JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, May 30, 2011

terima dengan REDHA...




Semalam 29 Mei 2011 , bersamaan 26 jamadilakhir 1432H , tepat jam 01:30 pagi waktu Malaysia , pakcik kesayanganku menghembuskan nafasnya yang terakhir di National Universiti Hospital ,Singapore. .


Sesungguhnya, kesedihan masih aku rasai sehingga detik aku menulis coretan ini. Setiap kali selepas solat aku akan menangis. Menangis kerana sedih dan kerana mengingatkan bahawa mati itu terlalu hampir dengan kita.


Bismillah…

Kehilangan…


Ada pelbagai cara manusia menghadapi kehilangan orang tersayang. Sama ada kehilangan sementara mahupun kehilangan yang kekal abadi. Bagi yang tipis imannya dan cetek akalnya, mungkin menghadapinya dengan menggantung diri atau terjun bangunan. Bagi yang masih ada iman dan sedar bahawa nyawa itu hanyalah pinjaman dari Tuhan, akan bersedih tetapi tetap redha dengan ketentuan Tuhan.

Kehilangan Pakcik Ghani sebetulnya memberi impak yang berbeza dalam hidup aku.

Kesedihan yang aku rasai tidak sama seperti sedihnya aku ketika mendapat tahu akan penyakit barah nya dahulu, di mana air mata menjadi murah dan bisa tumpah pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Kesedihan ini juga tidak serupa seperti sedihnya putus cinta pertama sehingga air mata mengalir tanpa henti setiap kali teringat atau terkenang si dia yang sudah pergi.

Malah, ketika kehilangan Cik Ghani , air mata ku bergenang dan berlinang. Pertama, ketika melihat keadaan Cik Ghani yang sudah kritikal di hospital. Dan kedua, ketika membacakan Yassin di hadapan jenazahnya yang sudah terbujur kaku.

Tetapi, kehilangan Cik Ghani adalah kehilangan yang tidak dapat digambarkan. Ini kerana walau aku berhenti menangis dan mampu meneruskan kerja seperti biasa, tetapi, seperti ada satu lompong besar dalam hati yang tak mampu diisi.

Aku tidaklah bersedih yang terlampau, tetapi, sepertinya ada sesuatu yang tidak kena yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Segala-galanya nampak sama dan serupa, tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena. Itulah gambaran perasaan ku ketika ini, dalam menghadapi kehilangan Cik Ghani.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir Cik Ghani kepada aku, “Baya..Cik Ghani sakit..Cik Ghani tak dapat balik kampung lagi..Baya nanti jaga keluarga baik-baik ye”..

Kini Sudah tidak ada lagi Cik Ghani yang kerap menelefoku bertanyakan khabar..

Sudah tidak ada lagi suara Cik ghani mengadu sakit dan penat setiap kali aku datang bertanyakan khabar.

Ya, Cik Ghani sudah tidak ada. Tetapi kenangan tentang dia, masih ada dan segar dalam ingatan, dan akan tetap kekal bersemadi di lubuk hati.

Untuk Cik Ipah,, takziah aku ucapkan. Semoga pemergian Cik Ghani dalam keredhaan Allah.

Cik Ghani, semoga Cik Ghani aman di sana… Baya sayang Cik Ghani sangat… :(

Al-Fatihah…buat Abd Ghani bin Awi..


ya Allah ya Tuhanku..kau kuatkan lah iman ku ya Allah..sesungguhnya besar dugaan mu yang aku trima ...kau permudahkan lah segala urusan ku dalam mengharungi dan menyelesaikan hal ini..hanya padamu aku memohon dan meminta ...

Aku juga bukanlah seseorang yang kuat untuk melalui banyak perkara dan aku juga bukan tidak berdaya menerima kenyataan-kenyataan itu. Semua sudah tersurat...

Wednesday, May 25, 2011

Love =)



“ I’ve been thinking that love is not being selfish. When you love, you don’t expect something in return. It’s about sharing it to everyone. So why get mad and curse the one you love who can’t afford to love you back?"

Thursday, May 19, 2011

biar orang buat kita....

Alhamdullilah akhirnya Aku berjaya.
berjaya mengawal diri dan emosi dari melayan
sesetengah manusia yang masih seronok mencorak warna warni
hidup mereka tanpa memikirkan warna itu cantik mahupun buruk.

Aku berdiam bukan bermakna Aku takut,
Aku senyap bukan bermakna Aku kalah
malah Aku mengelak bukan bermakna Aku lari.

"Allah sayangkan Aku kerana dia berikan dugaan untuk Aku hadapi"

Tahniah buat diri Aku sendiri kerana berjaya mengawal
segala emosi, sedih dan kecewa dalam diri Aku.
Aku pekak kan telinga kerana Aku tahu kebenaran akan terbukti
mulut orang yang berbunyi akan terdiam dan kejayaan akan menjadi milik Aku tanpa siapa sangka. insyaAllah.
pegangan aku selama ini masih kuat aku pegang yakni
"BIAR ORANG BUAT KITA, TAPI JANGAN KITA BUAT ORG"
kerana Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang benar.
kerana Allah akan sentiasa membantu orang yang yakin akan kewujudan Tuhan yang satu.

" Maka, buat semua yang bercita cita mahu menjatuhkan Aku atau menghancurkan Aku
dengan kutukan kejian dan hinaan, teruskanlah niat kalian semua kerana Aku yakin Allah sentiasa bersama ku. Think Positif NURBAYAH."

Wednesday, May 11, 2011

kadang-kadang ;)

"Kadang-kadang Allah jarakkan hubungan kita,kemudian DIA datangkan pula dengan dugaan.Puas kita menangis mencari mana orang kesayangan kita,rupanya ALLAH nak hadiahkan kita kasih sayang yang berpanjangan ,Moga ukhwah terjalin kekal selama-Nya" (^,^) ..



Ameen,thanks pada 'pemberi msg' ini.Masa itu DIA diuji dengan kesabaran ini Nikmat-Nya.Syukran.. =)