Assalamualaikum
Terlalu banyak masa
dibazirkan dengan mereka yang salah. Tidak mahu lagi menoleh ke belakang,
mendengar kritikan yang boleh menghumbankan diri ke dasar yang lebih dalam.
Bangun dan terus bangkit meniti hari.
Biarkan segalanya
berlalu seperti angin, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Penyesalan
tiada berguna. Tetapi, ianya memberi satu pengalaman baru kerana hidup adalah
tempat untuk belajar.
Semoga segalanya
berjalan dengan baik dengan izin Allah. Sempurna itu bukan milik kita!
No comments:
Post a Comment