JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, April 9, 2013

Kisah Saya dan Cantik-Mencantik



Perempuan memang suka cantik.
Perempuan memang suka berhias.
Perempuan memang suka perhiasan.
Perempuan memang suka kelihatan cantik dan indah.

Ya. Itu perempuan.

Saya percaya dan yakin, kalau tidak banyak, pasti ada sekelumit rasa begitu pada setiap perempuan.

Ya kan?

Ya. Kalau saya ditanyakan begitu, saya akan menjawab dengan jawapan,

"Ya. Saya suka cantik. Saya suka yang cantik-cantik."

Begitu juga dalam pemakaian hijab. Pemakaian bertudung. Atau lebih sinonim pada ketika ini,

Hmm. Banyak sangat fesyen yang cantik-cantik, yang macam-macam, yang fantastik, yang bombastik dekat pasaran.

Macam-macam. Sangat macam-macam.

Kan? :)

Jujurnya, pandangan personal saya,

ada sesetengahnya cantik dan membuat saya rasa, 'Ya. Itu cantik.'
dan ada sesetengahnya membuat saya mahu berkata ini, 'Tidak. Itu serabut. Rimas.'


Terlalu banyak fesyen yang saya lihat menyimpang dari landasannya. Menyalahi apa yang sepatutnya diikuti. Dan amat parah tatkala fesyen itu menjadi ikutan. :(

Hmmm. :(

Masa yang sama juga, akan ada suara yang berkata,

"Salah ke berfesyen? Kami tutup aurat."

Saya diam. Selok belok tentang hukum hakam bolehkah berfesyen itu bukanlah kearifan saya. Saya tidak tahu.

Namun, saya ada pendirian sendiri.

Ada sesetengah kawan yang menempelak saya,

"Nurbayah kadang-kadang tu tukarlah cara bertudung, tukarlah baju yang vogue sikit. Tutup aurat tapi berfesyen. Ni tidak, sama je tiap hari. Tak menariklah."

Saya kelam dengan tempelakan itu. Membuat dosakah saya dengan fesyen yang dikatakan 'hodoh' itu?

Kawan lain berkata,

"Tak salah pun berfesyen. Yang penting tutup aurat kan. Pakailah makeup sedikit."

Saya makin kelam. Berdosakah aku tidak memakai makeup seperti mereka?

.Aku punya sebab. Aku punya alasan."

Kenapa, kenapa saya tidak menghiasi cara bertudung saya? Kenapa tidak saya tukar imej saya menjadi lebih cantik dan menarik pada masa yang sama masih menutup aurat seperti 'ustazah pilihan' yang ada?

Kenapa, kenapa tidak saya hiasi wajah saya dengan ketebalan makeup dan pada masa yang sama saya masih menjaga adab kesopanan sebagai muslimah seperti 'Solehah' yang ada?

Kenapa?

Ya. Saya ada pendirian saya. Saya ada benda yang senantiasa saya fikir tatkala hati saya bergoncang dan berdetik mahu mengubah sedikit imej saya. Allah.

Setiap kali saya mahu mengenakan tudung yang cantik sedikit, yang menarik sedikit, atau mahu mencalit sedikit bedak, hati saya terdetik sesuatu, hati saya bertanya sesuatu,

"Untuk siapa diperlihatkan kecantikan itu? Apa manfaat dari kecantikan yang dihiaskan itu? Apa tujuan sebenar 'yang cantik-cantik' itu??"

Pabila pertanyaan-pertanyaan itu menghurung hati, saya berundur dan membantutkan niat saya untuk bercantik-cantikan.

Saya meletakkan itu sebagai pendirian saya.

Hmm. Itulah saya. Itulah pendirian saya. Bukan saya menolak wanita muslimah yang bercantikan tetapi masih menutup aurat, tidak, saya tidak mengecam apa-apa.

Cumanya, saya masih tidak habis fikir,

"Kenapa perlu tudung cantik sehingga menarik perhatian? Untuk apa? Bukankah tujuan tudung itu untuk menutupi kepala, untuk menutup aurat?"

:)

Kan?

"Allahh... Pimpin diri hambaMu ini."

Itu saja yang mahu saya kongsikan. Tiada lain, cuma itu. rasa hati saya setelah melihat ragam busana muslimah. :)

Apapun, bersihkan hati kita. Betulkan dan luruskan niat kita. :)

Ingat ya muslimah kesayangan semua. :)

InsyaAllah. Bercantiklah kerana Allah.

#Oh ya, saya hanya akan mencantikkan diri saya khusus untuk suami. Yang tidak akan saya pertontonkan pada sesiapa pun kecuali suami saya.

Mencantikkan diri untuk ini BESAR tujuannya. BESAR manafaatnya. :)

Bahkan, bagi saya, itu tugas saya sebagai isteri. ;) ♥

No comments:

Post a Comment