JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, June 27, 2014

Entri Hari Jumaat

Tak tahulah faktor usia atau apa, tapi aku rasa diri aku dah jauh lebih tenang sekarang. Tenang bukan dari segi apa, maksudnya sudah tak cepat melatah, atau cepat berkecil hati seperti sebelum ini.

Mungkin juga disebabkan telah terbiasa being ignorant terhadap perkara perkara yang tak mendatangkan faedah dan tidak penting. Kadang kadang bila dengar orang sampaikan apa apa tentang aku yang diperkatakan orang lain yang mana aku tahu ianya sekadar gosip murahan, aku sudah boleh "Oh yeke?" Dan sambung kerja semula.

Bila orang bergurau secara kasar dan menyindir dan hati bertanya "Dia ni kenapa saja nak cari pasal ni?" Akal dan mulut aku sudah boleh "Ah lantak kaulah malas aku nak fikir" lalu tumpukan pada perkara lain. 

Aku rasa semua orang pun akan melalui fasa ini. Fasa di mana kita tidak lagi peduli pada kata kata orang. Asal kita tahu siapa diri kita dan kita masih di bawah kepercayaan orang orang yang benar benar peduli pada kita.

Semakin kita membesar, kita kena sedar yang kita takkan dapat memuaskan hati semua orang, jadi pilihlah orang orang yang kita rasa berbaloi untuk dipuaskan hatinya. Kita kena sedar, daripada 10 orang yang follow kita di laman sosial, tidak mustahil lebih dari separuh sebenarnya akan lebih gembira bila kita jatuh. Jangan melatah, tak perlu nak balas balik ke apa, tak berbaloi pun.

Aku pernah sangat sangat jatuh satu ketika dulu. Saat yang mana aku rasa macam tak mungkin boleh bangun semula. Tapi aku tetap cuba dan berusaha. Tiap kali teringat perkara yang menjatuhkan itu aku pejam mata dan istighfar banyak banyak sampai timbul ketenangan dalam hati. Setiap hari, setiap masa. Dan aku cuba pandang dari sudut lain, the silver lining. Be positive walaupun terpaksa. Dan tanpa disedari, I have already get over it even sooner than what I've expected. Setiap yang berlaku MEMANG ada hikmahnya. Aku sekarang sangat bahagia ya Allah, syukur terima kasih. Kau tolong kekalkan kebahagian ini boleh? ;)

Kita kuat sebenarnya. You never realize how strong you are, until being strong is the only choice you have. 

Selamat menjalani ibadah puasa.

Tuesday, June 24, 2014

Bersih?

Tidak semua perkara itu telus
Bukan semua perkara itu mulus

Terima hakikat, kita hidup dalam dunia yang 'kotor'

Hatinya kotor, jiwanya kotor, pemandangannya kotor malah rasanya juga selalu kotor

Tapi Tuhan sentiasa bagi kita pilihan samada mahu untuk terus menjadi kotor atau memilih untuk jadi sebaliknya?

Berserah sahajalah. Jangan berhenti berdoa.
Percayalah Tuhan maha mendengar.
Lebih dari sesiapapun.

Wednesday, June 18, 2014

Cerita Resign

Sepanjang tempoh 2 tahun ni saja,dah lebih 10 orang yang resign,fuhhh...Dengan manpower yang semakin kurang,tapi kena teruskan jugak.Memang mencabar! memang sangat terasa sebab dalam ramai-ramai dia adalah bos kami dan banyak dah ilmu yang dicurahkan.Walaupun banyak yang tak puas hati dengan dia dalam kerja,tapi still terasa kehilangan dia.Bukan setakat dalam waktu kerja,kadang-kadang kami selalu jalan-jalan,berbual mesra dan cari makan sama-sama,bermula la drama sebabak kami semua.

Memang rasa sebak sangat..Bila ade dah start nangis,hah...apa lagi,semua dah berair mata.Sampai dia yang nak resign tu speechless.tak leh nak cakap apa dah, Selepas ni,memang susah la kalau dia tak ada.Terbayang kerja-kerja bertimbun yang menanti masuk bulan puasa dan lepas raya ni.Dah tak ada orang unutk dirujuk dan guide kami lagi :(

Sekarang ni,rasa air mata sangat murah.Dah ramai yang plan nak resign,.Lagi la rasa macam tak sanggup nak teruskan dah.Salah satu faktor sebab kami semua memang banyak habiskan masa kat lab tak kira waktu..Ikatan tu jadi makin kuat bila susah senang sama-sama..Inilah kekuatan kat sini iaitu KAWAN.Kat tempat lain belum tentu dapat kawan yang macam ni.

 Masih dalam mood sedih sekarang tapi try to cheer up.. penat tak abih lagi.phewww...

Tuesday, June 10, 2014

Lelaki kalau dah mengumpat

Antara lelaki dengan perempuan, siapa yang lagi kuat mengumpat? Ehehe... 

Perempuan memang sinonim dengan hobi kuat mengumpat, tapi jangan tak tahu, lelaki... kalo dia dah start mengumpat... lagi kronik daripada perempuan. Lagi direct, lagi pedas, lagi meleret-leret. 

Lagi bahaya kalau jenis lelaki yang ko nampak macam muka ganas, depan orang pun nampak kaku dan tak pandang atau tak pedulikan orang sekeliling. Tapi dalam diam-diam mengumpat. 

"Kau tau tak Gadis A ni dulu ada scandal dengan Encik A"

"Kau nak tau, perangai Puan A ni memang teruk, ada ke patut dia buat macam tu, macam ni..."

"Kau perasan tak Puan B ni sekarang dah gemuk, memang lain terus muka dia, dah jadi buruk dah aku tengok"

Serta banyak lagi statement yang aku sendiri sebagai seorang perempuan yang aku rasa macam title kaki ngumpat tu aku pegang, tak tahan nak dengar. Sakit telinga hoiihhh.... Tapi terpaksa jugak dengar. Sebab mereka mengumpat secara open, dah takde nak bisik-bisik macam geng pompuan mengumpat. 

*tengah korek telinga yang terasa gatal.*


p/s :Aku pulak mengumpat orang yang mengumpat tu kat dalam blog. hahahahahah... Genius.