NOBODY PERFECT ! Walaupun kita ini adalah satu kejadian yang sempurna namun tak ada sesiapa diantara kita yang sempurna.Tak kira siapa kita , apa darjat kita ...sebenarnya kita serupa . Seorang insan serba kekurangan walaupun telah segunung usaha dilakukan , jika telah ditakdirkan suatu itu tidak akan jadi milik kita , maka ia bukanlah milik kita . Apa yang penting hakikat itu mesti diterima biarpun bukan sedikit rasa kecewa dirasa . Kekecewaan bukan akhir segala usaha . Malah ada banyak ungkapan menghuraikan bahawa Kegagalan Itu Merupakan Salah Satu Jalan Untuk Meraih Kejayaan .

Kadangkala ada diantara kita yang sering berkata mengapa segala impiannya tak pernah kesampaian sedangkan dia berusaha keras . Memang pada hakikatnya dia tak beroleh apa-apa hasil daripada usaha yang dilakukan berkali-kali . Namun dari segi moralnya dia cukup kuat menghadapi kekecewaan demi kekecewaan .
Dengan kegagalan yang menimpa , dengan kekecewaan yang dirasa , janganlah sesekali menganggap kehidupan ini tidak adil . Sebenarnya kitalah yang tidak berlaku adil berfikiran sedemikian.....
No comments:
Post a Comment