JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, December 23, 2010

i'm lovin it

Bila kita kate 'I'm in love', adakah kte btul2 cintakan dia?
Or just anggap dia sebagai org yg dpt kte luahkan segala masalah kite?
Bila kite kate "Im in love', adakah kte sanggup susah dan senang bersama?
Atau kite akan berpaling kepada yg mampu berikan kesenangan pd kite semata?
Bila kite kate 'I'm in love', adakah kite hanya cintakan baik nya sahaja?
Namun bile kite lihat yg buruk....lupe terus pd kebaikannya?

Bila kita jatuh cinta dlm keadaan sebegini? Adakah kite akan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya? Sehidup semati...dan mencemari erti cinta itu?
tidakkah kite terfikir...hidup yang akan ditempuhi di alam perkahwinan?
berhadapan dengan baik dan buruknya? Tidur ditemaninya saban malam....
Adakah kte sanggup berjanji untuk mengahwininya namun pd masa yg sama kite letakkn harapan juga kpd yg lain...dan katakannya kte serahkan semuanye kpd Tuhan?

Tuhan mmg yg tentukan mase depan kite...jodoh..dan ajal kte....
namun...
jika kite cinta,kta perlu yakin pd cinta kita....dan biarlah serahkan pd takdir Allah.
Tak perlu la cinta...tapi mata mencari org yg lebih baik...kemudian letakkan semuanya untuk ketentuan Tuhan...
kita memang mengharap yg terbaik..tp baikkah kite untuk mencari lelaki sempurna namun tidak menghargai cinta itu sendri...
Terdesakkah kita mencari cinta?

Soalan saya...adakah semudah itu cinta kita?
Adakah serapuh itu keyakinan kita pada cinta kita?
Tepuk dada..tnye la hati..

Friday, December 10, 2010

Erti Keikhlasan-Ya Allah kutunduk Mengalah pada KebesaranMu

Thanks pada seorang rakan yang menghantar email ini ...sebuah cerita yang amat bermakna skali buat diriku ini...


Erti Keikhlasan-Ya Allah kutunduk Mengalah pada KebesaranMu


Bismillahirrahmanirrahim.....

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini, kata seorang kakak berterus-terang.
Mengapa? balas saya.
Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, kakak punya berapa orang anak?
Sengaja saya bertanya soal-soal di luar kotak agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
Oh ramai encik..
Bagaimana dengan anak-anak kakak?

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
Kakak, boleh saya bertanya?
Tanyalah encik ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?

Dengan cepat kakak itu menjawab, hati ibu encik tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga.

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran kata saya perlahan. Hampir berbisik.
Maksud encik?

Tuhan telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Tuhan berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.
Tidak pernah saya terfikir begitu encik.

Tuhan Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.
Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?
Maksud kakak?

Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Tuhan berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Tuhan bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?
Itulah yang saya katakan tadi, takdir Tuhan kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita.

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?

Kakak itu tersenyum dan berkata, tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.
Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?
Pasti ada! Insya-Allah.
Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Tuhanlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita Tetapi Tuhan menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.

Subhanallah!
Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.
Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan? tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Tuhan Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!
Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.
Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Tuhan Maha kaya, Tuhan mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.

Maksud encik?
Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.
Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!

Giliran saya pula tersenyum.
Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura! terang saya panjang lebar.

Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?
Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Tuhan Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our ceo, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Tuhan tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan
Maksud encik?

Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.
Kenapa?
Kita akan sakit jiwa!
Kenapa?
Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Tuhan yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur, balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Kitab.

Tetapi Tuhan tidak berhenti memberi kata kakak itu perlahan.
Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka, tetapi Tuhan terus memberi Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?
Ah, kita terlalu ego..

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa diperingatkan semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan orang ikhlas tertindas?


Sumber: Email
Wallahualam.....



P/s: Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Dan hikmah itu menjadi rahsia antara Allah dan diri kita sendiri. Muhasabah diri.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 Bersamaan 7 Dec 2010



Assalamualaikum.. pejam celik pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun 2010 dan esok kita akan menyambut Maal Hijrah 1432. Begitu cepatnya masa berlalu.

Bercakap mengenai Maal Hijrah Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 8.00 pagi hari selasa 7 Disember 2010. Tema kali ini ialah 1 Malaysia , 1 Ummah . Agak-agak siapalah tokoh Maal Hijrah 1432 Hijrah yer?.

Aku berharap semoga kita semua bersedia untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan ini menuntut kepada pengorbanan yang besar dari kita dan juga istiqamah yang hebat. Disamping itu juga marilah kita menghayati penghijrahan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat didalam menegakkan syiar Islam.

P/s : Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun. Semoga tahun baru yang akan menjelang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Thursday, December 2, 2010

Performance Review


***************************************************************
sekarang ni kat ofis tengah YEPR (Year End Performance Review) cycle. Uhuh…tak best langsung. Bagi sesiapa yang tak tau, YEPR cycle tu ialah cycle yang tengok our yearly performance. Aku secara jujur selalu berharap aku bekerja kat company yang tak perform YEPR tapi i never found one yet. Downzz ..

Or at least one YEPR yang tulus suci dari hal-hal selain dari pekerjaan. In my opinion, YEPR ni kan kadang-kadang mcm involve ‘political office’. cuma our manager yang memang boss kite tu je yang kenal kita dan menjadi saksi terhadap kerja kita. Oh, whats a life….

Kadang-kadang rasa bagus kan kalau kita tak perlu buat YEPR, cukup je malaikat yang bawak turun spesifik amalan kita waktu office hour tu tunjuk kat boss. Ha there you see… I really performing my job ok. Tapi kadang-kadang seram jugak kalau malaikat yang bawak turun spesifik amalan kita kat boss kita. Habis semua rasa tak puas hati kat sesiapa akan terbongkar.. Agaknya sebab tu HR suruh creates YEPR sendiri-sendiri where in many cases menyebabkan orang-orang yang writing skills dia bagus menonjol even die takdelah perform pun that job. Huhuh. Itulah dunia dan tipu dayanya.

Nak citer la skit kan,..Aku dah dapat performance review. Bos taip cermat-cermat perangai kitorang dalam borang di website personal performance kitorang tu per individu, Ha ha ha.. bos dengan penatnya menelaah kitorang satu persatu.

So,aku pun dah di panggil untuk mengadap bos personally, sebab review itu akan di ucap satu satu secara lisan oleh bos di depan aku. (sebab big boss suruh jumpa semua orang personally sebenarnya, aku tau kau bos, kau pon malas nak jumpa aku.. tak pasal je ko kena buli bos!)

Aku jalan ke meeting room untuk performance review dengan bos, sambil pesan pada teman sekerja,
"Kalau I tak balik ke tempat I dalam masa setengah jam, sila telefon polis ya?"
Dan, di ikuti dengan gelak tawa kawan..

Seram sejuk tapak tangan aku, walaupon aku masih buat lawak spastik lagi dengan bos, tapi tetap biru hati aku time tu.. kejung beb.

Tapi, alhamdulillah, banyak compliment, bukan nak kata lah.. sebab aku kan ke hebat. Aku memang hebat, sebab aku Nurbayah. Tapi satu benda yang paling aku tak boleh lupa, bos cakap kat aku, kena jadik VISIBLE. Wow.. aku rasa aku cukup visible kot... takkan selama ni aku invisible kot?

Dan, malam tue boleh tidur lena la ;)...


P/S: Setiap kali aku merasa unappreciated dari company tempat aku bekerja kerana overworked due dan tidak mendapat reward dari YEPR, aku selalu Alhamdulillah merasa bersyukur diizinkan Allah lahir dan tetap sebagai Muslim. Kerana sebagai Muslim sekalipun aku tidak mendapat reward dari YEPR aku di dunia, Allah masih berjanji akan membalas setiap kebaikan sekalipun hanya sebesar zarah, “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah nescaya dia akan melihat balasannya” (Al-Zalzalah 99:7). “Hal jazaul ihsani illal ihsaan- Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula”"(Ar Rahman 55:60). Alhamdulillahkan kawan-kawan sebab kita diizinkan Allah menjadi Muslim?