JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, January 30, 2014

Seronoknya jadi dia


"Ish seronoknye jadi dia tu. Dahla cantik, pandai, kaya pulak tu,"

"Ah kau apa kurangnya. Kau patut bersyukur,"

"Tapi aku jeles dengan dia. Apa yang dia nak, semua dia dapat,"

"Kau hanya pandang luaran,"

"Maksud kau ?"

"Yelah, kau anggap dia tu punyai segala. Tapi kau tak tahu apa yang dia pernah lalui semasa hayatnya,"

"Hmm..."

"Kau pernah rasa kurang kasih sayang ibu bapa ?"

"Em...tak."

"Kau patut bersyukur."

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang kita sering mempersoalkan kebahagiaan dan kehidupan orang lain. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak boleh menjadi seperti dia ? Kita mempersoalkan mengapa kita tidak cantik. Belum tentu cantik itu membahagiakan. Ada yang cantik, tapi salah gunakan kecantikan. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak pandai. Ada yang pandai, tapi bila sudah berjaya, sombong mendongak langit. Kita mempersoalkan mengapa kita tidak kaya. Ada yang kaya, tapi pentingkan dunia, lupa akhirat. Bukanlah aku mahu memburukkan orang cantik, pandai, mahupun kaya. Ada juga yang punyai segala malahan sangat berjasa kepada keluarga dan negara. 

 
Jadi, apa yang aku cuba sampaikan ini ? Okay, setiap perkara yang terjadi kat kita ni telah diatur oleh Allah. Sebagai contoh, mungkin kita lihat orang kaya kelihatan bahagia kehidupannya. Itu kelebihan dia. Tapi mungkin keluarganya selalu ada masalah. Barangkali mereka ada sifat riak atau apa-apa yang mereka lalai, lalu ujian datang. Mungkin kita lihat orang miskin kelihatan sempit hidupnya. Tapi mungkin keluarganya hidup bahagia dan penuh kasih sayang. Barangkali mereka ada satu sifat iaitu syukur. Ya, selalu bersyukur membuatkan kita bahagia. Aku bagi satu contoh je la. Banyak lagi kan contoh yang boleh kita tahu. 



Aku tulis ni pun sebab nak bagi kita semua rasa bersyukur, termasuk aku sekali hehe. Aku suka stalk kehidupan orang lain. I mean, kat blog terutamanya. Yeah semuanya kelihatan bahagia dan lengkap serba serbi. Kadang-kadang timbul satu perasaan kurang senang iaitu cemburu ataupun jeles dalam bahasa femesnya. Tapi aku selalu ingat satu perkara, apa yang kita miliki di dunia, semuanya adalah ujian. Samaada yang baik mahupun buruk. Ujian yang menentukan kita ni bersyukur atau redha. Apa yang penting, nikmati hari sekarang, usaha untuk hari mendatang, dan ambil pengajaran dari hari kelmarin. 

 
Nota : Bahagia ada di mana-mana. Tak payah susah-susah cari. Entah-entah ada di depan mata.

Al-Kisah Sebuah Cerita


Semalam dapat berita gembira dari seorang teman .. antara teman paling rapat yang memberi berbagai warna dalam hidup saya ni.


Berita gembira yang dia sampaikan betul-betul terkesan di hati saya. Dalam hidup, kita dilanda berbagai masalah dan gelora dan sebagai teman tak pernah berhenti berdoa agar dia bahagia dengan orang yang dia cinta. Dan semalam, masa dia khabarkan berita gembira tu, berbaur segala rasa. Tumpang gembira, bangga dan sedikit lagi rasa yang susah saya nak jelaskan pada semua.


Lepas melalui sebuah perjalanan yang panjang, berbagai onak dan duri yang dia hadapi, akhirnya dia Bahagia. saya gembira lihat dia bahagia, tumpang bangga bila dia memilih untuk berubah. My friend is having a better life now. Kalau dulu berantakan, asyik bergaduh, sekarang dah aman.  Kalau dulu selalu berbalah, sekarang mereka dah saling bermuafakat dan bertoleransi bersama. Kawan saya hidup dengan lebih baik sekarang. Segalanya bagai diatur cantik buat dia. Segalanya bagai dipermudahkan buat dia. Alhamdulillah.


Orang kata, yang baik kita jadikan pengajaran. Segala perubahan itu menyuntik semangat pada diri saya untuk hidup lebih baik. Kalau dia boleh, mesti yang lain-lain pun boleh, kan.


Saya bangga dengan dia sebab berjaya merubah kehidupan ke arah yang lebih baik and as a friend, i pray for more and more good things happen to your life.  In Sha Allah. Amin.

 

Wednesday, January 29, 2014

Orang Dia. Orang Kita.

Bila duduk dengan Orang Dia dan Orang Kita .. boleh nampak beza keduanya.
Orang dia bila salah tak kesah cakap 'My mistake. Sorry'
Orang kita walau salah macamana pun tetap belit ber Kung-fu Tai-chi.
Orang dia walau kaya tetap merendah diri. Orang kita kaya sikit dah pandang orang lain sengkek dan sebelah mata. Hurmmm .. Kaya dunia, bukan jaminan masuk Syurga.



Tak pe. Ada mata pandang, ada telinga dengar. Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jangan jadikan ikutan. Dari dulu sampai sekarang i still believe kita hidup macam rantai yang berpaut sesama sendiri dan saling memerlukan. Jangan pandang sengkek atau rendah pada orang lain. Tup-tup esok-esok orang yang kau perlekeh tu tolong kau, camna?

sandiwara seorang manusia

Assalamualaikum

Dia manusia antara manusia yang lain.
perilakunya sama seperti yang lain.
tiada bezanya.


cuma dia pemain sandiwara
yang cukup licik bermain kata.
kadangkala kita tak kenal siapa dia sebenarnya
begitu plastik sekali.
bibir manis mengungkap kata di hadapan
kaca pula ditabur di belakang


bertindak seolah dialah tuhan
nada kata maaf
hati kata dendam.
pandai dia bermain sandiwara
dan entah bila sandiwaranya akan tamat
selagi ada yang masih mahu menonton
sandiwaranya terus berlegar ~ angkuh.
nyata dia jaguh sandiwara.

Monday, January 27, 2014

Rutin Isnin

Assalamualaikum


Rutin pagian Isnin comfirm keja berlambak.
Sebelum mulakan tugas post entri dulu :)
Dah jadi kebiasan plak.Tak sah kalau 
tak buka blog pepagi.




Selamat bekerja korang dan korang sermua.


tengah fikir nak mulakan kerja yang mana satu dulu




Wassalam

Friday, January 24, 2014

This ENTRY is so Special

Sesungguhnya, aku pun tak tau apa yang special. Haha.



" Biar penampilan kita macam kampung, asalkan kita tutup aurat "





" Mestilah saya suka macam tu. Saya suka bila awak pandai jaga diri, jaga aurat, jaga batas pergaulan dan lain-lain ''


Kata-kata nie, sentiasa aku sematkan dalam diri. Bukan sengaja aku nak sematkan. Cuma dia memang dah tersemat dalam sanubari.

Kadang-kadang..


Allah tegur melalui orang lain,tak pe sentap untuk kebaikan. Tu tanda Allah masih sayang kan kita. Kita ambil yang positif. Cuba tinggalkan yang negatif. Perubahan tidak semestinya perlu secara drastik, tetapi perubahan juga masih boleh dilakukan secara sedikit demi sedikit.

Ada pasangan sendiri, abaikan pasangan orang lain..

Assalamualaikum..


Aku mungkin kolot sikit bab pergaulan antara yang berlainan jantina. Tapi pada aku batas dalam pergaulan perlu sentiasa dijaga agar semua pihak rasa selesa. Lebih-lebih lagi pada yang bergelar isteri orang atau suami orang. Bukan tiada kawan lelaki setelah bergelar isteri. Tapi aku selalu berjaga-jaga dalam pergaulan. Berlebih-lebihan dalam berkomunikasi secara peribadi memang lebih dulu aku tolak. Dengan kawan lelaki yang kurang rapat lebihlah lagi aku berjaga-jaga. Perbualan yang membawa kepada salah faham memang awal-awal lagi aku elakkan. Jika ada mesej peribadi yang aku rasa seperti tidak kena memang tidak akan aku layan. Biarlah ianya habis sehingga di situ saja. Terasa tidak mahu melanjutkannya kerana berasa tidak wajar untuk melayan mesej seumpama itu dari lelaki lain yang bukannya suami. Biarlah walaupun perkara itu hanya perkara simple di mata orang, namun aku tidak mahu mengambil mudah tentang hal seperti itu.


Jika mahu berkomunikasi dengan kawan-kawan lelaki, perkara pertama yang aku ambil kira ialah apa pandangan suamiku. Yang kedua apa pandangan pasangan temanku. Disebabkan itu aku jarang mahu berlebihan dalam berkomunikasi secara peribadi dengan lelaki lain lebih-lebih lagi dengan yang sudah bergelar suami orang untuk perkara yang tidak tentu. Lainlah ceritanya jika dalam kumpulan. Terasa tidak senang bila disekelilingku, masih ada yang tidak peka tentang perkara itu. Aku faham, setiap orang punya cara dan pandangan tersendiri. Tapi entah mengapa aku tetap berasa tidak senang. Untuk perkara tertentu, kongsikan saja dengan pasangan kita. Tak perlu dikongsikan dengan pasangan orang lain. Hubungan kita dengan pasangan kita mungkin akan kekal baik. Namun, mana tahu ianya mungkin menganggu hubungan orang lain. Sebelum cara kita menganggu hubungan orang lain, lebih baiklah berjaga-jaga. Sebelum berlaku perkara yang tidak patut berlaku, lebih eloklah kita letakkan diri kita di tempat mereka, pasangan mereka dan lebih penting pasangan kita sendiri. Adakah kita juga tidak kisah jika pasangan kita yang berkomunikasi sebegitu?


Meluah rasa, nak bermanja, berkongsi perkara yang tak perlu atau sekadar suka-suka untuk berkomunikasi sekadar mengisi masa cukuplah hanya dengan pasangan kita saja. Kalau mengantuk pun nak mengadu dan minta tolong pada teman berlainan jantina dan bukannya pasangan kita, pada aku itu dah melampau. Kenapa tidak mengadu kepada pasangan kita saja? Paling tidak pun mengadulah pada teman yang sama jantina saja.  Apa yang diharapkan dari pasangan orang lain dengan pengaduan yang seperti itu? Mahu orang dodoikan? Mahu orang tepukkan? Pleaselah. Kalau kena atas batang hidung sendiri nanti baru tahu apa yang orang lain rasa. Sori, aku agak emosi dengan perkara yang berkaitan hubungan dengan teman yang menjadi pasangan orang lain. Kalau kena pada aku, sejujurnya aku mengaku, aku akan meroyan! Minta dijauhkan hubungan kita dan pasangan dari orang ketiga.


Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

Thursday, January 23, 2014

Bunga-bunga Kata ~ Harus baca


  • Apabila orang mengata kita di belakang, itu bermakna kita sudah dihadapan

  • Apabila ada orang ingin menjatuhkan kita, itu bermakna kita sudah berada di tempat yang tinggi

  • Jangan menangis bila kita tidak "dihargai" tapi menangislah bila kita hilang harga diri.

Bermakna, kan ~ Kata

Wednesday, January 22, 2014

STUPID GUY.


Dear stupid guy,
You dont have to act like you are the boss.
You dont have to act like you are perfect.
You dont have to act like you are good.

Because,
You are never learn anything.
People outside talk bad about you.

So, get out !
I dont care about you.
You dont give any benefits !

Thursday, January 16, 2014

Politik Pejabat


Apabila senior ditempat kerja bermasam muka,
yang kami terjerat dalam keadaan yang tidak diminta.



Di office sekarang ini, ada senior yang tidak bertegur siapa.
agak lama disini, saya tahu apa puncanya.

Cuma, agak terkilan juga, bila masalah antara mereka,
tempiasnya terkena juga pada kita..

Banyak perkara yang perlu dipelajari,
tapi bila masing-masing begini, kita yang tak terjebak nak bertanya pun tak sedap hati..

Friday, January 10, 2014

pengalaman itu memang amat berharga untuk kita semua..


saya tidak hebat dalam psikologi
untuk mempengaruhi pemikiran seseorang
tidak!! saya tidak cukup hebat untuk itu..

saya juga tidak hebat dalam kaunselling
memberi nasihat dan pandangan kepada orang lain
tidak!! saya tidak cukup hebat untuk itu..

saya tidak cukup hebat dalam memahami apa yang tersirat di hati anda
masih belum cukup hebat untuk menafsir riak wajah awak
masih belum cukup hebat memberi hadis dan nas al-quran
untuk awak jadikan panduan dan pedoman mengahadapi masalah awak
tidak!! saya tidak cukup hebat untuk itu..

tapi..
kalau awak mahu saya pinjamkan telinga saya untuk awak bercerita,
saya berusaha menjadi seorang pendengar yang baik
kalau awak mahu pinjam bahu saya untuk awak lepaskan beban
saya berusaha menyediakan bahu ini untuk awak
awak boleh bercerita dengan saya
lepaskan beban di hati
hamburkan air mata
saya berusaha untuk berada di sisi awak saat itu
meskipun jarak mungkin menjadi soal,
sekarang zaman sudah moden
cari saya melalui FB, Whatsapp, mahupun SMS
saya akan berusaha memberi sepenuh perhatian pada awak

lantaran itu,
sekiranya saya memberikan pandangan saya pada awak
ianya berdasarkan pengalaman atau pendapat saya sahaja
sekiranya saya memarahi awak ketika awak bercerita
itu kerana saya nak bagi awak 'sedar'
sekiranya saya menunjukkan memek muka bosan ketika awak bercerita
itu kerana saya sudah penat nak bagi awak 'sedar'

awak kawan saya
tolong jangan jadi bodoh kerana lelaki
usah menjadi hamba cinta!!






**peringatan untuk awak di luar sana,  sememangnya pengalaman telah mendewasakan pemikiran kita.

Thursday, January 9, 2014

Kesianlah

Perkataan Kesian ~ Walau hanya tiga suku kata tapi berbagai maksudnya.

Kesian dari hati .. atau kesian perli.


Tapi yang pasti, i kesian dengan orang-orang yang sakit hati atau terasa hati dengan tulisan-tulisan disini because my humble writing is untuk kenangan hari tua dan tak bermaksud nak 'compete' atau sakitkan hati sesiapa.


Buat yang tersentap, tersakit hati atau terasa hati tanpa disedari, I AM SORRY. My advise is lepas ni jangan la baca lagi. Its not that i didn't appreciate you come and read but i do not want to hurt your feeling. Hati satu je .. tak ada dua atau tiga. Jom jaga hati kita. If by reading Nurbayah's writing makes your heart sick, then stop it. I kesianlah degan hati you yang sakit tu. Sayangi hati kita .. jaga hati kita .. OK?

Marah Tanda Sayang ??

Masa kecik-kecik dulu ramai selalu kata ..
Kalau orang marah .. tu tandanya orang sayang kat kita ..
Habis tu .. kat ofis dan lab ni ramai yang kena marah ..
tu tanda boss sayang kat kita ke??
 

Hahaha ..


Tuesday, January 7, 2014

Terkedu..tergamam..terkejut


Panggilan dari seorang kawan lama menggegarkan hp aku...dengan sapaan "waalaikumsalam" aku terus jawab...dengar suaranya happy sebab seperti biasa la bila lama tak berbual di talian..tanya khabar..tanya kehidupan..biasalah kan kalau bila berbual..masa tu aku on the keipoh..aku ingat dia ada kat Melaka..tak der rezeki nak jumpa....dalam pada tu aku dikejutkan dengan kes penceraian dengan suami dia..ya Allah terkejut bukan main lagi...terus tersentap..bila mana usia perkahwinan baru mencecah 5 tahun..dugaan demi dugaan yang dia hadapi..MasyaAllah begitu sekali dugaan hebat yang dia tempuh...dalam usia meniti rumahtangga tu belum lagi dikurniakan cahaya mata..

rezeki Allah siapa sangka dalam penceraian tiba-tiba dia dikhabarkan berita gembira yang dia disahkan mengandung 2 bulan..macam mana tu? macam mana dia nak teruskan kehidupan setelah apa yang dilalui tanpa sebarang sokongan dan kasih dari insan bergelar suami...

aku yang masih memikirkan kehidupan dia...ingin ku bantu apa yang perlu..ingin ku lihat dia bangun sekuat yang boleh....insan yang bergelar suami telah dibuang jauh..sebab kepercayaan yang diberi di nodai sama sekali...sabar wahai sahabat... Allah sentiasa ada bersama insan yang teraniya...aku sedih ..dan simpati dengan mahligai yang nampak indah tapi penuh dengan racun dan duri...
semoga dia dan baby dalam kandungan sihat....tolong dia ya Allah....