JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, August 30, 2013

Motivasi Jumaat


Assalamualaikum..

Motivasi pagi Jumaat dari Dato Dr.Fadzilah Kamsah...

 

"Penat kita tolong orang tapi orang tak hargai dan tak tolong kita bila kita perlukan bantuan.Penat aje bersangka baik kat orang tapi orang tikam kita daripada belakang.Hakikatnya bila kita buat baik Allah beri pahala dan berikan balasan setimpal.Jangan harap balasan daripada orang, balasan daripada Allah jauh lebih baik,kita dinaikkan martabat,doa jadi makbul,pintu rezeki terbuka luas,dosa diampunkan dan berbagai balasan yang kita tak duga dan tak sedar.Justeru berbuatlah kebaikan dan elak dari mengeluh bila kita tak dapat seperti yang diharapkan.Allah nak menduga dan memberikan yang jauh lebih baik lagi..."

Boleh ke?

Assalamualaikum wbt..

Semoga kita semua dilindungi Allah dari fitnah yang berleluasa.

Minggu ni memang busy manjang .. letih badan letih otak .. all in one ... takpe itu challenge yang perlu saya akur . belajar  untuk bersyukur :)

As usual, persekitaran mengajar saya lagi.melihat kehidupan orang untuk dijadikan panduan dan pedoman . bukan meniru tapi itulah belajar . ada masa saya akan ringan mulut bertanya dan adakala saya lebih suka memerhati dari berbicara . saya pernah terbaca artikel (maaf saya tak ingat sapa penulisnya) tentang menegur dalam bentuk perli.saya tak sure kesahihannya . tapi apa yang saya baca Islam menganjurkan untuk berbincang dan saling menegur . tapi jangan sampai menyinggung perasaan mana-mana pihak..perli tidak dianjurkan . tetapi andai tiada pilihan maka boleh . dengan syarat tidak mengguris hati . yang saya faham di sini perli yang dimaksudkan bukan la dalam bentuk mengeji , mengumpat atau mengata . kita boleh gunakan contoh untuk menyedarkan orang lain . perli yang tidak keterlaluan . saya sendiri pernah rasa diperli . saya yakin ia bukan dituju kepada sesiapa tetapi saya rasa seperti ditampar !! ye akhirnya saya akur . kenyataan yang ditulis itu betul ! syabas kepada Ustaz tersebut kerana share something yang buat saya rasa ditampar huhuu...dan akhirnya saya sedar dan cuba perbaiki..mungkin itu maksudnya perli yang dimaksudkan...


Tapi apa yang saya lihat persekitaran,perli itu seperti satu budaya..budaya menegur dan berbincang agak diketepikan..


"ala sape la aku ni..ilmu tak tinggi..lain la org tu.."

"ala ko cakap dengan aku ke ? ingat cakap dengan tiang tu.."

"eh cantiknye baju ko ni...mesti mahal ni" sambil buat muka


ni antara ayat-ayat biasa . apa salahnya cakap dengan lebih beradab dari perli-perli yang adakala buat orang terasa . saya memerhati . dan hasil pemerhatian saya manusia akan cuba mengemukakan hujah-hujah tanpa ilmu dan tanpa amal apabila cuba menegakkan sesuatu.kan bagus kalau segala ayat-ayat perli dan teguran dijadikan titik tolak untuk berubah lebih baik ? atau cari ilmu dan amal apa yang kita cakap untuk perli orang tu dalam hidup kita dulu?kan bagus..


ukhwah itu manis kan?


:)


p/s : tiba-tiba teringat kak Adawiyah (senior sama tempat belajar dulu) . dia selalu puji baju saya cantik . tapi ada SATU ayat yang saya takkan lupa and kalau boleh tak nak buat dah..."cantik baju adik..tapi kalau baju ni tak jarang and longgar mesti nampak manis"...ye itulah ayat perli yang sangat beradab dan boleh nampak yang dia perli dengan ilmu!! :)

 

Thursday, August 29, 2013

Belajarlah ye...

Assalamualaikum.


Belajarlah menerima kelemahan orang lain..itu yang sedang saya belajar dan lalui sekarang..bersahabat dengan berbagai manusia yang sememangnya bermacam ragam..adakala mereka benar-benar menguji kesabaran saya..fuhhh memang betul-betul menguji mental dan fizikal saya..rasa nak marah,herdik,dan jerit kuat-kuat kat telinga dia tapi sabar masih lagi bersama saya..setia di saat saya diduga dengan ragam mereka yang macam-macam...


Entahla saya memang jenis begini..hati saya sangat-sangat sensitif..mudah tersentuh..mudah simpati..hari ni saya benci dan rasa nak marah mereka tapi esok tiba-tiba hati jadi sejuk dan kesian tengok wajah mereka..jangankan esok kadang-kadang tu tak sampai 10 minit dah timbul perasaan simpati..buatlah ape je saya dengan mudah akan maafkan mereka..mungkin ada kes-kes yang saya berdendam terlalu lama tapi saya yakin saya pasti akan maafkan mereka..


Semua manusia mesti ada kelemahan..kita sendiri pun terlalu banyak kelemahan yang kita sendiri sedar dan tidak sedar..alangkah bahagia bila orang lain memaafkan kita dan menerima baik buruk kita..jadi tak salahkan kita lakukan benda yang sama?siapa pun mereka belajarlah menerima seadanya..kadang-kadang kerana kelemahan mereka itu membuatkan mereka istimewa di mata kita..jangan kerana kelemahan mereka yang sedikit buatkan kita lupa pada kelebihan dan keistimewaan mereka..

Wednesday, August 28, 2013

Pujuk Hati Sendiri





Belajar memujuk hati sendiri. Bukan senang sebenarnya tapi macam mana pun , aku kena ada kemahiran untuk memujuk hati sendiri. Supaya dengan nya rajuk ,panas hati dan yang sewaktu dengannya akan segera mereda. Tak menyalahkan orang lain....orang lain mungkin berhak untuk berbuat begitu, yang pada kita tidak sesuai, tapi pada dia perlu! Jadi....daripada terus tertelagah.....biar lah pujuk hati sendiri!

Di saat aku perlukan seseorang....yang cuma ada hanyalah diri ku sendiri..................

 
 
 
aku hanya punya aku!

best quotes

Assalamualaikum..

Salam

Pagi tadi sempat buka FB dan tiba-tiba terpandang kat new feeds..seorang teman share quotes yang sangat best bagi saya..saya tak ingat sangat kalau nak tulis tepat-tepat tapi lebih kurang camni la bunyinye..

WEAK PEOPLE REVENGE
STRONG PEOPLE FORGIVE
INTELLIGENT PEOPLE IGNORE

see...how sweet that quotes..kalau la saya boleh jadi the third people owhhh im so intelligent..tapi sy kini di tahap nak jadi strong people dan ada masanya saya masih seorang yang lemah..:p

Salahkah bertanya???


Berkerak-kerak rasanya hati dengan 1001 macam persoalan.Persoalan yang memang perlu ada untuk memantapkan sesuatu perkara. Kita akan kemukakan soalan , bila kita perlukan satu kepastian atau apabila kita berasa dalam kesangsian. Salahkah untuk bertanya?

Monday, August 26, 2013

Kisah hati...

Cuaca tak selalunya cerah. Adakala mendung datang juga. Begitu juga dengan hati kita. Dah namanya pun manusia. Pelbagai emosi seringkali menguasai diri. Masalah ada di mana-mana. Tak berlaku secara langsung kepada kita. Berlaku pada orang-orang di sekeliling kita. Hati ini juga kadang kala terlalu sensitif. Sedikit tercuit, emosinya merudum berhari-hari.

Kadang-kadang kisah orang lain buatkan kita ikut beremosi sama. Orang lain aku tak tahu. Tapi aku selalunya begitu. Minggu lepas, berkaitan dengan majlis perkahwinan sahabat sekerjaku yang tak kesampaian, airmataku bergenang bila bakal pengantin muat naik lagu sedih tentang cinta yang tak kesampaian di FB pada petang sepatutnya dia bernikah. Aku bersimpati dan ikut bersedih.

Beberapa hari kemudian aku tersentuh bila seorang isteri yang dengan penuh mesra menegur suaminya di FB namun tidak mendapat balasan. Sedangkan si suami jenis yang sangat rajin komen status orang lain. Entah mengapa aku pula terasa berkecil hati. Lebih-lebih lagi bila tahu kemelut yang sedang melanda hubungan mereka. Pada waktu itu tentunya sang isteri sedang cuba mahu memperbaiki hubungan mereka. Tapi mendapat balasan yang dingin pula. Aku bersimpati dan ikut sedih.

Cuaca di luar mendung. Di dalam hatiku juga mendung. Bukan mengenang nasib diri. Tapi mengenang nasib orang lain untuk memuhasabahkan diri yang juga tidak sempurna serta banyak khilafnya. Dengan keadaan cuaca yang mendung, susahnya rasa nak menceriakan hati sendiri. Memikirkan yang indah-indah tetap juga berhati gundah.

Thursday, August 22, 2013

Ada baik, ada buruk

Siapa kita untuk menyangka?


Dalam tengah meraikan kegembiraan untuk hari esok untuk naik dengan lebih maju lagi ke tahap yang seterusnya, dengan tiba-tiba.....................



datang perkara yang tak diduga sama sekali. Yang mampu menjunamkan segala semangat yang telah dihimpun untuk hari esok. Yang cukup untuk meresahkan jiwa raga ini. Yang mampu menghilangkan senyuman dan gelak tawa juga perasaan yang sangat gembira, tadinya.



Betullah....



Yang buruk tak perlu dinafikan lagi kerana ia datang dari kesilapan dan kelemahan sendiri sedangkan yang baik itu, hanya dari Allah yang Maha Esa.



Bersabarlah wahai hati! Itu ujian. Allah sedang menguji.



Dalam gembira terselit duka. Redha.

Monday, August 19, 2013

Menulis.

Saya sentiasa berharap, saya mampu berfikir pada perkara yang betul. Pada ketika membaca buku, saya berharap mampu memikirkan mesej yang saya dapat, bukan kepada memikirkan dan mencari mesej apa yang mahu disampaikan.

Lalu pada ketika saya menulis, saya juga berharap begitu. Pembaca tidak 'sakit kepala' mencari 'apa yang mahu saya sampaikan', tetapi mereka 'sakit kepala', memikirkan dan merenungkan pada mesej yang mereka dapat dan tangkap.

Namun tetap sahaja saya akur, apa yang mahu disampaikan oleh sesetengah penulis bukan pada perkara yang difikirkan, tetapi perkara yang dirasa. Menulis sesuatu yang membuatkan orang merasa jijik, berat dan tiada harapan. Perasaan yang menekan fikiran supaya akhirnya manusia berfikir dalam tidak sedar mereka.

Cuma tetap sahajalah saya percaya, manusia yang mampu berfikir jernih adalah manusia yang sudah ditenangkan perasaannya. Biar fikiran itu yang akhirnya menekan perasaan bagi berbuat itu ini, bukan perasaan yang menekan fikiran, kerana perasaan sentiasa melulu. Lihat sahajalah cinta. Ia perasaan yang akhirnya akan disesalkan oleh fikiran selepas semuanya terjadi.

Apapun, tetaplah menulis dan selamat menulis.


Friday, August 16, 2013

..::Pendapat seorang isteri::..


hai, jumpe lagi kita?? kemain kan, hari nie sempat satu entry aku up. harap tak bosan. kerja dah separuh. tapi printer rosak.. jadi marilah kita buat kerja yang tak perlu menggunakan printer iaitu blogger.com. lalalala~

 

3 hari ni kita semua dikejutkan dengan video kakak kena pukul dalam lif tu. honestly aku gigil tengok video tu.., akak tu dah keluar statement. aku tak side mane-mane pun sebab aku sendiri tak tau butir ape yg diorang gaduhkan. sekadar dari pembacaan je. tapi ape yang aku terkilan kan akak tu kena pukul depan anak-anak. sepak terajang bagai. oiiii scary sangat ko tau tak.

 

aku cerita kat miza, dia kata mungkin akak tu dah melampau yang buat lelaki tu buat tindakan luar batasan. ok, serious aku macam tak puas hati dia cakap macam tu. Even kalau akak tu salah sekali pun,lelaki tu takde hak untuk pukul sepak terajang macam tu.


Aku bukanlah selayak nya nak mengupas halal haram memarahi atau memukul isteri ni. kadang aku sendiri tak terlepas bermasam muka dengan suami. Tapi apa lah salah nya sebelum nak marah isteri tu tengok dulu muka isteri, tengok dulu pada diri layakkah dia di marah dan diherdik seteruk-teruk nya. lihat jika ada anak betapa comel nya dia di hadapan kamu bermain, tersenyum ketawa dan lihat kembali apa akan adakah anak dihadapan mu itu tanpa pengorbanan isteri kamu untuk melahirkan dia di dunia dan bermain dengan kamu??

 

Kamu suami, ye kami mengerti akan hebat nya kamu, mencari rezeki menyediakan segala kelengkapan untuk keluarga. Tapi itu belum melayakkan kamu untuk berpaling muka ketika kami si isteri minta pertolongan. Kamu suami, kami tau ketaatan kami kepada kamu. dan kunci syurga buat kami. tapi tahu kah kamu seorang isteri tidak wajib taat kepada suami yang tidak taat akan perintah Maha Pencipta?? Renung balik ke dalam diri, cukup layakkah kamu untuk menghukumi isteri yang dengan sewenang-wenangnya?? Kalau kamu seorang yang panas baran, kaki pukul, naik tangan dan bermulut lepas, apakah yang kamu harapkan dari isteri kamu???

 

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya..

 

Aku bercakap melalui pandangan seorang isteri yang sekadar meluahkan perasaan kecewa terhadap apa yang telah aku tonton, yang telah aku dengar. Ada pelbagai kisah masalah rumahtangga yang pernah sampai kepada ku samada melalui pembacaan mahupun pengalaman kawan-kawan dan perkara tu buat aku sangat terkilan.

 

 

Untuk kita semua, moga rumah tangga kita terpelihara dari segala musibbah dan keburukkan. amin.

Note: Wanita/Isteri tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana untuk disayangi. Bukan untuk disepak terajang dengan kaki. Makanya...Sayangilah 'Tulang Rusukmu' wahai LELAKI/SUAMI.

Thursday, August 15, 2013

Tiada Mood Bekerja..Lebey Mood Raya


gini la keadaan aku sekarang ni..serabut je..tengok keje kat atas meja pon pandang sepi je..mengeluh je..hati nak buat keje...tapi mood tarak mari la...

???


Takde idea!

Takde cerita!

Tak tau dah hari apa!

Tak ingat dah tarikh berapa!

 

Semua gara-gara duduk dirumah saja...

Setiap hari bagai sama sahaja..

Waktu bagai tak bergerak ke mana..

 

Yang ada...matahari,tv,katil,bulan &suamiku saja...

 

nota : nampak sangat tak sesuai jadi surirumah!he..he..he...