JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, November 27, 2014

Jangan jadi wartawan tak bergaji..!

Menjelang akhir tahun, ada banyak persediaan yang sudah dijangka bakal dilakukan di tempat kerja saya. Semakin ramai yang masuk di tempat kerja saya, semakin macam-macam jenis karenah yang saya lihat. Knowing me... harus bersetuju saya bukan jenis suka nak lepak dengan mereka walaupun saya ni sebenarnya kalau diikutkan peramah tahap Gaban. Bukan saya sombong, tapi saya jenis tak suka. Tak kuasa nak tahu orang tu dari mana, tinggal mana, laki kerja apa, anak berapa dan paling tak tahan bila ada yang jadi pot sehingga tahap bertanya pada orang baru, "Masuk sini gaji berapa?"

Please... itu bukan soalan sesuai dan bukan soalan pengenalan samada dari orang lama kepada orang baru.Tapi itulah juga yang saya dok perati. Ada spesis yang merimaskan, cukup rajin nak soal-siasat orang baru.

Dan rasa bangga plak tu, menjadi orang pertama dapat tahu maklumat orang baru. Heeee saya tak berminat nak tahu pun. Latar belakang secara asas cukuplah. Tak perlu nak interview orang sampai ke tahap mak bapak, laki bini, asal usul segala. Orang lain saya tak tahu penerimaan, tapi saya tak gemar bab sebegitu.

Bagi saya, sekadar tahu nama adalah memadai untuk hari-hari pertama. Minggu ke minggu boleh ditambah jika orang baru sudi nak bercerita. Jangan jadi wartawan tak bergaji.

Saya dah pernah kena dulu. Terperanjat juga saya bila hari pertama saya masuk dulu, saya diaju begitu banyak soalan sehingga saya rimas. Paling best, ada sorang kakak mulut lepas yang tanya sambil buat andaian sendiri, "Cepatnya awak dapat masuk sini. Tak perlu 2nd interview pun. Kalau orang lain nak mintak department ni, bukan main cerewet lagi majikan awak.tapis punya tapis..." Haaarrr??

Ada ketika kita terasa hati bila orang seperti merendahkan kebolehan kita. Tapi pengalaman dan faktor usia mendidik saya untuk bersabar dan bersedia. Biar orang judgmental kita di peringkat awal. Lama-lama orang akan melihat dan menilai sendiri akan beberapa kebolehan kita. Saya sangat yakin bab itu. Saya dah berjaya membuktikan beberapa perkara. Bukan kerana nak mereka nilai, tapi kerana faktanya memang begitu.

Saya belajar banyak benda bila berada di bawah bumbung yang besar lagi luas ini. Karenah manusia jangan dilayan sangat. Tutup mata sebelah, tutup telinga sebelah. Dan jangan fikir.

Friday, November 7, 2014

kata-kata orang

Kenapa yer ... Ada sesetengah orang, setiap kata yang keluar dari mulut dia .. tak pernahnya baik dan indah. Tak ada yang manis. Dalam ertikata yang lain .. kata-kata tersebut mesti berunsur kutukan dan "menyakitkan hati".

Orang kata .. 'Kata-kata mencerminkan isi hati dan keperibadian kita'. So, aku rasakan, orang seperti ini mempunyai hati yang tidak bersih. Ini jelas bila tiap isi hati yang dikeluarkan melalui kata-kata dia semuanya 'negatif'. Susah dia nak keluarkan kata-kata yang 'positif', yang indah, yang manis dan 'menyejukkan'. Yang kerap kali keluar ialah kata-kata 'negatif' yang berunsur kutukan, yang menggambarkan 'jealousy' atau kesakitan hati si dia sendiri. Motif?? Entahlah .. hati dia tak senang tengok orang lain dan secara tak langsung mungkin nak menyakitkan hati pihak yang satu lagi kot?

Eh .. korang wat per eh bila jumpa orang camni? aku buat donno jer .. tak kuasa nak layan. Aku senyum jer walaupun dalam hati 'sedikit terluka'. Walaupun dalam hati berkata 'I think u ni kena pergi sekolah balik lah .. learn how to communicate with people cos u are lack of PR skill'.