JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, October 26, 2010

kenangan itu kenangan terindah..


Izinkan aku memulakan bicara hatiku.. maafkan aku seandainya bahasaku atau ayat yg bakal aku alunkan melukakan sesiapa.. aku tidak berniat begitu..
emm..
menyayangi seseorang bukan bererti kita harus memiliki dia..
ayat ini aku aplikasikan kepada situasi yang sedang aku alami.. apa yang mampu aku katakan cuma..proses membaik pulih diri agak sukar..namun, setelah kesulitan pasti ada kemudahan..aku ada membaca sebuah buku yng mengatakan…janganlah merasa terhimpit sejengkal pun, kerana setiap keadaan pasti berubah..dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar.sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul panji-panji kemudahan..namun aku bukan ma’sum.. kesabaran aku juga bukanlah sehebat wali Allah.. namun, secara peribadinya..sedaya upayaku…aku cuba menerapkan nilai sabar ini dalam diri.. kerana..kepercayaan aku tentang hikmah setiap kejadian amat kuat.. Allah tidak akan menjadikan yang sia-sia..kecuali manusia yg men'sia2kannya..
marah? subhanallah..jauhkan aku dari sifat marah itu… aku sudah mengetahui segala rahsia yg mereka sembunyikan..penyamaran dengan kata-kata kesat untukku..namun, sedaya upaya aku tidak marah pada yang berkenaan itu…aku mendoakan agar Allah hindarkan dugaan yang pernah aku lalui ini dari menimpa mereka.. sesungguhnya bukan semudah mata yang memandang…
“…matilah kamu dengan kemarahan kamu itu..” surah ali imran ayat 119 ambillah hikmah dari setiap kejadian..aku mula merasai hikmah ujian Allah yang satu ini.. formula yang aku temui..lawanlah mereka dengan diam seribu bahasa..sesungguhnya dengan ini aku mampu memperbaiki akhlakku…
aku ingin menjadi laksana batu di gua…. tetap utuh dan teguh walaupun diterpa titisan air setiap saat..malah..akan berdiri semakin utuh kerananya..
sebaiknya aku cuba melihat semua ujian ini dari sudut lain dari kesedihan… aku percaya..belum tentu semuanya menyedihkan, kebaikan pasti wujud..
secerah harapan..masa lalu itu kegelapan..masa depan dalam kesamaran..
namun untuk mengharungi masa hadapan..cita-cita..harapan..perancangan haruslah di sediakan..kita dianggap gagal sekiranya kita gagal merancang..itu janjiku.. setiap kali aku melafaz janji..aku akan berusaha mati-matian untuk mengotakannya..

ilmu penyuluh hidup amal bekalan perjalanan & akhlak hiasan jiwa dan peribadi menuju destinasi akhirat

Thursday, October 21, 2010

Tahniah ! ..Melaka Maju 20/10/2010 !



Ehem-ehem.. Salam, diucapkan tahniah kepada negeri Melaka yang telah berstatus negeri maju. Dirasmikan oleh DS Najib Tun Razak perdana menteri kita yang merasmikannya dari PWTC (putra world trade center) melalui sidang video visual (dah canggih sekarang nie).

Sebagai rakyat Melaka aku rasa teruja dan berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Melaka dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Aku jugak berbangga kini Melaka telah menjadi ikon serta kayu pengukur yang diteladani oleh lain-lain negeri di Malaysia, dengan hanya berlandaskan ketegasan pemerintahan dan sumber pendapatan terhad daripada industri pelancongan dan perkilangan. Syabas kepada Ketua Menteri Melaka dan rakyat Melaka yang telah menjadikan segala usaha satu realiti.



Aku juga turut berbangga bahawa sebuah negeri yg tak punya apa-apa hasil bumi atau lain-lain kekayaan asli telah berjaya dan kini setanding dengan Australia dan Poland. Melaka kini di iktiraf oleh OECD sebagai telah mencapai tahap sebuah negara maju didunia...

MELAKA MAJU SEANTERO DUNIO !! ;)

Monday, October 18, 2010

..AdeR aKu kis@h..

Setelah sekian lama aku melayan perasaan, sejak berbulan-bulan lepas, aku gembira. Gembira selepas lupakan dia. Dia yang menjadi sejarah hidup aku. Ya, dia bukan yang terbaik untuk menjadi teman aku. Kau tidak layak dihargai, kerana kau tidak menghargai. Haha. Ada aku kisah? Aku dah tak fikirkan semua tu. Haha. Sebab aku hanya buat konklusi, kebanyakan lelaki hanya tahu mencairkan hati wanita di awal perhubungan, tetapi tak ramai yang mahu atau dapat mempertahankannya. Huhu. Tapi tak semua lelaki. Tahniah kepada semua yang berjaya mengekalkannya sehingga ke akhir hayat, terutamanya pasangan berkahwin. Hehe. Melalut je aku ni. Entah la, tapi aku rasa happy dan bebas. Sejak aku bahagia menjadi fasilitator untuk adik-adik bawahan, sejak aku sentiasa ketawa dengan kawan-kawan aku, sejak aku melayan lagu Maher Zain, aku bahagia. Walaupun tiada teman istimewa (iyer ker??). Tak perlu semua itu. Haha. Tipulah kalau aku kata aku taknak teman. Aku manusia biasa. Tapi sekarang ni, aku tak kisah ada teman atau tiada. Kalau ada yang nak, biarlah dia betul-betul ikhlas menerima aku seadanya.. ;)

Thursday, October 14, 2010

NoBoDy PeRFecT !!


NOBODY PERFECT !
Walaupun kita ini adalah satu kejadian yang sempurna namun tak ada sesiapa diantara kita yang sempurna.Tak kira siapa kita , apa darjat kita ...sebenarnya kita serupa . Seorang insan serba kekurangan walaupun telah segunung usaha dilakukan , jika telah ditakdirkan suatu itu tidak akan jadi milik kita , maka ia bukanlah milik kita . Apa yang penting hakikat itu mesti diterima biarpun bukan sedikit rasa kecewa dirasa . Kekecewaan bukan akhir segala usaha . Malah ada banyak ungkapan menghuraikan bahawa Kegagalan Itu Merupakan Salah Satu Jalan Untuk Meraih Kejayaan .



Kadangkala ada diantara kita yang sering berkata mengapa segala impiannya tak pernah kesampaian sedangkan dia berusaha keras . Memang pada hakikatnya dia tak beroleh apa-apa hasil daripada usaha yang dilakukan berkali-kali . Namun dari segi moralnya dia cukup kuat menghadapi kekecewaan demi kekecewaan .

Dengan kegagalan yang menimpa , dengan kekecewaan yang dirasa , janganlah sesekali menganggap kehidupan ini tidak adil . Sebenarnya kitalah yang tidak berlaku adil berfikiran sedemikian.....

Tuesday, October 12, 2010

Di sebalik 10.10.10



Tarikh 10.10.10 merupakan satu tarikh keramat bagi setiap pasangan mempelai yang melangsungkan perkahwinan terutamanya buat Dato’ Sheikh Muzaffar Shukor dan isteri. Semoga berbahagia hendaknya dan tahniah. Tetapi, bagi tarikh itu juga satu tragedi kemalangan yang buruk telah tercatat dalam kalendar sejarah negara buat ke sekian kalinya. Ini bukan kali pertama kemalangan teruk yang melibatkan kenderaan berat seperti bas ekspress ini, malahan sudah banyak kali ianya berlaku sama ada di musim perayaan atau tidak. Tambahan lagi, setiap kali kemalangan yang melibatkan bas berlaku pasti ianya akan melibatkan kematian.

Aku mengucapkan takziah di atas kehilangan ahli keluarga/saudara/sahabat handai/kenalan para pembaca yang membaca blog ini.. dan marilah kita sedekahkan Alfatihah buat mereka yang beragama islam, semoga mereka semua ditempatkan dikalangan hamba2-Nya yang beriman dan beramal soleh. Berkenaan sumbangan ekpress yang dilakukan oleh mana2 menteri, aku percaya, duit tidak mampu menggantikan nyawa seseorang... buatlah sesuatu bagi mengurangkan perkara ini. Apa yang amat dikesalkan ialah, jika mereka mahu mati dijalan-raya, maka matilah bersendirian.. usah bawa anak, kawan, ahli keluarga, atau saudara mara kita sekali.. kesilapan kecil akhirnya mengakibatkan satu perkara yang sangat besar.. melihat air mata ahli keluarga mangsa, yang menangis kepiluan adalah satu perkara yang menyedihkan.. bayangkan jika kita di tempat mereka? Oleh itu, berhati2lah di jalanraya, lambat pulang tak apa, jangan tak pulang langsung

P/s:tak sanggup nak mendengar, ape lagi melihat gambar kejadian..
Di sebalik 10.10.10 ada yang gembira, ada yang berduka. Sama-sama beringat. Takziah diucapkan. Al- Fatihah…

Thursday, October 7, 2010

Tertekan..Menekan..Paku Tekan

“Saya nak awak buat benda nie macam nie..bukan macam tu”

“Kenapa tak ikut arahan saya, saya nak awak ubah balik”

“Apa yang awak buat nie? Saya tak suruh pun awak buat macam nie”

Jadi bos susah.. jadi pekerja bawahan lagi susah..hmmmm…TEKANAN kat tempat kerja.

“Aah..serabut kepala otak nie..yang tu nak pikir..yang nie tak siap”

“Susahnya nak buat keputusan”

Hmmmm…TEKANAN dalam diri sendiri.

***************************************************************

SATU daripada lintasan hati yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan manusia ialah ‘tekanan’. Jika tidak dapat dikawal dan dipujuk, boleh jadi tekanan itu menjadi punca kehancuran seseorang.Memang mustahil untuk tidak tertekan…tetapi itulah sunnah kehidupan.
Adakalanya kekalahan menyebabkan kita tertekan dan mengguriskan dendam di hati.

“Maafkanlah dia”..

***************************************************************

Jom kita blajar konsep tekanan. Wah, masuk subjek fizik plak kali ni huhu..Dulu masa sekolah kita ada blajar benda nie..hehehe basic fizik je..

Tekanan adalah jumlah daya yang bertindak ke atas luas seseuatu permukaan. Semakin kecil luas permukaan yang disentuh daya, semakin besar tekanan yang diberikan. Semakin besar daya di kenakan, semakin tinggi tekanan.

P = F/A
P = tekanan
F = daya
A = luas permukaan

Jadi, kite aplikasikan konsep tekanan untuk berjaya. Kita umpama paku tekan. Semakin besar daya diberikan, semakin cepat dan mudah paku tekan menembusi kaki sapa-sapa yang tak pakai selipar hehehe macam tu jugak kita, semakin tekanan diberikan, semakin mudah mencapai kejayaan.


Mungkin kita rasa orang lain tak faham tekanan yang kita alami. Betul tak faham..tapi kita harus ingat, kita tak keseorangan. Masih ada lagi insan walaupun tak rasa apa yang kita rasa, tapi sekurang-kurangnya dia cuba memahami keadaan dan cuba mengurangkan tekanan yang kita alami. Kita tahu dan kenal diri kita. Kita tahu macam mana nak kurangkan tekanaan yang dialami. Setiap orang berbeza cara dan pendekatan. Pilihlah cara yang bersesuaian. Kalau kita boleh pilih untuk gembira?? Kenapa mesti berduka. (“,)


(thanks pda all kwn2 dari FB yg hntr kate2 semangat pada aku untuk aku redakan tekanan yang dihadapi)


p\s : cuba untuk memandang tekanan dengan pandangan iman

Monday, October 4, 2010

Selamat HaRi Lahir , AwaK...~~@

tanggal 04 Oct 1977

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan ismeth ulam lalink...
Allah selamatkan kamu...
ALLAH!!! (kene heart attack)...

..........................................................................



simple post for someone i really appreciate...

Selamat hari jadi awak. Sorila saye tak pandai nak buat majlis untuk rai awak. Hadiah pun saye tak beli lagi.tapi saya dah tempahkan kek atas tu untuk awak...cantik tak? ngeeee....;)

selamat ulang tahun... yang ke 33, moga dengan pertambahan usia ini memberi awak kebahagian berpanjangan dan keberkatan dari ILLAHI. :)

seprate~

"ya ALLAH..... jgn SAtukan aku dengan mereka... andai kata PErtemuan ini hanYa sementara...
aku Tak kuat untuk menHAdapi rasa Rindu pada insan yg aku gelar TEMAN, SAHABAT, KAWAN....
RASA rindu yang kau berikan ini amat aku hargai...
tp aku tak kuat untuk menahan rasa rindu ini...
sukar untuk aku menerima ERTI perPISAHAN... walaupunpun aku tau...
setiap PERTEMUAN TELAH MENJANJIKAN 1 PERPISAHAN.......
AKU RELA untuk tak dipertemukan..
andai perpisahan menjadi pengakhiran....
tp aku tetap akur atas segala takdirMu yang telah menemukan kami~
kerana KAU mengerti apa yang terbaik untuk umatMU~
ada hikMah di sebalik PERteMUAN ini~"
...................................................................................

Friday, October 1, 2010

Menyesal tak habis habis..

Menyesal aku buat apa yang dah aku buat.
Aku tak patut buat begitu.
Tidak ada apa apa yang aku dapat.
Tak berbaloi langsung.
Menyesal aku memperbodohkan diri sendiri.
Tak pernah ada orang yang menyesal dahulu.
Orang yang menyesal kemudian banyak termasuk aku.
Tapi apa nak buat, aku harap aku tak ulangi lagi
Buat lagi, menyesal lagi....Dah banyak kali menyesal.
Tak serik serik....
Inilah kelemahan aku.
Tidak tahu untuk berkata 'Tidak'.
Tidak belajar bahasa menolak.
Aku akan cuba perbaiki diri.
Supaya tak menyesal lagi..