JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, August 30, 2010

Bendera Malaysia Dibakar...Sungguh Kurang Ajar!!!

alahai...
indonesia...
kita berbudi...
dia buat tuli....
kita bantu....
dia jadi hantu....
kita mengaku serumpun..
dia mintak kita pula mohon ampun...

tak hairanlah..
macam2 bencana Allah turun kat depa..
dari banjir sampai gempa bumi..
bila dah senang..
hadoi..
jalur kita dibakarnya..


puisi di atas dipetik dari blog Mazidul Akmal SideK



Hari tu aku tak sempat buat entry nie..ke ‘busy’ an kerja yg melanda tidak menyempatkan aku mengulas terhangat nie.Rasanya belum terlewat lagi kan!

Pada ketika seluruh umat Islam di negara kita sibuk dengan ibadah puasa, sekali lagi bendera Malaysia yang kita semua cintai dibakar oleh negara jiran kita. Yang mana negara ini adalah negara yang paling hampir dengan negara kita ini iaitu Indonesia! negara yang serumpun dengan negara kita...
Kejadian ini adalah rentetan dari peristiwa penangkapan 3 orang penguatkuasa perikanan negara mereka oleh PDRM di perairan negara kita yang mana penguatkuasa perikanan mereka telah terlebih dahulu menangkap 7 nelayan Malaysia yang didakwa telah mencerobohi perairan negara mereka...(ini kes keliru dan salah faham nie).

Selain membakar bendera Malaysia, pejabat kedutaan Malaysia juga turut diserang, mujurlah tiada pegawai Malaysia yang cedera atau terkorban. sebenarnya perkara ini boleh selesai dengan berbincang, tak perlulah rakyat Indonesia nak bakar bendera dan serang kedutaan Malaysia tue...
Aku pun hairan sungguh dengan sikap segelintir rakyat Indonesia nie, entah kat mana dorang semua letak otak diorang. Nasib baiklah rakyat Malaysia nie penyabar dan masih berfikir mengikut akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, kalau tidak, tak dapat aku bayangkan apalah yang bakal terjadi...
Mereka sebenarnya tak sedar, ramai jugak rakyat Indonesia yang masuk secara haram ke negara kita ini dan kemudiannya melakukan jenayah seperti merompak, membunuh, merogol, pecah rumah dan sebagainya. Kalau ikutkan hati, memang rakyat Malaysia nie nak halau saja semua rakyat Indonesia yang mencari rezeki kat Malaysia nie, tetapi kita masih ada perikemanusiaan...

Aku harap agar semua rakyat Malaysia jangan terikut-ikut dengan perbuatan segelintir rakyat Indonesia yang membakar bendera negara kita itu. Biarlah mereka bakar, pijak dan mencopkan kita sebagai pengecut. Kalau rakyat negara Malaysia pengecut, tak akan ada rombongan bantuan untuk rakyat Palestin yang sanggup mengadai nyawa demi memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel...
Adakah rakyat Indonesia tidak mengenangkan bantuan yang sering diberikan kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia apabila negara itu ditimpa bencana. Boleh dikatakan negara Malaysialah yang selalunya paling awal jika hendak dibandingkan negara lain menghulurkan bantuan jika negara itu sedang dalam kesusahan. Bukan ingin membangkit, cuma berasa terkilan dengan hal ini...

Besarlah harapan aku agar perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin, nelayan Malaysia pun dah dibebaskan, begitu juga dengan 3 orang penguatkuasa perikanan Indonesia. Biarlah perbincangan isu sempadan Malaysia dan Indonesia nie dibincangkan dengan baik dan cermat...


P/S:aku rasakan, ape kate kalau PM g je halau pendatang asing especially indonesia tu, sebabnyer die orang tu tak tau diuntung...biler susah mulalah nak minta simpati dari kita (malaysia)tapi biler kesilapan sikit mula lah nak heboh satu dunia ni..uishhh naperlah indonesia camtu eark..wat PM Indonesia, telek2lah rakyat yang tak tau diuntung tu k..

SALAM KEMERDEKAAN KE 53




Assalammualaikum & Salam 1 Malysia.
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53 yang pada esok hari , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca blog saya tak kira apa bangsa korang ataupun agama yang dianuti sekalipun. Kita adalah 1 MALAYSIA!
Janganlah kita memandang kepada perbezaan antara kita. Lihatlah pada persamaan yang ada pada kita. Persamaan itulah yang akan menguatkan perpaduan kita. Kita memang diciptakan berbilang bangsa dan puak oleh Tuhan yang satu untuk saling mengenali dan menghormati di antara satu dengan yang lain.Akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 53 thn.. Semoga merdeka kali ni dapat memerdekakan lagi diri kita. “1 Malaysia Menjana Transformasi “ tema kemerdekaan pada tahun ini.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Wednesday, August 25, 2010

this song is so touching

this song is so touching… i really likes it… tapi lagu nie betul-betul lagi menyentuh hatiku kerana……….

hanya aku yg tahu segalanya..

Tak Mungkin Kerna Sayang -Aliyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti




........Dia, mengingatkan aku pada lagu ini…kenapa sekarang dia hadir tatkala aku hampir berjaya melupakan dia??Tolonglah…..Jangan Cari Aku Lagi!

Dulu aku tertanya..
Mengapa mesti aku kau kecewakan? Mengapa mesti aku kau lukai? Mengapa mesti aku kau khianati? Mengapa kau juga yg meyakiti ku? DAN Mengapa kau juga yang akhirnya mencari aku????

…..Tidak!! Aku Tidak Mungkin Berpaling Padamu…. !!!

Seharusnya ini berakhir,…kenapa datang lagi?

Friday, August 20, 2010

Sedikit Firasat Hati Untuk Dikongsi.

WHY???
WHY WE CLOSE OUR EYES WHEN :
1. WE CRY???
2. WE SLEEP??
3. WE IMAGINE SOMETHING??? and ....

This all because everything yg indah2x, tidak dapat dilihat...
We all are weird & our life also complicated. Ketika kita berjumpa dengan some1 yg searah & sama2 aneh dengan kita, kita akan bergabung dengannya & jatuh ke dalam satu keanehan perasaan yg dipanggil CINTA.
There are people yang kita tak nak tinggalkan, things that we CANT lepaskan. Tp, ingatlah wahai hati dan perasaan....
MELEPASKAN BUKAN BERERTI PENGAKHIRAN...
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, yang disakiti, yang mencari dan yang mencuba.. Dalam urusan CINTA, kita jarang menang. Namun ketika cinta itu tulus , walaupun kalah, aku tetap menang, kerana aku berbahagia dapat mencintai seseorang lebih dari aku mencintai diri aku sendiri.

-Believe 2 Miracle-

Tuesday, August 17, 2010

mungkinkah……..

Lirik lagu nie punye bnyk makne yg tersirat di sebalik yg tersurat…best gler lirik die nie..mkn dlm 2…congrats sheila coz u deliver thiis song very well…mungkinkah….mungkinkah……..arghhhhh…..;-p


Sheila Abdul - Mungkinkah

seperti ada yang tak kena
di saat melihat ke arahmu
saat kau berpaling dan tersenyum
dunia jadi luar biasa

maafkan andainya ku mengganggu
ku bukan membaca fikiranmu
ku hanya ingin mengenalimu
dan tahu ku menyukai kamu

mungkinkah ku teman biasa
seawalnya kita berjumpa
kucinta kau tidak terasa
pedih saatnya
mungkin bila tiba saatnya
kita akan tetap bersama
mungkin kita kan jatuh cinta
mungkinkah

maafkan andainya ku mengganggu
ku bukan membaca fikiranmu
ku hanya ingin mengenalimu
dan tahu ku menyukai kamu

mungkinkah ku teman biasa
seawalnya kita berjumpa
kucinta kau tidak berasa
pedih saatnya

mungkin bila tiba saatnya
kita akan tetap bersama
mungkin kita kan jatuh cinta
mungkinkah
mungkinkah ku teman biasa
seawalnya kita berjumpa
kucinta kau tidak berasa
pedih saatnya
mungkin bila tiba saatnya
kita akan tetap bersama
mungkin kita kan jatuh cinta
mungkinkah

Monday, August 9, 2010

AHLANWASAHLAN YAA RAMADHAN!!



HADIRMU DIRINDUI, PERGIMU DGN HARAPAN DAPAT JUMPA LAGI, KUKUHKAN TARBIYYAH, GANDAKAN IBADAH, MANTAPKAN JUNDIYYAH…
SELAMAT MENJALANI DAN MENIKMATI IBADAH PUASA…
SALAM PERJUANGAN MENGAPAI LAILATUL QADAR!!
SELAMAT BERJUANG MERINTIH REDHA, RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH S.W.T.
SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BERMAKNA BUAT SEMUA..

Friday, August 6, 2010

penat Nyer menjaga..

salam
jam 3:25 pm
6/8/010

mata aku NganTuk....
huhuhu...
aku baru lepas request shipment utk customer samples
bnyak benda lain nak settle.....

dlm ke"busy"an yang meLanda nie...
sempat gak berfikir aboUt something,..
dan tercETUSlah persOalan2 yg kadang-kadang aku takde penyelesaiannya

aKu mula berfikir... diMana silapnya...kenapa jadi cam ni....duLu ok je....
seKarang ni cam RumiT je~


apa yg aku nak citer sebenarnya ni....????aku Pun dah cOnfius...huhuhu....
td aku ader borak ngan member aku...pasal Susah kalu nak puaskan hati suma pihak...tak mampU...
before ni dia ada "prObLem" tP tak pasti nak share Ngan aku x......akhirnya....berbicara...satu demi satu aku cuba singkap...
huhuui....apa yG dia rasa lebih kurang ja apa yg aku rasa.... DUNIA PERSAHABATAN... adakalanya kita rasa kita dah cukup kenal insan yG kita gelar
SAHABAT+RAKAN+TEMAN+KAWAN...... tp pada hakikatnya... tidak...aku cuba g tau dia.. hari2 yg kita tempuh nie... adalah hari untuk kita kenal sapa sahabat kita.. dan hari2 adalah hari2 untuk perubahan.... jd tak de yg TetaP......jD sahabat2 kita ni akan berubah dari semasa ke semasa... mungkin disebabkan environtment n pergaulan harian buat semua orng berubah.. dalam sedar n tak sedar....

ayah aku penah pesan... walau ape sekalipun jGn pernah sakitkan hati orng... walaupun orng tu kite tak suka.. tak kira la laki ke perempuan... cakap elok-alok ..." aku pengang kata2 tu... tP adakala aku tak mampu...tewas gak... sebab aku tak tahan.. kesabaran aku ada batas.. KORANG pun mesti x leh tahan kan....tuk jg ati suma org??? MUSTAHIL!! aku cuba Tuk jaga ati suma... x sakitkan ati orng... tP kadang tak bErjaya.... sbb dah terlalu lama aku tahan rasa tu... SETIAP KALI NAK SAKITKAN ATI ORNG... MESTI INGAT AYAH... AKU SAKITKAN ATI ORG BERSEBAB.. XDER NIAT SEBENARNYA... AKU BERTINDAK BILA AKU RASA CAM AKU DAH KENA "KANSER" COZ akhirnya rasa sakit tu aku yg dapat akibat terlalu jG perasaan Org....
aku pUn sedar... kadang2 aku pun selalu sakitkan ati orng... dan Org2 tu pun bnyak bersabar ngan aku... NI LA adat hidup di dunia SAKIT N DISAKITI....!!! MENJAGA TP TAK TERJAGA!!!

biar la orng nak kata per pun..... aku dah terlalu penat untuk buat baik ngan semua... huhuhu...
aku takde niat utk tuntut kebaikan yg aku buat dengan mengharap balasan yang baik jugak....cuma aku pelik... kena org tak leh berfikir.....??? kadang2 rasa diri ni cam bOdoh gila.... asyik ikut jer cakap orng ....nak jaga ati punya pasal... sampai tak dibEri ruang tuk jadi diri sendiri..... ni la pRoblem aku sekarang....[aku ni cakap jer lebih... tak sampai ati pun nak terus sakitkan ati orng]...
tp plz la... jgn paksa aku wat camtu....
aku tak nak Ingkar pada Pesan ayah aku.....cam ner??....
apa yg aku leh wat sekarang...
TERUS BERSABAR..
TEBALKAN LAGI DINDING KESABARAN TU ..bg aku
DENGAN BERSABAR Jer
eVERYTING will Be FIne...
insyaallah....(AL SOBRU MINAL IMAN)

Wednesday, August 4, 2010

KENAPA MELAYU SINONIM DENGAN DENGKI??

Aku tertanya-tanya kenapalah masyarakat melayu ni suka sangat dengan dengki mendengki. Kadangkala dengki ini menjadi-jadi sehingga memudaratkan orang lain. Sehinggakan sanggup menggunakan bomoh dan ilmu hitam untuk menjatuhkan orang lain.

Inilah Melayu Bangsaku..!!

Hari ini kita lihat dikalangan orang-orang Melayu, sifat dengki ini sering bermain disekeliling kita dan inilah punca orang melayu lemah dalam pelbagai sektor dan sudut sebagai contoh di dalam bidang ekonomi yang pada hari ini dikuasi oleh orang cina, di dalam sudut pendidikan yang mana hari ini bangsa lain yang jauh lebih cemerlang daripada bangsa melayu dan banyak lagi contoh-contoh perbuatan yang menghancurkan orang melayu daripada maju yang berpunca daripad sifat dengki.
Di dalam sektor ekonomi terutamannya dalam bidang perniagaan, orang melayu tidak boleh lihat perniagaan di sebelahnya maju. Ini kerana ia telah menjadi pesaing dan musuh perniagaannya sehingga ada yang sanggup mencari bomoh untuk merosakkan perniagaan disebelah kedainya. Hari ini kita masih boleh jumpa lagi ada orang melayu yang sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk menghancurkan perniagaan jiran mereka yang merupakan juga orang melayu. Ada di antara mereka yang menggunakan sihir, santau dan lain-lain cara untuk merosakkan jirannya. Oleh yang demikian, perbuatan inilah yang meruntuhkan ekonomi orang melayu yang berpunca daripada sikap orang melayu itu sendiri yang selalu dengki.
Namun dengki ini bukan sahaja bermain di dalam bidang ekonomi semata-mata, malah di pelbagai sudut. Antaranya dalam skop jiran tetangga, persahabatan, kekeluargaan, perkongsiaan hak dan sebagainya.

Aku bukan nak kata aper,,sepanjang 7 tahun aku bekerja dibawah naungan masyarakat cina ,Aku kagum dengan masyarakat Cina di dalam perniagaan. Mereka mencetuskan persaingan yang sihat antara mereka dan membantu antara satu sama lain. Pernah atau tidak korang ingin membeli sesuatu di kedai Cina tetapi barang tersebut telah tiada? Agaknya apa yang akan di lakukan oleh penjual Cina tersebut? Penjual Cina itu akan memberitahu kedai sebelah ada, atau dia sendiri akan pergi ke kedai sebelah mengambil barang. Betul tak?
Cuba jika di kedai Melayu yang kita pergi dan di sebelah juga adalah kedai Melayu. Jangan harap dia akan cakap kedai sebelah ada. Itulah ragam peniaga Melayu dan semua ini disebabkan perasaan dengki.
Baik dari apa jua pekara dengki ini tetap ada dalam hati orang Melayu dan tidak tahu bila ia akan berakhir. Kebanyakan adalah kerana dengki kepada bangsa sendiri. Ia bagai tidak sedar diri, diri sendiri adalah bangsa apa. Hal ini sendiri diakui oleh kawan-kawan aku yang kebanyakkannya bekerja di sektor kerajaan.. diorang mengadu pada aku yg si polan dan sipolan nk jatuhkan diorang untuk merebut pangkat dlm satu organisasi..lepas tu pantang kawan-kawan ader hp baru ke,tukar kereta ke,beli rumah ker dier nak jugak sedangkan itu sumer di luar kemampuan mereka…last2 tanggung la hutang tak mampu nak bayar dengan basic yg tak seberapa..aku terkedu jugak dengar seribu satu ragam manusia yang cuba disampaikan oleh kawan2 aku yang rajin meng ‘post’ buletin..

dengki nie kan sinonim dengan perbuatan buruk yang dilakukan oleh manusia kepada manusia lain demi untuk kepentingan diri sendiri. Namun adakalanya dengki ini ada kebaikkan kerana ia merupakan satu rahmat Allah swt kepada hamba-Nya. Kita sebagai manusia tidak perlu dengki dalam bentuk negatif tetapi kita perlu bersifat dengki dan bentuk yang positif seperti contoh dengki kerana orang lain kaya dan kita berusaha untuk jadi kaya namun jalan untuk mencapai kekayaan itu perlu dilakukan dengan cara yang betul. Kita dengki sahabat kita berjaya di dalam peperiksaan dan kita berusaha bersungguh-sungguh agar kita juga mencapai kejayaan tanpa menghancurkan dan meruntuh serta menjatuhkan maruah dan memberi kemudharatan kepada orang lain. Dengki yang positif ini sangat susah untuk dilakukan kerana sikap orang melayu yang suka melibatkan orang lain. Orang kita suka melihat orang lain binasa dan kecewa, mereka diibaratkan oleh sarjana seperti ketam yang tidak boleh melihat orang lain naik ke atas dan cuba untuk menarik orang yang di atas ke bawah.
ingatlah bahawa kita jangan mudah dengki dengan orang lain lebih-lebih lagi jangan dengki dalam bentuk negatif yang membawa kemudaratan kepada orang lain. Dengki yang positif diharuskan dan jangan dilebih-lebihkan kerana takut ia membawa kepada perkara negatif pula.

Akhir kata, aku ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kisah ini tidak melibatkan mana-mana yang hidup mahupun yang sudah meninggal walaupun ia merupakan kisah benar untuk dijadikan tauladan kepada kita yang masih dalam perjalanan menuju ke penghujung kehidupan.

Wallahu a'lam….

Monday, August 2, 2010

Asyraf Juara Imam Muda



Alhamdulliah akhirnya Jumaat malam hari tu telah dinobatkan johan Imam Muda musim pertama. Memang ternyata Asyraf lebih menonjol dan telah melaksanakan tugasan dengan cemerlang.

Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan telah terpilih sebagai Imam Muda terulung. Memang layak beliau di umumkan sebagai pemenang kerana cara beliau menyampaikan kutbah dan hasil tugasan memang cemerlang.

syahdunya bila mendengar alunan azan daripada Mohd Taufed Mohd Noh dan Nuri Ali Arbain membuka tirai Imam Muda malam penentuan

Turut diumumkan sebagai kejutan ialah hadiah tawaran biasiswa pakej Perak melanjutkan pengajian ke MEDIU kepada lapan peserta Imam Muda lain. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung, sebuah Iphone, trofi dan sijil penyertaan.

Siapa yang menang di ucapkan tahniah dan yang kalah bukan bermakna beliau tidak bagus . Syabas buat kedua-dua peserta akhir Imam Muda Astro Oasis untuk musim pertama dan juga 8 Imam Muda yang lain.



Semoga program keagamaan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ianya banyak memberi kebaikkan dan manfaat kepada masyarakat islam di Malaysia dan juga dunia islam lain.
Syabas dan Tahniah buat semua peserta Program Imam Muda 2010.

P/s:Mula2 memang target imam Hizbur sebab perwatakan nampak lebih matang. Tapi rezeki lebih kepada Asyraf.