Tak salah rasanya aku meluahkan apa yang terjadi disekeliling aku dalam skop dan pandangan aku sendiri. Walaupun aku sedar dan tahu tak semua pandangan atau persepsi kita tu betul dan benar. Tapi itulah realitinya...Bak kata pepatah melayu, "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain", atau "Lain padang, lain belalang"....Jadi sudah semestinya pandangan setiap seseorang tu berbeza daripada orang lain. Itulah keindahan dalam kehidupan.
Bukan niat aku nak mencetruskan kontroversi, apatah lagi sengaja memancing pembaca yang mana sejak hari tu pengunjung yang membaca post yang 'kontroversi' tu lebih dari 100 orang pengunjung membaca entri itu sahaja ( walaupun ini kira sedikit la )...
Jadi di sini aku memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung, tersentuh, marah, geram dan mungkin ada yang rasa difitnah...Dan aku dengan rasminya telah memadamkan post 'tersebut' dari blog ini, sebelum keadaan menjadi lebih buruk..
***Lebih baik mengalah....
No comments:
Post a Comment