JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, April 30, 2012

peliharalah

Angin,jika kau berhembus melaluinya...
Katakan padanya aku teman dia selamanya...

Air,jika kau mengalir disisinya...
Beritahulah padanya aku memohon maaf atas segalanya...

Burung,jika kau terbang melintasinya...
Sampaikan kataku ini padanya...

"Kita dipertemukan lewat takdir tuhan..
kita bersama atas kasih persaudaraan..kita dipisahkan kerana batas waktu seharian..
namun kasih kita subur berpanjangan..malah dirimu tidak pernah kutinggalkan..
meski kita jarang bersama..tapi doa yang kupanjatkan untukmu sentiasa terungkai dalam satu jambangan..
malah harumannya tersebar mekar dalam bimbingan cinta tuhan"..

"Peliharakanlah aku untuknya ya Allah.dan peliharalah dia untukku ya Allah"

Friday, April 27, 2012

Doa Keinsafan Cinta

Sebulan, setahun mahupun seabad lamanya..Aku tetap cintai dirimu kerana Tuhanku!

BINTANG? apakah itu?

bintang yang baru ku kenal…
bintang yg paling terang…
Hingga sinarnya sanggup menghangatkan jiwa…

Lama jiwa ini layu beku dan sendiri…
Lama hati ini terkurung dalam kesedihan..
Lama cinta itu pergi jauh dari kalbu…

Dahulu……aku takut dengan cinta…
Dahulu aku takut dengan kasih…

Dan sekarang……aku takut cinta yg ada lepas dari genggaman…
Dan sekarang aku takut kasih ini lepas dari hati..
Dan sekarang……aku takut segalanya menjadi seperti masa lalu
Dan sekarang….aku takut untuk melihat pada kehidupan yang lalu…
Dan sekarang…..aku cinta padamu…

Ya Allah…satu kebahagiaan telah ku dapatkan…
Ya Allah…satu cinta telah tumbuh di hati hamba…
Ya Allah…satu hati telah ku temukan…

Ya Allah…telah ku tambatkan jiwa ini pada pelabuhannya..
Jangan…jangan ya Allah…jangan Kau ragut kembali…
Jangan Kau ambil lagi kebahagiaan yg tersisa…

Bukan ya Allah…bukan maksud hamba menduakanMU dengan cinta pada sesama…
Bukan maksud hamba untuk berpaling dari sejatinya cintaMU
Tapi hamba hanya manusia biasa…hamba punya hati……hamba punya jiwa……

Hamba punya rasa…hamba punya ketakutan…

Ya Allah…hamba takut cinta ini jadi ingkarku padaMU

Ya Rabb…hamba takut sayang ini jadi duri dalam mengingatMU…
Ya Rahman…hamba takut kasih ini jadi onak dalam menujuMU…

Tapi hamba tetap hanya manusia biasa ya Rabb…
Jika ini adalah kurniaMU…hamba mohon ya Allah…jadikan hamba ini orang yg bersyukur…
Jika ini adalah murkaMU…hamba mohon ampunMU ya Allah…

Izinkan hamba bersandingkan dia dalam hidup hamba yg singkat…
Izinkan hamba membawa dia kehadapanMU sebagai pelengkap sempurnanya fitrah hamba…
Izinkan hamba untuk memberi ketaatan akan titahMU padanya…
Izinkan hamba membimbingnya menuju jalan suciMU…

Ya Rahman…ya Rahim..
Engkau Maha Tahu apa yg terbaik buat kami..

Jika ini yg terbaik dariMU untuk kami……Lapangkan jalanku utk menjemputnya…
Luaskan hati ini untuk sabar dalam ikhtiarku…
Kuatkan kesabaranku untuk ku menangi ujian ini…

Ya Allah yg maha lembut…lembutkan hatiku untuknya…
Ya Allah yg maha indah…perindahlah lisanku untuknya…
Tak banyak yg hamba minta ya Allah…..
Bukakan dan tiupkan wangi syurgaMU untuk ku hirup di sini..di dunia……bersamanya…

Kerana Kau maha tahu…..aku mencintainya keranaMU..

P/S: Serangkap doa ku panjatkan di hari yg cerah….semoga hari ini secerah hatiku ya Allah

Amin ya Allah…ya Rabbal Alamin……

Jauhkanlah Aku Dari Rindu Yang Melalaikan

Thursday, April 26, 2012

Surat Untuk Bakal Ibu Mertua ku…….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sebelum saya terus mengukir kata dalam tulisan ini.. izinkanlah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu ...

duhai bakal ibu mertuaku…..

Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…

Saya bukanlah Khadijah r.a, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia..... Saya bukanlah Aisyah r,a, Seorang yang utama dalam ketakwaannya….. Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya…….. Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya……….

Tapi..Seperti yang saya katakan.,saya hanya wanita biasa,… Dengan ketakwaan yang biasa…. Ketabahan yang tak seberapa…Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….

Namun ibu,…. Saya adalah wanita akhir zaman,…. Yang punya cita-cita, menjadi wanita Solehah… Yang akan berusaha mengabdi pada bakal Suamiku dan juga padamu…..bakal Ibu mertuaku…. Saya bukanlah musuhmu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu…. Tapi saya akan menjadi rakanmu untuk memberikan kasih sayang pada anakmu.. Dan kelak pada bakal cucu mu duhai ibu…..

Engkau tak perlu bimbang ibu,… Saya tak akan merebut perhatian anak mu… Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu…. Kerana akan saya katakan padanya bahawa…. engkaulah yang utama patut mendapat perhatiannya…

Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tanggaku.. Kerana sebagai wanita yang baru bernikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman…. Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu…..

Duhai, bakal ibu mertuaku…. Saya harap kita bisa menjadi rakan yang baik… Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu… Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan-kejutan dari perbezaan antara kami….

Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam kealpaan… Menjadi pendegar yang setia saat saya dlm kesusahan….

Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan…

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Bakal Menantumu…

Aamiin ya Rabbal 'alamiin

Tuesday, April 24, 2012

AKU BELAJAR JATUH CINTA DARI DICINTAI..

Aku BELAJAR jatuh cinta, belajar jatuh cinta dengan DIRI SENDIRI..dahulu aku sering membenci diri MELIHAT cermin, sehingga aku tidak sedar ada cermin di dalam HATI..pantulan cermin hatiku kepada Penciptaku..aku belajar jatuh cinta lagi, kepada perkara yang aku TIDAK SUKA..rupanya itulah yang aku akan jatuh cinta, perkara yang membawaku LEBIH DEKAT dengan Penciptaku..


Dan apabila jatuh cinta pada seorang INSAN, saat yang tidak dapat ku elakkan..dari KEJAUHAN, di hadapannya..aku MALU UNTUK MENDEKATI, aku MALU UNTUK MEMANDANG..tetapi di hadapan PENCIPTAKU, aku terang-terangan MEMINTA DIRINYA..kerana mengingatinya membawa INGATANKU pada Penciptaku, mungkin aku harus belajar jatuh cinta lagi..♥♥

p/s : Cintaku menakjubkan, ia tahu bagaimana cara MEMBERI tanpa meminta balasan, aku belajar jatuh cinta dari dicintai..engkau tahu MENGAPA? kerana Allah memang BAIK, menciptakan CINTA untuk kita..:)

~TAKDIR ALLAH ITU INDAH~

entri peringatan ~ NIKAH TUTUP AURAT, SANDING BUKA AURAT

info tentang aurat. Jangan bosan kerana ini adalah realiti yang sering terjadi dalam kehidupan kita.


Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.

Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.

Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.
Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.

Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.

Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.
Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.
Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah muhrim kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan muhrim juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.

Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula?

Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan muhrim ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?

Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.

Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.

Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan muhrim berkongsi melihat aurat isterimu.

P/S:Buat bakal pengantin (juga diriku), sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan muhrim setiap masa dan tidak kira di mana-mana.

Monday, April 23, 2012

monologku...

ada yang berkata,
tulisan aku seperti sebuah monolog diri.
ada yang mengakui,
tulisan aku adalah apa yang mereka rasa dan lalui,
namun gagal diterjemah pada sebuah rasa dan tulisan.

jujur, mengakui,
selalu aku menulis untuk memujuk sekeping hati.

aku percaya.
bahawa manusia, tak selalunya memahami.
walau dengan bahasa dan cara apa pun,
acap kali manusia hanya gagal mengerti.

dan,
penulisan aku,
bukan medium untuk membuat mereka memahami,
kerana penulisan hanya sebuah bahasa bisu.
menulis adalah seperti penghubung dari dunia dan rasa yang nyata. :)
menulis hanya untuk berkongsi.
meluah sebuah rasa,
memujuk sekeping hati.

dan
bila ada yang merasai,
lewat sebuah tulisan seorang hamba seperti aku,
semoga itu sedikit sebanyak menyedarkan aku dan kamu,
bukan hanya kita yang melalui dan merasai,
suatu yang namanya ;
ujian hidup.

menulis,
untuk mengajak diri,
melihat dan mencari sisi positif,
disebalik sebuah ujian kehidupan.
jika ada yang baik,
ambillah,
jika ada yang kurang baik,
maka tegurlah.


may Allah bless. :)

Friday, April 20, 2012

Andai Engkaulah Jodohku

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang Halal, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan.

Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

Jarak paling JAUH antara diriku & dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU..
Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku..
Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA kerana Allah dalam IKATAN PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI olehNYA..

Tunggu Sampai HALAL dulu lah ya?? IsyaAllah.

Thursday, April 19, 2012

Aku Hanya Wanita Biasa



Aku bukanlah wanita berparas jelita..
Aku bukanlah wanita yang kaya harta..
Aku juga bukanlah wanita yang punya takhta..
Aku wanita Apa adanya..aku tidak sedermawan Khadijah..
Aku tidak setegar Fatimah..aku tidak sepintar Aisyah..
Aku wanita apa adanya..
Aku hanya seorang wanita yang,
Menginginkan kesederhanaan cinta..
Aku tidak menilai rupa..aku tidak menilai harta..
Aku tidak menilai takhta..aku hanya ingin Cinta yang sederhana..

Cinta yang berlandaskan KeredhaanNYA..
Cinta yang mengharapkan Syurga dariNYA..
Cinta yang akan membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup..
Aku berharap kelak di Perbatasan Waktu..
Telah dipertemukan oleh insan pilihanMU..

Seseorang yang hatinya terpaut padaMU..
Seseorang yang mengikuti jejak RasulMU..
Seseorang yang mempedomani kitabMU..
Seseorang yang akan menerima kekuranganku..
Yang akan membimbing hidupku..yang akan melengkapi hari-hariku..
Yang Mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku..

Aku ingin mencintainya secara sederhana..tanpa menyusahkannya..
Tanpa membebaninya..aku berharap dia juga mencintaiku secara sederhana..
Sesederhana aku mencintainya..biarlah saat ini aku menyemai cinta bersamaMU..
Menyemai Kerinduan akan WajahMU..
Sebelum bertemu dengannya diPerbatasan Waktu



P/S : Aku sering memasang angan untuk membina istana indah. Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU. Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil, aku tahu bahagia akan ada disitu. Yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata, cukuplah akad dan janji yang setia..

TAKDIR ALLAH ITU INDAH~

Buat Dirimu Yang Bergelar Suamiku Kelak

Dari naluri hati seorang wanita :



Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;

Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…

Aku akan berhias untuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…

Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…

Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…


Dari kata hati seorang wanita :

Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…

Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…

Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama0sama saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…

Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

Wednesday, April 18, 2012

syukur

kalau kita asyik duduk merenung dan memikir apa yang kita tidak miliki,
apa yang kita takde,
sampai bila - bila kita tak akan bahagia,
sampai bila - bila kita tak akan gembira.

kalau kita tak menghargai apa yang kita ada sekarang,
kalau kita tak bersyukur dengan apa yang sikit,
tak mustahil kita akan lupa diri kalau mendapat yang banyak..

kalau dengan yang sikit, kita tak pandai bersyukur,
macam mana DIA nak bagi yang lebih banyak?
alhamdulillah. pujuk diri dengan belajar bersyukur.




-- Ya Allah, bantulah kami bersyukur dengan kurniaanMU..

pinta~



kita pinta Allah setangkai bunga, tapi Allah beri kita kaktus berduri. kita pinta Allah kupu-kupu, tapi diberikan NYA ulat.. kita sedih, kecewa & marah.. menakjubkan, kaktus berbunga indah & ulat jadi kupu- kupu cantik.. itulah cara Allah.. indah pada waktunya. Allah tak beri apa yg diharapkan, tapi Allah beri apa yg kita perlukan.. adakala kita sedih,terluka dan buruk sangka.. tapi jauh di atas sana, segalanya Allah sedang merangkai yang terbaik dalam kehidupan kita, agar kita belajar untuk sntiasa redha dan ikhlas..

P/S: Entri yang amat bermakna sekali.

Tuesday, April 17, 2012

YA !

ya.
memang ada soalan yang sangat ingin kita tanya.
namun kita elakkan.
ya.
memang ada perkara yang sangat ingin kita tahu.
namun kita nafikan.
kerana kadang-kadang,
kita takut menerima hakikat dan mendengar sesuatu yang namanya kebenaran.

perasaan

" Jujur ku katakan, menahan perasaan di hati yang datang bertandang bukanlah sesuatu yang senang. Lebih-lebih lagi jika perasaan itu berkisarkan rasa rindu, cinta dan kasih sayang. Tapi ingatlah bahawa rasa itu datangnya daripada tuhan. jadi, luahkanlah segalanya sambil menadah tangan dan berdoa agar diberi kesabaran dan ketenangan "

Thursday, April 12, 2012

hubungan :'(

Bagi aku satu perhubungan yang terjalin atas dasar persahabatan tidak akan terputus melainkan bercerainya jasad dari badan. Seburuk, seteruk mana seorang sahabat kepada aku di mata insan lain, dia tetap teman aku, teman selamanya. Sekali dia menjadi kawan aku, selamanya tetap kawan aku. Walaupun satu saat nanti sahabat itu bakal membenci, mencemuh aku. Aku sangat sayang & pentingkan ukhwah antara sahabat. Tak kisah la siapa sahabat aku tu, lelaki, or perempuan bagi aku kalian adalah anugerah & rahmat YANG ESA untuk aku.

Aku tak nak, tak merelakan andai persahabatan aku DIPERKOTAK KATIKKAN, DIPOLITIK!! enough !! politic is politic.

tapi andai sebaliknya yang kalian utamakan, up to you..
if kerana politik, persahabatan ini dipersenda,.. sungguh aku tak RELA.
aku hanya rela & redha untuk kalian melupakan, membuang aku jauh dari hidup kalian...
untuk aku melakukan perkara tersebut adalah MUSTAHIL...


.harap mengerti.

Wednesday, April 11, 2012

istimewa pada nilaian Tuhan.

apa yang kita lalui itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
orang lain mungkin tak akan pernah tahu.namun,mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama tapi,
‘rasa’ itu tak akan sama,kerana keadaan kita berbeza.
biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain.
redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,tidak seperti orang lain.
siapa tahu,perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.

pelik dipandangan manusia,namun istimewa pada nilaian Tuhan.

Monday, April 9, 2012

REDHA ILAHI

Ku akui diri ini dahulu seorang yang berkira-kira dalam menentukan pasangan . Kini aku bukanlah seorang wanita yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana. Tetapi, aku juga mempunyai keinginan yang bakal dinobat sebagai ahli syurga dan ada lelaki memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu engkau memiliki wajah setampan Nabi Yusof a.s yang mampu membuatku terpikat. Andainya engkau jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkkan rasa kasih sayang didalam hatiku, jua hatimu. Itu janji Allah.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu dan seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangatmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah. Itu impianku.

Aku tidak mengharapkan engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di Syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dahulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawab kepadaNya. Biarlah kita hidup dibawah jaminan Allah. Itu lebih bermakna bagiku..