JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, May 31, 2010

TERUJA !! Realiti TV..Imam Muda





Salam.Bersyukur sangat dengan usaha Astro Oasis yang peka kepada melahirkan modal insan yang seharusnya dijadikan idola remaja masa kini.
Syabas Astro! Sesuai tontontan seisi keluarga khasnya pada golongan remaja. Usaha Astro Oasis yang melahirkan modal insan remaja patut dipuji dan seharusnya menjadi idola masa kini.

Aku doakan agar program sehebat Imam Muda ini bakal memberi juadah tontonan baru kepada penonton Astro. Sekurang-kurangnya kita sebagai penonton diberi juga pilihan yang sesuai dengan cita rasa kita yang berbeza. Namun sebagai umat Islam, seharusnya kita jadikan Imam Muda sebagai bahan tontonan wajib.

Terbayang pada masa terdekat ini anak-anak kita terpaku di hadapan televisyen mengagumi kehebatan bakal pemimpin agama sebagaimana mereka pernah mengagumi kehebatan Juara AF8, Shahir.

Kita nantikan kejutan Imam Muda selama ia bersiaran. Kelahiran program ilmiah ini dapat juga membantu menegakkan semula pandangan masyarakat terhadap moral remaja Melayu dan Islam negara kita yang kian luntur sejak akhir-akhir ini.

Syabas saya ucapkan pada pengurusan Astro Oasis. Keep it up!

Thursday, May 27, 2010

SaBaR + ReDha + HikMaH




'Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang beriman.'- surah ALI IMRAN:139...


Ayat ini aku perolehi daripada seseorang yang pernah berikan aku kekuatan dan semangat suatu ketika dahulu. Dan aku gunakan untuk menguatkan hatiku yang penuh kesedihan, kedukaan dan moga semangatku akan kembali seperti dulu. Ada kala aku berada di atas, ada kala aku jatuh tanpa menyedari dari mana kesilapan itu terjadi. Rebah di sejadah memohon pertolonganNya. Lemahnya aku sebagai manusia yang tak pernah lari dari dugaan Ilahi. Pasrah... Redha... itu sebaik-baik penyerahan diriku pada Allah swt.

'Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.' - surah Az-ZUMAR:10


SABAR+REDHA=HIKMAH!

Sabar dan redha atas sesuatu itu, kerana hikmah itu akan datang bila sabar dan redha itu datang dari hati yang ikhlas... ;)

Terimalah segalanya dengan sabar dan redha. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segala yang diaturNya....

Tuesday, May 25, 2010

.REALITI.

.REALITI.
Jujur aku katakan, ketika ini, hanya Allah sahaja yang mengerti apa yang aku rasai.
Buat apa aku nak tipu emosi aku.
Benar, aku sedang menangis!
Benar, aku sudah menangis!
Benar, aku akan menangis!
.REALITI.
Kali ini, aku tahu bukan aku seorang sahaja dalam emosi.
Semua orang.
Apa magis nya ukhwah ni ???
Perit kali ini, luar biasa bisa nya…….
.REALITI.
Memang aku nak berundur.
Aku takut aku tak da kekuatan seperti dulu.
Aku takut aku tak da keriangan seperti dulu.
Percayalah, semua akan jadi lain.
Masa aku, sudah lunaskan semuanya.
.REALITI.
Ukhwah ini dibina tanpa dijangka mahupun disangka.
Ukhwah ini dibina sambil menuntut mahupun berkongsi ilmu.
Ukhwah ini dibina atas hormat mahupun kasih.
Ukhwah ini dibina kerana aturan ALLAH yang ESA !!!
.REALITI.
Terima kasih kerana menerima aku seadanya~
Terima kasih kerana sentiasa memahami, menghormati dan mengasihi sesamanya~
Terima kasih atas segala-galanya~
.REALITI.
Ampun maaf atas segala kekurangan~
Ampun maaf atas segala kata-kata yang menyakitkan~
Ampun maaf atas gurau senda yang melukakan~
Ampun maaf atas segala-galanya~
.REALITI.
Aku titipkan pesan ini pada mereka,
Jangan sesekali lupa asal-usul kita.
Jangan sesekali kesal dengan kisah kita.
Jangan sesekali alpa tanggungjawab kita.
Jangan sesekali lupa mereka yang banyak berjasa.
Aku yakin,
Mereka manusia yang sayangkan ukhwah ini !
.REALITI.
Ya Allah,
Kau permudahkan bagi mereka segala urusan.
Kau ganjari bagi mereka kejayaan yang terbaik.
Kau limpahi bagi mereka rahmat dan kasih sayang Mu.
Ya Allah,
Kau satukan lah hati kami.
Kau pelihara lah ukhwah kami.
Kau berkati lah kami.

Monday, May 24, 2010

Dah Agak Dah.. Shahir Juara AF8







Sekali pandang macam Anuar Zain pun ada. Sekali je jangan banyak2 kali. Memang dah agak dah Shahir Juara AF8. Dah memang rezeki dia kan 200 ribu tu. Bak sini kereta baru tu Shahir bagi akak pinjam. Tetiba jadi kakak angkat hehehe. Oh saya bukan peminat setia Shahir ni. hanya suka-suka jer ngee..

*** Shahir juara yang ada pakej! Berpendidikan, Vstyle, Beragama, berakhlak mulia and so on. Saya rasa Shahir adalah juara yang sepatutnya dijadikan contoh dan panduan kepada artis2 Msia. Tahniah Shahir! Biar orang maki, tapi kita teguhkan diri! Biar orang xpuas hati tapi kita munasabah...heh heh heh..

Monday, May 10, 2010

AFMASUK Tertinggi, Shahir Kembali Ke AF8








KUALA LUMPUR, 9 MEI 2010: Seperti yang dijangka, pelajar ‘favourite’ AF8, Shahir kembali semula ke akademi selepas menerima undian AFMASUK tertinggi dalam Debaran AF sebentar tadi.

Pengumuman dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 21 sebelum ini tersingkir di minggu ketujuh, satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak kerana Shahir dikatakan sebagai pelajar yang memenuhi piawaian AF8 dan juga salah satu pelajar pilihan utama pengetua, Norman Abdul Halim untuk ke peringkat akhir.

Dengan meraih undian SMS tertinggi, Shahir menewaskan pelajar-pelajar lain termasuk Alif dan Anum yang sebelum ini turut menjadi pilihan ramai peminat AF8 untuk dimasukkan semula.

Debaran AF dimulakan dengan semua pelajar yang tersingkir sebelum ini bergabung menyanyikan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.

Lima pelajar yang masih kekal juga turut mempersembahkan lagu bonus mingguan mereka, Andai Kau Pergi dari Indigo serta lagu rasmi Akademi Fantasia, Menuju Puncak.

Dengan kemasukkan Shahir, maka persaingan kembali sengit kepada 6 orang untuk merebut gelaran juara AF8.


P/S:aku sebenarnyer semalam undi AFMASUK si ALIF tapi mungkin rezeki adik Alif tak menyebelahinya.takperlah dik,Alif pun Insyaallah akan berjaya walaupun tak ke final sebagai contoh Aizat AF yang membuktikan kepada semua dengan kejayaan di peringkat Malaysia dan luar negara walaupun Aizat tersingkir pada awal-awal konsert AF dulu ....Moga Alif success di luar sana..Steady lah Alif...

SeLamaT Hari IBu



ibu ampuni dosa kami semua..
ibu semoga Allah tinggikan darjatmu..
dari kecil hingga dewasa..
kau mengajar dan sering memanja,
menanam iman menyemai taqwa,mengajar kami muliakan agama..
jasamu kan ku simpan...kan ku ingat..kan ku semat..tersusun rapi,di rak hati nurani..
sayang mak..
sangat sangat sangat sangat...
mak ratu hatiku..
mak segala2nya..
takde sape pat lawan kasih mak..
selamat hari ibu puan Maimuhah Ali.....muuuuuuuuuah!

Saturday, May 1, 2010

Pantang Larang Itu Khurafat Ke ?


:: Hidup memang pahit namun kita harus menelannya ::


Aku nak tanya kat korang semua, korang percaya tak pada pantang larang orang tua-tua? Adakah itu dikira sebagai khurafat? Contohnya, jangan potong kuku waktu malam, nanti rezeki lari. Ataupun jangan keluarkan duit kat ATM waktu khamis malam jumaat. Hmm, abis kalau dalam poket memang takde duit macam mana kan? Tapi sumber aku mengatakan bahawa sebab duit tu kan rezeki, jadik tak elok nak kuarkan pada waktu Khamis malam Jumaat. Apa relevannya?

Kekadang, aku terpikir juga bukankah khurafat itu adalah satu penyelewengan terhadap akidah Islam? Aku bukan nak cakap mana betol dan mana salah, cuma mungkin sedikit musykil, samada pantang larang yang kita percaya selama ini boleh dikategorikan sebagai khurafat?

Jika betol, tidakkah selama ini kita telah melakukan sesuatu yang dianggap berdosa? Macam perkara yang sering dilakukan, mencampakkan baju pengantin ke atas bumbung bagi mengelakkan hujan di hari majlis berlangsung. Aku kekadang macam tak nak percaya kepada semua pantang larang macam jangan potong kuku waktu malam, sebab waktu malam lah selalu aku semapt nak potong kuku sambil tengok tv. Dan ada gak orang selalu cakap jangan nyanyi kat dapur nanti dapat lelaki tua.huhuhu...

Jadi, adakah pantang larang ini dikira sebagai khurafat, dan adakah lebih baik dan molek jika kita mengikuti pantang larang ini or tak ikut pun takpe?