JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, April 2, 2013

separuh nafasku :)

Suamiku..
Terima kasih kerana menjadikan aku seorang isteri..
Bukan hanya dengan lafaz..
Bukan hanya di atas kertas..
Tetapi menjadikanku isteri yang menjadi sebahagian dari hidupmu..
Sebahagian dari nafasmu..
Sebahagian dari jiwamu..

Suamiku..
Terima kasih kerana sentiasa memimpinku..
Terima kasih kerana tanpa jemu menjagaku..
Terima kasih kerana membahagiakanku..
Siang dan malammu..

Suamiku..
Di setiap hembusan nafasku aku mencintaimu..
Di setiap degup jantungku aku menyanjungimu..
Di setiap langkah kakiku aku mengagumimu..

Suamiku..
Kau terindah di antara keindahan dunia..
Kau terhebat di antara kehebatan dunia..
Kau teristimewa di antara keistimewaan dunia..

Suamiku..
Andai mentaatimu menjanjikan syurgaNya buatku..
Andai menjagamu menganugerahkan kesejahteraanNya padaku..
Andai menjaga maruahmu mengurniakan kerahmatanNya untukku..
Aku janji akan memberikan hanya yang terbaik buatmu..

Suamiku..
Andai sujud sesama manusia dibolehkan..
Aku pasti sujud di kakimu..
Kaki yang mengimamkan solatku..
Kaki yang menjadi khalifah buatku..
Kaki yang teguh mendirikan kau untuk menjadi pelindungku di setiap waktu..

Terima kasih Ya Allah..
Kerana menganugerahkan aku sebaik-baik Anugerah..

Suamiku..
Aku bangga menjadi isterimu..
Aku bangga menjadi sebahagian dari hidupmu..



Tulisan hatiku buatmu suamiku,
~Nurbayah~
2 April 2013 @ 1:15pm

No comments:

Post a Comment