JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, January 31, 2013

PERANCANGAN : 5 tahun akan datang

" 5 tahun akan datang ... " ... aku suka fikir begitu .. apa akan jadi dalam kehidupan aku akan datang .. apa perubahan baik yang perlu aku lakukan supaya menjadi seorang yang lebih baik .. aku seperti mereka yang lain , aku seperti mereka-mereka .. ada impian .. ada cita-cita .. mungkin orang akan cakap , kuat berangan ..pada aku itu bukan angan-angan , tapi aku sedang memasang impian .. merangka masa depan .. huhuhu .. aku manusia biasa , mungkin terkadang lebih angannya dari usaha mencapai impian sendiri .. kadang-kadang aku perlu diingatkan .. supaya aku tak terlalu leka dengan angan-angan aku ..

" 5 tahun akan datang ... " .. so ingat masa nie dah ada baby .paling minima pun 2 orang . !! itu rancangan / plan aku .. tapi aku hanya mampu merancang , Allah juga merancang tetapi perancangan Allah adalah yang sangat terbaik untuk aku .. so aku sentiasa redha atas segala apa yang berlaku dalam perjalanan aku .. aku berpeluang untuk sambung belajar sebenarnya , tapi Allah lagi tahu kemampuan aku .. aku menolak kerana komitmen kerjayaku , tapi tu bukan bermakna aku putus asa .. aku mungkin akan buka langkah baru , study PJJ or part time dengan kos yang agak mencabar tetapi insyaallah aku usahakan yang terbaik .. Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk aku .. Allah plan aku jalan yang sangat baik untuk aku .. Allah plan untuk aku supaya fikir kerja dulu .. then sambung belajar .. selepas kahwin .... amin .. Insyaallah .. besar nya angan-angan aku nih .. huhu ..

" 5 tahun akan datang ... " .. tahun ni adalah tahun ke 9 aku di company sekarang .. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku sepanjang perjalanan aku mencari rezeki disini .. belum berniat untuk bertukar kerja , sebab aku masih tak puas untuk mencari pengalaman baru disini .. banyak benda aku masih nak explore .. banyak perkara aku cuba nak buat .. dan aku cuba mencari peluang yang baru disini .. Insyaallah .. aku cuba usahakan yang terbaik .. semoga Allah murahkan rezekiku , dan berkati rezeki yang aku sedang usahakan .. rezeki untuk keluargaku .. masa depanku ..

" 5 tahun akan datang .. " ... dalam tempoh 5 tahun akan datang , semoga aku diberikan kesihatan yang baik .. sebab aku nak menjadi orang yang lebih baik .. aku nak jadi anak yang soleh , isteri yang baik untuk suamiku .. dan semoga diberikan kesihatan yang baik untuk aku melahirkan zuriat yang sihat dan cerdik .. aku perlukan kesihatan yang baik dan iman yang kuat , untuk mendidik anak-anakku kelak .. semoga diberikan kesihatan yang baik supaya aku dapat temani suami ku , sama-sama susah dan senang bersamanya .. semoga diberikan kesihatan yang baik supaya aku dapat bersama mak dan ayah , susah mahupun senang .. semoga aku diberikan kesihatan yang baik sebab aku nak jaga mak dan ayah .... mereka mungkin nampak gagah dimata kami , tak pernah kenal erti putus asa mencari rezeki .. tak kenal erti lelah mencari rezeki .. walau aku tahu aku tak mungkin dapat berikan kemewahan buat mereka, tapi aku akan cuba berusaha yang terbaik untuk mereka .. mak dan ayah orang yang paling banyak berjasa dalam hidupku ..mereka adalah yang terbaik dalam hatiku .. mereka adalah syurga ku .. mereka lah sahabat karib ku .. teman istimewa ku .. superman terbaik adalah bapa ku .. kat mana-mana aku berada , saat aku minta pertolongan ayah sentiasa ada buat aku .. lambat atau cepat , ayah sentiasa usahakan untuk anaknya .. mak adalah teman karib aku .. kawan tempat aku menangis , kawan tempat aku ketawa , kawan aku bergaduh , kawan tempat aku merajuk ..mereka ini lah yang sentiasa dekat ngan aku , saat semua menjauhi aku .. uwaaaa .. :'( .. ni yang rasa nak nangis-nangis ni .. huhuhuhu ..

" 5 tahun akan datang .. " .. aku nak ada rumah sendiri .. aku tak tahu bagaimana aku selepas nikah nanti , tapi impian dan cita-cita aku .. aku membina masa depan bersama keluarga aku sendiri .. susah camne pun aku harus berdikari sendiri .. menyewa atau beli rumah sendiri , aku kena belajar hidup sendiri .. duduk dengan mertua atau duduk dengan family sendiri , bukan impian aku .. impian aku , aku nak belajar berdikari sendiri .. jatuh bangun bersama suami ku , bukan berharap dan dahagakan pada bantuan orang lain .. kalau tak belajar berdikari sendiri , sampai bila-bila susah nak belajar sendiri .. huhu .. esok-esok berpaut pada mak ayah lagi ke ?? huhuhu .. jadi orang kuat ye cik nurbayah .. perjalanan akan datang lebih mencabar dan pastinya mungkin belum tentu semua orang yang ada untuk kita sekarang masih tetap ada untuk kita , tapi yang pastinya Allah sentiasa ada buat kita .. percayalah ye cik nurbayah.. kuat !! kuat !!

" 5 tahun akan datang .. " .. ermmm .. semua orang mungkin angankan duit berjuta-juta .. kemewahan menggunung .. kumpul harta berduyun-duyun .. tapi aku ? aku cuma minta diberi KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN .. KEKUATAN .. dan KEIMANAN yang tinggi untuk perjalanan akan datang .. harta dan kemewahan itu bukan sesuatu yang aku kejarkan .. tapi cukuplah aku dapat usahakan keperluanku dalam penuh sifat besederhana .. aku belajar dari sahabat-sahabat ku tentang " wasatiah " .. itu lah yang aku cuba tanamkan dalam diri aku .. sebab aku tahu kesan sifat berlebih-lebihan itu .. aku cuma mohon supaya Allah kurniakan perjalanan akan datang lebih baik dari sebelumnya .. dalam tempoh 5 tahun akan datang .. aku nak beli " family car " .. sebab nanti dah ada anak , barang penuh kat bonet kereta .. beg baby .. stroller .. itu lah ini lah .. penuh kereta .. plan aku , bila naik satu tahap nanti baru plan untuk ke tujuan ini .. insyaallah semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki ku .. amin ..

" 5 tahun akan datang ... " ... banyak sebenarnya keperluan yang masih tak cukup .. bukan nak berlebih-lebihan .. tapi cukup sekadar memenuhi keperluan ku sebagai seorang manusia seperti yang lain .. semoga perjalanan akan datang ini lebih baik .. dan aku bermohon semoga diberikan hidayah dan rahmat untuk langkah akan datang .. aku pernah jatuh , aku cuba belajar untuk kuat walaupun sebenarnya kadang-kadang aku tak cukup kuat untuk hadapi semua ini .. tapi aku tahu , setiap ujian yang Allah beri padaku dan keluarga ku .. semua ada hikmahnya .... mungkin ada masa kami diuji dengan masalah , aku belajar untuk jadi kuat daripada mak dan ayah aku .. aku sentiasa doakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan .. jauh atau dekat , hati aku tetap akan sentiasa doakan mak dan ayah aku ... Ya Allah , kalau doa mak makbul untuk anak-anak .. aku mohon makbulkan lah doa seorang anak kepada ibu bapanya .. aku takkan pernah berhenti dan takkan pernah rasa lelah berdoa buat ibu dan bapaku .. kuatkan hati mereka .. semoga kami semua tabah dan sabar hadapi dugaan ini .. amin ..

Wednesday, January 30, 2013

truestory...syukran


Lupakan peristiwa pahit sebaik sahaja mengambil pengajaran daripadanya. Forgive and forget! Jangan biarkan diri disengat dua kali oleh satu kepahitan. Satu semasa mengalaminya, kedua... semasa mengenangnya. Let go, and let God! Siapa yang selalu menoleh ke belakang, tidak akan bergerak ke hadapan. Yesterday ended last night!..." ~Ust Pahrol Mohamad Juoi~


thats true..a marvellous person is somebody who forget ancient story and look forward n also look ADORABLE:)

P/S: kadang kala apa yang telah kita alami membuat kita jadi trauma....

HANYA LEBIH KURANG SEBULAN

Hanya lebih kurang 30 hari lagi
Berapa banyak masa yang tinggal
dah semakin menghampiri tarikh itu.
perasaan saya?
takut.

semoga semua nya akan berjalan dengan lancar



Tuesday, January 29, 2013

saya nak stokin boleh?

Assalammualaikum.

fikir punya fikir.Erm..
saya tak nak hadiah macam orang lain.
dapat teddy bear.
dapat coklat.
dapat segala-galanya.

cuma saya nak stokin boleh? ^_^


p/s : perlahan-lahan aku cuba untuk menjadi muslimah yang sempurna..malunya bila tahu kaki itu salah satu dari aurat perempuan. tapi yang tu paling susah nak tutup. Allah!

Tertampar


Saya termenung.


Sahabat: Fikir apa?
Saya: Fikir masa depan.
Sahabat: Masa depan?
Saya: Hmm.
Sahabat: Masa depan kita cuma di Akhirat.
Saya: :)



*rasa tertampar dengan kata-katanya. kini sedar yang hati selalu lalai. Astaghfirullah.*

nota tamparan: hikmah itu datang pada bila-bila masa. ,mari muhasabah. Kita ini banyak dosa. T__T

Monday, January 28, 2013

Terasa Di Sayangi

Dear my another half...

Thanks because always thinking of me, always love me and always pray for me... My do'a always with you...

Ya Allah, terima kasih atas segalanya... Sesungguhnya ketentuan ini adalah yang terbaik untukku dan dia. Dia buat aku rasa dihargai dan disayangi... Alhamdulillah.

Semalam, going to kampong jawa atas urusan pilihan gelang untuk our pernikahan day. Semoga hari yang akan berlangsung nanti berjalan dalam rahmah dan lancar.
Nak tau tak? Love him very strong. Sama juga dengan dia. Kalau ia banyak, aku juga begitu...

Semoga hubungan ini sentiasa dalam kasihnya dan kami tabah menghadapi semuanya. InsyaAllah...

Our engagement adalah 'beautiful' relationship... Keputusan untuk hidup bersama adalah keputusan paling besar aku buat. Dan takkan lupa sampai bila-bila. Sebab inilah keputusan yang paling mencabar aku pernah buat. Dan...

Sekarang baru aku sedar... ada hikmah dan insyaAllah ia adalah yang terbaik untukku.... In love with him day by day... Okla, gtg...

Banyak tugasan perlu diselesaikan... Sekian... ;)


p/s:Today he's off. Kesian dia... Dua hari tak cukup tidur. Takpe yer, Because Allah akan ganjarkan sesuatu yang baik atas segala pengorbananmu..." Okla, need to stop now. Yer, saya dah pandai mengaku yang saya rindu dan sayang pada kamu...

Sekian, wassalam...

kahwin best tak?

salam darlingssss...

saya saja nak buat entry ni, sebab nak tahu jugak,....ye la kan, dah ramai kawan-kawan kat dalam blog ni dah kahwin...( tetibe mood sedey) hahahah :)


saya just nak tahu jer, best ke kawin ni, saya macam dah tahap pikir, macam susah je nanti kalau dah berumah tangga, sebab nanti kita dah tambah lagi satu family iaitu, keluarga mertua..adoi...TAKUT!

tu la , bukan ape pun , sebenarnye mane yang perangai kita yang tak berapa nak elok tu, kena la cuba ubah sikit kan..baru la suami kita sayang dan yang paling penting mak dan bapak mertua boleh terima kita seadanya..

lagi satu, akak-akak dan abang-abang kat sini nasihatkan kat saya, yang penting kite anggap macam keluarga kita sendiri dan kawal nafsu amarah ke apa ke...dan yang paling penting..."JANGAN CAKAP KEBURUKAN SUAMI kita pada mertua kita..." tu ayat yang saya ingat nasihat akak dan abang kat opis saya nie.

so, mane-mane yang bakal isteri dan yang dah jadi isteri tu jaga-jaga lah perangai kita di hadapan suami dan mertua kita yer..

saya nasihatkan pada diri saya sendiri jugak yer..ape-ape pun, Selamat Beramal :)

love ya' - heheheheh ( iloveu tunangku)

Friday, January 25, 2013

Raikan CintaKu


Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)


Wah hari Jumaat 25 Januari 2013 sudah tiba. Tak sempat nak up entry. Tau-tau je dah nak hujung bulan Januari. So many things to share yet limited time though. T___T


Dengar tajuk je ade unsur-unsur gedix tak? Tapi ini bukan entry sedih-sedih tau. Ini entry ringkas sebab buat time kerja. Ermm time kerja pun sempat updated blog ye cik Nurbayah. Curi masa! Tak baik tau :P

kad kahwinku dah siap...:)


Sempat upload ni saja buat masa ni


so, InsyaAllah, by next week dah boleh start pos kad undangan kawen pada kawan-kawan & saudara-mara yang jauh nun di sini, di sana..=)

so, dalam 3 weeks before majlis baru lah create event dalam facebook..actually tak suka sangat invite by facebook, rasa macam tak ikhlas je..tapi nak buat macam mana, kalau lah saya ni berWANG, boleh la distribute kad yang hard copy punya..tapi masalahnya saya ni berUANG je..mampu tag kawan-kawan kat facebook je..so, gunakan lah teknologi yang ada.. tak gitu...=)

p/s:thanks kepada encik tunang sebab telah me'nyupport' kad kahwin KAMI...

Wednesday, January 23, 2013

Permintaan & pemberian (prelude)

"Dia memberi apa yang aku pinta, tapi aku sangat takut kalau aku tak mampu untuk memberi apa yang Dia pinta"

(Sedutan kisah tajuk ni akan diceritakan pada post yang akan datang. InsyaAllah! Buat masa ni aku tak mampu nak update blog panjang-panjang sebab tak larat nak perah otak untuk mengeluarkan idea & ayat² yang baik.)

Maaf. Buat masa ni, hati saya sangat tak tenang. Ada sesuatu yang kosong. Minda yang kosong. Hati yang kosong. Sahabat saya kata, "tak baik mengeluh". Saya tak mahu mengeluh sebab kalau kita mengeluh, rezeki kita akan semakin menjauh dari kita. Jadi, saya redha dan tidak mahu mengeluh. Saya akan simpan 'penat' saya supaya saya dapat bangkit macam dulu. Terima kasih kawan-kawan yang baca. Saya terpaksa jadi skema macam ni sebab saya dah penat cakap style pasar. =)

Tuesday, January 22, 2013

SEPERKARA ....

Adat kita, .... sentiasa berbahasa. Dalam amarah, kita berkias. Dalam suka kita memberi. Tidak rugi sedikit pun. Malah terbina kasih yang berpanjangan.

Perubahan , itu tabii. Pandangan pun sama. Hari ini dan esok sentiasa tak sama, sentiasa berubah. Hari ni rasa lain, esok fikir lain pulak.

Perbezaan pendapat, itu kan lumrah. Bermaafan. Itu terbaik. Terimalah luahan maaf dari saya jika ada yang tercalar hatinya di sini.

Berkongsilah apa yang tertulis jika suka.

KALAU BAIK SAMPAI DALAM KAIN CERITA

Apa pulak kali ni cik Nurbayah oii.. Apa yang kalau baik sampai dalam kain cerita? Cerita apa yang ada dalam kain tu?? Kain siapa?? cerita siapa?? Apa dan kenapa??

Cerita kain siapa.. siapa punya cerita atau siapa yang nak di ceritakan tu tak penting apa yang penting benda ni memang berlaku di sekeliling kita & tak mustahil tanpa kita sedar atau memang kita sedar kita juga buat benda ni. Buat macam mana tu?? Jom kita kupas isu sampai ke urat saraf paling halus...

Alkisahnya kita ni.. (Tak merujuk diri sendiri atau sesiapa la.. ) kalau berkawan tu, nak - nak lagi declare sebagai kawan baik, sahabat baik @ bahasa sekarang BFF habis semua nak cerita dari salasilah keluarga sampai la yang rahsia-rahsia pun nak bagitau. Tak cukup dengan tu rahsia & aib sendiri pun nak share jugak. Tak cukup lagi rahsia & aib keluarga pun nak share jugak. Konon memang kawan baik sangat-sangat la.. sampai masa bersama laki pun nak cerita kat orang. Ok.. nasib baik dapat kawan yang memang boleh simpan rahsia walau dah putus kawan sekalipun tapi kebanyakkan nasib tu akan jadi tak baik bila putus kawan. Time tu masing-masing nak cari jalan jatuhkan sesama sendiri.. maka sapa yang banyak cerita pasal diri dia kat kawan baik memang senang-senang la di aibkan.

Sebab tu la dalam berkawan.. tak kira kawan baik sampai makan bersuap, mandi bersabun sesama sendiri tetap kena ada batasan setiap apa yang kita nak kongsikan. Tak kira kawan dari sudut & celah mana pun.. kawan depan mata ker, depan FB ke.. depan blog ke. Berkawan berpada pada kalau tak padah jawabnya. Jangan sesekali kita terlalu ramah bercerita rahsia peribadi kita pada kawan. Hari ni mungkin dia kawan.. satu hari kita tak tahu samada dia masih kawan atau lawan. Berkongsi masalah, nak minta pandangan, nasihat @ pendapat carilah kawan yang betul-betul boleh membantu bukan membuntu. Ni kau cerita kat kawan yang hidup dia sendiri pun tak betul.. minta nasihat,minta pandangan jadi apa nak pelik kalau satu hari nanti dia tikam balik kau dengan semua cerita kau kongsi dengan dia. Sebab apa yang kau lihat dari mula tentang dia dah banyak terpesong cuma kau sendiri yang pejam mata & anggap dia sebagai rujukan terbaik jadi bila satu masa dia guna segala apa dia tahu untuk janahamkan hidup kau, bukan salah dia 100%. Separuh dari silap tu berpunca dari kita sendiri. Jadi renung renungkanlah..


P/S II : Entri ni tak merujuk kepada mana-mana individu, blog mahupun blogger. Entri ni tercetus bila melihat fenomena pergaduhan yang di canang-canag kat alam maya ni. Bukan satu dua kes.. malah ber kes-kes hingga tak terkes jadinya. Macam mana orang yang takde kena mengena boleh tahu semua tu.. sendiri mau ingat. Kau canang satu maya bukan 1 Malaysia je boleh baca malah 1 Dunia. Jadi berhati-hati ketika menulis sesuatu di alam maya. Penulisan anda tu mencerminkan kebijaksaan anda juga. Peace!! (Den pun tak bijak mana.. tapi berpijak lagi di bumi nyata walau selalu berada di alam maya)

P/S III : Daku punya sejarah.. Sejarah yang ajar untuk berkawan berpada pada. Zaman sekolah aku memang terror dalam sejarah tapi aku tak menyesal sebab sejarah tu membentuk aku untuk jadi seorang penyimpan rahsia & aib sendiri, bakal suami & juga keluarga dari tercerita pada orang-orang yang tak sepatutnya.

Monday, January 21, 2013

TAK Suka last minit


Takde apa cerita nak post sebenarnya..
Err..sebenarnya ada banyak cerita tapi tak sempat nak post. Ni antara yang sempat lah…
Just nak share, bila mana kita saja yang ada satu-satu kemahiran tu, maknanya orang akan asyik carik kita je untuk buat kerja yang sama. Saya tak kisah pun, tu kepercayaan orang kepada kita la kan. Sesuatu yang positif la tu. Tapi bila mana kerja diberi last minit, pastu nak secepat mungkin, aiii..tu mula datang sakit malas tu. Bukannya robot yang boleh siapkan kerja on the spot. Walhal kita ni banyak kerja lain sebenarnya. Tapi tu la atas dasar prihatin dan tanggungjawab, buat jugak la.

Ehmm..bunyi macam dah tak ikhlas pulak ye. Err..sebolehnya saya cuba ikhlaskan hati dari sudut hati yang suci murni. Nak menolong tapi kalau tak ikhlas tak dapat pahala pulak kan. Sejujurnya saya berbesar hati untuk menolong tapi jangan la last minit. Kalau dah tau nak benda tu cepat, bagitau la awal-awal, senang cerita kan.

Tak ditujukan pada mana-mana pihak, sekadar perkongsian saja ye. Jangan ada yang terasa ya. Kalau terasa jugak maybe anda sendiri yang tergigit cili, bukan saya yang sumbat cili itu dalam mulut anda.

Peace no war!

Wanita Hari Ini : Pasangan Cakap Lepas

Aku suka tengok Wanita Hari Ini Tv3 .. nak bercerita sikit tentang topik perbincangan hari tu berkenaan " Asam Garam " rumah tangga .. so banyak cerita tentang hal rumah tangga .. banyak bagi info berguna .. macam-macam cerita .. kita yang belum berumah tangga ni , belajar dari cerita mereka yang dah berumah tangga .. perkahwinan tu banyak cerita nya , tak semestinya bahagia itu sentiasa milik kita bersama pasangan kita .. sama-sama bersedia hadapi ujian dan dugaan rumah tangga .. semoga kita sama-sama kuat dan sabar hadapi dugaan akan datang .. InsyaAllah .. Amin ..

Tajuk nya adalah " pasangan cakap lepas " .. ada beberapa situasi .. tak dapat nak ambil banyak info , sebab sebenarnya pasal aku curik-curik tengok sambil buat kerja lain .. aku sendiri tak dapat fokus nak tengok tv .. huhuhu .. tapi sedikit info yang aku dapat ..


Kenapa seseorang tu cakap main lepas .. kerana ..

1) keadaan emosi nya mungkin mempengaruhi ..
2) pengaruh family dan cara didikan
3) orang yang suka maki hamun ni , mungkin juga tak jaga solat

biasanya perempuan kalau terlepas cakap , dia mudah nak minta maaf .. tapi berbeza dengan lelaki susah nak minta maaf lepas terlepas cakap

situasi 1
suami suka cakap lepas .. isteri diam jek .. tapi suami terbiasa cakap lepas , sampai tak menjaga hati isteri . Depan orang lain dan depan anak-anak pun cakap lepas .. isteri malu ..


bagaimana cara isteri nak menghadapi masalah suami :
- sabar
- redha
- mungkin suami minta dipuji
- mungkin hubungan seks tidak cukup


situasi 2
27 tahun , mengahwini suami atas dasar suka sama suka . Suami yang mulanya masa bercinta seorang yang sopan santun dan berlemah lembut . tapi lepas kahwin menjadi seorang yang cepat marah ,baran dan suka cakap lepas . keluarga mertua datang , isteri masak tak sedap , kena marah depan family . isteri mungkin seorang yang biasa , pastu suka merendah-rendahkan isteri tak cantik . isteri tegur tapi suami still buat lagi ibarat mencurah air ke daun keladi ..


kesan terhadap diri dan anak-anak :
- anak akan sedih bila ibu bapa gaduh
- anak akan mula benci kepada ayah
- anak kurang hormat dengan ayah .
- peribadi buruk si ayah mungkin akan mempengaruhi anak sebab apa yang dia lihat akan masuk terus ke minda .


*** " terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya " .. so kadang-kadang mungkin tak sengaja , tapi kita kenal kawal diri kita . Jangan main nak lempar kata-kata yang kesat jika marah pada pasangan kita .. sebab ia akan memberi kesan kepada pasangan kita , kesannya pada hati dan perasaan mereka .. sikit mungkin memberi luka pada hatinya .. so sama-sama jaga lisan , supaya tidak membiarkan marah menguasai diri .. sehingga memudharatkan diri sendiri dan orang lain .. ubat yang terbaik selepas buat salah , adalah minta maaf .. mungkin dapat menyejukkan hati pasangan .. dan berusaha keras supaya tak ulang kesilapan itu lagi ..

p/s : Untuk renungan kita bersama.Yang buruk tu datang dari diri kita sendiri.Dan yang baik itu semua dari Allah

Friday, January 18, 2013

i will be right here waiting for u :)


macam biasa, kehidupan terus berlalu. sama macam angin. lately busy sangat.
ye lah nama pun keje :)tapi ada la jugak teringat kat dia. rindulah kat awak
tak payah mention name pun awak dah tahu an :)
iloveu :)

balik pun agak lewat sekarang nie.makan pun tak menentu.
hmm. keje punya pasal an. penat tapi tak pe, rezeki...
awak, saya sentiasa ada di sisi awak.
ingat tuh.

BUDAYA Listen!! Listen!! Listen!!


Heboh sudah sekarang dengan perkataan LISTEN! LISTEN! LISTEN! Kat tempat keje aku nie, Dalam lab dengar perkataan LISTEN! .Dekat office dengar orang cakap LISTEN! Keluar company pun masih lagi dengar perkataan LISTEN! Dalam bercakap? Sudah semestinyalah. Naik pening aku dibuatnya. Arghhh!

Sekarang ni boleh dikatakan kat twitter, facebook, youtube dan banyak lagi ruangan social media yang lain duk mainkan isu listen. Mula-mula aku pun tak paham dan buat-buat tak nak paham, tapi sebab ia dah jadi viral, mulalah aku nak ambil peduli. Melalui listen, aku temui pelbagai keyword lain

Ramai yang sudah tahu akan apa yang dimaksudkan dengan LISTEN! Well, itu adalah perkataan yang popular di kalangan masyarakat sekarang. Lebih-lebih lagi di kalangan mahasiswa. Ini semua berpunca daripada perbualan atau forum suara mahasiswa di antara Bawani dan Sharifah Zohra.


Sapa dah tengok video kontroversi ini? Sebuah forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?' telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 8 Disember 2012 yang lalu. Oleh itu, ada satu pelajar wanita berbangsa India tampil dengan beraninya dan menyoalkan beberapa perkara sensitif dan panas (issue boring dah sebenarnya bagi aku) iaitu tentang pendidikan percuma dan PTPTN..

Pendapat aku... adalah tidak menghormati , tidak matang dan tidak professional untuk sharifah zohra menarik mikrofon dan menyekat apa yang ingin disampaikan lagi oleh Bawani... malah, apa yang disampaikan juga......bagi aku.... ermm... satu je aku nak jawab... "saya rasa anda perlu sekolah balik laa wahai sharifah zohra jabeen..."

walaupun aku tak suka dengan cara sharifah zohra jabeen, tak bermakna aku setuju dengan apa yang Bawani lakukan...

bagi aku Bawani juga ada silapnya...cara bercakap, kalau kita nak orang hormat kita, percakapan kita juga haruslah dijaga.. cakap tu, jangan ler macam nak ajak bergaduh.. tinggi bebenor suara.. macam terjerit...

aku faham, darah orang muda laa katakan.. cepat panas, cepat memberontak...


Bawani ada tanya pasal pendidikan free kan??

ermm..dik... kalau semua nak free.... sape yang nak bayar gaji tenaga pengajar? sape nak tanggung semua kos belajar? kos bil, dll... bayar pakai pasir ke dik..


Pendirian aku di sini, aku masih tidak menyokong pendidikan percuma. Bagi aku, cara itu tidak lestari/sustainable. Macam mana makin kaya dan makin maju pun ekonomi negara kita, pendidikan percuma kepada semua adalah tidak sustainable. Melainkan kepada mereka yang betul-betul layak dan berusaha keras untuk mendapatkan pendidikan percuma iaitu untuk pelajar yang sangat sangat pandai dan boleh jadi aset kepada negara sampai negara kita sponsor pergi belajar kat luar negara.

Sekarang ni, korang belajar pakai duit PTPTN (duit pinjaman) pun, ada yang belajar sambil lewa. Tak amanah pada diri sendiri. Belajar main-main. Kena extend sampai 60 semester. Tukar course sampai 565 kali. Duit PTPTN pakai buat beli pil hormon dan beli hp baru. Hakikat...korang datang belajar ni semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah saja.

Dan kepada korang-korang yang tak bayar lagi hutang PTPTN, jangan la duk salahkan kerajaan semata-mata. Janganla pula menyalahkan pihak PTPTN yang tidak memberikan kerjasama yang baik kepada kita yang berhutang. Takpe....susah susah macam mana pun....pergilah bayar sebulan RM50. Anggaplah ini satu ibadah kita. Pengorbanan yang kita nak buat untuk mendapatkan ilmu yang tulus.

Mintak maaflah kalau aku cakap ni ada silap dan salah. So, point aku kat sini....janganlah jadi orang yang lalang dan merosakkan negara sendiri.


p/s: Saya rasa sedih......dunia ohh dunia.

Thursday, January 17, 2013

jika aku pilihanmu

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”


Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.


Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~

Coming soon

*********************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************


************************Coming soon**************************
***************************** =)******************************

Alhamdulillah…fully bertudung

Syukur Alhamdulillah..selama ni orang selalu duk kata dia pasal imej bertudungnya kan..rupanya niat Dato Siti nak bertudung sepenuhnya apabila umurnya genap 34 tahun pada 11 January 2013..


siti lebih muda dari usia apabila mengenakan tudung sepenuhnya



Sempena hari jadinya yang ke 34 , Siti kelihatan semakin ayu dan cantik apabila mengenakan tudung litup.Sejuk mata memandang..Baguslah Siti, kerana Siti merupakan idola dan pastinya menjadi ikutan ramai selepas ini, mudah-mudahan ye..:))


p/s: moga makin ramai lagi golongan artis yang meneruskan niat berhijab ini...Amin :)

Wednesday, January 16, 2013

bila suami merajuk

Suatu hari sang suami merajuk Malam , di bilik tidur..

Isteri: abg....

Suami: ....(tanpa suara) dan terus membelakangi isterinya..

Isteri: abg,syg minta maaf..syg tak bermaksud nak kecilkan hati abg...

Suami: .......(masih diam) dan keluar dari bilik..

Isteri: abg, nak pergi mana..syg nak ikut..(dan terus berlari , terus dptkan pinggang suami dan peluk
kuat) abg,syg minta maaf..jgn la mcm nie..nnti cepat tua kalau marahII..

Suami: ye,xpe la syg. Abg tak marah..pergi la tido.

Isteri: syg minta maaf,kalau ada salah dan silap hrinie dgn abg, abg xnak tido sama?

Suami: nnti abg masuk tido..tau la abg jln kt bilik tu..

Isteri: ok..ermm...abg tak nak maafkn syg??

Suami: lain kali la..xde mood..

Isteri: kenapa lain kali..abg, xnk redhakn syg?

Suami: redha untuk apa?

Isteri: abg, kalau abg xnak maafkan syg,.Allah xnak terima syg masuk syurga..kalau abg x nak redhakan syg, kita xkan jumpa kt syurga bang...(sambil tepis airmata yg jatuh kt pipi)


Suami: eh..kenapa menangis plk syg abg nie....abg gurau je..nak manja dgn syg la..syg, abg nak syg tau..kalau syg tak buat salah ke,tak minta redha abg pun..abg sentiasa maaf dan redhakan syg..abg sentiasa ikhlas...

Isteri: (sambil peluk suami) terima kasih abg,.Syg beruntung dpt suami mcm abg..

Suami: dah la, jom tido..dah lewat mlm...♥♥

Isteri: syg abg , syg abg kerana Allah..

Suami: abg pun...dah pi tutup lampu ok! :D


♥ P/s: isteri nak pintu syurga, kena la minta dgn suami....keredhan suami itu adalah kunci syurga..bersayangII,berkasihII..sesungguhnya Allah sukakan kepada rumahtangga yg aman.. ♥

copy and paste from fb bercinta selepas nikah..
=)

5 bulan sebagai tunangan orang

Assalamualaikum...

Hye semua...

Saje jer nak buat entry tajuk yang nie. Sungguh, sungguh busy dan tak tercapai tangan ni nak menaip entry kt sini. -.- .

Alhamdulillah..syukur kepada Allah...syukur sangat. semalam 15 Januari 2013 , genap 5 bulan usia pertunangan dengan encik tunang. Tiba-tiba rasa macam cepat je masa berlalu.Eh, dah 5 bulan kita tunang...buat-buat terkejut..haha..

Selama 5 bulan sebagai tunangan orang ni, keadaan masih terkawal.Kami masing-masing tengah pening memikirkan persiapan untuk hari bahagia kami. pening oooi...tak caya cuba tanya Bride To Be yang lain. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Survey sana,survey sini. Honestly, lepas tunang hari tu, memang rileks gila.Dekat tiga bulan lebih kurang. Malas nk fikir apa-apa kan..Tapi bila dah lebih dari 3 bulan macam tu, mula la otak ligat berfikir untuk wedding preparation pulak. Ini lagi besar tanggungjawab, lagi besar komitmen, lagi besar duit belanja...wuuuwuwuwu..T__T. Tapi nak tawen jugak..(mood gatal) . hehe.

Just nak bagitau u...i lap u...ngeh ngeh...gediks gila kan..
Untuk sayang saya :

Thanks sebab jadi tunang saya
Thanks sebab sudi layan perangai + kerenah saya yang pelik-pelik nih
Thanks sebab sudi layan makan + pakai saya (especially bab-bab beli tudung ;) )
Thanks sebab sudi teman saya bila saya sangat memerlukan kamu...huaaa..sedih sikit part ni
Last but not least...Thanks for everything...I love u so much ^_^
Happy Anniversary for 5 months...Now kita hitung hari bahagia pulak ye ^___^



Tuesday, January 15, 2013

love song from shea : .SaYaNg (Shae)

sayang apa khabar denganmu
di sini ku merindukan kamu
ku harap cintamu takkan berubah
kerna di sini ku tetap untukmu

sayang apa khabar denganmu
cubalah kamu telepon diriku
ku rindu dengar suara indahmu
kerna dirimulah semangat hidupku

sayang dengarlah permintaanku
jangan ragu kan cintaku
sayang percayalah apa kataku
kerna ku sayang kamu

sayang dengarlah permintaanku
jaga hatimu untukku
sayang dengarlah bisikan hatiku
kerna ku sayang kamu
source: google
nyanyian : shae

monolog dalaman:
"betapa berharganya setiap saat tika mendengar suaramu
sesungguhnya kamu buat aku tersenyum sendirian disini"

*p/s : minta maaf ye. lately ni tuan tanah mood jiwang. hihihi.


Mahram..


Nota comel ni aku copy paste dari FB~

Monday, January 14, 2013

erm...kerana dirimu begitu berharga..:-)


profaganzaaas


~~~ paparazzi merangkap kerani pentadbiran mukabuku kat sini dah kembali,

Dengan modus operandi:
menghantar laporan setiap aktiviti-aktiviti dan status update kepada 'mama kiah propa' dan 'kakak speku'!!!!
Walaupun ko bukan freind..tapi awasss...hahaha!
Keji sangat perlakuan...


AWAS kalian...!!! Jaga-jaga ada yang memerhati!!! #apa pon tak boleh!
...dulu dah reda sikit kes "Tukang Print Screen"
...they'ol’s print screen status dan catat minit status kat dalam buku 555..
ajeer giler perangai...stalker sangat!!
Sekarang ni tukar macam ni pulak..
Macik Kiah ngan Kakak Speku tu dah la hazab betul mulut they'ols.

Aiyoo....no privacy at all..


sapemakancilidiarasapedas ;)

Friday, January 11, 2013

pesan


♥ Pesanan Dari Ustaz Azhar Idrus ♥

Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak... ♥

Thursday, January 10, 2013

LUAHAN HATI } SYUKUR PADAMU

Dear Allah...
I want to take a minute...
not to ask for anything from YOU...
but..
simply to say THANK YOU, for all I have.
SYUKUR ALHAMDULILAH...

Wednesday, January 9, 2013

“Lidah anda yang menentukan siapa anda.”

Kadang-kadang kita tak sedar siapa kita??apa tanggapan orang lain terhadap kita??sebenarnya lidah kita yang dapat menentukan siapa kita??orang lain bleh ‘judge’ kita melalui percakapan kita, air muka kita..dalam sedar atau tidak kadang-kadang kita cuba sembunyikan siapa diri kita sebenar…

berdasarkan apa yang telah aku tempuhi…hari ini aku bertekad untuk menulis sesuatu dalam blog ini…bukan niat hati untuk mengata atau mengutuk sesiapa tapi aku rasa terpanggil untuk menegakkan kebenaran..betul kata orang dolu-dolu berani kerana benar takut kerana salah..terlebih dahulu maaf jika blog ini menyinggung mana-mana pihak.ntah dari mana aku nak mula…mungkin dari pada persahabatan yang telah terjalin bertahun…telah membuka mata siapa orang yang berada disekeliling kita…aku sedar semua manusia tu tak ‘perfect’ termasuk diri aku..tapi aku cuba untuk menjadi seorang sahabat yang baik…cuma memahami semua orang yang berada disekeliling aku…tapi aku silap..mungkin tak ramai yang suka..pengakuan ikhlas ini telah diutarakan pada seseorang..aku pun tak paham kenapa??mungkin aku salah??tapi mungkin ‘dia’ yang salah menganggap…

sebagai seorang insan yang berfikiran waras aku selalu berpegang kepada perinsip…jangan menipu orang lain…moga diri ini tidak ditipu…ternyata…persepsi ku itu salah..malah lebih kejam ada yang bertindak ‘menikam kawan dari belakang’…aku tak kisah siapa yang ‘dia’ nak tipu, bohong atau sewaktu dengannya…tapi aku dah ada bukti yang aku rasa cukup untuk membuatkan ‘dia’ malu utuk berhadapan dengan kenyataan..aku mendiamkan diri bukan bermaksud aku salah..tapi aku tak nak ‘dia’ sendiri malu dengan apa yang telah ‘dia’ lakukan…biarlah dia nak cakap ape…tapi aku sentiasa doakan ‘dia’ sedar sebelum terlambat…bak kata orang sekali kita membuka keaiban orang maka kita membuka keaiban kita sendiri..

moga tuhan memberi pertunjuk kepada orang berkenaan…

Tuesday, January 8, 2013

Orang Pertama ...


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW


Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA
bersama-sama.. insyallah..

Monday, January 7, 2013

Harap dia pun begitu


Allah maha mendengar... sebut dalam doa..Allah saja yang tahu keikhlasan hati kita,..tak perlu hebahkn dalam fb.. semoga Allah panjangkan jodoh saya dan bakal suami insyaAllah :-)

Atmosfera positif :)

Assalammualaikum.

'hidup ni kena saling melengkapi macam teh dan kopi. lain warna dan rasa. tapi saling memerlukan. tapi kopi sedap lagi' - hehehe
sedang khusyuk menaip. kemudian saya disapa lembut oleh rakan seorang nie.. Dia menepuk bahu lantas bertanya.

You ok?' ' ok, nape yer?' ' alaa, macam la kita tak baca blog dia'

beberapa hari lepas saya terima coklat pengerat ukhuwah dari seorang rakan yang lagi seorang. hmm.

'ehh kenapa ada coklat ni ' 'dia senyum'

mungkin kita selalu kata kita ini letih , kita ini sunyi, kita ini hiba, walhal yang ada sekeliling kita ini cukup untuk buat kita tersenyum. dan gembira. hanya dengan mereka dan semestinya ALLAH. jangan kerana sedikit salah faham segalanya dipertikai.

'manusia ini, bila dia nampak kejahatan kecil dalam diri kita, dia akan nampak kejahatan itu lebih besar dari kebaikkan yang dibuat oleh kita'

jom ubah benda ni. sebab saya selalu berfikir. kenapa aku perlu membenci seseorang itu hanya kerana kesalahan kecil. sedang kan selama ini kebaikkan yang dilakukan bersama aku terlalu banyak. jangan benci dia, benci kejahatan dia! - bentak hati

saya di kelilingi atmosfera yang sangat tenang dan aura positif itu kembali menjadi semangat. dan saya bersyukur kerana di kelilingi dalam keadaan yang begini! AMIN YA RABB :')

Thursday, January 3, 2013

Label me?

Assalammualaikum.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana readers blog( * macam ramai je baca blog dia. perasan *) saya boleh suka dengan cara saya menaip dan semua olahan ayat saya di sini. Sampai ada yang kata sedih(* ok tipu, mereka kata bila mereka baca entri yang lama-lama hingga yang sekarang mereka sedih, seperti mereka masuk dalam dunia saya). maaf saya memang suka menulis di alam maya guna hati, baru awak-awak semua tahu apa yang saya rasa. serius saya terharu. Cara penulisan saya sebenarnya dah banyak berubah. dari tahun ke tahun. sebab saya menulis ikut mood dan situasi. tak semua entri di sini berkaitan dengan diri saya. kadang-kadang saya menulis tentang keluarga, kawan-kawan, dan entri yang boleh dijadikan tauladan termasuklah bab "copy & paste" from FB. saya suka kalau saya menulis, orang suka. kalau yang tak suka, saya minta maaf. nak buat macam mana kan. ni blog saya. bukan blog awak. hahahahaa. Ramai readers kata itu ini yang membaca secara sembunyi sembunyi pun ada ( silent reader = pembaca senyap ). hehehe. saya terharu. bila sekarang semua orang sudah tinggalkan dunia blog. saya pula semakin rancak menulis di sini. ya saya suka. sejak dulu lagi. biarlah tiada yang baca pun. memang minat saya begini. terima kasih readers semua :) saya sayang awak semua kerana Allah.


'don't judge a blogger by it's writing'

if you ask : ' which post is about me?
i'll say : any word you want, is yours :)

maaf la kalau kamu kata saya palsu, hanya baik pada penulisan tidak pada zahirnya,
tetapi siapa kamu untuk menghukum? kalau kamu rasa kamu hebat dari saya, boleh kamu jadi setabah saya? boleh? tepuk dada tanya iman.

post benda baik pun kena herdik, post benda jahat lagi di herdik.
mana satu ni?
tanya lah diri sendiri sebelum mulut lancang menghukum seseorang.
wallahhualam :)

p/s : saya minta maaf , saya perasan bahawa penggunaan kata nama'aku' dan kadang-kadang guna 'saya' . muahahahaha. ikut keselesaan la :D

Nurbayah Amirruddin. semoga ALLAH rahmati kamu.

Politik atau Persahabatan



Nilaikan sendiri.
Blog ni bukan nak cerita pasal politik.

kan bagus kalau boleh bergabung.

Benefit : kita semua yang dapat.
Ok . Bye :-)
Pejam & Fikir . T__T

p/s: teringat lagu waktu kursus BTN dulu "MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA"...

Wednesday, January 2, 2013

muka surat pertama

Hye reader
Assalamualaikum :)


Is counting ! Hello2nd January 2013 ♥ hmmm saya berpeluang meluah pada hari pertama bekerja pada tahun dua ribu tiga belas. Alhamdullilah I 'm still here bernafas thanks to Allah S.W.T for the everything :)

Isnin iaitu 31 Disember 2012 bersamaan dengan hari lahirku iaitu hari yang terakhir untuk tahun yang ke dua ribu dua belas :'( sob sob perlahan lahan menutup buku yang ke berapa tahun sambil menyelak nyelak halaman pertama sehingga halaman yang ke 365 :'( feeling so sad last week, because we don't know what gonna be happen at the future hanya mampu berdoa agar segalanya berjalan seperti biasa dan baik baik aja, people only can pray for a good life, happiness and everything be fine amin amin.

Tahun ni banyak cerita , walau banyak cerita dan ujiannya .. kadang-kadang aku sendiri tak sangka aku dah laluinya .. selak balik diary , bila baca balik perjalanan aku sepanjang tahun ini .. boleh ketawa sendiri dan boleh menangis sendiri .. tapi semua cerita itu adalah pengalaman .. Banyak yang Allah telah rancangkan buat aku untuk tahun akan datang ini , samada aku bersedia atau tidak aku harus tempuh nya dengan tabah dan sabar ..

Ya Allah , kuatkan hambaMu ini menempuh segala dugaan dan ujianMu .. aku lemah tanpaMu , aku rebah tanpaMu .. dampingiku .. dekatiku .. kuatkan hati dan iman ku supaya tidak mudah goyah .. Ya Allah , murahkna rezekiku , rezeki keluargaku .. jadikan aku anak , bakal isteri dan bakal ibu yang solehah .. suburkan kasih sayang yang kami telah benihkan dalam hubungan kami sekeluarga .. eratkan hubunganku bersama keluargaku dan bersama bakal keluarga suamiku .. satukan hati kami dengan kasih sayang .. beri kami perlindungan supaya hati kami tetap bersatu .. Jadikan aku orang yang lebih rasional , sabar , matang , berdikari , solehah .. aku tak nak ulangi kesilapan semalam , tetapi aku nak menjadi orang yang lebih baik untuk perjalanan yang akan datang.

Mohon maaf sekiranya ada tersakitkan hati, ada tersilap perbuatan, maaf ada terambil hak, maaf ada terkasar bahasa, dan maaf untuk segalanya, I know that hater will be hater and never forgive other but sometimes hater will be bestfriend :) #silapercaya

Mukasurat pertama :) almost ended :') hookey no feeling rite now, hari berjalan seperti biasa dan tak menunggu aku seperti aku berharap agar masa sentiasa menunggu aku -,-" I miss my old days, setiap kali meluah mesti nak kata rindu masa dulu dulu kann motif ? Huh ! Seriously rinduu !! :'( lantak la orang nak kata motif ke point ke, yg penting tu adalah hakikatnya ...

Tapi saja kepoh nak cakap cakap jugak :) anyway Happy New year Blogger ♥ teruskan menulis !