JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, July 31, 2013

Tipu cara Ashraf Muslim

Ironinya disini mengapa ketika cerita ini bertebaran beberapa bulan lalu, Ashraf seperti mahu berselindung?? kenapa perlu melarikan diri tetapi dia yang akhirnya mengaku berkahwin. Aku tidak mahu memburukkan keadaan tetapi dimana rasionalnya si Ashraf sehingga dia dilihat sanggup menipu demi kepentingan diri.

Bahagiakah Wan Sakinah diatas penderitaan orang lain.. hati wanita tiada siapa yang tahu.

Tiada apa yang perlu aku katakan disini kerana aku juga punya suami , punya keluarga. Tiada seorang pun isteri di dunia ini yang sanggup berkongsi kasih sayang. TIADA. Tiada seorang pun isteri di dunia ini yang bahagia apabila suaminya bersama wanita lain. TIADA.Tiada seorang isteri pun di dunia ini yang sanggup melihat suaminya menipu dirinya hidup-hidup. TIADA. Apa pun alasan Ashraf, caranya telah membuatkan orang ramai hilang hormat padanya kerana dia sendiri tidak hormatkan isterinya sendiri.

Semoga Ashraf Muslim & Wan Sakinah bahagia dengan perancangan mereka dan semoga Dayana terus tabah menghadapi dugaan berumahtangga. Semoga Allah SWT menjauhi bala seperti ini didalam rumahtanggaku. Amin.

Orang Berkeyakinan Tinggi Mudah Berjaya

Agak lama jugak aku tidak menulis entry tentang pendapat kan...ni dah lama tak update otak pun jadi tepu sudah..

Mungkin short entry nak cakap tentang keyakinan diri.. yaaa keyakinan diri dapat menjadikan anda hidup berjaya.. betu la, sebagai orang yang dah berkerja.. menurut pengamatan aku orang yang berkeyakinan tinggi pempunyai peluang yang sangat cerah untuk pergi jauh dalam bidang yang dia ceburi, lagi lagi orang yang bijak dan pandai bercakap..ini serius..

Sebenarnya aku agak jealous apabila melihat orang begitu yakin bercakap di hadapan orang ramai dan tak nervous.. rileks je dia.. atau secara face to face memberikan pendapat dan hujah.. kadang aku tengok diorang ni tak de la bijak mana pun.. tapi disebabkan cara mereka bercakap ia dapat menarik minat orang lain, tambah tambah lagi dia nak kelentong orang yang bongok..

Pada satu keadaan tu kadang kadang orang tak nampak pun qualification.. ya aku setuju, salah satu cara untuk kita hidup berjaya ialah dengan mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa belajar dahulu.. tapi serius aku nak bagi tahu kat korang.. yang tersangat lah penting ialah keyakinan diri.. keyakinan untuk bercakap, yakin menempuh cabaran, berani merima perubahan dan yakin dan terus yakin.. keputusan super cemerlang cuma sebagai tiket untuk kita get trough je..

Di dalam organisasi, orang yang mempunyai keyakinan diri dan bijak berkata kata dilihat sebagai orang yang unik dan berkebolehan.. apa yang menjadikan mereka mudah untuk dilihat di dalam kesesakan orang ramai.. itula dia package untuk mereka pergi jauh.. dan serius aku kurang dalam hal ini..sodih sob sob..

 

Tuesday, July 30, 2013

Makan Dikhalayak Umum

Beberapa hari lalu, sewaktu melewati sebuah restoran saya terpandang seorang wanita bersama beberapa orang anak kecil. Ibu dan anak-anaknya mungkin. Di atas meja mereka sudah terhidang makanan, cuma belum ada air minuman. Belum masuk waktu berbuka, tetapi sudah melewati jam 6 petang. Kemudiannya saya lihat mereka mula makan, termasuk wanita bertudung (yang saya rasa Melayu Muslim). Saya mengendap? Tidak. Mereka makan di meja yang bersebelahan dengan bahu jalan raya. Terbuka. Walaupun rasa kesal kerana wanita ini makan dikhalayak umum pada bulan Ramadhan, tapi tak layak juga untuk saya mengutuk perbuatannya. Kerana saya tidak bertanya pada dia, saya tidak mengetahui apa alasan dia untuk turut makan bersama dengan anak-anak kecil tadi.

Untuk pengetahuan semua , saya bekerja didalam satu makmal bersama rakan-rakan Cina yang bukan Islam. Pada hari-hari biasa (selain Ramadhan), mereka makan di meja makan masing-masing. Bila tiba bulan umat Islam wajib berpuasa, mereka beredar ke sudut yang tersorok dan tertutup dari pandangan umum. Katanya, sebab saya berpuasa. Tak elok untuk makan di depan mata saya. Saya tersenyum. Saya jelaskan mereka tak perlu berbuat begitu sebab mereka bukan Islam. Mereka bebas makan di mana pun tanpa perlu sorok-sorok. Tapi mereka tetap makan sorok-sorok. Cuma bila mereka minum (biasa memang ada air minuman atas meja kerja), mereka selalu minta maaf sebab terpaksa minum depan saya. Saya terharu dan gembira, mereka menghormati agama saya biarpun saya satu-satunya perempuan Melayu Muslim dalam makmal ini.

Ada lagi cerita-cerita lain yang membuatkan saya senang dan rasa tidak terasing berada di tengah-tengah mereka yang berlainan agama dan bangsa ini. Semuanya berdasarkan rasa saling HORMAT!

 

Monday, July 29, 2013

Alhamdulillah


Alhamdulillah suami saya tak kedekut. InshaAllah apa yang saya nak dan dia mampu berikan dah cukup baik. Bersyukur .

ustaz pernah kata : Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit. Pasti tidak akan bersyukur dengan yang banyak.

Wednesday, July 24, 2013

Katak

Assalamualaikum,


Motif, tiada apa.

 

Cuma, comel.

 

Realitinya, basah, lembap, melekit.

 

Itu sangat geli.

 

Hell, no.

 

Love.

 

P/S: untuk aida omar, asma liyana dan penggemar katak sedunia.
Akuu...eeee yeaarkkk GELI SEGELI GELINYAA..

Tuesday, July 23, 2013

Tanya pada air mata

Assalamualaikum
 

Wahai air mata,

 

mengapa mengalir saat aku tidak mahu ia jatuh.

 

mengapa mengalir saat aku menahan keras.

 

mengapa mengalir saat aku tidak mahu diberi simpati.

 

Wahai air mata,

 

aku bertanya pada kamu, berbaloikah?

 

Berteriakan perit seperti tiada pelangi esok hari?

 

Kasihan kau air mata.

 

Cukuplah.

 

Cukuplah hanya kau menangis dalam hati.

 

Love.

 

Sedih Melihat Mereka Yang .....


Susah sangat ker nak jadi seorang manusia yang merendah diri? Susah sangat ker nak pandang dan senyum pada seseorang terutama sesama wanita islam (kalau ngan orang jantan bukan main terlebih peramah lah pulak)?

Kite takkan rasa riak dan sombong kalau kite sentiasa beringat yang apa sahaja yang kite miliki nie adelah milik Allah SWT! Walaupun kite seorang saintis terhebat didunia, kite seorang engineer terhebat di dunia, kite seorang artis terkenal di dunia, kite insan paling cantik di dunia, kite juruterbang terhebat di dunia, kite insan paling kaya di dunia atau apa sahaja perkara hebat yang ade dalam diri kite nie jangan lah kite mendabik dada sebab apa ade pada kite tu adelah milik Allah secara total!

Ya Allah… Engkau pelihara kan lah dan kekalkan lah sifat merendah diri dalam diri ku! Tak kira setinggi mana pun diri ku berada… semoga aku sentiasa tunduk dan kembalikan segala kelebihan yang ade dalam diri ini hanya padaMU! Aku sedar yang segala kebaikkan dan kelebihan yang ade dalam diri ini adelah milik mu dan apa sahaja kekurangan yang ade pada diriku adelah kelemahanku!

#sedih melihat ramai sungguh WANITA MELAYU ISLAM berperwatakkan sebegini especially kawan baikku sendiri#

Kompleksiti Seorang Wanita

Sebagai seorang perempuan, saya akui wanita adalah makhluk yang kompleks.
Kami sendiri gagal memahami diri sendiri, apatah lagi cuba memahami antara satu sama lain.


Dalam rumit seorang wanita, banyak kecantikannya.
Waktu berjemaah misalnya, pakaian asas seorang perempuan adalah telekung putih.
Putih itu sendiri banyak jenisnya.



Ditambah pula kerawang bunga kertas, bunga ros dan bunga lawang,
Ada pula corak ornamental yang 'disadur' benang emas dan silver.
Saya suka melihatnya. Walau pelbagai rupa dan kelihatan meriah, itulah hawa.

Wanita sememangnya perhiasan didunia.

Cuma bezanya, jenis perhiasan apakah kita?

Monday, July 22, 2013

Bertemu.

Apabila bertemu manusia yang suka membaca, yang banyak pengalaman hidup, yang suka menulis, saya yang sudah sedia pendiam, bertambah menjadi pendiam. Saya gemar menjadi pendengar, dan saya menjadi malu bagi berkata-kata, dan sangat malu bagi berkongsi pengalaman yang sangat pucuk, dan ilmu yang hanya sehujung kuku.

Jadi, tidak ada apa yang perlu diberi hairan sekiranya saya cuma diam pada ketika kita bertemu.

Tuesday, July 16, 2013

thats is all about women.. ;)


Panas Menutup Aurat


Dah lama saya 'mengidam' jaket labuh. Bila survey harga-harganya. Aduh! Pengsan dibuatnya. Saya tak hairan jugalah. Itu jaket, bukan baju kurung. Jaketnya pun bukan yang pendek, labuh pula tu. Hehe.

Saya guna jaket  biasa ni lapis dengan baju kurung yang saya pakai.

Ada juga kawan tanya. Tak panas ke? Yelah, pakai jaket siang-siang hari. Macam buang tebiatlah pula. Saya geleng. Tak. Tak panas. Saya selesa.

Sama macam pakai tudung . Tak panas ke pakai tudung? . Jawapan saya masih sama. Dah terbiasa. Jadi, istilah panas tak wujud.

Saya pakai tudung , berpeluh. Yang tak pakai tudung pun masih nampak ada peluh. Jadi apa bezanya?

Itu pandangan saya. Panas itu bukan jadi masalah.

Yang jadi masalahnya adalah apabila seorang muslim yang sudah baligh namun masih tidak mahu menutup aurat mereka sedangkan itu adalah suruhan ALLAH S.W.T.. -kata sahabat saya




 

Sentiasa Optimis


Jadilah seorang yang sentiasa senyum dan berfikiran positif. Masalah dalam hidup, dugaan dan cabaran harus dianggap sebagai pengalaman untuk belajar.

Walaupun mungkin kita rasa berat menghadapi semua ujian ini, bertawakallah dengan berdoa dan berusaha.

Semoga ALLAH akan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari kehilangan dan kesusahan yang kita alami sekarang.




Nota : insyaAllah..kata-kata positif berterusan juga akan buat kita lebih kuat.

Friday, July 12, 2013

Nak cerita apa dekat anak nanti?

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum. Konon nak wat kerja yang tertangguh. Tapi testing line macam laju je. Curilah masa sikit update blog. Teringat dekat sorang kawan. Dia memang pantang sikit dengan orang yang couple bagai nak rak ni. Bercinta macam yakin sangat tu jodoh mereka.


Dia kata,


Kalau dah sibuk bercinta sekarang, lepas tu kahwin. Nanti dah ada anak nak cerita apa dekat mereka kalau kena tanya "MACAMANA IBU DENGAN AYAH BOLEH KENAL?"


Takkan nak cakap,


Sebelum kahwin, ibu dengan ayah bercinta dulu. Lepas bercinta baru kahwin. Masa bercinta tu kami jarang jumpa. Kalau jumpa pun hujung minggu aje. Tak pergi mana-mana pun. Tengok wayang, makan-makan.


Sedih.


Teringat kata-kata ustaz yang ajar aku waktu zaman sekolah menengah dahulu.


Nak anak yang baik soleh, solehah. Bermulalah dari mencari pasangan. Suami soleh, isteri solehah. InsyaAllah, akan terdidiklah anak itu nanti dengan suasana islam. InsyaAllah. Banyakkan berdoa.


Awal ramadhan ni ramai kawan-kawan diberikan ujian. Ada yang gastrik sampai masuk hospital. semalam , sorang lagi kawan diuji bila dapat berita mengandung di luar rahim & perlu digugurkan.


Semoga kita kuat menghadapi ujian dari-NYA ..

 

Thursday, July 11, 2013

Jangan Terlalu baik

sejenak terfikir kata-kata dari seorang sahabat .

" jangan menjadi orang yang terlalu baik "

salahkan jika nak jadi orang baik . saya hanya diam mendengar apa yang dituturkannya . adakah saya seorang yang baik ?? tak mungkin , saya tahu siapa diri ini . Bukannya baik sangat . kadang-kadang ada buat silap . Melihat diri ini , tak layak lagi rasanya nak menjadi muslimah yang solehah .

" aku tak mahu orang lain mengambil kesempatan di atas kebaikkan yang kau lakukan ". dia menyambung kata-katanya.

"aku bukannya baik sangat . aku cuma buat apa yang aku rasa betul ". saya cuba menafikan kata-katanya .

" tapi kau terlalu baik bagi aku . Tak salah nak jadi orang yang baik . Tapi hati-hati , dunia sekarang terlalu kejam bagi orang yang baik " . balasnya ,,

sangat sukar untuk hidup dalam dunia sekarang . Bila buat baik , orang akan ambil kesempatan . Bila buat jahat , orang akan mengata . bagaikan semuanya serba tak kena . Tersilap langkah , hancurlah diri . Hidup di dunia sekarang , tak sama macam dulu . Harus selalu berhati-hati . Mungkin kebaikkan kita akan di salah ertikan . Melalui dunia hari ini , bagaikan meredah hutan yang penuh dengan duri dan binatang buas .

Saya sangat beryukur kepada Allah , kerana dikurniakan sahabat yang sangat memahami dan tak pernah menyalahgunakan kebaikkan yang saya hulurkan .

Duhai sahabatku ,
kebaikkan yang ku hulurkan tulus ikhlas dari hatiku ini .Tiada niat yang tersimpan .Terima kasih kerana kau selalu menemani diri ini di kala senang dah susah . Moga Allah selalu merahmati mu .

Tuesday, July 9, 2013

Hidup Baru

Assalamu'alaikum

 
Esok..1 Ramadhan ! Ramadhan datang lagi. Semoga kita sampai kepada bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah..hari demi hari, hidup semakin baik dan berubah sedikit demi sedikit.


Dulu..seorang anak, kini bertambah menjadi seorang isteri.
 
Dulu..duduk dengan mak ayah, kini ade suami.
 
Akan datang? Mungkin jadi seorang ibu pula. Hidup ibarat roda. Sentiasa berputar. Masa pula bukan berjalan laju meninggalkan kita. Tapi, masa "berlari" meninggalkan kita.
 
Dah hampir 4 bulan tali ikatan kami. Lepas nikah seminggu dengan encik suami..terpaksa duduk berjauhan disebabkan jarak yang jauh dan tuntutan kerjaya.

 
 
Terima kasih encik suami..
 
Ramadhan pertama sebagai seorang isteri
 
Ramadhan pertama bersama dengan suami
 
Paling seronok, bila buat apa sahaja akan ada encik suami. Nikmatnya hidup berumahtangga. Setiap apa yang kita lakukan, ada teman. Teman suka dan duka

 

Setakat ni, masih belum ada rezeki lagi bergelar ibu. InsyaAllah, akan datang. Bila tiba masa dan ketikanya.


Salam Ramadhan kareem buat semua !

 

masih percaya?

Kita semua masih percaya pada cermin hari ini, kan?

Setidaknya, saat melihatnya sahaja.

Tapi mengapa orang lain tidak melihat kita yang sama pada diri kita seperti mana kita melihat kita di dalam cermin.

Kita semua masih percaya pada cermin hari ini, kan.

Masih?

Petanda Awal *segi mata kasar

 
Assalamualaikum dan selamat tengah hari… orang kata kalau suka diam.kalau tak suka luah.  tapi , kalau korang suka , aku akan lagi suka. Kalau korang tak suka , korang jangan baca. Deal ? hehe. Tetibe nak warning kawan fb aku. tapi aku saje tulis kat blog. Luah tekanan perasaan. Okey, today ya , aku nak kongsi tanda-tanda awal nak puasa tapi dari segi mata kasar.

1 ) Lelaki dan perempuan kelam kabut nak ganti puasa .
 
2 ) Mereka juga sibuk memilih warna tema rumah sambil-sambil berwindow shopping.
 
3) Bila suasana di pejabat yang aman damai tetibe penuh rancak dengan aktiviti menempah kuih raya dan baju raya.
 
4) Sudah ada gedung @ pusat membeli then belah mula memasang lagu raya.
 
5) Aktiviti membeli meggi dan makanan bungkus berleluasa. Konon-konon untuk waktu kecemasan.
 
 6) Bila budak-budak telah memasang status nak puasa dan sibuk membuat check list nak beraya rumah siapa dahulu.
 
7) Si ibu mula memasang serta mengupdate segala kelengkapan di dalam rumah.
 
8) Muncul seorang datuk , yang duduk diatas kerusi sambil menetapkan tarikh bermulanya puasa.
 
9 ) Ceramah agama didalam tv mula menyampaikan dialog “semoga puasa tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya”.
 
10) Orang bekerja shiff mula bermain 1,2 som untuk menentukan siapa yang kena bekerja tahun ini.
 
 
11)Si bapa mula gelisah membahagi budget untuk makan , kelengkapan , duit raya dan segala bil untuk raya kelak.
 
12) Harga ayam mula naik mendadak sehingga rm 8.50/kg langsung tidak menjejaskan persiapan nak menyambut bulan ramadhan.
 
13)Dan yang paling utama munculnya iklan yang time raya je kita dengar iaitu iklan kurma “Yusoof Tayuub”.

Monday, July 8, 2013

aku tak KALAH lagi.

assalammualaikum.

lepass taip entri je aku padam.
lepas taip entri je aku pada
lepas taip entri je aku pad
lepas taip entri je aku pa
lepas taip entri je aku p
lepas taip entri je aku
lepas taip entri je ak
lepas taip entri je a
lepas taip entri je
lepas taip entri j
lepas taip entri
lepas taip entr
lepas taip ent
lepas taip en
lepas taip e
lepas taip
lepas tai
lepas ta
lepas t
lepas
lepa
lep
le
l

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sesungguh nya aku sedang tiada mood*
 
susah dahulu.
 
YA ALLAH,

bantu hamba mu ini untuk bangun semula. aku bukan pengalah. aku juga bukan seorang yang mudah mengaku kalah. jika benar kali ini aku kalah. aku mahu ini merupakan kebangkitan untuk aku bangun semula. kerana aku tahu. Engkau sedang menguji ku. menguji dengan cabaran supaya aku sedar. bahawa hidup di dunia ini tiada kejayaan yang datang bergolek. perlu usaha. perlu bersusah dahulu. dan aku tahu

Ya ALLAH,

engkau mahu aku rasakan kesusahan nya sekarang kerana engkau mahu kelak aku senang di kemudiannya.
tangisan untuk MU.

 

 
aku masih lagi mampu tersenyum!!


jangan mengalah :D

P/S : Nie apasal pic nie yang publish nie?? takde kaitan langsung pic geng-geng gedix nie sebenarnya..hahaha..tapi takpela, bagi laluan iklan kat korang-korang kazen2 gedixku ;p..
nak fofular kan...

Senyum Menerima Ujian


Seringkali diri mendengar keluhan ini.

Aku merasakan aku adalah orang yang paling malang sekali. Hidup yang aku tempuhi terasa begitu berat untuk aku pikul. Kadang, aku merasa lelah untuk meneruskan perjalanan. Ujian yang datang ku anggap musibah yang maha hebat. Sehingga akal yang cetek sentiasa berharap agar nyawa ini segera diambil kerana tidak menahan menanggung peritnya jalan kehidupan. Hari demi hari berlalu. Aku masih bernafas. Sesekali aku berfikir. Kenapa sehingga kini aku masih ada di muka bumi ini?

Allahu Allah! Cepat beristighfar. Moga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa kita yang banyak bertimbun. Entah sempat, entahkan tidak menebus kesemuanya. Air mata bergenang bila teringatkan dosa yang dilakukan. Mujur masih diberi kesempatan untuk mencari bekalan.

Ujian itu bukan diberikan pada kita seorang. Tapi setiap manusia yang ada di muka bumi ini turut menerima ujian. Makin hebat ujian yang diterima, makin insaf diri ini memikirkan betapa kasihnya Dia pada kita sehingga diberikan ujian sehebat itu.

 
InsyaAllah, kalau kita bersangka baik. Setiap yang susah pasti kita akan rasa senang. Tanpa sedar hati akan jadi lebih kuat.

 

Friday, July 5, 2013

Nak Pinjam Bahu


hati sedang terluka tapi tak mampu nak luahkan cam mana..

Nak pinjam bahu bole tak? nak menangis puas-puas nak bagi lega..

Dah tak larat nak simpan sume dalam kepala otak nie, sarat sangat takut lama-lama nanti meletop!

 

 

Aku perlu kawan untuk bercerita..Tapi aku tak mampu nak luah..

Rasa nak pergi jauh biar tak payah langsung fikirkan masalah tapi sampai bila aku nak lari sebab masalah tetap akan terpahat dalam diri aku..

 

Kenapala aku tak boleh nak rasa aman dalam hidup..

Sebab aku nie banyak dosa ke? Tapi orang yang lagi banyak dosanya dosa besar tue elok jer hidup aman damai..

 

Aku tak layak ke nak hidup aman damai?

 
 
Nak pinjam bahu sesapa yang sudi bole ke?Aku nak bercerita masalah tapi aku takut malu nak cerita masalah..Malu sangat!!!!!!!

Thursday, July 4, 2013

KURNIA

 Kini baru saya dapat rasakan kebahagiaan yang sebenar dalam rumahtangga..jika ada peluang, berjemaah bersama walaupun tak selalu.baru saya sedar tak semua cinta dari insan yang bergelar lelaki akan berakhir dengan kekecewaan & apabila kita kecewa mengadulah & berceritalah pada DIA kerana DIA rindukan rintihan kite.dan janganlah salah membawa diri saat kite di duga.kerana janji ALLAH itu pasti.
 



Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan perasaan rindu ini pada dia yang halal untukku.

Terima kasih kerana memberikan imam yang terbaik untuk diri ini.

Sungguh aku bahagia..

Jadikanlah kami insan yang sentiasa bersyukur...

dan Engkau halakanlah perjalanan kami ke jalan yang benar...

Jadikanlah ku isteri yang di kasihi..

Isteri yang solehah..

dan permata berharga untuk suami. Insya Allah...


 
p/s: sesungguhnya cinta kerana ALLAH pasti mendapat rahmat dan barakah dari NYA..AMIN..