JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, May 14, 2013

LUAHAN PEMBACA TERHADAP RANCANGAN PRIMADONA


Hurmm lagi kisah pasal aurat wanita ... aku memang kadang-kadang ada perasan rancangan PRIMADONA nie ada masa-masanya ok .. dan ada masa-masanya macam tak kena aje .. tak kena dari penampilan pengacara-pengacara nya lah .. specially Rozita Che Wan tuu .. aduhh pelik betul .. suke bebenarrr pakai skirt dalam rancangan nie ... nak-nak bila ada episod yang mereka jemput ustaz @ ustazah menjadi tetamu jemputan ... hurmmm ada betulnya teguran pembaca nie ... aku suke !!! ;))


Sebenarnya gabungan Rozita Che Wan, Erra Fazira, Kak Engku dan Ziela Jalil juga boleh dikatakan berjaya. Namun pembaca ini meluahkan rasa kecewannya kerana pengacara-pengacara ini kurang sensitif dengan status tetamu yang hadir.

Berikut adalah luahan hatinya :

Saya ada menonton program bual bicara Primadona yang bersiaran pada hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Mustika HD. Topik yang dibincangkan pula adalah “Kahwin Muda”.

Manakala tetamu dan artis jemputannya pula adalah, Anne Ngasri, Ustazah Zawiah Hassan, dan Mohd Razlan Mohamed Yusof (Lan Kristal). Apa yang amat mengecewakan saya adalah para pengacara iaitu Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura serta pihak penerbitan tidak sensitif dengan pemakaian.

Anda menjemput seorang USTAZAH untuk menghadiri rancangan anda tetapi anda sendiri tidak menghormati tetamu itu. Perlu ke untuk memakai pakaian/dress paras lutut. Tidakkan mereka peka dengan pemakaian mereka untuk disesuaikan dengan tetamu jemputan itu.

Memang seksi itu hak mereka tetapi sebagai perempuan yang matang, malah seorang ibu, tidak ada rasa malu ke terhadap ustazah itu. Sama ada pihak penerbitan yang bodoh kerana tidak peka ataupun pengacara itu sendiri yang bodoh kerana mengikut apa yang diberikan oleh oihak wardrobe.

No wonder la status ketiga-tiga pengacara itu pun tah kemana-mana. Saya di sini bukanlah nak memandai-mandai, tetapi sekadar hendak memberi teguran Kalau umur dah tua mcm tu tak boleh nak ditegur, tak payah la nak jadi manusia. Fikir-fikirkanlah.

Saya pun bukanlah sebaik ustazah tersebut. Saya sebagai pelanggan Astro, malah semua pelanggan Astro ni ibarat boss anda semua sebab mana nak dtg duit kalau bukan kami semua yang bayar bil.

Jadi buat la rancangan yang bagus, berminda dan lebih sensitif terhadap sekeliling anda. Harap maaf kalau terkasar bahasa. Terima kasih.


petikan : abang NARA

diharap sangat-sangat selepas ini pihak penerbitan lebih peka dan sensitif dengan penonton dan masyarakat sekeliling , bila orang tonton paling tidak orang akan bagi komen kan .. so takkan kita nak masyarakat komen benda yang tak elok sahaja .. lagipunn malu sebab kita nie wanita muslim .. islam ... dan paling best bila orang duk cakap JAN?? .... haaa malu kan ...

hurmm kadang-kadang kita tak nak orang mengata kita , tapi sedar atau tidak perbuatan kita membuatkan masyarakat mengata hal kita .. soo nak elak dari apa yg orang kata , buatlah sebaiknya .. mustahil bila kita berkelakuan @ berpakaian elok orang tak akan mengata ! .. haa kalau ada tuuu,,, orang tuu tak SIUMAN lahh .. barulah kita tak payah ambil pusing dengan orang-orang macam nie .. kan kan kan

 







 

No comments:

Post a Comment