JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, December 31, 2013

last day 2013

Hari ni adalah hari terakhir pada tahun 2013 .

sebelum tu , baca nie :


~ Buat Keluarga : korang lah yang terpenting dalam hidup aku..
~ Buat Sahabat : Jangan lupe kan aku ya, bila suatu mase nanti kita terpisah.
~ Buat kawan-kawan : Maaf ya kalau aku ade silap dan salah, yang disengaja mahupun tak   disengajakan.
~ Buat Musuh : Maaf bila selama ini aku selalu salah dimata kau.
~ Buat yang sayang pada aku : Aku juga sayang pada kamu.
~ Buat orang yang pernah menyakiti aku : Terima kasih ya kerana sudah mengajar aku bagaimana untuk terus bersabar.
~ Buat yang tak kenal dengan aku : Terima kasih sebab setia save aku dekat contact korang, walau pun kekadang aku buat korang marah, suka update yang bukan-bukan.

Terima kasih korang sebab sudah ada dalam hidup aku, yang menjadikan tahun 2013 aku jadi ceria.



Thanks Semua 

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Thursday, December 26, 2013

Cerita bulan Disember

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

Lagi beberapa hari je nak masuk 2014... rasa macam sekejap je 2013 berlalu... ingat lagi waktu awal tahun, january - March 2013 sibuk-sibuk buat preparation untuk wedding... tak tido malam siapkan beading baju nikah & resepsi... siang, sibuk dekat tempat kerja...... fuhhh.. memorable sungguh! alhamdulillah 9 bulan bergelar isteri, susah senang bersama, kehidupan sangat indah!!!

Nyanyuk ke atau masa berlalu laju sangat?

Apa yang aku suka untuk tahun 2013? Mesti lah banyakkkkkk.. Hehehehehe! Paling aku suka ....

1. Ada Suami (boleh manje-manje tak kira masa opss!)

2. Keluar rumah dengan Suami pun tak kira masa.

3. Kurang bergaduh dah!

4. Jauh sikit tempat aku merayap (luar dari Melaka).
 
Siapa yang dah kahwin fahamlah kan kalau namanya dah ada Suami. Hewhewhew. Macam aku ni kategori garang yang amat, kira cepat gila naik angin kalau tak kena gaya. Tapi sebenarnya mood aku baikkkk manja macam kucing.. Sebab tu aku suka dimanja dibelai disayangi. Hikhikhikhik. Memang kontra la kalau tengok perangai sebenar (manja-manja kucing) dengan perangai garang nak mampos kalau orang usik tak bagi salam tu. Takut tak? Takut kan? Hehehehehehe..
 
Sebab tu bila dah kahwin ni kitorang kuranggggg gila-gila bergaduh. Takat touching-touching sikit tu ada la. Dulu kalau touching sikit pun merajuk bergaduh berhari-hari. Aku lah.. Aku kan manja-manja kucing, tetiba sentap.. Naik la angin satu badan. Pastu aku pulak jenis tak suka orang pujuk-pujuk ni. Agak-agak aku dah cool baru cakap baik-baik dengan aku nanti aku okay lah. Tapi boyfriend kannnnn.. Reti ke apa kita nak? Faham ke perasaan wanita berhati lembut macam kerak nasi ni? Tidakkk. Wuwuwuwuwu! Makanya bergaduh lah kerana setitik nila. Setitik nila ni perumpamaan je, nak bagitahu betapa kecik je kes nya tapi... Jangan pulak korang ingat aku bergaduh pasal nila!  T____T.
 
Bila dah kahwin ni, kalau aku merajuk aku taknak duduk dekat-dekat. Sorang kat depan TV, sorang dalam bilik. Aku lah dalam bilik tu, sebab Suami dah pegang remote control takkan aku nak tebal muka join sekaki tengok TV kannn.. Kata merajuk. Heeeee! Selalu dalam bilik aku lipat baju kalau ada. Kalau takde aku capai majalah wanita. Siri yang aku dah baca berpuluh kali. Agak-agak dah setengah jam nanti Suami masuk bilik pujuk Isteri. Tapi aku kan tak suka dipujuk. Mengada! Agak-agak dah habis majalah tu aku baca, agak-agak macam dah sejuk sikit hati ni, agak-agak macam kesiannnnn Suami kitew.. Aku keluar bilik pastu terus ngendeng-ngendeng kat Suami macam budak-budak kecik kena marah. Macam bengong pun ada kan? Hahaha.. Tapi itulah sebabnya aku dah tak sekeras dulu merajuk lama-lama tak tentu pasal. Merajuk sama je macam dulu, sentap, kecik hati, rasa nak nangis, muka masam-masam macam limau. Tapi kejap je. Sebab aku cepat rasa bersalah merajuk lama-lama kat Suami. See, aku dah baik sikit dari dulu kan? iheeeeeeeeee..
 
Suami selalu panggil aku muncung panjang sedepa. Bayangkan muncung panjang sedepa tu macam mana.. Kahkahkahkah. Jangan imagine kan aku! Lucah kang.
 
Ni lagi beberapa hari lagi nak masuk 2014 kan.. Nak dekat setahun dah berlalu kami hidup berdua, bila datang rasa bersedia untuk ada baby, excited nak ada baby bump, beli majalah pregnancy mengatasi majalah wanita.. Rasanya this is the right time. I completely ready dah! Doakan yang baik-baik je eh.. Actually Disember nampaknya baik-baik saja untuk kami Suami Isteri. Harap Awal tahun depan ni ada lah berita baik. Harap. Amin. Sungguh lain rasa teruja menikmati hari-hari lewat period ni rupanya. Hehehehehe!
 
2013, anda terlalu baikkk untuk kehidupan kami, semoga 2014 lebih baik berganda-ganda, Amin. Minggu depan je pun. Ya Allah lajukan masa bila kami diduga, lambatkan lah masa bila kami bahagia.
 
Masyaallah, Allahuakbar!

 

 

 

 
Love,

Nurbayah Amirruddin!

 

Tuesday, December 24, 2013

Terjalin

Hari nie berlaku dalam sejarah hidup ini, hmmm dah lebih 3 tahun tak bersalaman dengan dia, dah lebih 3 tahun tak bersapa dengan dia...
 
Tadi berpeluang & pertemuan singkat & terbatas itu, membahagiakan ! walaupun dulu kami akrab... pilihan dia & ketidakselesaan dengan pilihan itu, menjarakkan saya dengan dia... Dahulu dialah kakak, rakan karib, penasihat dan lain-lain. Hmm...
 
Tapi tak mengapa, asalkan dia bahagia! saya begini juga..

Friday, December 20, 2013

Ikut Kata Hati ...

Orang tua-tua kata .. Ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Tapi ada masa-masanya elok jugak kalau kita ikut gerak hati @ instinct. Sebab gerak hati kita ada masa-masanya boleh dipercayai. Betul tak ??

 

Jangan Pandang Belakang ..

Jangan pandang belakang. Omputeh kata .. Never look back. Aku kata .. Mesti pandang belakang ... takkan nak pandang depan je. Belakang pun kena tengok jugak .. hehe ..

Aku ni memang suka mengenang dulu-dulu .. sentimental kot aku ni .. hehe .. Banyak kelebihan bila kita pandang ke belakang. Boleh muhasabah diri. Cuba pandang tahun-tahun ke belakang .. 10 tahun atau 20 tahun yang lalu.

Kat mana kita .. siapa kita .. lepas tu tengok pulak yang sekarang ??macam mana ?? Ada prubahan tak ??Graf naik ke .. turun ke .. sama je ke .. lePas tu buat keputusan sendiri.

Kalau agak-agak nak prubahan, kita pandang ke hadapan pulak. Arah mana nak tuju .. macamana nak ke arah tu ..

Banyak benda nak fikir tu. Kalau tak nak buat perubahan, duduk diam-diam. Tak payah buat apa-apa .. hehe ..

So .. keputusannya :- Tepuk dada tanya selera. Pilihan masing-masing. Betul tak ??

Thursday, December 19, 2013

Dalam Sangkar Emas ..

Dia tak kerja. Tapi mewah gila. Nak apa-apa  mintak je, tak payah susah-susah  membanting tulang macam aku nie. Pakai yang mahal-mahal  je .. yang macam aku ni tak pandang langsung. Takat LV, Gucci .. berlambak-lambak ada, dia baling-baling  je kat mana dia suka. Pastu Bibik kutip dan tolong simpan balik untuk dia.

Kaya .. kaya giler dia. Clearly boleh nampak kekayaan dengan kemewahan kawan aku nie. Travel anywhere as she wish. Tak yah kira budget dulu macam aku nih.

Takat kekayaan, kemewahan .. semua dia ada. Yang dia tak da SATU  je .. 'Freedom'. Banyak yang nak kena tapis dulu .. Nak gie mana-mana ?? Bukan semua tempat boleh. Warung nasi lemak, Warung mamak, Ptaling Street, Jln TAR .. no.. no .. cannot.

With who ?? Sapa kawan  you ?? Takat orang biasa-biasa macam aku .. jangan  haraps la .. setakat calling-calling or datang rumah dia boleh la.

Temanku hidup 'Dalam Sangkar Emas'. Lain orang .. lain cara hidupnya. Bersyukur lah kita dengan apa yang kita ada. Meskipun kita tak sekaya dan berharta dia .. tapi kita tetap bahagia .. dengan cara kita sndiri.

Monday, December 16, 2013

Ada ubi ada batas ..

Ada ubi ada batas .. orang berbudi nanti kita balas.
 
Somebody have been asking me this questions lately ... 
Apasal baik sangat dengan dia?
What did u get back in return?
Apasal sibuk sangat nak tolong dia?
Kenapa tak suruh dia buat sendiri?


My answer is simple :~
Buat baik selagi terdaya. Moga-moga ada ganjaran pahala.
Soal balas membalas .. bukan urusan kita. Andai tiada balasan dari dia ..
jangan kecewa. Ganjaran keikhlasan datang dengan berbagai cara.
So, jangan berkira.

Sakit dan menyakitkan...

Kita selalu rasa sakit bila membaca / mendengar / melihat sesuatu yang tidak seiring dengan kehendak kita...
 
Kita juga selalu lupa bahawa ada tulisan / percakapan / perbuatan kita yang menyakitkan orang lain.
 
Jadi, kesimpulannya : kalau kita tak mahu disakiti,  janganlah kita menyakiti.
 
Mulakan perubahan dengan diri kita sendiri.   Kita mampu mengubahnya.
 
Pesanan ini dibawakan oleh Nurbayah untuk dirinya yang selalu lupa.

Friday, December 13, 2013

Penghapus Dosa

Rasa hari yang panjang
Baru terasa petang
Bila nak esok ni
 
Not feeling well
 
Kita ni kan bila sakit baru ingat Tuhan
Bila tengah suka sampai tak ingat dunia
Syukur 
Syukur Allah bagi kita peringatan
 
Allah bagi peringatan datang dengan macam-macam
Ada sakit
Takde duit
Banjir tak terkecuali
 
Terpulang pada diri kita
Kita anggap ujian yang datang tu suka-suka datang atau datang berhikmah
 
Syukur
Syukur diberi peringatan
Syukur kita masih beringat
Sempat lagi bertaubat
 
Kalau lah tengah kita suka ria
Ditarik nyawa
 
Ya rabbi
 
Doakan insan yang sedang bertarung dengan ujian banjir
Kita tak merasa
Kita tak tau
Tapi kita tak mintak untuk merasa
 
But jangan cakap besar that u selamat dari bala apa-apa
Allah boleh tarik nikmat bila-bila  masa
 
Doa keselamatan semua
Kesihatan semua
Doakan saya kembali sihat jua
Amin
 
Ya Allah
 
Allah sayang kita
Thanks Allah

Tuesday, December 10, 2013

SIAPAKAH ORANG YANG PALING BIADAP ?



Bagi saya orang yang paling biadap ialah orang yang GEMAR memotong cakap kita sebelum kita habis bercakap. 

Kalau saya hilang sabar nanti, saya POTONG lidah awak !

Dulu saya pernah buat entri mengenai dia .

Sampai sekarang nampaknya dia masih lagi mengekalkan kegemaran dia itu.

Grrrrrr. 

 

Monday, December 9, 2013

Lawan Diri Sendiri

Sebenarnya kan dalam hidup ni cabaran paling besar adalah mencabar diri membuat yang terbaik, melakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Means apa pun yang kita buat, adalah kerana kita ikhlas nak buat untuk diri kita, demi kebaikan kita, bukan sebab kita nak bersaing dengan yang lain atau sebaliknya.

The best is tanam dalam minda -Aku nak buat terbaik sebab aku nak jadi baik, untuk diri aku, masa depan aku.

Bukan sebab Aku nak buat baik-baik, bagus-bagus sebab aku nak lawan kau, nak menunjuk-nunjuk kat kau aku lebih bagus dari kau. Misi/Target bukan untuk diri sendiri tapi setakat nak menunjuk-nunjuk kat orang. Bila tak dapat sedih, menangis bukan sebab kita tak berjaya untuk diri sendiri tapi sebab tak boleh lawan orang tu orang ni. Haishhhh ..

Do your best for yourself. Challenge yourself untuk buat yang terbaik untuk kebaikan kita sendiri, bukan untuk orang lain. Cabar diri, lawan diri sendiri .. jangan lawan orang. Then you will feel more happy. Tenang kepala dan minda.

Tidak la kita gila meroyan sebab tak dapat challenge yang lain, kan.

Sekian. Lets rise and shine cos today is Mondayyyyyy ..

 

bila hati terluka.....


Akhirnya aku sedar. Hati yang terluka membawa banyak perubahan dalam hidup aku. Banyak hikmahnya bila kita berusaha untuk bangkit kembali. Tak kisah lah sedalam mana kita jatuh, seteruk mana kita ditimpa musibah, yang paling penting ialah bagaimana kita bangkit kembali. Ingatlah saat kita jatuh dan terluka. Kita mesti kena bangkit kembali. Malah pasti kita boleh berubah. Menjadi yang LEBIH BAIK..