JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, May 31, 2013

Siapa Lelaki? Siapa Perempuan?


Assalamualaikum..

Entry kali ini, sekadar ingin berkongsi suatu situasi yang very common dalam masyarakat kita.. Sebenarnye, kita tidak begitu mengenali siapakah sebenarnya kaum Adam mahupon kaum Hawa.. Mengapa saya berkata begitu? Jom kita baca kisah dibawah ini..


"Sayang, jom malam ni kita makan di luar je la. Kesian awak hari-hari memasakkan". Ajak Si suami yang baru pulang dari tempat kerja. "Eh! abang ni, kan lauk-lauk semalam banyak lagi tu, ha! gulai ikan tenggiri kegemaran abang tu pun ada lagi tau, siapa pula nak menghabiskan tu?". Terang si isteri dengan nada tidak mahu membazir. Bunyinya seakan tidak bersetuju dengan cadangan si suami tadi, tapi tindakannya berlainan sekali. Dia meluru pantas menuju ke bilik dengan penuh taat akan ajakan si suami tadi. Dibelit-belitnya selendang ala-ala "Wardina" di kepala bersiap. Menggeling si suami dengan tindakan isterinya. Faham sangat perangai isterinya itu, membantah dalam setuju rupanya....

Setibanya di gerai mamak yang selalu menjadi tempat kegemaran mereka menjamu selera, datang seorang pelayan ala-ala pelakon Bollywood gayanya mengambil pesanan. Si suami tanpa berfikir panjang, "bang, bagi mee goreng mamak satu, pedas erk.." Tiba-tiba disampuk si isteri, "eh abang ni, asyik 'order' mee goreng mamak je, cuba la 'order' makanan lain pulak, bihun ke, nasi ke, gear box ke. Kan dah selalu sangat makan tu.Tak jemu ke?" Tiba-tiba muka si suami berubah padam. "Laa awak ni, saya tengah lapar ni tau, tak sempat nak fikir menu lain dah. Kalau awak nak makan benda lain order aje la, jangan ikut saya". Terang si suami dengan nada sedikit tinggi, mungkin lapar betul agaknya. Mendengar jawapan itu, si isteri mula menarik muncung 32 inci lantas memesan 'nasi goreng kampung sebelah' untuk dirinya. Suasana yang sekejap tadi harmoni tiba-tiba bertukar menjadi sedikit ribut kecil tetapi cepat-cepat diredakan si isteri tanpa banyak sesi soal jawab lagi.

Sedang mereka berdua menjamu hidangan yang dipesan, si isteri memecah kekusyukan si suami dengan satu soalan mengumpan, "sedap ke mee goreng mamak tu bang?" "Sedap..." ringkas suami menjawab sambil menghabiskan sisa-sisa mee yang ada di pinggannya. Licin... Si isteri yang tadi tidak berpuas hati dengan jawapan pendek lagi padat sisuami mengatur soalan lain bagi menghangat lagi suasana. "Habis abang makan??? Abang tu kalau dah makan, bukannya nak ingat saya kat di sebelah ni...." luah si isteri dengan nada sedikit terkilan. "Laa... awak tak cakap nak rasa mee saya tadi, kalu tak, takde la saya menghabiskan semuanya tadi". Jawab si suami bagi membela diri. Balas isteri, "saya dah cakap tadi, abang tu yang buat-buat tak faham..." "Manalah saya nak faham kalu dah awak cakap macam tu, takpelah kita pesan lagi satu erk, awak makan semua mee tu abang tak mintak pun..." syor si suami dengan niat memujuk...

Suasana romantik malam itu rosak lagi gara-gara masing-masing silap percaturan dalam KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

 
Berdasarkan kisah diatas, apa yang kita dapat simpulkan? Apa moral yang kita dapat belajar dari satu slot kehidupan yang lazim kita lakukan???
1- Kebiasaan wanita akan menggunakan bahasa yang tidak terus, berlapik-lapik, maksud terbalik, berkias ataupun terbalik untuk menyampaikan sesuatu. Berbanding lelaki lebih selesa dengan gaya bahasa yang lebih terus, ringkas dan tanpa banyak kiasan-kiasan untuk menyatakan sesuatu perkara. Ketidakfahaman dan ketidakprofesionalan dalam memahami keadaan dan konteks ini akan menjemput suasana yang tidak menyenangkan dikalangan interaksi suami isteri ataupun komunikasi dalam sesebuah perhubungan yang berlainan jantina.

 2- Sifat lelaki yang agak kurang sensitif tentang sesuatu perkara memungkinkan akan berlaku salah faham ataupun terasa hati dikalangan wanita yang sifatnya lebih sensitif tentang sesuatu perkara kerana keterikatan wanita kepada emosi adalah lebih tinggi berbanding lelaki.

3- Lelaki apabila dia memulakan sesuatu percakapan tujuanya adalah sekadar untuk membuat perkongsian semata-mata tanpa mengharapkan respon yang berlebihan berbanding wanita percakapanya adalah tujuan untuk menarik perhatian seseorang khususnya pasangan dan untuk mendapat maklumbalas yang lebih tentang apa yang dikongsikan.

 
 copy paste dari blog sahabatku ;)

 

Doa Kami | Impian Kami


 

"Ya ALLAH, Ya Tuhan kami..kurniakan kami rahmat dari sisiMU dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami Ya ALLAH, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah Yang Maha memudahkan segala yang susah adalah mudah bagiMU. Ya ALLAH, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani, amin...."

 

 

#semoga impian kami, keinginan kami, urusan kami dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T..

Kami ingin melangkah 1 tapak kehadapan & semoga kami mendapat keredhaan dariNYA.

 

 

nota : setiap hari, setiap masa berdoa berharap ia menjadi rezeki kami.. :|

Thursday, May 30, 2013

Untuk Kebaikan Bersama

Aku tak sangka apa yang aku tulis minggu sudah akan mendatangkan kontroversi macam ni. Memang dah menjadi tabiat aku, di blog ni lah tempat aku meluahkan segala perasaan, samada sedih, suka, duka, gembira dan tak puas hati. Dan memang jenis aku yang kalau boleh tak nak menulis benda-benda yang negatif kerana ni adalah blog aku, tempat semua suka-duka di kongsi bersama di sini. Tapi memandangkan kita ni hidup di dalam dunia, yang mana realitinya kalau ada baik mesti ada jahat. Kalau ada hitam mesti ada putih. Kalau ada wangi mesti ada busuk. Kalau ada cantik mesti ada buruk. Itu realitinya...Dan aku memang hidup di alam realiti dan bukan fantasi. Yang mana mungkin tak semuanya dipenuhi dengan segala yang indah-indah, cantik-cantik dan wangi-wangi tapi jugak yang buruk-buruk...Itu realiti..! Ya realiti kehidupan..

Tak salah rasanya aku meluahkan apa yang terjadi disekeliling aku dalam skop dan pandangan aku sendiri. Walaupun aku sedar dan tahu tak semua pandangan atau persepsi kita tu betul dan benar. Tapi itulah realitinya...Bak kata pepatah melayu, "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain", atau "Lain padang, lain belalang"....Jadi sudah semestinya pandangan setiap seseorang tu berbeza daripada orang lain. Itulah keindahan dalam kehidupan.

Bukan niat aku nak mencetruskan kontroversi, apatah lagi sengaja memancing pembaca yang mana sejak hari tu pengunjung yang membaca post yang 'kontroversi' tu lebih dari 100 orang pengunjung membaca entri itu sahaja ( walaupun ini kira sedikit la )...

Jadi di sini aku memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung, tersentuh, marah, geram dan mungkin ada yang rasa difitnah...Dan aku dengan rasminya telah memadamkan post 'tersebut' dari blog ini, sebelum keadaan menjadi lebih buruk..

***Lebih baik mengalah....


Wednesday, May 29, 2013

Doa kan :)


Assalammualaikum :)
kata kak wardah :" adik mesti cantik kalau berniqab & bertudung labuh "


speechless :)

Pakaian yang Mulia adalah untuk orang Mulia.
Bukan aku kata aku tidak Mulia.
Cuma aku tidak sampai ketahap itu lagi
Tak sampai.
Takut nanti cacat pula bila pakaian yang dipakai tidak sama seperti akhlaknya.
Benar, pakaian tidak menggambarkan akhlak seseorang.
Tetapi, bagi aku biar lah selayaknya begitu.
Masih banyak yang buruk dari yang lawa.
Masih lagi bertudung bawal bidang berapa entah.
Masih lagi belajar.
Malu benar jika ada yang berkata sebegini.
Tapi kalau benar ini seperti DOA.
Aku senyum.
 
:)
 
Doa ya rakan rakan :)
Salam ukhuwah cinta dari hati turun ke jiwa.
Jom perangi manusia dengan cinta kepada akhirat!
 
 
p/s : Tertarik degan kata-kata ulamak"Seorang perempuan itu,sebaik-baiknya ia turun ketengah-tengah orang ramai,orang tidak perasan pun kehadirannya disitu.(lantaran sederhananya pakaian serta perhiasan pada dirinya.)

Tuesday, May 28, 2013

Pewwwiitt ♥ ♥ ♥




Mata ku terlekat pada potret wajah

Seakan ada tarikan di situ mengamit

Tapi mata tak betah menatap lama

Terselit segan merona malu

Ku bayangkan segala gerak rasa

Ku cuba tafsir sebalik senyum yang tergambar

Seakan ia terkandung jutaan rahsia

Yang sukar untuk ku ungkai

Penuh misteri..

Aku sayang kamu..

Pertama kali terpandang..

Seakan ada tarikan magnet yang menarik

Aku tak tahu kuasa apakah itu

Tapi yang pasti kamu bisa buat

Denyut nafasku bagaikan terhenti

Kehidupanku ceria selalu...

Hanya kerna ku pahat wajahmu dalam mindaku

Kamu yang aku sayang, ku sentiasa doakan yang terbaik buat mu..

 






 

AZMAN BIN SHAHRUDDIN
 

 
 
 

Dari :

Isteri yang terlalu menyayangi
T_T
 
 
 
p/s : Terima kasih buat insan yang kini telah merampas hatiku. Kerana membuatkan aku terasa istimewa. Semoga hubungan ini sentiasa dalam cinta Allah. Alhamdulillah... dan mudah-mudahan aku menjadi isteri yang terbaik untuk dirimu sehingga ke JannahNya...
 
INSYAALLAH...♥♥♥

Monday, May 27, 2013

TATAPAN manusia yang merasakan dirinya terlalu HEBAT

"jika dulu awak tak pernah rasa SAKIT , rasakan sekarang ."
 

- sometimes , awak kena fikir . apa yang berlaku pada awak sekarang maybe atas kesilapan awak terdahulu . maybe pada ketika dahulu , awak merasakan awak sangat BAIK sampai tak pernah nampak salah sendiri dan terlalu mengagungkan kebaikan sendiri dan selalu mengwar-warkan keburukan orang lain. ingatlah manusia , awak taklah begitu HEBAT untuk terlepas dari dosa lalu . maybe yang berlaku sekarang adalah apa yang awak pernah buat pada orang lain satu ketika dulu tanpa awak sedar atau dalam sedar .

kata pendek :
 
"hidup itu adil , jika suatu ketika dulu awak pernah sakitkan orang , NOW its your turn . "
 
by the way , berhentilah . berhentilah melihat kekuatan diri sendiri dan dan nampak je buruk orang lain . takut-takut nanti , orang akan buat benda yang sama macam kau selalu buat sekarang .

treat people right if you wanted to be well treated .

BUT , remember . Manusia takkan pernah lari dari kesilapan . Kamu tidak terkecuali and so do i =)
 
Jangan lah terlalu bangga dengan apa kamu ade . Beringatlah bahawasanya segala milikmu itu pinjaman daripadaNYA . Bila-bila masa boleh ditarik dalam masa sekelip mata pun boleh kehilangan "keistimewaan" kamu itu .

jangan lah pernah kamu takbur dengan anugerahnya .

mahupun menyalahguna kan anugerah itu .
 
beringat lah mausia . setiap ujian yang datang itu untuk melatih diri mu untuk menjadi manusia yang lebih baik . setiap perkara itu berlaku pasti ade hikmah disebaliknya .
 
p/s : peace kawan . jadikan ini pengajaran untuk kamu tidak sewenang-wenangnya menyakiti insan lain yang juga bergelar manusia yang mempunyai hati dan perasaan seperti awak sekarang .
 
 

Thursday, May 23, 2013

Tolonglah

Kawan, engkau tu mengharap orang lain hormat engkau tapi aku perasan engkau tak ada pulak reti nak hormat orang lain. engkau ni dah kenapa macam tu ? kadang-kadang aku rasa macam nak sepak muka kau bukan sebab benci tapi nak sepak sebab nak bagi kau sedar. kawan, aku ni sebenarnya rimas sangat dengan perangai engkau ni tau ! engkau hanya nampak salah orang tapi tak pernah sedar hakikatnya engkau yang banyak salah. bahaya engkau ni tau tak?. engkau jangan ingat engkau sempurna ye kawan. silalah berhenti berdrama sebelum aku ni hilang sabar rasa macam nak hentak kepala engkau guna batu-bata ni ha. aku ni bukan garang mana tapi kalau engkau yang tak habis-habis hari-hari menjolok kesabaran aku, engkau memang mengundang ye kawan.


baca. masuk kepala. simpan. ingat sampai mati.
Respect Others, If You Desire To Be Respected

Wednesday, May 22, 2013

Menyesal kahwin...

Hari tu, saya ada berjumpa seorang wanita ni atas urusan kerja. Kalau ikutkan memang dah kategori makcik, tapi mungkin dia tak perasan kot sekarang dah masuk tahun 13 tahun melepasi millenia, so dia membahasakan dirinya akak sahaja. Ok lah takde masalah pun kak...

Akhlak akak ni lain macam sikit. Gaya cakap macam orang ada ilmu agama, tapi yang tak seronoknya banyak pulak ayat-ayat yang terpacul dari mulut dia seolah-olah letak bakul kain dalam lif, pastu masuk dalam bakul tu, then tekan butang naik tingkat paling atas sekali. Paham kan?

Tengah berbincang tetiba termasuklah sekali isu kehidupan seharian. Saya cakap lah yang tengah sibuk betul sekarang ni, lagi pulak dah lepas kahwin ni kena serius lah tentang hal ehwal rumahtangga. Dialog kami lebih kurang cam gini:

Me : "Busy sikitlah kak sekarang ni, baru lepas kahwin ,kerja office banyak sangat..bla bla bla.."

Makcik or Akak : "Ha tu la, sapa suruh kahwin awal sangat .."

Me : "Awal apanyer kak, saya dah memang patut kahwin pun"

Makcik or Akak : "Huh..akak kalau diberi pilihan sekarang, AKAK TAKNAK KAHWIN, BIAR MEMBUJANG SAMPAI SEKARANG sebab boleh bla bla bla.."

Saya terkedu gak kejap dengar ayat akak tu. Dengan mimik mukanya, intonasi suaranya, kita terdengar macam dia menyesal dengan perkahwinan tu. Lebih-lebih lagi pulak alasan yang diberikan macam tak puas hidup kat dunia ni. Saya tak dapat bayangkan macamana lah kalau anak-anak dia dengar emaknya cakap macamtu. Seolah-olah macam tak redha dengan kelahiran diorang, tak redha dengan kehidupan rumahtangganya. Walhal saya rasa suami dia mungkin okay memandangkan everything suami dah sediakan.
 
Mudah-mudahan ALLAH melembutkan hati akak tu supaya sekurang-kurangnya dia rasa menyesal sebab dah terlepas cakap dan takkan ulangi lagi. Bayangkanla kalau depan suami dia cakap macamtu, dan suami dia pulak jenis hati touching macam diriku ini, memang dan dan time tu gak usung beg trolley balik kampung. Buat semua pembaca yang disayangi khususnya yang dah berkahwin, kalau kita redha dengan pasangan kita yang redha dengan kekurangan dan kelemahan kita, itu tandanya ada rahmat ALLAH dalam rumahtangga yang kita bina. Sekian motivasi diri. Hehehe. Assalamu'alaikum ;-)

 

Monday, May 20, 2013

entry ape kah ini?? hu3

lately nih banyak kerja....sangat banyak...
fuhhh...
ini bermaksud bisnes company semakin baik..
boss senyum lebar...
errr...aku pun senyum jugak..

ini bermakna bonus nanti mesti banyak..
setiap tahun , bonus dan kenaikan gaji adalah antara sesuatu yang ditunggu tunggu.
selain daripada company trip dan jugak annual dinner...kan?
tak tau la company lain..tapi company aku adalah company swasta yang baik..
setakat nih aku memang puas hati la.....boleh la...

*errr boss...give me a sign if you read this , will you?

yup..boss baca blog aku...sejak dia tahu aku ada blog...aku tak boleh nak lari dah.
mujur company aku okey sehingga kini jadik takde apa yang aku nak komplen...lagi pulak aku jenis manusia mudah berpuas hati.
*kalau tak puas hati aku tanya direct jer..suka hati la ngko sama ada suka atau tidak yang penting aku nak penjelasan.
aku adalah orang begitu....setiap kali tak puas hati, tanya.
kalau jumpa geng yang sekepala , baru mengumpat belakang belakang.. hahahah...


eh..eh..

semua orang begitu kan?
tips mengumpat , sila mengumpat dengan orang yang ngko percaya saja..

ok there you go.. baca saja dan jangan buat.
seriously , mengumpat tu berdosa kan?
dengan tips yang aku baru share..
tak pasal pasal aku share dosa itu sama..

oh my blog...
dosa sendiri dah cukup banyak...

ok then..
aku nak kumpul pahala sikit.
meh sini baca nasihat ini.
ingat.
jangan mengumpat.
jangan sesekali menngumpat.
takut takut sedang korang and korang syok mengumpat..
sedar tak sedar  korang ter "fitnah"
yelah..nak menyedapkan cerita kan...

ok.

aku tahu la..
dulu masa zaman tak matang aku dengan kawan kawan selalu buat.

contoh,

eiii.. budak keluar dating la (mengumpat)
ehh tak elok keluar malam malam kan? esok class pagi.. (mengumpat)
entah entah dia pergi town bukan setakat makan (sesi mula ter "fitnah")
haah kan? jangan jangan siap tengok wayang ( fitnah pun bermula)

heeiiii...
korang and korang baik lelaki atau perempuan..
mengaku saja yang kalau kita nie dah mula mengumpat..
kita susah nak berhenti...kan....kan....kan..........
entah mengapa..
mengumpat itu sedap..
hekhek..

but please don`t , mesti elak elak ok..?
talk to my hand..
eh..eh..
talk to myself actually......

hurrmmm...

ok...release sedikit tekanan dalam minda dan jiwa bila mengarut menaip merapu ikut suka...
dalam blog sendiri........takpe kot kan.........?

okbai..


 

Menangguk Air Yang Keruh


Walaupun PRU 13 sudah berlalu , tetapi pahat masih berbunyi .
Di fb aku saja , penyokong tegar PKR masih tidak berputus asa membongkar segala yang negatif .
Meletakkan segala kesalahan dan yang buruk pada BN .
Kalau perkara itu benar tidak mengapa .
Kesahihannya , Allah saja yang tahu .





Kat atas ni adalah sebahagian daripada contoh .

Hakikatnya , kenaikan harga barang di pasaran dilakukan pihak ke 3 yang menangguk di air yang keroh .

Siapa mereka ?

Dah tentulah penjual , takkan pembeli kot !

Yang pasti kerajaan hanya boleh mengambil tindakan ke atas barangan yang di bawah kawalan harga seperti gula , tepung , minyak masak , ayam dan lainnya .


Menteri berkenaan pun dah melenting .

Ya lah , takkan dia kena pergi semua tempat semata - mata nak cek harga !

Naik harga tu hak penjual .

Penjual pun ada kesukaran mereka sendiri terutama kos yang terpaksa ditanggung .

 


Katalah PKR menang dan mereka tunaikan janji beri gaji minimum RM 1500 sebulan .

Pembaca rasa harga barang akan naik tak ?

Sudah tentu lah kan !

Penjual pun nak untung juga .

Pada masa tu dah tentu rakyat akan salahkan PKR selaku memerintah .

Kan sama juga masalahnya ... haishhh.
 

 
Tentang blackout lak , kita kena fikir , orang yang buat blackout tu penyokong mane ?
Tak kira lah dia tu org SPR atau kerani yang terlibat dengan PRU 13 .
Sama ada sabotaj atau sekadar propaganda !
Kalau ada bukti sahih tu tak mengapa ...
 
 
Ada juga penduduk di Sabah yang tag status kat page yang minyak Ron 95 dah naik 20 sen kat sana .

Setahu aku, kalau kerajaan nak naikkan harga minyak , perlu dapat persetujuan kabinet .

Selepas tu mestilah di wartakan kepada rakyat melalui media cetak dan elektronik .

Bukan boleh suka - suka on / of cam tu jer ...

 

Cam tu juga kenaikan caj untuk bil api .

Aku kesal sebenarnya dengan mereka nih .

Bukan tak bijak pandai , cuma mereka ni hanya boleh berfikir berdasarkan apa yang ada kat depan mereka dan orang ramai selalu perkatakan .

Kerana PRU 13 jugalah aku dah unfriend beberapa kawan yang kurang mesra .
Sakit mata lah bila mereka ni secara terbuka kata tak kisah hilang kawan atau dapat lawan .
" Sesapa yang tak suka tu , memang fikiran sempit dan buta mata ... "

Aku harap mereka nih berhentilah daripada menabung dosa .
Aku tak membenci sesiapa .
Cuma rasa lebih aman tanpa melihat status mereka di fb .
Tak de faedahnya pun nak marah - marah dengan kerajaan .
Hakikatnya , anda takkan dapat mengubah apa - apa .
Cuma ada sakit hati jer ...

Seeloknya jernihkanlah yang dah keroh tu .

Terima hakikat segala yang berlaku atas kehendak Allah jua

 

Friday, May 17, 2013

Check diri sendiri.

Alhamdulillah for everything. Alhamdulillah for today.

:')

Okay.

Saya tak tahu nak tulis entry pasal apa. Sebab dari tadi duduk depan pc. Tunggu idea datang. Tapi tak datang-datang.

Dan saya ,

meneruskan entry ni juga. Idea sendiri. Ehee.


***

"The more you look into and understand yourself,
the less judgmental you become towards others"

*headshot* !

*pengsan*

Ya. Memang betul.

Kita sebenarnya sama. Semua sama. Tiada yang lain. Bilamana Allah hadirkan keistimewaan pada seseorang , Allah hadirkan sekali kelemahan seseorang.

Contoh : Dia pandai Mathematics , awak pandai Science. Dia lemah Science , awak pandai
Mathematics.

Faham kan?

Sebab itu hidup ini saling melengkapi.

:)


Saya tahu , ada sesetengah yang suka judge orang. Saya tak tahu kenapa. Mungkin itu yang dia minat.

Tapi,

saya cadangkan lebih baik kita judge diri sendiri dulu , sebelum judge orang lain.

Sebab,

kita pun masih ada kelemahan.


Mungkin kita tak nampak. Tapi carilah. Kerna dari situ , kita mampu memperbetulkan diri kita. Kan?


***


Ehem. *iniserius*

Semuanya bermula dari kita. Semuanya.


dan saya tegaskan ,

Allah itu Ada. Sentiasa Ada. Dia tahu kelemahan awak. Keistimewaan awak. Dia tahu.

Tolong ya? jangan judge orang terus.

Allah yang menciptakan dia sebegitu. Dan pasti ada hikmah mengapa Allah jadikan dia sebegitu. Awak kena faham.



Ehem ehem ehem.
Jom semuaaa!

Check diri sendiri!


Moga Allah Redha!

Politik

Antara perkara yang banyak menimbulkan perbalahan sesama manusia ialah,

POLITIK.

Ia satu perkataan yang mudah diingati.
Cuma..dari dulu hingga kini,
ia juga suatu yang sukar difahami dan dimengerti