JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, July 9, 2014

Solusi Sementara

Bukan terlalu memilih atau membenci.
Tapi aku cuba mencari strategi.
Biar tetap bersama asalkan tidak berkelahi lagi.
Seperti apa yang sudah berlaku sebelum ini.


Sejujurnya hati aku bukanlah besi berani.
Yang tak ada rasa walau dipukul berkali-kali.
Aku cuma mahu mengelak dari timbul rasa benci.
Kerana itu aku memilih solusi ini.


Mungkin kita takkan jadi seperti dulu.
Di mana ada kau, di situ ada aku.
Kerana peristiwa yang telah berlaku.
Hubungan ini diuji sementara waktu.
Maka, cekalkan hati yang berlaku biarkan berlalu.


Semoga Dia memberi kita jalan untuk menyelamatkan ukhuwwah yang hampir mereput.

Thursday, July 3, 2014

Indahnya sebuah kemaafan :)

Alhamdulillah. Hari ni Allah hantar seseorang untuk memberi peringatan kepada saya tentang memaafkan. saya sangat respect orang yang sanggup datang dan mintak maaf pada saya sebab terasa dia dah buat saya kecik hati hari ni... dan saya tak sangka dia akan datang dan minta maaf secara berdepan dan penuh keikhlasan. Walaupun sebenarnya saya tak simpan dalam hati pun. Serius... keikhlasan dia buat saya malu pada Tuhan!

Apabila hati kita merasa marah atau kecil hati dengan perbuatan seseorang, ingatlah... kita juga mungkin pernah membuatkan orang marah dan berkecil hati dengan perbuatan kita. Sama-samalah kita berdoa semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberikan kekuatan untuk memohon maaf dan memaafkan.

"YA ALLAH, DI KETIKA AKU MELAKUKAN KESALAHAN KEPADA ORANG LAIN, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMINTA KEMAAFAN.
MANAKALA
 
DI WAKTU ORANG LAIN MELAKUKAN KESALAHAN KEPADAKU, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMBERI KEMAAFAN"
 
#Bersempena dengan bulan ramadhan  ni, saya nak memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca dan kawan-kawan semua andainya pernah mengguris hati sesiapa dengan tulisan saya di blog ni... Semoga ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua... Amin.