JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, April 30, 2013

Kebijaksanaan Suami Menjaga Hati Isteri


Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Umar bin Khattab ra. hendak mengadu keburukan isterinya. Namun setiba di samping rumahnya, ia mendengar isteri Umar bin Khattab mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar kepada suaminya, sementara Umar tidak menjawab sepatah kata pun. Akhirnya orang itu berfikir, sebaiknya ia membatalkan saja niatnya.

Ketika orang itu hendak berbalik pulang, Umar baru saja keluar dari pintu rumahnya. Umar segera berteriak memanggil orang itu. Umar langsung berkata kepadanya, "Engkau datang kepadaku tentu hendak membawa satu berita penting!"

Orang itu lalu berkata terus terang , "Ya sahabat Umar bin Khattab, aku datang kepadamu hendak mengadu keburukkan isteriku terhadapku. Akan tetapi setelah aku mendengar kelancangan isterimu tadi terhadapmu, dan sikap diammu terhadap perbuatannya, aku jadi mengurungkan niatku untk melaporkan hal itu."

Mendengar perkataan yang jujur itu, Umar tersenyum kecil seraya berkata, "Wahai saudaraku, isteriku telah memasakkan makanan untukku. Dia juga telah mencuci pakaianku, mengurus urusan rumahku, dan mengasuh anak-anakku sehingga tiada hentinya. Maka apabila ia berbuat satu dua kesalahan, tidaklah layak kita mengenangnya, sedang kebaikan-kebaikannya kita lupakan. Ketahuilah, wahai saudaraku, antara kami dan dia hanya ada dua hari. Kalau kami tidak meninggalkannya dan terbebas dari perangainya, maka dia akan meninggalkan kami dan terbebas dari perangai kami pula."

Setelah mendengar penuturan yang amat bijak dan penuh hikmah itu, orang itu pergi meninggalkan Umar bin Khattab dengan hati gembira dan puas.

Pengajaran dari cerita di atas

Setiap lelaki di bekali dengan sikap kesabaran dan kematangan dalam menghadapi setiap situasi yang sukar. Lelaki lebih berjaya dalam membuat keputusan-keputusan untuk keluar dari masalah yang dihadapi. Lelaki yang bijak adalah lelaki yang faham akan situasi isterinya dan tahu cara mengurus isterinya. Sebab itulah lelaki merupakan ketua keluarga. Suami perlu bersikap sabar apabila dimarahi dan dileter oleh isterinya, kerana suami yang sabar akan tingkah laku isterinya yang suka bercakap atau beleter, akan dihapuskan segala dosa-dosa masa lalunya. Hal ini berlaku kepada Nabi Allah Ilyas yang berdoa supaya dianugerahkan kepadanya isteri yang kuat beleter, kerana ia mengetahui inilah cara beliau menghapuskan dosa dan cara mudah untuk masuk kedalam syurga Allah.

Setiap suami kena bijak menghadapi isterinya, kadang-kadang isteri buat perangai atau marah tak tentu pasal mesti ada sebabnya, ada pepatah mengatakan bahawa wanita ini makhluk emosi dan angin tak tentu pasal. Jadi suami kena bijak menghadapinya, tindakan yang lebih baik adalah diam apabila mendengar isteri beleter atau sedang marah-marah, kerana isteri ini akan diam dan terasa perbuatannya itu salah dan dia akan segera memohon maaf kepada suaminya, waktu itulah kita kaunselingkan dia dengan nasihat-nasihat yang lembut dan kata-kata hati ke hati. Selalunya isteri lebih terbuka ketika mana ia minta maaf kepada suaminya atas perbuatannya.

Sering-seringlah menghargai diri isteri kita yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaganya untuk suaminya, seperti memasak, membasuh pakaian, menjaga anak, mengemas rumah, mengurus rumah dan sebagainya. Cara penghargaannya ialah setiap kali gaji, bawa isteri pergi makan di mana-mana restoran yang berkongsepkan romentik, kalau cara ini tidak mampu, maka keluarkan kata-kata penghargaan kepada isteri disebabkan tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Selalunya suami payah untuk mengeluarkan kata-kata pujian dan penghargaan, kerana suami bersifat ego atau menganggap kata-kata tersebut sebagai buang masa. Hadiahkan isteri apa-apa barang yang berpatutan pada setiap saat-saat hari bahagianya seperti hari lahirnya, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

Sebenarnya dari sudut psikologi isteri akan rasa lebih dihargai dan lebih disayangi ketika mana suami tahu menghargai dirinya. Malah setiap perkara yang kita suruh mesti akan dibuat oleh isteri kita dengan hati yang penuh taat dan tidak membantah.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa wanita ini diibaratkan seperti kulit bawang yang sangat halus, kalau nak menanggalkan kulit bawang tersebut perlu berhati-hati dan lembut kerana kulitnya mudah terkoyak. Kesimpulan dari falsafah ini, wanita itu sangat lembut dan mudah terasa dan berfikiran sensetif setiap kali ia diabaikan.

Waktu yang paling bahaya ialah waktu ia dalam keadaan haid atau tidak suci, selalunya wanita ini seringkali berkeadaan tidak menentu emosinya, kadang-kadang tak pasal-pasal dimarahi oleh isteri. Jadi waktu sebegini suami kena faham dan kena bersikap berdiamkan diri, berdiamkan diri ini adalah lebih baik, atau keluar dari rumah. Waktu seperti ini kebiasaan wanita ia akan reda sendiri kemarahannya, dan dia sendiri tidak sedar akan kelakuannya.

Bagi suami janganlah terlalu garang dengan isteri dan terlalu kasar atau keras suara dengan isteri. Perbuatan ini akan menyebabkan isteri merasa dirinya tidak dihargai dan tidak berguna untuk suami dan paling bahaya apabila isteri mengatakan suaminya hanya baik ketika ingin bersama dengannya sahaja. Semua perbuatan ini akan menyebabkan kerenganggan dan keberantakan rumahtangga. Isteri takut menegur suami kerana takut dimarahi, suami pula anggap isteri tidak memberikan layanan yang sepatutnya. Kalau masakan isteri tawar atau terlebih garam, jangan terus melenting dan memarahi isteri. Gunakan cara yang hikmah untuk menegur isteri. Pernah ketika isteri Rasulullah menghidangkan kepadanya air yang tawar tanpa gula disebabkan isterinya terlupa masukkan gula dalam minuman Rasulullah. Apabila Baginda minum minuman tersebut sehingga berkedut kening Baginda, isterinya perasan disebabkan ternampak kening Rasulullah. Lantas isterinya bertanya, bagaimana rasa air tersebut, Baginda mengatakan ok sahaja, dan isterinya merasa sedikit air yang dibancuhnya dan tersenyum kerana airnya sangat tawar. Baginda tidak berkata apa-apa dan mendiamkan diri sahaja.

Setiap kali ada pertelingkahan, pergaduhan dan selisih faham, lebih baik suami yang dahulu memohon maaf atas kejadian tersebut dan menceritakan perkara yang sebenarnya tercetus pergaduhan tersebut. Kalau boleh cuba fahamkan isteri tentang situasi yang dihadapi oleh suami. Contoh situasi tersebut seperti dimarahi bos, banyak kerja yang belum siap, kesesakkan lalu lintas, bebanan hutang dan sebagainya. Kalau boleh peluk manja kepada isteri ada setiap sesi penjelasan dan memohon maaf, ini membantu untuk menurunkan kemarahan isteri dan membantu untuk memberikan kefahaman kepada isteri atas sebab-sebab berlakunya pertengkaran.

Yang penting di sini, setiap perkara yang dihadapi oleh suami, jadikanlah isteri itu sebagai teman bercerita dan meluahkan segala kepayahan yang dialami. Situasi seperti ini akan memberikan motivasi dan dorongan kepada suami untuk keluar dari masalah tersebut dengan disokong oleh isteri.

Jangan sesekali ada konsep seperti “isteri perlu diajar dengan secukupnya, pukul isteri, pulau isteri” ini semua akan mendatangkan masalah lagi dalam rumahtangga, ingatlah kepada anak-anak ketika timbul masalah rumahtangga, ia juga dapat menenangkan diri kita dan sekaligus menurunkan kemarahan kita. Islam sangat melarang suami memukul isteri dan menengking isteri, kecuali nasihat suami atas perkara-perkara yang wajib tidak dilakukan oleh isteri barulah boleh dimarahi dan seterusnya dipukul isteri tanpa mencederakan isteri. Sebab pukulan itu adalah untuk mengajar isteri bahawa perbuatannya itu adalah salah.

Penutup

Jadikan isteri sebagai teman yang paling rapat dan disayangi, jadilah isteri kita sebagai tempat penyejuk hati dan penunjuk jalan jika kita menghadapi kesukaran. Suami juga perlu bijak mengurus rumahtangganya, kerana suami yang bijak dapat mengurus rumahtangganya dengan baik. Suami yang bijak juga adalah suami yang mempunyai akhlak yang baik dan tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah. Keluarga yang baik adalah keluarga mawardah warahmat dan menganggap rumahnya seperti rumahku syurgaku.

Artikel dipetik dari blog Ustaz Nor Amin Sayani b Zainal

terguris

kadang-kadang hati sakit bila ditegur, tapi itu adalah kebih baik daripada bercakap dibelakang , bila ditegur menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar . Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

belajarlah menerima teguran walaupun sebenarnya tidak begitu beradap.Semuanya kerana diatas paksi kebaikan yang lebih besar pada masa hadapan.

aku bukanlah manusia yang sempurna.mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati.mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati , tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan.

aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik. Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi lebih baik. Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan ilahi.

semoga blog ini dapat menjadikan medan untuk aku bermuhasabah..walaupun hanya 30% (mungkin) aku kongsikan dari pengalaman hidup.tapi bila dah baca balik apa yang aku dah tulis sedikit sebanyak memberi kesedaran kepadaku.

Note : saya merasakan apabila wujud kesedihan , kadang-kadang ia diikuti dengan tangisan , walaupun hati berkata sabar , air mata mengalir..herm..
Walau bagaimanapun , saya yakin setiap peristiwa Ada hikmahnya dan setiap kesukaran oasti ada kemudahan. Allah nak didik kita jadi lebih tabah mungkin..

Friday, April 26, 2013

That is the past...


Salam Jumuah barakah

Alhamdulillah

(^_____^)

jom senyum lebar-lebar

kenapa? kenapa dan kenapa?

den pun tak tau la kenapa...

HATI

It is past

past is past

dan

perjalanan masih panjang

cuma kadang kala

perlu untuk pandang yang dah berlalu

sebagai pedoman untuk masa akan datang


 

biar menjadi si kecil
tapi
berjiwa besar
(^______^)
biarlah..

SHARING is CARING - KITARAN HAID DAN WAKTU SUBUR(Untuk Wanita)

Assalamualaikum..


Korang pandai kira tak? tentang kitaran haid? hari nie aku nak kongsi dengan korang tentang kitaran haid seorang wanita.Dari anak dara sampai sekarang aku belum faham tentang kitaran haid nie ha ha ha....siapa yang belum tahu boleh baca....

 




Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi wanita mempunyai kitarannya sendiri, ada yang 25 hari dan ada juga yang lambat iaitu 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat empat fasa dalam kitaran haid. Fasa pertama (Hari 1 - hari 4) Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) atau lebih senang nak faham, hari di mana haid keluar.

Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid adalah penting untuk ditanda dikalendar dan tamat selepas beberapa hari.

Bagi yang merancang untuk mengandung, digalakkan untuk menanda di kalendar pada setiap bulan. Ini memudahkan untuk korang mengetahui tarikh subur dan tarikh korang akan datang haid pada bulan hadapan. Fasa kedua (Hari 5-13) Ini dipanggil Follicular.

Pada fasa ini hormon estrogen meningkat. Ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasanovari pula, ovum atau telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. Fasa ketiga (Hari 14) Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.

Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh Sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran folofio ke rahim. 
 
 
Fasa keempat (Hari 15-28) Ia dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur terkeluar dari sarangnya, sejenis hormon di panggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah Progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok merlin(HAHAHAHA!) proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama. Maka begitulah yang akan terjadi pada setiap pusingan berulang-ulang.

Bilakah Waktu Subur? Waktu subur ialah pada waktu ovulasi berlaku. Ini kerana pada waktu itu, telur sudah keluar dari sarangnya. Bilakah waktu tepat ianya berlaku? Waktu tepat ianya berlaku adalah 14 hari daripada tarikh pertama datang haid atau ketika fasa luteal bermula.
 
 
Okay, kalau tengok kalendar kat atas ni, ini adalah contoh kitaran haid. Haid pertama bermula pada 7hb April (pink kaler).
Dan kiraan diteruskan hingga hari ke14 (green kaler) jatuh pada20hb April. Ini bermakna pada 20hb April hingga 22hb April adalah waktu subur anda.(Terdapat juga kajian yang menyatakan waktu subur adalah 5 hari). Kemudian, kiraan diteruskan hingga hari ke 28 iaitu jatuh pada 4hb Mei. Maka haid pada bulan Mei jatuh pada 5hb Mei jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari. Kerana setiap wanita itu mempunya kiraan masing-masing dari 28-35 hari. Jadi tahukah anda berapakah jumlah kitaran anda? Bawak-bawaklah semak semula dan catit pada kalendar. ;)
Cara lain untuk mengetahui waktu subur?Pada waktu subur suhu badan wanita akan naik sebanyak 1 darjah celcius daripada kebiasaannya. Juga terdapat cecair jernih daripada kemaluan disebabkan hormon yang meningkat pada waktu itu. Menganggar waktu terbaik untuk mendapat zuriat Oleh kerana telur atau Ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap satu lelaki itu adalah jutawan! waaaahhh!)ia juga boleh bertahan selama 3 hingga 5 hari! (wow!) Ini bermakna jika suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk Ovum berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. hiks (apekaaaaa) Oleh itu untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari walaupun disiang hari kecuali pada bulan ramadhan (ingat tue....bulan ramadhan tak boleh tau hihihi....)

pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya kiraan haid anda adalah 28 hari.

Alamak, Bertambah Rindu Pula Kat Suami !

Hari-hari cinta, hari-hari rindu. Itulah dunia aku kini. Bersama suami yang tiada disisi tapi sentiasa melekat dihati. Cewwah ! Ehh, tapi itulah hakikat. Suami isteri kan? Siapa yang tak loving-loving. heee ;)
 
 
 
Hidup suami isteri memang bahagia, ... Doakan kami kuat dengan ujian hidup berjauhan buat seketika. Jauh demi tuntutan rezeki yang halal buat kami. Masing-masing cari rezeki. Semoga kami terus bersemangat mencari rezeki. Sabar, redha dan ikhlas.

 
Hidup kami umpama orang bercinta. Mood pun hari-hari bercinta. Hidup jauh, sms cinta-cinta, rindu-rindu..Whatsapp,we chat dan juga bergayut berjam-jam ! Sebijik ibarat orang bercinta kan? Merajuk sayang itu dah jadi adat. Halal itu indah. Percayalah. ;-)

Thursday, April 25, 2013

LOVE


Love,

This feeling is hard too explain.

 

Miss,

Every memory,

Make the heart smile.

 

Care,

Pray everything fine.

 

Hope,

Love last and never die.

 

 

..insyaALLAH..

Live..Love..Laugh

◕‿‿

~it’s an alarm that YOU SHOULD WAKE UP~

Tajuk je dah menunjukkan 'cliche' di situ. Memang sengaja aku gunakan ayat itu "it's an alarm that you should wake up".


Ada few things yang patut anda 'wake up' bila berhadapan dengan keadaan seperti ini :-


1. Bila suami anda mula keluar setiap malam

2. Bila suami anda mula meletakkan passcode kat hp (bila selama ini xpernah diletakkan passcode)

3. Bila suami anda mula menukar nama 'SAYANG', 'HONEY' atau panggilan manja dalam call log kepada nama penuh anda.

4. Bila suami anda mula tido di sofa depan TV setiap malam

5. Bila suami anda mula mengabaikan nafkah zahir dan batin

6. Bila suami anda mula mengusung hp kehulur kehilir termasuk la ketika masuk ke toilet :)

7. Bila suami anda mula privatekan wall fb nya

8. Bila suami anda mula mencari salah anda walaupun kesalahan anda sekecil zarah

9. Bila suami anda mula mencerita keburukan anda kepada ahli keluarga dan sahabat

10. Bila suami anda mula membelakangkan anda saat membuat sesuatu keputusan (tanpa berbincang dengan anda terlebih dahulu)

11. Bila suami anda mula berahsia dengan anda

12. Bila suami anda mula tidak mengangkat panggilan anda dan tidak pula return call anda

13. Bila suami anda mula tukar gambar wall paper hp, dari gambar anda berdua tukar kepada gambar suami anda seorang diri tersengih perasan handsome

14. Bila suami anda mula delete gambar anda dari fb nya

15. Bila suami anda mula membandingkan kecantikan wanita lain dengan anda

16. Bila suami anda mula memuji-muji wanita lain dan kadang-kadang memuji-muji bekas teman wanita nya

17. Bila suami anda mula berkasar dengan anda dan naik segala kaki tangan yang ada


*suami anda :)


 
 

Wednesday, April 24, 2013

* Mengeja *

Lately aku perasan ejaan aku baik dalam BM mahupun BI banyak salah.
Sebutan pun sama.
Apakah yang telah terjadi pada aku?
Macam pagi tadi aku buat report ejaan comparison, aku eja jadi "comparerison".. characterization  jadi "charezation"...

Apakah masalah ni ?
Dari semalam menyebut perkataan sasul jadi lain.
Nak sebut lain jadi lain, takut jadi bahan lawak.
Ada orang kata aku mamai tak pun lalok sendiri sebab diorang nampak mata aku pun macam orang berjaga malam pergi curi ayam so siang berjalan sambil tidur-tidur ayam.
Sebenarnya aku adalah spesis yang tak suka ada salah ejaan atau sebutan ataupun spesis suka buat singkatan melampau-lampau sebab bukan aku cerewet tapi untuk memperbaiki diri sendiri.
Kalau kita dah terbiasa guna perkataan singkatan, dalam urusan rasmi takut terbuat benda yang sama.
Jadinya kenalah kita elakkan.Bukan ke practice make perfect.

Ni aku tengah berfikir, apa kaitan kurang tidur dengan tersasul dan salah ejaan.
Tak sesuai kot, mengeja benda simple jadi melalut benda lain. (itu yang aku rasa sekarang dalam keadaan yang separa waras sambil menaip)


 Nak cabut balik kejap lagi...Yerrr, hari ini aku kerja..
Dan sekarang juga aku rasa kebulur tahap lapar sebab makanan waktu lunch tadi habis dah aku termuntahkan sebab aku sakit kepala...sekian...

Tuesday, April 23, 2013

7 Tanda Awal Isteri Derhaka Pada Suami


SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
1-Menghina atau mengumpat suami
Jagalah maruah diri suami kita terutama tentang perkara-perkara yang berkaitan hal rumahtangga.Jangan menjejaskan rahsia suami atau menyebarkannya kepada orang luar eloklah dijaga kepercayaan yang telah diberikan suami kepada isteri dengan sebaik-baiknya.

2-Mengherdik dan menceritakan kelemahan dan kekurangan suami.
Isteri tidak boleh mengherdik suami di hadapan orang lain.Sebagai isteri hendaklah kita sentiasa menggembirakan hati suami ,jaga tingkahlaku,tutur kata kerana itu semua adalah penawar dalam sebuah rumahtangga serta perhiasan diri zahir dan batin.

3-Isteri keluar rumah tanpa izin
"Apabila perempuan keluar rumah sedangkan suaminya membencinya,dia dilaknat oleh malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."(Diriwayatkan oleh thabarani di dalam al-Awsat)

4-Isteri mendoakan kecelakaan buat suami.
isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan,kesejahteraan dan rahmat Allah SWT bagi suaminya dan bukan sebaliknya.

5-Membenci kegemaran suami
Sebagai ketua keluarga suami telah diberikan kelebihan melebihi isteri.Satu kurniaan Allah SWT yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan,kesejahteraan keluarganya oleh itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menyangkal atau menafikan kesukaan dan kegemaran suami.

6-Menjadi tekanan kepada suami
Sebagai isteri seharusnya boleh membantu dalam mentabirkan hal rumahtangga dengan itu dapat mengurangkan tekanan pada diri suami.Janganlah meminta sesuatu yang diluar kemampuan suami kerana hal yang demikian akan membuatkan tekanan dan ketegangan pada suami.

7-Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurlah dengan setiap pemberian suami kerana itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Dalam hadis Rasulullah saw bersabda dan bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita."Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:"Mengapa terjadi demikian adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?"

Baginda menjawab :

"Tidak mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Riwayat Muslim)

Perempuan Dan Emosi

Lelaki dan perempuan adalah makhluk Tuhan yang berbeza.

Perempuan sering dikaitkan dengan beremosi. Perempuan dan emosi adalah sahabat karib. Pelbagai tanggapan telah diberikan terhadap perempuan di atas sikap dan perlakuannya yang melambangkan terlalu sensitif dan emosional dalam menghadapi dan menangani isu-isu tertentu.

Perempuan mudah mengalirkan air mata. Apabila gembira, dia menangis. Apabila sedih pun dia menangis. Tengok drama pun kadang-kadang boleh menangis. Sedikit kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaannya juga boleh membuatkan dia menangis.

Itulah perempuan. Hati mudah tersentuh.

Lelaki pula amat sukar untuk difahami. Sikap mereka yang terlalu kompleks menyebabkan seseorang perempuan itu perlu menyelami dan mendalami untuk mengenali siapa mereka yang sebenar. Namun, lelaki merupakan pasangan yang dihormati dan disayangi di mata perempuan.


Contoh mudah,

Apabila perempuan SMS lelaki untuk kali pertama dan lelaki tidak balas akan SMS tersebut, maka perempuan masih boleh lagi berlagak cool.

Apabila perempuan SMS lelaki untuk kali kedua dan lelaki masih tidak balas akan SMS tersebut, perempuan akan mula naik angin.

Dan apabila masuk kali ketiga, perempuan tak mungkin akan menghantar SMS lagi, malah dia akan terus call dan memarahi lelaki tersebut.

Nampak tak betapa emosinya perempuan?

Mungkin bukan semua perempuan macam tu, ada juga yang boleh bersabar. Dari pandangan mata kasar, aku lihat ramai perempuan yang mudah melenting hanya disebabkan perkara-perkara yang kecil. Tak perlu nak lihat jauh-jauh, lihat pada sekeliling.

Lelaki adalah golongan yang bersabar. Bila perempuan melenting, tak semua lelaki akan menengking semula perempuan tersebut, mereka lebih mudah bertindak dengan cara mendiamkan diri. Sehingga satu saat di mana perempuan sudah hilang api kemarahannya, barulah mereka bersuara.

Oleh sebab itu, kuasa talak dan cerai berada di tangan lelaki. Kalau perempuan yang diberi kuasa untuk melafazkannya, aku rasa ramai dah lelaki yang diceraikan. Berapa ramai lelaki yang jadi duda dengan sekelip mata.

Dan apa yang lelaki perlu tau, perempuan kebanyakkannya bercakap terlalu mengikut emosi dan perasaan tanpa memikirkan akibat setiap apa yang diperkatakan. Maafkan mereka kerana perempuan dan emosi memang tidak dapat dipisahkan.



 

Monday, April 22, 2013

Demam Pilihan Raya


Assalamualaikum...Alhamdulillah...InsyaAllah ada lebih kurang 2 minggu sahaja lagi akan berlangsungnya pilihan raya.Hampir kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini diserang demam pilihan raya.Saya tak nak cerita pasal mana-mana parti disini..cuma saya nak pesan,buatlah pilihan yang terbaik...Pilihan ada di Tangan Anda,Bukan dimulut orang lain.Tertarik saya pada status yang saya perolehi di Facebook Dato' Dr.Fadhilah Kamsah disini:


" Ali RA berpesan: Pemimpin yang layak di hormati ialah pemimpin yang sibuk membetulkan dirinya sebelum cuba nak betulkan orang lain.Tapi janganlah sibuk nak kaji orang lain. Tengok dan kaji diri dan berterusan betulkan diri.Ingat pesan Nabi SAW: Kita semua adalah pemimpin dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap aspek kepimpinan kita.Jika kita peka akan hakikat ini,banyak masalah akan dapat dihindarkan. Mari kita berdoa agar kita semua menjadi pemimpin yang berwibawa dan dirahmati Allah SWT.Amiin."



Sumber:En.Google
 
Pilihan ditangan Anda..Bukan dimulut Orang Lain!!!!
 
PEACE!!!

2 hal yang tidak boleh dianggap kecil


Friday, April 19, 2013

KISAH - kenapa abang cintakan sayang ?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

 

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

 

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

 

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

 

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

 

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

 

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

 

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..


Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan....

 

copy from facebook :)
 
 
 
Nota Hati : Terkesan...So sad :(
saya sayang suami saya :)

setepek kena dahi

kadang-kadang tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang-alang sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba-tiba terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.
kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik basikal.
kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.
kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.
kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.
jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.
ustaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.
sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.
contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.
hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)
sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.
salam jumaat.
dan syukurnya!
kita masih ada nyawa.

- nurbayah amirruddin


terkesan :)