JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, February 21, 2011

empty spaces.

Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan!
Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan!
Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan!
Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan!
Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan!
Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan!
Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan!



Lambatnyaaa... Haishh..!! Lambat3! Nak balikk niii....

Thursday, February 17, 2011

cinta itu memberi..

current mood: cannot be described.ok ok je kot :)
dear my fweinds...thnx you so much for your concerns..
aku ok ok je..hik3..kalian memang terbaek.mcm2 feedback aku dapat .

Memberikan Seluruh Cintamu Kepada Seseorang Bukanlah Jaminan Dia
Akan Membalas Cintamu. Jangan Mengharapkan Balasan Cinta, Tunggulah Sampai Cinta Berkembang Di Hatinya, Tetapi Jika Tidak, Berbahagialah Karena Cinta Tumbuh Di Hatimu..."


nie dr inbox email aku..sgt tertarik ngn kata2 ini..
ye..cinta itu memberi..bukan untuk dapatkan balasan.sooner or later adalah tu.


pujuk hati..sabarlah..hik3..alahai..entry jiwang lagi.


dear awk:
awk mmg baik.. tak penah sakitkn hati sy selama kita kwn walaupon tak mengenali sangat.aha..awak cool..saya senang dengan itu.awak bole buat saya gelak mcm org tak betul dpn lappy.

awak bagi saya rasa cinta yg tumbuh dlm hati.
awak buat saya senyum..
conclusion: awak memang cool.. :)


p/s: sila jgn kesah entry ini.ini entry jiwang.hihi ;p

Wednesday, February 16, 2011

Updated Status

“This is your Publisher..” Status.... Aku selalu update status. Tapi itu dulula. Bila aku sedar tentang banyak keburukan dari kelebihan pada status tersebut, aku dah jarang buat status yang terlalu open sangat lagi. Contohnya macam nie, nak pergi mana update status, nak buat apa update status.

Seseorang telah menyedarkan aku, discuss dengan aku pasal nie. Dia juga dalam bidang computer, so dia lebih arif dari aku, lebih lama dalam bidang nie berbanding dengan aku. Hasil perbincangan tu, aku sedar bahawa apa yang kita update status tu boleh buat semua orang tahu apa yang kita buat. Orang tahu kita nak pergi mana, tapi jika ada orang nak buat jahat pada kita, boleh je dia pergi ke tempat yang sama, dan memulakan rancangan jahatnya. Boleh je orang nak gagalkan rancangan kita. Bukan nak bersangka buruk, tapi perlu sentiasa ingat & be careful. Hati manusia tak siapa yang tahu. Tak semua benda kita boleh bagitahu orang, . Jangan nak show off


p/s: Thanks Zack for your advice ;)

Friday, February 11, 2011

susahnya membuat keputusan.



aku tak suka buat keputusan.

sebab?

aku tak suka tahu penyudahnya macam mana.
tapi aku terpaksa.
menjadi orang dewasa, kekadang menyusahkan hidup aku. mana tak susah. keputusan perlu diatur sendiri. perlu memilih sendiri. perlu menghitung sendiri. apa kepentingannya. apa keperluannya. apa kebaikan nya juga keburukannya.

senyum sendiri.
menyedut nafas dan menghembusnya kuat-kuat. lega. haha. gelakkan diri sendiri.

apa punya orang la. dah tua-tua bangka pun masih tak tahu nak buat keputusan lagi. sebenarnya memilih antara dua adalah satu perkara yang paling susah. membuat keputusan untuk berpihak pada satu pihak sahaja yang membuatkan aku pening.

kedua-duanya mempunyai kepentingan sendiri.
kedua-duanya ada keperluannya tersendiri.
kedua-duanya ada buruk baik sendiri.

yang mana satu, pilihan aku... aku tak tahu...

prosesnya juga mengambil masa. biarlah aku fikir dahulu. mampukah aku membuat keputusan itu. aku tak pasti.

mungkin ya.
mungkin tidak.

biarlah masa yang tentukan segalanya.


P/s: Kena minta pertolongan dariNYA untuk memberikan aku petunjuk jalan mana yang aku perlu ambil. Semoga DIA akan memberikan aku petunjuk demi masa depan aku yang akan ku hadapi. Aku masih pening memikirkannya.........

Monday, February 7, 2011

Liverpool Kejutkan Chelsea Tanpa Torres

Walaupun tanpa kelibat Fernando Torres, Liverpool berjaya membuktikan bahawa mereka mampu melakukannya. Sepanjang 90 minit perlawanan, penguasaan bola agak seimbang. Namun gol jaringan Meirless pada minit ke 69 telah memisahkan segalanya.



Bagi Chelsea, kekalahan ini sudah tentu menyukarkan peluang mereka untuk bersaing dengan Arsenal dan Manchester United. Torres kelihatan malu-malu ketika memegang bola. Malah ada beberapa kali dia tersilap menghantar bola kepada pemain Liverpool. Mungkin beliau masih belum melupakan jersi merah rakan-rakan.

Liverpool menang 1-0 ke atas Chelsea malam tadi biarpun Torres sudah tidak ada. aku dah agak dah.. kekuatan pasukan bola sepak bukanlah pada individu tetapi pada pasukan itu sendiri. biasalah tu kan.

sesungguhnya Torres kurang bersinar dengan jersi biru. kurang handsome. aku berpendapat bahawa beliau tetap menyinar dengan kaler merah. kaler biru adalah malap untuk Torres. tapi peduli apa kan. nak sangat pergi Chelsea. pergilahhhh!



P/S:kate kwn aku,bile lagi Chelsea nak kalah kan… hrp aku akan bergembira dgn kehadiran Luis Suarez & Andy Caroll :)
you will never walk alone…chayok..chayokk..

Wednesday, February 2, 2011

FernanDo Torres Leaves LiveRPooL



Nak tau tak,Dari malam aritu aku tercongok di depan laptop…Membaca update dari website…Masih mengharap yang Torres berubah hati dan tidak berpindah ke Chelsea. ..
esoknya, aku tersedar dan terus membuka laman web rasmi Liverpool dan ternampak tulisan nie:



Tak sangka akhirnya ia berlaku. Macam tak percaya. Tapi itulah kehidupan. Tiada yang mustahil. Tipulah kalau aku kata aku tak kecewa sikit pun dengan perpindahan ini. Aku kecewa. Rasa macam nak terbang ke London dan tumbuk muka Torres sekuat yang mungkin pun ada. Apa kan daya…

Dalam Liverpool Kita dihidangkan dengan gol yang cantik dari Torres. Torres banyak menjaringkan gol cantik dan itu fakta yang kita tak boleh nak tolak. Persembahan beliau mantap. Selepas pemergian Owen, Torres adalah striker terbaik yang pernah Liverpool miliki. Tidak melampau kalau aku katakan yang Torres merupakan salah satu striker terbaik yang pernah Liverpool miliki.

Sehinggalah hari Jumaat yang lepas....

Tak sangka Torres menyerahkan surat transfer request.. Yang paling tak dapat terimat sekali, kenapa kau buat semua ni masa 3 hari terakhir waktu perpindahan?

Aku masih ingat lagi bila aku baca statement kau ini satu masa dahulu, "I would like to be remembered as a player who won trophies for Liverpool. I have plenty of years here, I am sure about that, and I hope the trophies will come ..

Tapi kini kau sudah pun berpindah ke Chelsea. Mana pergi janji-janji kau dahulu? Kau juga pernanh berjanji yang kau tak sanggup untuk bermain di kelab lain dalam EPL. Mana janji tersebut?


"Manusia boleh diingati dan dilupai dalam sekelip mata."

Itulah ayat yang aku pernah dengar dari pensyarah aku dan hari ini ia terbukti benar. Torres yang dulu disanjungi kini sudah dibenci dan dilupai oleh para peminat. Ada yang bertindak dengan membakar jersi Torres. Walalupun perbuatan tersebut tidak beretika, tapi aku tak salahkan mereka. Hati mereka telah terluka.

Ramai yang bagi ucapan selamat maju jaya pada kau tapi aku tak nak. Sebab kalau kau berjaya, ini bermaksud Chelsea juga akan berjaya. Aku harap kau akan pulang semula ke Sepanyol dan bermain di La Liga secepat mungkin…..

Terima kasih atas sumbangan kau ..Tolong jangan bercakap pasal Liverpool lagi. Kau bagaikan sudah mati di hati peminat Liverpool FC..!