JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, December 18, 2014

Susahnya nak berpura-pura ..

Hati tak suka .. tak rela ..
Tapi apa kan daya ..
Ada masanya perlu berpura-pura
Nak pulak bila melibatkan kerja
 
Sekali .. dua kali .. boleh lagi
Lambat laun ..
"Bla la cepat .. Aku benci"
Tapi sayangnya .. sekadar dalam hati.
Tak terluah dgn kata-kata kerana ada hati yang perlu dijaga.

Past IS Past!


Assalamualaikum
 
Terlalu banyak masa dibazirkan dengan mereka yang salah. Tidak mahu lagi menoleh ke belakang, mendengar kritikan yang boleh menghumbankan diri ke dasar yang lebih dalam. Bangun dan terus bangkit meniti hari.
 
Biarkan segalanya berlalu seperti angin, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Penyesalan tiada berguna. Tetapi, ianya memberi satu pengalaman baru kerana hidup adalah tempat untuk belajar.
 
Semoga segalanya berjalan dengan baik dengan izin Allah. Sempurna itu bukan milik kita!