.Segala pengorbanan akan sentiasa aku ingat dan kalau aku mampu,aku pasti akan membalasnya insyaAllah.





Disebalik dugaan yang Allah turunkan,ade manis yang boleh kita kenang.Walaupon dalam masa yang singkat,tapi ianya mampu mengembalikan kembali semangat yang hampir hilang.Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi,itulah pesanan dia.

Impian Menjadi Kenyataan, Spain ke Final :)




Memang tak sangka wooo, team yang aku main for fun untuk PES 2010 boleh sampai ke peringkat final. Aku sangat gembira bila dapat tahu yang diorang ni berjaya mengalahkan German yang berjaya mengalahkan Argentina. ekeke...

Jadi kepada peminat Germany, jangan risau. Lagi 4 tahun kan ada? hehehe...

Akhirnya Spain berjaya mengekang barisan muda Jerman untuk melangkah ke final dengan bergaya. Terima kasih kepada Kapten Barcelona, Carles Puyol dengan tandukan hebatnya pada minit ke 73.

P/S: Sepanyol bukan saja mempunyai pemain berprestasi tinggi,malah turut mempamerkan corak permainan yg begitu hebat & tersendiri...

Tapi....aku kecewa dengan persembahan England yang sangat buruk permainan mereka terutamanya bahagian defend....tapi Tahniah buat Germany kerana mempamerkan persembahan yang cukup baik bagi aku...aku tertarik dengan kata-kata kawan aku di status FB nya...England main untuk 'club' tapi Germany main untuk negara...ehmmm ada betulnya jugak... : )

Thursday, July 1, 2010

Bertanya Pada Hari"



Hari........
Mengapa Begini ?

Hari.......
Mestikah Begini ?

Hari.......
Perlukah Begini ?

Hari.......
Adakah Begini ?

Hari........
Selalukah begini ?

Hari........
Mengapa tidak begitu ?

Hari ...... !!!!!!!
Hati bertanya

Hari ........ !!!!!
Mengapa tidak dijawab pertanyaan hati ???

HATI ...........
BERASABARLAH MENANTI.....
HARI MENGERTI.......
HARI CUMA TIDAK PASTI.......
NAMUN HARI SEDANG MENCARI......
SEBUAH JAWAPAN UNTUK HATI........