JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, May 22, 2013

Menyesal kahwin...

Hari tu, saya ada berjumpa seorang wanita ni atas urusan kerja. Kalau ikutkan memang dah kategori makcik, tapi mungkin dia tak perasan kot sekarang dah masuk tahun 13 tahun melepasi millenia, so dia membahasakan dirinya akak sahaja. Ok lah takde masalah pun kak...

Akhlak akak ni lain macam sikit. Gaya cakap macam orang ada ilmu agama, tapi yang tak seronoknya banyak pulak ayat-ayat yang terpacul dari mulut dia seolah-olah letak bakul kain dalam lif, pastu masuk dalam bakul tu, then tekan butang naik tingkat paling atas sekali. Paham kan?

Tengah berbincang tetiba termasuklah sekali isu kehidupan seharian. Saya cakap lah yang tengah sibuk betul sekarang ni, lagi pulak dah lepas kahwin ni kena serius lah tentang hal ehwal rumahtangga. Dialog kami lebih kurang cam gini:

Me : "Busy sikitlah kak sekarang ni, baru lepas kahwin ,kerja office banyak sangat..bla bla bla.."

Makcik or Akak : "Ha tu la, sapa suruh kahwin awal sangat .."

Me : "Awal apanyer kak, saya dah memang patut kahwin pun"

Makcik or Akak : "Huh..akak kalau diberi pilihan sekarang, AKAK TAKNAK KAHWIN, BIAR MEMBUJANG SAMPAI SEKARANG sebab boleh bla bla bla.."

Saya terkedu gak kejap dengar ayat akak tu. Dengan mimik mukanya, intonasi suaranya, kita terdengar macam dia menyesal dengan perkahwinan tu. Lebih-lebih lagi pulak alasan yang diberikan macam tak puas hidup kat dunia ni. Saya tak dapat bayangkan macamana lah kalau anak-anak dia dengar emaknya cakap macamtu. Seolah-olah macam tak redha dengan kelahiran diorang, tak redha dengan kehidupan rumahtangganya. Walhal saya rasa suami dia mungkin okay memandangkan everything suami dah sediakan.
 
Mudah-mudahan ALLAH melembutkan hati akak tu supaya sekurang-kurangnya dia rasa menyesal sebab dah terlepas cakap dan takkan ulangi lagi. Bayangkanla kalau depan suami dia cakap macamtu, dan suami dia pulak jenis hati touching macam diriku ini, memang dan dan time tu gak usung beg trolley balik kampung. Buat semua pembaca yang disayangi khususnya yang dah berkahwin, kalau kita redha dengan pasangan kita yang redha dengan kekurangan dan kelemahan kita, itu tandanya ada rahmat ALLAH dalam rumahtangga yang kita bina. Sekian motivasi diri. Hehehe. Assalamu'alaikum ;-)

 

No comments:

Post a Comment