JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, October 31, 2012

Jangan tertipu

Jangan tertipu dengan tudung saya
Sebab itu bukan pengukur iman seseorang.
Jangan tertipu dengan tudung saya
Saya hanyalah seorang perempuan yang masih lagi dalam proses mencari kemilau Islam.
Berusaha menjadi Muslim sejati, kejar solehah.
Wall FB saya penuh post islamik,
belum tentu saya sempurna.
Blog saya penuh dengan tulisan nasihat, mutiara hikmah,
Belum tentu saya amalkan semua.
Tapi saya cuba yang terbaik menjadi lebih baik.

*ambil ikhtibar dari "insiden kecil" (besar sebenarnye) yang berlaku

semua wanita boleh! saya juga. jom? ('

INSTINCT

INSTINCT atau dengan kata lain NALURI atau GERAK HATI. Wanita di kurniakan dengan INSTINCT yang lebih kuat dari lelaki. Dengan ini wanita sering saja dapat merasakan kelainan dalam hati sekiranya ada sesuatu yang AKAN atau TELAH berlaku.

Disebabkan faktor ini dalam setiap ceramah Dr. Fadzilah Kamsah mengenai rumahtangga, beliau sering menasihati para lelaki @ suami agar tidak membohongi wanita @ isteri kerana kebohongan tersebut pasti akan diketahui. Bukan hanya lelaki, tetapi juga pada wanita yang berniat tuk membohongi wanita lain. Waspadalah.

Aku sebagai seorang wanita juga memiliki kelebihan kurniaan Allah ini. Mungkin tidak 100% INSTINCT tepat atau boleh dipercayai. Namun hampir kesemua INSTINCTku membawa aku kepada jawapan untuk setiap persoalan atau pada bukti yang membantuku membongkar kebohongan manusia-manusia (lelaki dan wanita) yang hipokrit.

Kadang-kadang aku meminta agar Allah mengurangkan INSTINCTku. Agar aku tidak melihat perkara-perkara yang aku tidak ingin lihat dan tidak tahu perkara-perkara yang aku tidak ingin tahu. Bak kata sahabatku, lebih baik tidak tahu dari tahu. Namun INSTINCT juga membantu kita agar lebih berhati-hati dengan perkara-perkara mendatang.

betul tak?..

Apa yang ada dalam diri kita adalah kehendak Allah, so aku terima INSTINCT ini sebagai satu anugerah yang indah dari Allah kerana sesungguhnya Dia tau apa yang terbaik untuk setiap umat-Nya. Alhamdulillah. Nampaknya aku kena belajar cara untuk menapis INSTINCT agar aku tidak terpedaya dengan INSTINCT bawaan syaitan.. weeeeeeee ^_^

Tuesday, October 30, 2012

Bercinta sampai syurga


Bismillah..


Suami : Assalamualaikum, bidadariku... Tiap hari lepas baca quran mesti sayang bagi laporan berapa juz dah habis. Kenapa semlam tak bagi mesej laporan?
Isteri : Waalaikumussalam. Orang merajuk! :'(
Suami : Laa, kenapa ni?
Isteri : Semalam abang ponteng tahajud. Sayang call kejut abang tak jawab...
Suami : Astaghfirullahal'azim.... Abang penat + malas semalam..
Isteri : Tapi dulu abang dah janji dengan sayang nak masuk syurga sama-sama...
Suami : Betul lah tu.. Hmm abang minta maaf...
Isteri : Bila abang ponteng amal, sayang akan lebih amal, bila sayang lebih, sayang takut syurga sayang lagi tinggi dari abang. Abang duk syurga rendah. Sayang tak mahu berpisah dengan abang. Abang yang janji nak bercinta sampai syurga kan?
Suami : (mengalir air mata) moga Allah ampunkan abang. Abang janji malam ni tak malas-malas lagi..


*Sape nak macam tu? Cube angkat tangan sikitttt... Saya nak kira! Senyum, tak perlu kata apa-apa. ^_^

Dia cantik, aku tidak ?


Entah kenapa, harini rase nak conteng-conteng kat sini lagi. Effect dari belek-belek profil someone kut. Entah macam mana, terjumpa pulak. Dia cantik. Sangat cantik mungkin. Nampak gorgeous, bergaya.
Tiba-tiba terdetik, "alangkah indahnya if dia bertudung.."Rase nak kawan dengan dia. Tapi tak tahulah layak ke tak.
Lepas tu, terdetik lagi. "Aku tak cantik macam dia.."
Cepat-cepat istighfar... pujuk hati..
Terus teringat kata-kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah...
"Biar tak cantik kat mata manusia, tapi usaha jadi cantik kat mata Allah"
Cepat-cepat memotivasikan diri.
"People are great in their own way!"
Jom tampil cantik di hadapan Allah. Sebab itu lebih bererti.

Jom tampil cantik di hadapan suami jugak *yang belum kawin, pasang niat je dulu =D. Sebab itu adalah sebahagian daripada jihad. Mengabdi pada manusia yang kite kasihi demi redha Allah
InsyaAllah.
Pasal perempuan tadi, moga Allah beri dia hidayah.
Kawan-kawan yang baca entry ni pun doakan die eh?
Seseorang pernah cakap kat aku, if kita mendoakan orang lain, pintu rezeki akan terbuka untuk kita.. =)
Sekian

P/S : tak sure ape motif letak gambar bunga ros kat atas tu. tapi ada cita-cita nak jadi macam bunga ros. cantik, wangi, tapi ade duri. haa, fikir-fikir..saje nak ajak exercise otak. hehe

Monday, October 29, 2012

CIRI SUAMI AWESOME, MENGIKUT USTAZ AZHAR IDRUS

Tersenyum aku bila baca artikel nie....;-)

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,

3. boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

4. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

5. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,

6. apatah lagi mandi-mandi yang lain.

7. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

8. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

9. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

10. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

11. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

12. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

13. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

14. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

15. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

16. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

17. Jenis senyum sokmo.

18. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )

Wednesday, October 24, 2012

Wahai Isteri...Renung-renungkanlah.

Seorang Isteri, sudah tentu ingin kan yang terbaik dari seorang suami...
Ada ketikanya pengharapan itu
mungkin sesuatu yang di luar kemampuan seorang suami...
Isteri....,
Biarkan suami di dalam dirinya... menjadi diri sendiri..
Jangan didesak mereka agar terperangkap di dalam diri orang lain...
andai ada kekurangan itu perkara biasa..
Itulah perkahwinan.
.bersifat melengkapkan antara satu sama lain..
Keberadaan yang lain untuk menampung kekurangan yang lain...
Sama-sama membetulkan ..
sama-sama menegur..
sama-sama menasihati ...
sama-sama muhasabah diri..
dan Menerima diri pasangan masing-masing seadanya...


Mungkin Kisah ini dapat membuka minda

KENAPA PEREMPUAN NAMPAK CANTIK BERTUDUNG?


Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim.. ♥

Ini ada beberapa perkara yang aku saja nak share dengan kalian para pembaca dan juga peringatan kepada insan lemah dan tidak sempurna macam aku. Sentiasalah kita mencari peluang untuk perbaiki diri, dan untuk men-solehahkan diri

.. KENAPA PEREMPUAN NAMPAK CANTIK BERTUDUNG???

1. Sebab dia nak tutup aurat..

2. Sebab dia nak jaga maruah..

3. Sebab dia cantik..

4. Sebab dia taknak tunjuk kecantikan dia..

5. Sebab dia seorang yang pandai..

5. Sebab dia anak solehah..

6. Sebab dia dengar cakap mak ayah dia..

7. Sebab dia hormat dekat orang lain..

8. Sebab takut bila dia tak pakai tudung nanti orang tengko dia cantik.. lepastu ada niat yg tak baik.

9. Sebab taknak diminati ramai sangat lelaki..

10. Sebab taknak menyusahkan orang lain..




11. Sebab nanti dia dapat pahala..

12. Sebab dapat menghindari maksiat..

13. Sebab supaya dapat jadi contoh pada perempuan lain..

14. Sebab supaya lelaki yg beriman je yang suka dia..

15. Sebab dia dengar suruhan nabi...

16. Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..

17. Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Sebab patuh pada suami..

19. Sebab dia taknak rambut dia ditarik, digantung dengan bara-bara api dan dibakar dgn dasyat dekat akhirat kelak.

20. Sebab... Ermmm, kalau ikutkan memang banyak sebabnya.. Tak terkira.

Banyak lagi sebab-sebab wanita diwajibkan menutup aurat. Jangan memakai tudung semata-mata, tapi wajiblah kita MENUTUP AURAT. Aku bukan ber-blog lagaknya seperti orang alim. Sebab aku tak alimlah aku share kepada kalian, juga buat peringatan untuk diri sendiri.
Nak berubah itu baik, bertambah baik dan mulia jika berniat melakukan perubahan kerana Allah SWT. Jika niat kita kerana Allah SWT, dengan hati yang ikhlas, insyaAllah Allah akan bantu kita dalam perjalanan itu. Namun dugaan pasti ada, demi memastikan iman dan kesabaran kita teguh di dalam diri..
Harap lebih ramai yang berhijrah kerana Allah SWT. Aku jugak berharap aku dapat perbaiki diri dalam pelbagai aspek. Sama-samalah kita mencari keredhaanNYA inshaAllah…

Tuesday, October 23, 2012

Batas Pergaulan Di Tempat Kerja


terjumpa pendapat dari sahabat facebook .. post ni :

"Amalan makan bersama lelaki dan perempuan rakan sekerja bercampur gaul dan beramah mesra 1 meja antara rakan sekerja , dan makan berdua2-an bersama suami orang atau isteri orang ? - for me, gejala yang kurang sihat, akan mengakibatkan pergaulan mesra antara suami atau isteri orang lain, dan menambahkan lagi kemesraan lelaki dan perempuan yang ajnabi. - for me, cukuplah hubungan di tempat kerja it u bagi especially for married women/ men.. hanya setakat hubungan KERJA , BERKOMUNIKASI TENTANG KERJA.. tidak lebih baripada itu. - melalui pandangan mata saya, ramai org islam kita yang berkahwin tidak menjaga adab dan tatasusila ini. - Dalam Islam, saya selalu mengingati kata2 seorang ustazah ini melalui program al-hidayah tv3, dimana beliau menasihati agar TIDAK ADANYA PERGAULAN MESRA ANTARA SUAMI/ISTERI ORANG LAIN.. kerana pepatah melayu, siikit2 lama2 jadi bukit.. sikit2 anda bergaul mesra dengan yang lain, lama2 anda bertambah mesra.. pergaulan suami/isteri di rumah akan hambar.. kerana DI LUAR LEBIH MESRA DAN MENARIK.. - FIKIR-FIKIRKAN.. ANDA MENCORAK HUBUNGAN DAN BATAS PERGAULAN DIRI ANDA "

bila baca ayat ni , buat aku mengangguk kepala .. tandanya aku setuju .. ada betulnya pendapat ni .. jaga hubungan kita .. bila bekerja ni .. mungkin kita jumpa macam-macam orang .. perkara paling penting kita kena pandai jaga diri sendiri .. jaga diri supaya tidak sehingga mengundang fitnah .. Jujur pada pasangan , jangan khianati pasangan .. kuatkan kepercayaan antara pasangan .. jangan biarkan wujud orang ketiga yang akan merosakkan hubungan .. kerana wujud orang ketiga ini lah punca akan terjadinya caca marba ..

setiap hari aku doa semoga aku terhindar dari skandal-skandal dengan sape-sape je la . Lagi lagi yang kat tempat keje ni ha. Jangan layan kalau ada sape sape yang cuba nak mengurat ke, nak menggatal ke. Biasanya kan kita faham body languange seseorang yang nak mengayat kita ni kan. Kalau ada yang sms ke guna ayat- ayat yang berbonga-bonga tu. Tak payah la nak balas balas. Buat taktau je. Kita kena sedar kita ni siapa. Kita set kan dalam minda dan niat dalam hati kita keluar bekerja untuk mencari rezeki. Insya Allah.. kita tak akan terjebak dalan skandal rakan sekerja. Bahaya tau boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan jika dah berkahwin nanti. Mencegah lebih baik dari merawat....

Monday, October 22, 2012

Jauh



Tadi dah taip panjang-panjang, tapi macam orang rindukan boifren la pulak, so, padam dan taip balik. Hasilnya ayat merapu/merepek macam nie.. Haih, sindrom tak tahu buat pendahuluan dah datang lagi.. Jangan waktu buat report analisis jadi macam nie dah la..

err..

nanti je la aku update blog lagi.. emosi tiba-tiba menjadi tidak stabil, bahaya jika terus menaip, nanti entry yang suam-suam kuku berubah menjadi panas.. see u on my next entry.. :')

wassalam..


nasihat yang cukup membuat aku tersedar dari keindahan dunia ....

kak syarah memberi kata-kata pedas dan nasihat pada aku.......
janganlah terlalu melampau untuk berbuat sesuatu.........

jangan terlalu @ terlampau baik kerana apabila terlalu baik orang lain akan mengambil kesempatan .
jangan terlalu @ terlampau berani kerana apabila keberanian tersebuat membuatkan kita terlalai dan melebih-lebih
jangan terlalu @ terlampau peramah kerana tidak semua manusia suka dengan sifat tersebut
jangan terlalu @ terlampau cepat mempercayai orang lain kerana adakala kita akan ditipu dan didustai
jangan terlalu @ terlampau berfikiran negatif kerana kita akan sentiasa memikirkan keburukan apabila lakukan sesuatu


senang cerita jangan terlalu dan terlampau dalam setiap pergerakan dan tingkah laku kita ........
kerana Allah sangat suka hambanya yang bersederhana ...........
aku ni sangat sensitif pada alam sekeliling dan air muka individu .......

aku mudah membaca air muka orang lain adakalanya tepat adakalanya tidak .......

perbezaan keadaan wajah mampu menggambarkan emosi seseorang

Penafsiran Air Muka

Air muka adalah 1 cara untuk kita fahami dan membaca emosi dan keadaan pemikiran seseorang.
Banyak situasi yang boleh difahami melalui wajah atau riak muka seseorang .Jika seseorang individu tersebut risau , gembira , marah , tidak puas hati , sedih , terkejut semasa perbualan atau berkomunikasi .

Friday, October 19, 2012

Ego dan Emo

Semalam aku ada baca updated sorang ni.. "LELAKI DENGAN EGONYA, PEMPUAN DENGAN EMONYA".. ada betulnya jugak..

Sebab apa lelaki ego?? Bukan suka-suka untuk dia ego.. kalau lelaki emo macam perempuan jugak, susahla.. ada sebab lelaki dikurniakan sifat ego ni.. dua-dua ni ada sikap prejudis masing-masing.. yang lelaki mengeluh, "Apasal la perempuan ni emo sangat..hurmmm".. yang perempuan mengadu, "Orang lelaki ni sama je perangai, ego!!"

Lelaki ini ego sebab dia nak rasa diri dia bukan insan yang lemah, dia nak rasa diri dia hebat di mata wanita.. fungsi lelaki itu sendiri sebagai pelindung dan pemimpin kan.. dengan ego tu la dia protect kau wahai wanita sekalian.. jadi, tak perlu pertikaikan kenapa lelaki terlalu ego atau apa je.. jangan anggap ego lelaki tu sebagai bebanan.. percayala, kalau kau boleh bersabar, ego takkan beri kesan dalam diri kau..

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Emo.. ye, aku sendiri sangat emosi.. sesikit nak nangis.. sape kenal aku, tau la aku macam mana.. kadang-kadang emo ni bukan sebab mengada-ngada, tapi hati wanita.... tapi pleaseee, do not TOO EMOTIONAL.. aku sendiri cuba kurangkan emo yang kadang-kadang menjahanamkan perasaan aku..yela, sikit-sikit merajuk, menangis.. hey, macam budak kecik la!!! tipula kalau kau nampak, "Wahh, tabahnya dia.." Itu cuma luaran, dalaman ada kau nampak??

Wahai kaum Adam
Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai kaum Hawa
Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.


Ada satu gambar yang pada aku, ada betulnya..


Ni la contoh antara EGO dan EMO.. ^_^

P/S : semakin hari semakin sayang.. cewahhh, berjiwang pulekk..

Thursday, October 18, 2012

JANGAN KAU LUPA....


Duhai sahabat,

Maafkan aku andai warkah kirimanku ini mengambil sedikit masamu yang berharga itu.Tetapi ada beberapa perkara yang ingin kukatakan padamu kerana kau adalah sahabatku.

Sahabat,

Lama sungguh tidak kita bertemu.Kau sudah banyak berubah mengikut rentak usia.Aku baru sahaja meninjau gambar-gambarmu di laman ‘Facebook’.Terpana aku melihatmu.Kau bertambah cantik sekarang.Ya,aku tidak berdusta tentang itu.

Sahabat,

Biarlah aku berterus terang sahaja tanpa berselindung apa-apa pun kerana kau sahabatku.Ukhwah yang dibina pun sudah bertahun-tahun lamanya.Atas alasan itu juga kugelarkan kau ‘sahabat’,bukan pula ‘teman’,’rakan’ atau ‘kawan’ kerana kau sangat dekat denganku.Dekat di hatiku.

Reaksi pertamaku apabila melihat gambarmu,mataku berkaca-kaca.Hatiku sedih seolah-olah tidak percaya gambar yang sedang kulihat adalah gambarmu.

Kau sudah tidak bertudung lagi.

Kenapa sahabatku?Atas rasional apakah kau jadi begini?

Adakah kau lupa,kita pernah sama-sama menuntut ilmu agama di sekolah dahulu?

Adakah kau juga lupa menutup aurat itu satu kewajipan?

Tidakkah kau ingat dalil Al-Quran yang pernah Ustazah & Ustaz ungkapkan di kelas kita dahulu?

Aku kira kau sudah faham benar dengan suruhanNya.Kau pelajar pintar di kelas kita dahulu.Sudah semestinya tidak mustahil untuk kau fahami.

Sahabat,

Terkedu sebentar aku melihat gambar profilmu di ‘Facebook’.

Kau tidak berseorangan,tetapi kau berdua,bersama seorang lelaki .

Sungguh aku terkilan melihat kau mempamerkan saat bahagiamu.Air mataku mengalir buat sekian kalinya.Sebak.

Ya Allah!

Kau lupakah,sahabatku?

Bukankah kita dididik dengan ilmu agama sejak di zaman sekolah lagi?

Maafkan aku kerana menegurmu sebegini rupa.

Tetapi kini,apa yang telah mempengaruhimu untuk memilih si dia berbanding si DIA yang maha agung?
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Tidakkah kau yakin dengan janji Allah?

Janji Allah adalah pasti.Bukan dusta semata-mata.

Tinggalkanlah ‘si dia’.Allah telah lama menyediakan jodoh untukmu.Cuma cepat atau lambat itu biarlah Allah sahaja yang menentukan kerana Dia maha mengetahui.Kalau bukan di dunia,yakinlah bahawa Allah menyediakan jodoh yang terbaik untukmu di akhirat nan abadi.InsyaAllah.

Sahabat,

Semakin lama ,kurasakan ukhwah kita semakin renggang sejak kau sudah pun ‘berpunya’.

Kau lebih sedia meluangkan masa dengan ‘si dia’ berbanding denganku,sahabat baikmu apatah lagi dengan teman-teman yang lain.Seringkali pula kau biarkan emel yang kukirim padamu dibiar tidak berbalas.

Kau tidak semesra dulu.Aku rindukanmu,sahabat!


Kenangan susah dan senang kita bersama masih lagi segar di ingatanku.Sungguh aku merindui saat-saat kita bersama dahulu.Bersama-sama meredah hujan ke sekolah bersama-sama.Aku juga rindukan saat kita sama-sama didenda Ustaz dahulu.

Tetapi aku dapat rasakan kau semakin jauh denganku.

Sahabat,

aku sahabatmu,masih menyayangimu bukan hanya kerana kau sahabatku,tetapi kau juga saudara seagamaku.Menjadi tugasku untuk mengajakmu kembali ke jalan hidup yang diredhai Allah seperti mana yang telah kita praktikkan ketika berada di sekolah itu.

Aku enggan dituduh mempunyai iman yang lemah.Maka atas alasan itulah aku menggagahkan diri menulis warkah ini bukan semata-mata untuk berlagak baik di hadapanmu.Mungkin juga apa yang telah berlaku terjadi di luar kesedaranmu.

Aku sedar kita manusia yang sering lupa.

Aku juga pernah pernah khilaf.

Alhamdulilah,Allah izinkan aku berubah.

Jika aku berjaya,mengapa tidak kau?

Aku tidak mahu berusaha mencari syurgaNya seorang diri.

Aku mahu ke sana bersama-sama orang yang kukasihi,termasuk kau sahabatku.

Maka aku datang untuk saling mengingatkan.

Jangan pernah kau putus asa untuk kembali ke jalanNya kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang-orang yang mahu bertaubat.


Yang masih menyayangimu,
Sahabatmu.


******************************************************

Kalau ada yang terkhilaf atau yang terasa hati,mohon untuk diampunkan.
Sekian,wallahualam.





Wednesday, October 17, 2012

Wanita~~


Pernah terasa tak?


Ada waktu, kita berusaha untuk membuatkan hidup kita gembira.Kita gembirakan orang sekeliling kita, tapi malang kita tetap ditimpa kecewa.Mereka masih tidak gembira dengan kita.Padahal, di hati kita, tiada sekelumit buruk sangka.Niat kita satu sahaja, "Jika kamu gembira, aku gembira."

Tak mengapa.. biarkan sahaja sangsi mereka menjelma. Diamlah kita bersama ikhlas yang tertulis "Lillahita'ala" di dalam sukma.Usah gelisah atau kecewa.
Sudah resam manusia, begitulah caranya.SABAR.


Ada waktu,kita menegur dan kata berbau jujur.Tidak kita mahu mereka terlanjur. Bukanlah niat kita mahu menghukum atau mengukur.Kita berlembut menyampai hemah agar tiada yang tersalah.." Pun begitu, masih juga kita disangka mempamerkan bijaksana yang tidak seberapa.

Tak mengapa..biarkan sahaja kita.Diamlah kita dengan ikhlas di jiwa.Tuliskan lagi barisan, "Lillahita'ala.".Usah dirundung duka.
Begitulah resam manusia.SABAR.


Akar yang dibajai dengan baik dan disirami dengan keikhlasan "Lillahita'ala" yang tidak berputusan akan menjadikan pokok kehidupan kita rendang dengan buah-buah kemuliaan. Mungkin ia mengambil masa yang lama untuk kita menanti musim buahnya tetapi apabila sampai waktu,nikmat yang kita akan rasa itu tidak akan dapat ditulis dengan kata-kata.

Wallahua'lam bissowab.

Salam kasih "Lillahita'ala."

Batas Rasa

Tidak ada seorang insan pun yang mengharapkan dirinya dirembes pengalaman pahit dalam hidupnya.Tidak ada seorang pun dari kita yang berminat untuk memilih duka melebihi gembira.Itu sudah pasti.Kalau boleh,kita mahukan Allah menjadikan dunia ini seindah FirdausNya tanpa ada apa-apa hal-hal yang menyusahkan langsung.Sudah tentu mustahil, kerana Allah telah memberitahu kita bahawa sememangnya kita dihidupkan di dalam dunia ini adalah untuk menerima ujianNya samada dalam bentuk buruk atau baik. Jadi, tugas kita sebagai hambaNya adalah akur dengan penuh kesetiaan.

Kadang-kadang kita dibisik oleh usikkan seolah kehidupan sedang mentertawakan kita. Apa sahaja yang kita perbuat menjadi serba tidak kena.Kita terhukum dengan bayangan rasa aib yang melintas.Kita mula terjunam dalam rasa dungu dan bodoh. Kita dihujani dengan perbandingan antara kehidupan kita yang kita lalui dan dengan kehidupan yang dimiliki orang lain. Mulalah kita berkata,"Siapalah aku berbanding mereka." Lalu kita dipengaruhi rasa rendah dan membatukan diri.

Apabila kita persoalkan tentang bencana hidup masa lalu,masa sekarang atau masa hadapan,sebaiknya,janganlah kita terlalu bermain dengan rasa.Apabila kita terlalu mengikut rasa, banyak perkara dalam hidup kita akan dibawa binasa.Kadang-kadang,rasa itu hanya sekadar rasa yang penghujungnya tidak memberi apa-apa pun imbuhan.

Kita perlu berhati-hati.Ya! Itu benar!.Berhati-hati adalah keperluan hidup.Dengan berhati-hati,kita mungkin berdaya mengubah sesuatu yang kusut menjadi tenang.Pun begitu,terlalu teliti berhati-hati hingga membuatkan perasaan menjadi mati untuk mencuba sesuatu nikmat Allah adalah amat salah.Ia seolah-olah menunjukkan kita menafikan kebesaran Allah.Sepertinya kuasa rasa kita itu lebih tepat daripada kuasa Allah. Padahal Allah telah berjanji bahawa tiap perubahan yang menganjakkan kita ke suatu tapak yang lain dikepilkan bersama perubahan itu kebaikan dan hikmah.Cubalah tanyakan pada diri kita, besar sangatkah kuasa kita sehingga kita mahu menolak kuasa Allah?Alahai..Janganlah begitu.

Sama-samalah kita memperbaiki rasa dalaman kita ke arah yang tidak merosakkan cara hidup kita yang sebenar.Janganlah kita membiarkan rasa kita melampaui batas-batasnya. Kemudilah dan kendalikanlah rasa kita daripada digoda sakit pra-sangka.Bila jangkitan pra-sangka melanda maka kita akan melunturkan rasa percaya kita terhadap apa yang diberi oleh Allah Ta'ala dan hati kita dihembus rasa tidak bersedia dan tidak redha. Kita akan dibuai gelora rasa yang tidak indah belaka.

Wallahua'lam..


Salam seindah rasa.
Moga Allah memberikan kesejahteraan sentiasa.
MUHASABAH DIRI

Tuesday, October 16, 2012

kenapa pilih aku??

Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara:
Harta, Keturunan, kecantikan dan agamanya.Maka pilihlah agamanya, beruntuglah kedua tanganmu


Jika harta yang engkau idamkan, ketahuilah diriku bukanlah orang yang berada. Tiada harta yang dapat aku persembahkan dalam ijab-kabul kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa engkau akan nikmati sedikit kesenangan apabila ijab-kabul telah di lafazkan

Jika keturunan yang egkau dambakan, ketahuilah bahawa aku hanya manusia biasa dari keluarga yang biasa. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan yang mulia, ayahanda adalah Adam a.s dan bonda adalah Siti Hawa a.s sama sepertimu

Kecantikan yang kau pilih dari ku, aku yakin bahawa engkau juga tidak terlepas seperti manusia lain. Ketahuilah wahai insan, engkau tersalah langkah kerana kecantikan yang kau pilih tak akan kekal hingga ke hari tua ku.

Dan aku tidak dapat menjanjikan untuk mu bahawa aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti kerana aku memerlukan pembimbing untuk menegakkan dakwah islam ini dan aku merelakan diri ini menjadi pembantu untuk membangunkan syiar dalam keluarga kita

Kasih Sayang Allah

Kadang-kadang semua orang mengaku mereka sahabat kita..mereka mengaku memahami kita.. sedangkan sebenarnya TAK !!..sebenarnya tak semua dari mereka akan memahami kita.. Hanya Allah yang tahu .. Hanya Allah yang tahu dan Hanya Allah yang tahu..serahkan sepenuhnya pada Allah..serahkan sepenuh-penuhnya keyakinan kepada Allah..Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita..Allah yang aturkan perjalanan kita..Allah yang tulis segala ceritanya..Allah jua lah yang penentu qada & qadar hidup kita..

Hati aku sangat tenang..mungkin ini petunjuk Allah..Allah maha mendengar..doa lah banyak-banyak..semoga segala pintu kebaikan terbuka luas buat kita..Insyaallah..Allah akan beri yang lebih baik buat kita..perjalanan atas bumi ni memang ramai orang dikeliling kita..tapi bukan semua dari mereka sentiasa ada buat kita..ada antara mereka yang memang melayan baik kita..tapi ada antara mereka yang sanggup menikam kita bertubi-tubi..so moral of the story , jangan mudah memberi hati..jangan mudah mempercayai orang....esok-esok orang ambil kesempatan pada kita..kalau kita beritahu pada mereka pun , esok-esok dianggap dusta .. luahhkan perasaan kita pada Allah , Allah Maha Mendengar..cukup lah family kita ada bersama kita.. , kita menyayangi mereka..insyaallah dunia akhirat doa mereka sentiasa bersama kita..restu mereka dan doa mereka adalah semangat buat kita..Insyaallah memberi kekuatan menghadapi perjalanan yang akan datang..

Jika Allah menjauhkan kita dengan sesuatu yang kita sayang , itu bukan kerana Allah tidak sayangkan kita..tapi dia nak berikan kita sesuatu yang lebih baik buat kita.. Jika Allah tidak memberi segera apa yang kita mohon , yakin lah bahawa Allah telah siapkan yang lebih baik buat kita sebenarnya..Allah tahu apa yang terbaik buat kita..biarlah semua orang membuatkan kita hilang percaya , biarlah semua orang tidak menyedari kehadiran kita disampingnya , biarlah semua orang tidak menghormati & menjaga perasaan kita , biarlah semua orang tidak memahami kita..biarlah semua orang tidak menghargai kita..yang penting kita yakinlah + doa lah sentiasa bahawa setiap yang berlaku itu adalah membuka mata dan membuka hati kita untuk menilai apa yang terbaik buat kita..Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita..semoga Allah sentiasa memberi ketenangan buat kita..semoga Allah sentiasa memberi kekuatan buat kita..semoga Allah memberi ketabahan buat kita ..biarlah orang bertindak kejam kepada kehidupanmu didunia ini , tetapi sandarkan pada Allah ..Insyaallah semuanya yang baik buat mu..ingat tu ye cik nurbayah..Allah sentiasa ada buatmu..senyumlah..kesat air mata mu..berjalanlah .. biarkanlah orang-orang itu menolak mu sehingga jatuh.. Allah sentiasa pegang kita , Allah takkan biarkan kita jatuh sendiri..sabar ye cik nurbayah..sabar..Allah kan ada .. ^_^

Monday, October 15, 2012

Solat sunat nikah

Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat dan boleh dilakukan sebelum dan selepas upacara nikah.
Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.

Cara untuk mengerjakannya ialah:
• berniat dengan lafaz niatnya:
- “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
• rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
• rakaat kedua:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
• berniat dengan lafaz niatnya:
- “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
- sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
• Rakaat kedua
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

membaca doa berikut selepas salam:

Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu: “YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Dari Pelengkap Tulang Rusuk mu.

Aku akan berikan tulang rusuk kiri ku kepada :

1) Kuat agamanya: Walau sesibuk mana pun, dia tetap memelihara solat fardhu. Mampu menjadi imam untuk aku dan anak-anakku. Mampu membimbingku ke jalan yang di redhai Allah
2) Mempunyai akhlak yang baik : Percakapan yang lembut mampu menyejukkan hati aku yang sedang marah. Ketegasannya nyata tapi lamah lembut dan bertolak ansur. Sopan tutur katanya dan punya rasa hormat pada orang tua.
3) Menghormati ibubapaku : Dia harus faham biarpun ketaatan seseorang isteri selepas berkahwin hanyalah hak mutlak suami tapi aku mohon untuk membalas jasa budi orang tuaku yang telah mendidik dan menjagaku sejak kecil. Izinkan aku menjaga mereka walau apa jua keadaan sekali pun.
4) Tegas mempertahankan maruah : Dia tidak akan pergi ketempat yang menjatuhkan maruah dan martabat seorang islam.
5) Amanah dan tidak boros : Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang di beri dengan sengaja. Dai bukan seorang yang kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijak sana.
6) Menundukkan pandangan ketika melihat perempuan : Sekira dia liar memandang perempuan lain, dia bukan pilihan sesuai untukku. Kerana aku adalah pencemburu yang berat.
7) Mempunyai pergaulan yang terbatas dengan perempuan : Aku tidak kisah dia berkawan dengan lelaki dan perempuan tetapi aku
8) Jujur dan berterus terang : Aku menerima apa adanya. tetapi tolong berterus terang dengan aku. Sebab aku tak mahu kepercayaan yang aku berikan 100% hanya tipu semata-mata.

Aku sendiri kurang pasti dengan masa depan ini,Cuma aku menetapkan kriteria-kriteria ini bukan bermakna aku terlalu memilih tetapi aku harus memikirkan masa depanku,untuk ibu bapaku dan untuk anak-anakku…

Masalah untuk mematangkan Hambanya

Dia beri kita akal untuk kita berfikir,Di beri hati untuk kita selami setiap perasaan ...Dia tak pernah bebani hamba-hambaNya dengan masalah yang berat..Tapi di berikan kita pengalaman yang teramat berharga untuk kita nikmatinya...

Selama bertahun aku duduk dalam satu organinasi kecil yang pelbagai cerita aku dengar....Kami hanya hamba yang di cipta pelbagai karenah..Macam tu juga aku...Hari ni kita rasa semua baik, bila menjelang hari esok.....Macam-macam cerita kita terima... Telinga di cipta untuk mendengar dan mulut di cipta untuk bebicara pelbagai cerita... Tiada manusia yang di cipta dengan kesempurnaan.Tiada manusia yang di cipta dengan kecacatan...Kesempurnaan yang ada dalam diri kita, kita kongsi bersama dan kekurangan dari orang lain perlu kita bantu...

Mungkin ada hikmah yang Allah nak bagi pada aku......8 tahun bukan satu jangka masa panjang untuk aku belajar mengenali hati budi setiap orang didalam organisasi itu...8 tahun bukan jangka masa kita fasih mentelaah sikap seseorang...

Hati aku senang di sini..Tapi, kesenangan itu kadang-kala mengugat niat asal ku... Memang betullah orang kata...Jika niat nak lakukan kebaikkan pasti ada dugaan..Syukur lah jika masalah yang aku hadapi ni adalah dugaan untuk ku kecapi nya...


Wahai telinga,kau tutuplah agar tuan mu tidak melakukan kesilapan...Wahai mulut, bisukanlah agar tuan tu tidak menabur fitnah...Wahai hati, perbetulkanlah niat mu supaya tuan mu dapat kecapi niat baiknya..Amin..

Thursday, October 11, 2012

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.

Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.


7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.


8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami . Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah seadanya.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

sumber:copy & paste by Email...

9 Kelebihan Ibu Mengandung


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Wednesday, October 10, 2012

sedarkah

anda sedarkah wahai semua ....

Kalau terjadi sesuatu pada anda sedarilah bahawa terdapat kekhilafan yang Allah nak tegur pada kita....

Syukurlah bahawa jika kamu berbuat kesalahan yang disengaja dan akan terjadi sesuatu ujian secara serta merta, adalah peringatan mesra supaya kita tersedar dan akan berubah serta insaf dengan kesalahan yang telah dilakukan.........

Allah lebih sayangkan hambanya jika teguran terus diberi kerana Allah tidak mahu hambanya terus melakukan kesilapan..........

jangan pernah iri hati pada hambanya yang sukar menerima ujian kerana itu adalah pilihan dan ketentuan Allah pada hambanya.......

semoga kita semua dikalangan hambanya yang sentiasa diberi peringatan agar tidak terus melakukan kesalahan....amin.........

Sakit merupakan salah satu tanda peringatan yang sering Allah berikan kerana dengan sakit hambanya tidak mampu melakukan kejahatan lagi dan beringat dengan kesakitan yang diberikan.....

terima kasih coretan berdasarkan kehidupan....
setiap ujian pasti aku akan siasat semula kesalahan yang telah dilakukan kemungkinan yang dianggap tidak berdosa tapi sebaliknya....


sedarilah...............

FASA PERUBAHAN LELAKI

Wanita yang nak/dah bertunang, nak/dah berkahwin kena membuat persiapan mental kerana menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah lelaki biasanya akan berubah mengikut fasa berikut.

*lelaki sebagai KEKASIH lain perangai/ragam

*bila dah TUNANG lain perangai/ragam

*dah jadi SUAMI lain perangai/ragam

*jadi AYAH lain perangai/ragam


Berbeza dengan wanita yang akan kekal menjadi dirinya dari sebelum dan selepas kahwin.Jika dia jenis yang suka bercakap dan membebel maka dia akan terus bercakap dan membebel. Jika dia seorang yang pendiam maka dia akan tetap pendiam. Jadi???.bolehlah aku simpulkan "apabila seorang wanita sayangkan seseorang,dia tetap akan sayang sampai bila-bila"..macam mana dengan lelaki lak?..ada sesiapa yang boleh bagi jawapan?.

MOOD: risau since tak lama lagi dah nak kawin.. huhuhuhu

Apapun perubahannya,aku sentiasa ingatkan diri untuk menjadi yang terbaik..kerana LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK dan sebaliknya WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK.Bukan beerti lelaki/perempuan yang pernah JAHAT tidak layak mendapatkan yang baik kerana sesungguhnya setiap manusia layak mendapatkan yang terbaik untuk diri dan hidupnya.Tetapi dengan syarat dia kena berubah dan memperbaiki dirinya menjadi lebih baik terlebih dahulu untuk mendapatkan yang juga terbaik..
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Ya Allah apapun yang berlaku dalam FASA PERUBAHAN LELAKI,aku berdoa semoga ia adalah perubahan yang positif dan baik.Agar lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga itu boleh menjadi ketua keluarga yang baik,Imam yang baik,suami yang baik,ayah yang baik, pembimbing yang baik dan pelindung yang baik untukku serta umat yang baik untukMu,ya Allah..AMIN..

Tuesday, October 9, 2012

beware of FRIENEMIES

FRIENEMIES..Aku pernah mengalaminya. Aku yang tidak menyedari perkara ini melayan MEREKA dengan baik.Sehinggalah Allah menunjukkan kepadaku WAJAH sebenar mereka.KAWAN @ MUSUH dalam selimut.Aku percaya Allah mempunyai sebab kenapa Dia menunjukkan semua ini kepadaku walaupun selepas sekian lama dan Aku juga percaya Allah mempunyai sebab kenapa Dia membawa FRIENEMIES ini dalam hidupku.
~ tikam belakang
~ bercakap baik untuk mengorek rahsia kita kemudian di ceritakan pada orang lain
~ memutar belitkan cerita demi menyembunyikan kesalahan sendiri
~ memfitnah kerana cemburu
~ cuba untuk mengusik dan mengambil hak kita
~ HIPOKRIT
~ DLL
** tapi yang pasti mereka sangat pandai berlakon dan berpura-pura baik di hadapan kita..
Dulu aku beranggapan KALAU KITA MELAYAN ORANG DENGAN BAIK MAKA MEREKA JUGA AKAN MELAYAN KITA DENGAN BAIK.. tapi aku silap..
HAKIKATNYA..
Aku juga menyedari bahawa.......................
Aku bukan jenis yang mudah membuat assumption.Sekiranya ada yang aku rasa tidak betul atau mencurigakan dan merasakan mereka adalah FRIENEMIES aku akan.................
Tapi tidak semua orang boleh menerima cara nie.Kenapa?.Bagi aku mereka mungkin tidak dapat menghadapi kenyataan bahawa Allah menunjukkan WAJAH sebenar mereka kepadaku (malu lah tu).So dengan pantas mereka mencari pelbagai-bagai alasan dan cara untuk menyorok dan mempertahankan diri.Malah ada yang cuba melemparkan kesalahan tersebut kepada orang lain.
Apapun kepada FRIENEMIES terlebih dahulu aku mohon maaf.Sesungguhnya aku tidak pandai berlakon seolah-olah aku tidak melihat WAJAH sebenar FRIENEMIES ni.Maka jangan hairan jika layanan aku berubah kerana.......................
Aku tidak kisah kehilangan FRIENEMIES................

Aku sedar aku juga tidak sempurna. Banyak kekurangan dalam diri ku. but at least.........


dan korang suka ataupun tidak aku tetap akan terus menjadi diri sendiri.

Ingatlah wahai FRIENEMIES............................
Sekalipun didunia kamu boleh bersembunyi di sebalik selimut dan lari dari kesalahan dengan meletakkan kesalahan itu pada orang lain melalui lakonan kamu yang kononnya mangsa dan meskipun kamu dibela didunia kerana kamu berjaya mengaburi mata orang lain dengan cara yang HIPOKRIT.tapi ingat Allah maha mengetahui dan maha adil..di akhirat kelak kamu tetap akan memikul sendiri semua kesalahan tersebut..
SOONer OR LATEr...it juz da matter of TIME..before everything came back to u..we call it as KARMA.. kalau bukan di dunia..pastinya di akhirat kelak..
so I decided to not prove you wrong..kerana bukan hak aku untuk menjatuhkan hukuman melainkan hak Allah. BUT..Insya Allah,I will prove that I'm right dengan bantuan Allah yang telah membuka sedikit demi sedikit bukti wajah FRIENEMIES.
NOTE: kepada FRIENEMIES.. go away.. sebelum aku SMASH..




Monday, October 8, 2012

MERTUA vs MENANTU

Lagi tentang Dato Hj Fadzilah Kamsah (Cuma mengimbas balik)….Sebelum-sebelum nie aku pernah tengok bual bicara Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah iaitu Selami Jiwa dengan tajuk MERTUA vs MENANTU. Menampilkan Sharifah shahirah dan mertua sebagai tetamu jemputan. Shahirah adalah menantu perempuan sulung dalam keluarga Ijoi suaminya memandangkan Ijoi adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Episod kali ini memaparkan cerita bagaimana ibu ijoi sangat menyayangi dan menerima shahirah walaupun banyak kekurangan pada shahirah termasuk tidak pandai memasak..malah bila dato' fadzilah bertanya apa keburukan yang ada pada shahirah?.. mertua akan menjawab "tidak ada. semua ok".. bak kata Shahirah, dia sangat bertuah kerana mendapat mertua yang sangat bertolak ansur.

so freindz macam mana nak jaga mertua?.. berikut adalah tips-tips yang diberikan oleh Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah.

*jadilah menantu solehah
*maafkan dan doakan mertua
*masak untuk mertua dengan ikhlas
*sentiasa faham karenah mertua coz 'org tua' lebih sensitif
*layan mertua seperti ibu kandung
*peluk, cium dan sapu minyak urut
*beri hadiah
*hantar gelombang positif
*berbaik-baik dengan ipar duai
*cakap benda baik di belakang mertua
*jangan mengadu tentang suami kepada mertua (kecuali sampai tahap paling kritikal dan memerlukan mertua sebagai penyelesaian terakhir)
*kena banyak mengalah pada mertua dan kalau ada masalah cari masa yang sesuai untuk berbincang
*serap dalam hati kita berbuat baik untuk mendapat redha Allah
*Sekiranya mertua melebihkan menantu lain (jika ada),
jangan dengki tetapi segera muhasabah diri,cari kelemahan diri dan berubah
*jangan bekerjasama dengan menantu-menantu lain (jika ada) untuk mejatuhkan mertua

ADA FAHAM!!!!!!!..

Friday, October 5, 2012

2012 : DUGAAN HINGGA OCTOBER

KERJA (habis dan sambung semula)
FITNAH (macam-macam hal.. tapi bila kita rasa kita betul so face benda tu dan bukan melatah)
BATU API (tak habis-habis nak memanaskan keadaan dan menambah cerita)
SAKIT (Alhamdullillah penghapus dosa kecil)
MENGADA-NGADA (tak kena tempat dan cara.. memang menyampah)
SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDAS (sapa suh makan cili.. memang pedas lah)
BERAT SEBELAH (manusia yang semakin LUPA dan BUTA)
CERMIN DIRI SENDIRI (bikin panas.. lain kali tengok diri sendiri dulu.. kan dah malu..)
MELUDAH KE LANGIT TERKENA MUKA SENDIRI (lain kali meludah kebawah..)
BUANG SAUDARA (hak masing-masing.. so buatlah)
MENGKUCAR-KACIR KEADAAN (Tahniah anda berjaya.. grrrrr...)

PENUH DUGAAN TAPI ALHAMDULILLAH... Hidup yang penuh warna-warni...

(ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”
(Surah al-Nisa).


TIDAK SERASI

Kalau tengok cerita drama Melayu selalu menjadikan alasan TIDAK SERASI sebagai alasan untuk memutuskan hubungan. Secara jujurnya aku kurang setuju dengan alasan tersebut kerana sememangnya tiada manusia yang 100% serasi kalau itulah yang mereka harapkan.

Memang pada asasnya semua lelaki sama. Macam tu juga perempuan. Namun setiap 1 dari kita ada perbezaan. dan perbezaan itulah yang menjadikan kita istimewa dan unik. So, adakah alasan TIDAK SERASI releven?..
Baru-baru ini aku menonton ulangan bual bicara Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Membicarakan masalah kelewatan jodoh. Ahli panel jemputan ialah pengacara sensasi Azwan Ali dan Julia suria FM yang mengalami kegagalan dalam perhubungan yang serius sebanyak 4 kali. Namun bukan kelewatan jodoh yang menyebabkan aku tertarik. Tapi kata-kata dari wanita tersebut.

Ayat yang 100% sama aku tak ingat. tapi lebih kurang....

bila berdoa pada Allah mengenai jodoh, mintalah pada Allah dekatkan kita dengan jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita dan jauhkan kita dari mereka yang bukan jodoh kita. Bukan berdoa minta Allah jodohkan kita dengan si POLAN BIN si POLAN kerana itu seperti kita memerintahkan Allah untuk meletakkan si POLAN tu sebagai jodoh kita.
Berbicara soal jodoh. Bolehlah aku simpulkan punca perpisahan seperti TIDAK SERASI, ORANG KE TIGA, SKANDAL, TIDAK JUJUR, TIDAK TEPATI JANJI dan sebagainya hanyalah faktor yang menunjukkan bahawa DIA BUKAN JODOH KITA. So tak perlulah salahkan sesiapa atas perpisahan kerana Allah dah tetapkan, itulah yang terbaik untuk kita. Macam mana kita berusaha keras pun untuk pertahankan sesuatu hubungan sekiranya Allah tidak mengizinkan ia terjadi maka ia tetap tidak akan terjadi. Ikatan pertunangan juga bukan 1 jaminan melainkan IJAB KABUL yang dituntut oleh agama.

kerana

KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN
**jodoh adalah rahsia Allah**


Namun Allah tidak pernah melarang kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. betul tak?.. ^_^

Thursday, October 4, 2012

takdir

Assalamualaikum…

Takdir ni aku rasa satu perkataan ramai yang tak faham sepenuhnya.Bila kita sebut tentang takdir ianya berkait dengan qada’ dan qadar dan merupakan salah satu rukun iman kita.Ramai yang tersilap dengan konsep takdir ni aku tengok.Hanya berserah tanpa berusaha seperti tahu takdir diaorang.aku taknak explain banyak-banyak sangat tentang takdir nie..dan ilmu aku tak la banyak sangat.

Aku tulis entry ni cuma nak sedarkan ada segelintir yang sentiasa terperangkap dengan perkataan takdir ni.Kita kena ingat Allah tu Maha Berkuasa untuk mengubah dan of course menentukan sesuatu.Rezeki dan jodoh merupakan salah satu yang kita selalu sebut bila cakap pasal takdir.Rezeki yang Allah bagi memang dah ditentukan.Yang aku faham tentang takdir ni kita kena berusaha sedaya-upaya selagi perkara atau takdir itu tak berlaku.

Menunggu tanpa berusaha untuk dapat sesuatu.Tu namanya menyalahkan takdir atau tak faham apa itu takdir.Ya…seperti kita tahu masa depan kita,tahu yang kita bukan takdir untuk dapat apa yang kita ingini.So,apa guna anugerah besar untuk umat Islam yang Allah bagi.Ape lagi kalau bukan doa.Doa..doa dan doa.Sebelum tu berusaha dan diakhiri dengan tawakal supaya apa yang kita harap tu la takdir kita.Rahsia Allah takde siapa yang tahu.Segala tertulis di Luh Mahfuz takde siapa yang tahu ianya akan berubah dek kerana usaha dan doa yang korang lakukan.

Jangan terkejut yang ajal pun boleh berubah.Itu yang aku dengar dalam ceramah.Menjalin silaturrahim boleh memanjangkan umur.Dan aku tak boleh explain panjang lebar sebab bab ajal ni memang banyak kena belajar.Aku pun tak banyak ilmu tentang ni.Point aku kat sini jangan la kita anggap kita tahu takdir kita.

Aku pernah tersalah anggap dengan apa yang dikatakan takdir.Aku banyak kelemahan dan dulu aku anggap ianya satu takdir.Dulu aku kata yang aku tak mungkin boleh jadi orang yang berani sebab aku cakap aku dah ditakdirkan takde sifat berani tu..Aku kalah sebelum berusaha..Aku langsung tak cuba berusaha untuk dapatkan sesuatu tu padahal aku teringin nak kan sesuatu tu..Allah tak pernah anggap kita ni catur di dunia ni.Allah jadikan kita khalifah untuk kita memimpin dunia ni.Lakukan apa yang terbaik untuk hidup kita.Dan kali ni aku nekad dalam hidup aku.aku takkan give up sebelum ketentuan dan takdir tu berlaku.

Kun Fa Ya Kun.Ingat ayat Al-Quran ni Insyallah kita takkan give up untuk usaha dapatkan apa yang terbaik dan kita harapkan.Dulu aku sendiri tak suka dengan diri aku sendiri.Aku benci dengan kehidupan aku.Tapi sekarang aku berusaha untuk menyukai diri aku sendiri sebab aku yakin Allah tak mentakdirkan kita kalah dengan kelemahan yang jadi takdir kita tu tapi tuhan nak kita berusaha merubah takdir tersebut.Takdir bukannye seperti bermain nombor ekor…hanya menunggu untuk harap jadi kaya…takdir sesuatu yang kita kena usahakan supaya takdir yang baik datang pada kita..Ape yang salah sila tegur dalam entry ni.Aku lagi suka orang berterus-terang dengan aku…

p/s-aku bangga dengan usaha aku tapi aku benci dengan benda yang aku tak usaha selama ni…Aku takkan menyesal even though aku akan kecewa kalau apa yang aku usahakan tak dapat.Sekurang-kurangnya aku tak predict takdir aku yang hanya Allah saje tahu…

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA

Tertarik dengan penghayatan kata-kata ini..khas buat diriku,dirimu,para suami & isteri di luar sana…wanita! Kerana dirimu begitu berharga !

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka
begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


Sumber dari : copy & paste…

Wednesday, October 3, 2012

Menanti Detik Itu~

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku bergelar isteri kepada insan yang telah bertakhta di hati ini En.Azman bin Shahrudin.. InsyaAllah kita akan di satukan dengan ikatan pernikahan. Semoga segala dugaan dapat di lalui dengan sabar dan bijak. Amiinn.

Buat insan yang bergelar tunangku kini, terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana menerimaku seadanya, menerima segala kelemahan dan kekhilafanku. Aku yang hanya gadis kampung biasa yang tidak secantik bidadari..Thank you again.

Hati ini sebenarnya tertanya-tanya, mampu kah aku untuk menjadi isteri solehah. Isteri yang sentiasa mentaati suaminya, isteri yang pandai mengurus rumahtangga, dan sebagai penyejuk hatinya di kala kesusahan. Untuk waktu-waktu yang tersisa kini, semoga kita sama-sama melengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga dalam mencari redha Illahi.

Ya Allah....
Kuatlah hati kami....
Restukanlah niat kami....
Teguhkanlah iman kami.....
Sesungguhnya kami mudah alpa....

Ya Allah.....
Lindungilah kami dari segala malapetaka
baik dari langit mahupun dari bumi....
Sesungguhnya kami hanyalah insan lemah....
Yang sentiasa mengharap belas ihsan dariMu...

Ya Allah...
Berkatilah hubungan kami....
Kuatkanlah ikatan jodoh kami...
Permudahkanlah urusan perkahwinan kami....
Untuk menjalinkan ikatan yang sah..
Iaitu ikatan pernikahan yang di redhai olehMu...
Jalinan yang barakah hingga ke akhirat~

Aminnn...aminn aminnn ya rabbal'alamin~

Tuesday, October 2, 2012

Semanis Kurma

Cintaku 100% kembalikan cinta pada Allah.Harap redha Allah.Amalkan 4 L.

1.LUAHKAN PERASAAN.
Luahkan perasaan pada Allah.. banyak munajat,luahkan pada suami..pada isteri.


2.LEMBUT HATI.
Janganlah ego & sombong.Banyak mohon maaf andai bersalah.


3.LIBUR BERSAMA.
Pergilah bercuti suami isteri agar bertambah lagi kasih sayang.


4.LOVE FOREVER.
Cinta selama-lamanya hingga ke akhir hayat.. malah hingga ke syurgaNYA.


S : SAYANG SUNGGUH2
E : EGO BUANG JAUH
T : TABAH HADAPI UJIAN
I : INGAT
A : ALLAH NAMPAK SEMUA ..


Amalkan doa pendinding diri dalam keluarga & elak was-was dalam surah almukminun ayat 97-98 & surah al-hadid ayat 3

Monday, October 1, 2012

KAKTUS BERDURI & ULAT¸¸

(mungkin semua dah pernah dengar kata-kata nie.. Tapi ,Aku nak share jugak)

"Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar..
TUHAN memberiku kaktus berduri..
Aku minta TUHAN seekor kupu-kupu..
TUHAN memberiku ulat bulu...
Aku sedih dan kecewa..
Namun kemudian...
Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat bulu itu berubah menjadi kupu-kupu cantik..
Itulah jalan tuhan... Indah pada masanya..."


TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan..
Tapi TUHAN memberikan apa yang kita perlukan..
Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka..
Tapi jauh di atas segalanya..
TUHAN mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...

ALLAH sentiasa melakukan semua perkara yang betul!
Cara ALLAH sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika kita memohon sesuatu & menerima yang lain dari ALLAH, percayalah, pastinya ALLAH sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang dipinta....tidak semestinya apa yang diperlukan.

Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu & mengeluh. ALLAH sangat sukakan hambanya yang meminta-minta pada-NYA.

Duri hari ini...adalah bunga hari esok.

ALLAH mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-NYA.


~ Bila dihayati dan direnungi kata-kata indah ini... aku sedar dan bersyukur dengan apa yang telah ditentukan oleh ILLAHI... Setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup ini...pasti ada hikmahnya...