JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, December 20, 2011

I really mean it.

Bila kita belajar untuk redha rather than pasrah ,u can feel the different.Honestly..Kita tak mengharap ,kita tak berkecil hati tapi sebaliknya kita lebih positif dan berlapang dada.

Dan masa tu kita akan rasa setiap perkara bukan hanya macam going back to normal tapi sebaliknya menjadi lebih baik daripada yang kebiasaanya..Cepat sungguh masa berlalu..Dah 20 December dah.

2012 sudah hampir menjelma.

Aku malas nak fikir masa depan sangat sebab aku tahu it will come to me later.Aku hanya nak hargai setiap masa dan detik yang aku ada sekarang just to be a better person..InsyaAllah..

Friday, December 16, 2011

Sometimes~

Sometimes Allah closes all the doors and locks all the windows. During those times its nice to think that maybe there’s a storm outside and Allah wants to save you.


Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..



Manusia itu bukan sempurna. Disebalik kesempurnaan yang kita nampak itu sebenarnye terlindung banyak lagi kelemahan diri.


hati , tenanglah…. Allah bersama mu :’(

Tuesday, December 13, 2011

~patience



everything happen with its own reason. hikmahnya kadang-kadang tak dapat dilihat dengan cepat. tapi bersabarlah. akan datangnya satu masa bila mana kita akan bersyukur dengan apa yang berlaku hari ini.

Allah is always available. never idle or busy. Have a silent talk with Him. Tell Him everything and we will find peace :)


p/s: its a tough day. Allah knows best. La Tahzan.

Friday, December 9, 2011

Delete ALL !!

Aku delete entry sebelum nie sebab aku rasa diam itu lebih bijaksana.

Aku delete entry sebelum nie sebab aku rasa macam takde kepentingan dirasa.

Aku delete entry sebelum nie sebab aku rasa nak let go semua.




Tak mahu simpan dalam hati dah.Allah lebih tahu apa dalam hati setiap hambaNya dan Allah lebih tahu bagaimana nak mengemudinya.Setiap apa yang berlaku bukan sia sia dan bukan untuk dikesal atau diungkit kembali.Just be positive and pray for the best.InsyaAllah segalanya akan kembali seperti biasa.


Sekali lagi maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke buku lali segala.Buang yang keruh ambil yang jernih.Cewah.

Wednesday, December 7, 2011

…lupakan masa silam

Tuhan ciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimana pun kita menghilangkannya , mengikis , menghapus , melupus ,ia tetap kekal disitu.Sungguh aku mengaku bagi wanita hatinya lembut , begitu sukar menghilangkan perasaan ini.Hanya pada tuhan tempat aku bermohon, berikanlah aku ketegasan dalam santunnya budi dan kekuatan dalam kelembutan hati.

* Perumpamaan “bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor” , memang ada benarnya , bagi aku HATI hanya satu,ruangannya sangat terhad dan mengambil masa untuk di isi dengan yang baru.Kurniakan untukku sesuatu??

Tuesday, December 6, 2011

Tingginya Nilai Kesabaranku..

Aku melalui detik-detik yang terlalu menduga..bukan menduga fizikalku, tapi mentalku..kalau fizikal, ok la sikit..saat aku menghadapinya, tiba-tiba aku teringat akan pesan diriku sendiri.."paling ke belakang atau pejamkan mataku" untuk hentikan semua tu buat sementara..lalu aku pejamkan mataku dan aku hidupkan satu sistem yang paling berharga dalam jiwa aku.."KESABARAN"..!!benar pesananku..seandainya aku terus menghadapinya tadi, entah apa yang bakal aku atau semua saksikan..sudah tentu berlakunya sesuatu yang aku dan semua tidak inginkan..mujur aku pejamkan mataku seketika untuk membuat konklusi emosiku..aku sedar, KESABARAN itu amat tinggi nilainya..berapa ramai terkorban angkara kegagalan menahan sabar..berapa ramai tewas gara-gara gagal untuk bersabar, dan berapa ramai yang bertelingkah dan bertelagah setelah gagal bersabar....apa jua yang dilalui menuntut KESABARAN..awas, keegoan dan keriakkan penghadang KESABARAN..tafsiran yang salah tentang maruah, mengaburkan makna sebenar KESABARAN, menyempitkan pendekatan dan melebarkan jurang antara kasih dan kebencian..KESABARAN itu amat mulia dan mustahil untuk kecundang jika memilikinya..itulah nilai sebuah "KESABARAN"..selamat beramal..

Thursday, December 1, 2011

Gelombang Merah KAMI ke separuh akhir~

memang niat aku sebenarnya nak terus berblogger selepas dapat tahu keputusan Liverpool yang layak ke semi final hari tu tapi disebabkan monitor PC kat tempat aku rosak maka tak dapatlah aku nak mengabadikan kegembiraan itu secepat mungkin..maka baru hari ini dapatlah aku berblogger mengenai rahsia hatiku pada Liverpool ~



Muahahahaha....best nyer tengok chelsea kalah hari tu...



Keputusan Penuh Suku Akhir Piala Carling 2011

Chelsea vs Liverpool = 0 – 2

Liverpool berjaya mara ke separuh akhir Piala Carling selepas memperolehi kemenangan 2-0 ke atas Chelsea di Stamford Bridge awal pagi yang lepas. The Reds telah menewaskan Blues di dalam Liga Perdana Inggeris bulan ini 2-1 juga di Stamford Bridge.
Andy Carroll terlepas penalti pada separuh masa pertama, akan tetapi selepas itu mereka banyak menguasai permainan dan bermain lebih baik. Maxi Rodriguez dan Martin Kelly kedua-duanya menjaringkan gol dalam tempoh 5 minit separuh masa kedua iaitu pada minit ke 59 dan 63.
Kemenangan ini melebarkan rekod tanpa kalah Liverpool kepada 11 perlawanan. Villas-Boas Andre pengurus Chelsea ternyata kecewa dengan kekalahan ini. Dan tempatnya sebagai pengurus Chelsea dikatakan semakin dipersoalkan oleh peminat kelab tersebut.


Keputusan ini sudah pastilah sesuatu yang menggembirakan kita semua. Dan yer.., Stamford Bridge Is Falling Down…. AGAIN? hehehehhe

P/s:“walaupun kini kita sudah memiliki adam, suarez, Downing ,Henderson dan Carroll. Steven Gerrard masih lagi dihati kami semua. BECAUSE Stevie is the heart of Liverpool

Friday, November 11, 2011

Two in One

Assalamualaikum::

Hari dah Jumaat.sekejap je dah nak hujung minggu.Almaklumlah hidup sebagai "Aku"& bekerja di kota nie, kalau tak kuat mental & fizikal, boleh 'syahid'..Banyak sweet sour & bitter aku telan.(kalau korang dalam kalangan yang rajin membaca post2 aku ni, mesti korang tau aku ni "spesis" macam mana. Kalau bukan,meh sini aku bagi tau.. aku seorang yang pemendam yer.. bukan pendendam:)

Hari ke hari pelbagai situasi yang terpaksa rela aku hadapi.Kadang-kadang ada juga yang terluah.Tapi tak semua.

Aku tak tau sejauh mana kesedaran kita akan kehidupan yang sementara ni. Just a transit. (betulkan english aku..), abaikan.Aku selalu sedar akan kehidupan yang TEMPORARY nie.Tapi aku, selalu jer ke laut,kadang-kadang tu cam lalang.!!(faham2 jer la).Tapi aku tak stop berdoa & berusaha supaya aku & kita semua akan bertambah baik dari sehari ke hari. Kita increasekan tahap "kebaikan" kita dari dalam & istiqomah. InsyaALLAH segala usaha dipermudahkan.

*******************************

Hidup nie bukan semata-mata AKU-AKU, KAU-KAU (indivualisme- ntah betul ke tak istilah aku nie).Kalau kita cermati lebih dalam, maka ada makna yang tersembunyi yang jauh lebih luas. Dimana, sesungguhnya HIDUP ini bukannya kehendak kita. Tapi kehendak Allah S.W. T, Yang Maha Memiliki Kehidupan. Hidup bukanlah untuk diri sendiri, tetapi memberi manfaat kepada orang lain serta hidupan alam semestar.

Kalau kita melakukan sebuah perjalanan ke dalam diri kita sendiri "inner journey" , maka kita akan menemukan bahawa hidup kita ni sangat mengagumkan,& kita bakal menghargai kehidupan ini.

Hidup ini hanya "pemberian" dari Yang Maha Memberi.Dia jugalah yang berkuasa mengambilnya kembali.Justeru,dalam apa yang kita lakukan dalam seharian biarlah kita niatkan hanya keranaNYA.

sedarlah!! sedarlah!! tak kira tua, tak kira muda, hiduplah dengan ADDIN, insyaALLAH. Selamat Dunia & Akhirat. Jika hidup berlandaskan Hati, kita hanya bakal mencemarkan, menyakiti banyak hati lain & hati sendiri. Ikutkan HATI,"MATI".

Apa pun yang kita hadapi, S.A.B.A.R (falsafah lak aku nie.....=)

Thursday, November 10, 2011

takdir Allah itu indah~@

~Dulu aku pernah lihat diri ini sebagai yang putus asa..takde makna lagi..iye,,memang bibir nie selalu mengukir senyuman untuk kalian tapi semuanya palsu.aku hipokrit dengan diri aku sendiri.aku cuba untuk berdiri walaupun aku telah jatuh berkali-kali. setiap kali aku jatuh,aku lihat sekeliling aku.
aku tetap bersyukur dengan nasib aku.aku tahu, selemah-lemah diri aku,aku masih ada orang sekeliling aku. gelak tawa mereka sentiasa menceriakan aku.


Ada seorang insan, aku letakkan rasa rendah diri aku terhadap dia. walaupun dia melalui rasa derita yang lebih dari aku, dia tetap boleh menceriakan hari aku. aku hormatkan dia. setiap nilai tutur kata & gelak tawa,semata-mata untuk aku melupakan rasa sakit apabila aku terjatuh.

Aku percaya 'takdir Allah itu indah'.walaupun masih awal, aku tetap berdoa, aku tidak akan hilang insan seikhlas dia..

p/s: Dugaan Allah itu hebat,begitu juga dengan nikmatNya kan?
-Soffiya-

Wednesday, November 2, 2011

~DugaanMu..

Hari demi hari hati nie makin kuat membenarkan kata hati,
Selalunya hati tak pernah membohongi diri,
Yang lahir dari hati itulah sememangnya realiti,
Aku pasrah menerima segalanya dengan hati yang terbuka,

Andai itu memang takdirku,
Ku mesti tetap teruskan perjalanan yang masih jauh,
Entah di mana penghujungnya kembara hidup ini pun aku tak pasti,
Yang pasti.. dugaan & cabaran tetap ada di setiap langkahku,
Janganlah terlalu lemah dek cabaran,
Kelak dikau juga yang akan merana,
Tapi bekalkanlah kecekalan di hatimu tatkala dirimu ditimpa musibah,
Kerana Dia masih menyayangimu,

Aku sedar, aku hanyalah insan yang lemah di bumi Tuhan,
Insan yang mudah alpa & leka dengan kenikmatan duniaMu,
Akulah insan yang kerdil lagi hina di sisiMu,
Ku mohon keampunan & rahmatMu Ya Allah,
Agar aku bisa meneruskan kembali perjalanan yang terhenti seketika,

Aku bersyukur kerana Kau masih menyayangiku,
Masih menerima aku sebagai hambaMu,
Permudahkanlah setiap perjalananku mencari kedamaianMu,
Agar aku bisa dekatkan diriku padaMu,
Kau tenangkan jiwaku & lapangkanlah dadaku,
Tenangkanlah hatiku menghadapi ujian dariMu,
AMIN YA RABBALALAMIN

Monday, October 31, 2011

kalau itu kehendakMu



Assalamualaikum..

Subhanallah alhamdulillah lailahaillah Allahuakhbar

Minggu ni..macam-macam je yang berlaku...
Konklusinya..semua melibatkan perasaan..
Perasaan yang bagai disentap-sentap

Mood minggu nie bole kata ...:(

Kalau itu kehendakNya
Apa aku boleh kata
Apa aku boleh buat
Hanya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada

Sakit memang sakit
Payah memang payah
Kalau boleh nak jerit biar satu dunia tau betapa sakit & payahnya aku



P/S:Saya Bukan Pemula, Saya Juga Bukan Penghujungnya, Saya Hanyalah Penyambungnya, Maka.. Saya Tidak Akan Hentikan Perjalanan Ini, Saya Akan Terus Berjalan...

Friday, October 28, 2011

pandangan

"Aku Mencintaimu Kerana Agama Yang Ada Padamu, Jika Kau Hilangkan Agama Dalam Dirimu, Hilanglah Cintaku Padamu" - Imam Nawawi..

Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Pandangan hati itu yang hakiki, Kalau hati itu bersih…

Hati kalau 'terlalu' bersih, pandangannya kan menembusi hijab.. Hati jika 'sudah' bersih, firasatnya tepat kehendak Allah.. Tapi hati 'apabila' dikotori, bisikannya BUKAN lagi kebenaran


HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH, JASAD LAHIR TUMPUAN MANUSIA...

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA...

Kebenaran Takkan Selamanya Tersembunyi!!!



Moga Allah merahmatimu !

Friday, October 21, 2011

Cerita Hati

:: ASSALAMUALAIKUM::

Sebelum jejari aku menari atas papan kekunci PC ni,
sama2 lah kira beristighfar, memohon ampun atas kesalahan, kelalaian kita mengingatiNYA..




Alhamdullillah, masih tidak kelu lidah kita dengan kalimahNYA. Moga Allah mengampuni dosa-dosa seharian kita. Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN.

Selain blog nie aku jadikan tempat untuk aku meluahkan rasa geram(grrrrrrrrrr..) happy dan sewaktu dengannya, aku jadikan blog ini juga sebagai satu alternatif untuk aku muhasabah diri. Aku bukanlah dari kalangan mereka yang baik,suci, tinggi ilmu agamanya. Aku sedar kekurangan diri. Dan atas kesedaran itu, aku ingin sencari sesuatu yang ingin aku miliki dalam kehidupan dunia nie, agar kelak (akhirat) bila segala amalan aku diperhitungkan aku tak takut & gentar.

Aku ingin menjadi umat Rasulullah S.A.W yang bersama2 Baginda minum air sungai Qausar, aku tak nak pendengaran aku tidak mendengar laungan Rasulullah S.A.W memanggil umatnya.. " Umati...Umati.. Umati.." di akhirat sana.


Aku tak tau kat mana patut aku mula? hmmmm.. sungguh aku lemah.

Mungkin aku perlu someone yang boleh guide aku. Tapi aku tak boleh nak hakis perangai suka pendam aku ni. Aku berserah padaNYA agar dikurniakan someone untuk aku agar melalui dia yang ALLAH S.W.T kurniakan bakal membawa aku kenal & mendekati Sang Pencipta. Aku takut kalau sikap aku seharian IBARAT aku bermain dengan hukum NYA.

Aku takut, setiap perbuatan aku diperlihat & dilihat seolah2 aku ni pura-pura "alim".. jauh di sudut hati aku, aku ingin berubah secara total! Aku selit perbualan, percakapan harian aku dengan perkara2 yang mengingati mati, akhirat, dosa & pahala agar aku terus istiqomah dalam pencarian NUR ISLAM yang sebenar. Tapi aku takut percakapan aku adakalanya menyentuh hati orang disekeliling aku. Dengan rasa rendah diri, aku mohon maaf andai kalian terasa. Sungguh aku tak bermaksud. Dah lama aku mencari NUR ISLAM. tapi belum "sampai sepenuhnya" . Bila cahaya tu nak makin terang, aku pulak yang bikin hal... Maafkan hamba MU ini Ya Rabbi.

Cukup sekadar itu dahulu.
Nak bersiap untuk menunaikan Solat Asar.. insyaALLAH.

~wasalam~

Tuesday, October 18, 2011

Meruntun Jiwa


So far so good ,tak ada benda baru aku nak citer…just on my way to siapkan management project aku sikit demi sikit..harap2 nya lengkap dalam masa terdekat nie.. ;)

Okey, aku nak share lagu, ..sungguh jatuh hati dengan lagu nie..Kisah Hati..tak tahu kenapa until that day he said , lagu nie best sebab cara dia sampaikan tu bagus, I just wonder, liriknye…(takde kena mengena pun dengan aku)..hehe, memang cara Alyah sampaikan memang superb…layan ;)


Kisah Hati by Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


( Tak tahu nak cakap apa. Tapi bila dah lantunan suara Alyah ni nyanyi lagu balada, ber'feeling'2 gini, memang aku hanyut dengan 'feeling'2 gak lah. Tu yang aku benci tu! Tak habis2 nak 'feeling'! =p )

Thursday, October 13, 2011

kenapa dengan aku?

Lately, hati aku tak keruan dengan hal-hal remeh kelilingku sekarang. Kadang-kadang aku terlalu sensitif dengan nada-nada suara yang tinggi terhadap aku. Malas hendak melawan, aku hanya senyap dan biarkan semua berlaku. I am really hate, those people who yelling at me. Ops.. ter 'speaking' lak. Serius, aku benci dengan orang tinggi suara dengan aku walau hanya hal kecil dan diperbesarkan macam-macam hal.



Hati aku tak keruan, kerana masih teringat benda yang patut aku lupakan. Aku masih dalam proses untuk lupakan dan memaafkan dan juga jadikan semua sebagai pengajaran hebat dalam hidup aku. Orang kata aku kini sibuk bercinta. Biarlah apa orang nak kata, Cuma aku menghargai detik-detik ini. Aku hargai detik yang aku pernah hilang 7 tahun lalu.



Hidup aku, cukup, aku tak amik tahu hal orang, orang yang suka amik tahu hal aku, aku anggap, mereka ambil berat pasal aku. Terima kasih. Aku memang jarang amik tahu hal orang sebab aku lebih suka jadi pemerhati. Kalau aku duduk sorang diri di satu tempat yang ramai orang, aku akan pandang sekekliling, bermonolog sendiri dalam hati. Susah nak biarkan otak aku nie berhenti berfikir.



Kadang-kadang aku cuba untuk tidak berfikir, sampai tahap, ada saja yang bermain di fikiranku, Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan aku fikiran sebegini rupa. Cuma aku penat, memikirkan hal remeh di sekelilingku. Hal-hal yang membuatkan aku sakit hati. Kenangan memang memeritkan. Memang memedihkan. Aku cuba. Cuba tuk melupakan segala-galanya. Aku cuma perlukan masa.

Inilah aku, yang akan memikirkan hal remeh sampai satu tahap, aku hanya mampu mengalirkan air mata. Kenapa dengan aku nie??

Tuesday, October 11, 2011

IKHLASKAN HATI INI



orang kata kalau tak ikhlas, segala benda tak berkat.
orang kata kalau tak ikhlas, segala apa yang kita buat akan jadi lambat
orang kata kalau tak ikhlas, segala perkara tak akan dapat manfaat
macam mana nak ikhlas kalau semuanya terpaksa di buat?

Berhentilah masa. beri aku ruang untuk timbangkan semua. mana yang perlu ada. mana yang perlu di buang semua. tak mampu aku kerja dalam paksa dan terpaksa. tak mampu aku tipu hati dan jiwa yang terseksa.

Berikanlah keikhlasan dalam hati ini. supaya aku mampu semangat kembali.Mana nak cari ikhlas diri yang hilang di bawa angin pergi.


p/s : ikhlaskah aku selama ini?

Thursday, October 6, 2011

dekat di hati...

Tahun ini ada yang membahagiakan.
Dengan izin Tuhan aku temui dia.
Seorang yang dah lama aku kenali tapi..baru kini berkawan rapat..
Aku selesa bila berinteraksi dengan dia.
Bahasa yang telus dan jenaka yang bersahaja.
Samaada dia akan menjadi seorang teman sejati
Atau kawan masa senang saja, aku tak kisah.
Asal dia tidak menjadi orang yg memusuhi aku.
Teman, kawan, taulan atau sahabat,
apa apa saja, aku terima.
Yang penting hari ini aku gembira dengan kehadiran dia.
Dan aku harap dia juga menerima kehadiran ku seadanya.
Kata orang berkawan biar seribu..
Aku harap dia termasuk dalam bilangan itu.

Friday, September 30, 2011

nice sharing..takdir penentu segala~



Kadang-kadang kita meminta pada ALLAH seTANGKAI bunga
Yang indah, TAPI
ALLAH memberikan kita kaktus berduri
Kita meminta KUPU-KUPU, TAPI diberikan ulat…

Kita pun sedih, kecewa, bahkan MARAH!!
NAMUN kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat
Itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.

ALLAH indah pada waktunya!!
ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan , TAPI
ALLAH memberi apa yang kita perlukan.

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka, berburuk sangka
Tapi jauh di atas segalanya,
ALLAH sedang merangkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita,
agar kita belajar untuk selalu IKHLAS & REDHA




Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.And He Knows best.Wallahua'lam.Bersabar, dan teruslah berdoa.Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Monday, September 19, 2011

Johnny English Reborn yang kelakau abis.!! :)



lamanya aku tak menonton wayang, rasanya hampir 2 bulan kot... banyak jugaklah cerita yang dah ketinggalan... tapi semalam aku berkesempatan untuk menonton! ape lagi aku pun pilih untuk nengok filem yang pastinya menjadi tontonan ramai iaitu Johnny English Reborn... pelakonnya sudah tentu Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean!

Mr Bean memang lawak! Movie ni adalah sambungan dari Johnny English yang pertama pada tahun 2003.
filem nie mengisahkan Johnny English seorang Secret Agent yang ditugaskan untuk menyiasat dan menghalang rancangan membunuh Perdana Menteri China...

synopsis:

Setelah gagal dalam misinya di Mozambique, Johnny English telah dibuang dari intelligence service, MI7. Jadi untuk menyembuhkan kekecewaan dan melupakan peristiwa tersebut, English tinggal bersama-sama dan menjalani latihan seperti seorang sami di pergunungan Tibet. Dia dilatih untuk menjadi lebih kuat termasuklah menarik batu besar menggunakan tuttt, dipukul di tuttt tanpa rasa apa-apa dll. Funny juga masa part ni.



Walaubagaimanapun oleh kerana English sebelum ni memang seorang agent perisik terbaik di MI7, dia dipanggil kembali ke London untuk satu misi. Misinya adalah untuk menyelamatkan President China daripada dibunuh oleh satu kumpulan pembunuh upahan. Konspirasi yang berlaku adalah terdiri daripada orang di KGB, CIA dan MI7 sendiri ~ ada musuh dalam selimut nampaknya..



Agent Tucker, seorang agent baru ditugaskan bersama English dalam misi tersebut. Walaupun dia masih freshies tapi bijak juga. Tapi masalahnya setiap cadangan dia mesti English reject mentah-mentah, tak nak percaya sebab rasa diri dia lebih senior dan lebih tahu. Padahal English ni bawak masalah lagi adalah. Kekasih English dalam filem kali ni adalah seorang pakar psikologi di MI7 lakonan Rosamund Pike. Dia yang membantu English untuk mengingati kembali kisah di Mozambique yang turut menjadi salah satu klue penting dalam menyelesaikan misi terbarunya.



bagaimana Johnny menghadapinya, kena saksikan sendiri di pawagam!

sebelum masuk panggung aku dah agak pasti filem ni sangat kelakar... mesti gelak dari mula sampai habis punya! memang jangkaan aku tak meleset... bila citer nie mula aku dah ketawa sampai nak pecah perut dibuatnya! semua babak yang dipertontonkan kelakar habis! memang gamatlah panggung wayang dibuatnya... walaupun pada filem kali ini Rowan berlaku agak serius tetapi wataknya itu tetap kelakar!

secara keseluruhan filem ini memang kelakar habis... rugi kalau kawan2 tak menontonnya... aku bagi 10 bintang kerana berjaya buat aku ketawa tak henti2!




p/s:sangat la like cerita ni..babak paling best time meeting dengan presiden dimana kerusi Johnny English sekejap naik, sekejap turun…cam haram lawak die..haha…keluar air mata tengok….

Wednesday, September 7, 2011

Kekangan waktu…

Payahnye lah aku nak update blog ni. Ni lah kekangan masa sebenarnya. Bukan tak nak update blog, tapi masa tu dah digunakan untuk benda lain, terutamanya kerja. But it is not necessary pun kan kena update blog ni? sebab aku tak rasa ramai yang baca pun.Haha.

But aku peduli apa. Sebab aku update untuk senamkan jari jemari yang dah naik kematu asyik taip email je. Heh. macam lah banyak sangat balas email kan. Padahal lebih banyak email masuk dari membalas. Normal lah tu. Ni namanya, pekerja malas nak ambil port…uhu..;p

Thursday, August 25, 2011

JOM BALIK RAYA THE SERIES..Berhati-hati Di Jalan Raya




Jom Balik Raya the series tak kuar tv aaa.... kluar kat sini ja yeee...

Sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan yang dah melawat blog aku jika segala artikel atau penulisan dari blog ini telah menyinggungkan semua haraplah dimaafkan,,, dihari raya yang akan tiba aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 54 pada tahun 2011.

Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi nak kena bangun sahur. Cepat nye masa berlalu. Insya Allah, jika tiada masalah, aku akan bertolak balik ke Singapura seawal pagi Ahad. Perancangan asal untuk bertolak Jumaat malam terpaksa di tunda kerana tak mahu mengambil risiko mengantuk di malam hari.

Jalan raya dijangka mulai mengalami kesesakan bermula seawal petang esok yang mana Jumaat merupakan hari yang terakhir bekerja. Isnin depan boleh di katakan sudah ramai yang mengambil cuti tahunan atau juga di beri cuti tanpa rekod oleh majikan masing2.

Seperti biasa perjalanan menuju ke Singapura juga akan mengalami kesesakan yang ketara. Kepada saudara-mara, sahabat handai yang mulai bertolak balik seawal malam nie dan juga hari esok atau seterusnya, sama2 kita berhati2 di jalan raya. Semoga perjalanan kita selamat pergi & balik. Jadikan kepulangan kita bukan suatu tangisan kepada orang yang tersayang.


byeee..jumpa lagi...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
SALAM HARI KEMERDEKAAN

Friday, August 19, 2011

Rehat minda, rawat hati.

Nama pun melukut...
Kehadiran yang tidak di nanti nantikan,
Ketiadaan yang tidak ditangisi..
Namun walau hanya debu yang memahami,
Tetap bersyukur kerana masih ada ruang untuk melepas lelah di sini.
Apa khabar yang di tinggalkan?
Walau tidak ada rindu untuk aku,
Aku tetap terkenangkan semua yg sering menyapa aku disini.
Maaflah kerana datang dan pergi sesuka hati..
Setelah dua minggu menghilang,
Hari ini aku kembali.
Selamat bertemu kembali...

Friday, August 5, 2011

ulasan : dah takde rezeki



Salam Jumaat semua..=) Baru hari nie aku dapat mengulas tentang perlawanan bola sepak antara Malaysia & Singapura hari tu.. Walaupun Malaysia kalah,kita tetap menang di hati penyokong-penyokong setia Harimau Malaya..

Memang ramai yang tak puas hati dengan kegagalan anak buah K.Rajagopal especially part defender.Tapi syabas diucapkan goal keeper Malaysia Khairul Fahmi Che Mat (Apek).You are still my hero!hehe..Juga tahniah wat Safee Sali.

Tapi actually yang membuatkan penyokong-penyokong Malaysia marah,disebabkan tahap kepondanan player Singapura!huhu..Minta maaflah kalau kasar bunyinya.

Even Malaysia kalah pun,aku tetap rasa bangga cause team Malaysia 100% anak tempatan.Dan bermain dengan penuh kejantanan.huhu…Singapore?yang jaringkan gol pun orang ‘ehem PORT’ .Sikit-sikit nak jatuh.Yang paling lawak,goal keeper dia tetiba sakit kepala!!!Aiyoo..Please la ok…konon nak habiskan masa tak bagi Malaysia score.Takut ler tu..

Nyesal pulak aku minat kat Aaron Aziz yang handsome tuh! Takpelah,nak wat camne.Dah takde rezeki Malaysia nak masuk Piala Dunia.Jauh lagi perjalanan.InsyaAllah akan tiba masanya nanti jika team Harimau Malaya terus diasah dengan betul.Kekalkan prestasi pasti berhasil!=) Tak perlu nak ambil pemain-pemain import.Membazir duit rakyat je.Pape pun, teruskan sokongan untuk team Harimau Malaya!!! Auuuuummm..!=)

Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya

Alhamdulillah.. Masih Lagi berpeluang menyambut Ramadhan kali ni. Syukur..

Harapan Ramadhan kali ni; Moga dapat beribadat dengan sempurna, mengabdikan diri kepadaNya.. Semoga Allah meringankan diri ini untuk menunaikan segala ibadat. Hanya pada Allah tempat ku bergantung harap.Semoga berjaya mendapatkan keampunan, kerahmatan dan dijauhkan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh Allah untuk hambaNya yang bertaqwa.

Alhamdulillah, terima kasih di atas ketenangan ini, terima kasih di atas kekuatan ini. Terima kasih ya Allah..



SALAM RAMADHAN SEMUA..





Sorry, tak dapat nak wish personally setiap orang, sorry ada tak reply SMS. Sorry. Keadaan tak mengizinkan. Pape pun, aku still ingat korang semua friends !
Sorry for everything. Jangan ego untuk minta maaf ..

Friday, July 22, 2011

Gol Kontroversi Drogba !!



Thumbs Up kepada Pasukan Pilihan Malaysia... Nampak gaya pasukan pilihan ni memang lebih mantap dan kuat dari skuad Kebangsaan.. Betol ke??? Hehehe... Jangan marah yer peminat fanatik skuad Kebangsaan...

Tapi memang aku tak puas hati betol la... Aku rase bukan setakat aku sorang je tapi ramai lagi peminat di luar sana yang hampa dengan kontroversi yang melanda dalam perlawanan persahabatan ni...
memang terkilan dengan gol kontroversi Drogba malam tadi.





Sememangnya bola tu masih tak melepasi line gol kan... Tapi mungkin penjaga garisan tak nampak dengan jelas sebab terlindung dengan tiang gol ATAUPON mungkin sebab nak menjaga air muka Chelsea.. Malulah kalo Chelsea diikat oleh pemain Malaysia yang tak famous macam diorang ni kan..

”Nampaknya Drogba tak mampu mengatasi pemain Malaysia X”..Aku dengar macam nak gelak pun ada.Dah macam pemain Malaysia ni hebat gila..

Tapi kalau pemain macam Safee Sali ngan Safiq Rahim main aku rasa Malaysia boleh score kot.Tapi banyak pemain utama Malaysia simpan sebab nak lawan Singapura esok..

Maka dengan ini tamatlah sudah kempen Asia tour di malaysia setelah bertemu dengan Arsenal dan Liverpool.


Aper pun aku mengucapkan tahniah buat pasukan pilihan Malaysia. Walaupun tewas dengan jaringan yang penuh kontroversi, namun sebagai pasukan gergasi EPL sepatutnya Chelsea boleh menang dengan jaringan yang lebih besar seperti pasukan Arsenal & Liverpool yang berlangsung sebelum ini.Aku berbangga dengan semangat berjuang anak Malaysia. Ayuh teruskan perjuangan kerana perlawanan yang berikut lebih penting iaitu kelayakan di Piala Dunia..

P/s: tahniah kepada kedua2 belah pihak.. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang tak baik itu juga datang dariiNya tapi disandarkan kepada kite...(teringat percintaanku dengan Torres dlm Liverpool suatu masa dahulu…tapi kini hanya melihat dari jauh .arghhh..tidakkk!!!! jgn jealous ;p)

Wednesday, July 20, 2011

aku peminat Liverpool tapi hati tetap MALAYSIA ;)

Demam Liverpool bagi peminat Malaysia berakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil Petang Sabtu lalu dengan menyaksikan kemenangan yang sudah dijangka apabila menentang skuad Malaysia. akan tetapi 3 gol berbalas 6 dari Malaysia sudah cukup melegakan seluruh Rakyat Malaysia. ia adalah kekalahan bermaruah.!

Apapun game kemarin boleh dikatakan sempurna.. 80 ribu penonton yang hadir aku boleh dengar dan lihat semangat cintakan pasukan negara.. dikala bola dikaki pemain Malaysia mereka sorak jugak (walaupun baju kaler merah) .. memang best rasanya.. apa pun sekalung tahniah jugak buat Harimau Malaya.. walaupun bermain dengan Pemain kelas dunia.. diorang dapat buktikan jugak Malaysia mempu sumbat gol untuk perlawanan berkenaan..

Perlawanan nak kata hebat tak der lah cam tengok EPL kat tv aksi Liverpool tu.. ala-ala training mingguan jerk.. tetapi masuk babak ke dua.. memang nampak kecuakan Liverpool itu ada setelah penyerang Pelita FC Shafie Salleh masuk ke padang.. huih... 2 goal dia sumbat tu memang rasa hebat habis lah.. cam tengok world cup pun ader.. sampai mat salleh melompat2 dok sokong Harimau Malaya..

Dari pemerhatian aku, walaupun physically peminat lebih berminat nak menyarungkan jersey Liverpool tapi sebenarnya sokongan padu penonton lebih memihak kepada pasukan Harimau Malaya. Bila team kita dapat bola, nak buat try or even score pun aku rasa penyokong yang rata-rata 95% berjersey Liverpool semua tepuk tangan, menjerit gila-gila support Harimau Malaya. Tak dengar 'boo' pun macam time match Arsenal..

Minggu ini tumpuan sudah tentu untuk Malaysia vs Chelsea dan juga Malaysia vs Singapore dua misi berbeza.. Chelsea akan datang dengan skuad terbaik mereka.. manakala Singapura menanti kedatangan Harimau Malaya dengan Barisan Permain terbaik mereka untuk ke pusingan seterusnya untuk beraksi di Piala Dunia Brazil 2014.

Malaysia is our country..
Liverpool is our club..
This is our family..


P/s: aku minat liverpool dan aku cintakan MALAYSIA.. liverpool dihatiku tapi MALAYSIA darah dan jiwaku (U will never walk aloneeeee)...

Thursday, July 7, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa –Tanjong Pagar Railway Station



Stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar kini tinggal kenangan. Itulah yang dapat diungkapkan. Setelah sekian lama beroperasi dan memberikan perkhidmatannya, ia kini diserahkan kepada pemerintah Singapura untuk dimajukan bersama dengan kerajaan Malaysia.

Secara peribadi memang ada rasa kecewa dengan penutupan dan pemindahan stesen tersebut kerana aku sering berkunjung ke stesen Tanjong Pagar untuk menjamu selera dan juga waktu dahulu pernah menaiki keretapi untuk balik ke Tampin pada musim cuti. diabadikan sebagai kenangan buat kaum keluarga dan sanak saudara aku di Malysia mahupun di Singapura.

Gambar-gambar ini memberikan pengertian yang cukup besar dan begitu bermakna buat diriku. Akhir kata, selamat tinggal Stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar.. So Sad.. :(










P/S: bagi yang memahami sejarah perjanjian antara 2 negara sehingga berlakunya peristiwa ini , ia sesungguhnya sangat-sangat menyedihkan. Terasa maruah diri turut jatuh. Dan semakin pupuslah apa yang didasarkan atas nama “Tanah Melayu”..(maaf jika menyinggung perasaan mana-pihak..luahan ikhlas dari hatiku)

Mood nak BERCUTi....huhuuuuuu !!

Hye korang!!

Hari nie aku ter-sangat sangatlah gumbira…kerna sekian lama aku menghitung hari, akhirnyerr sudah tiba masanya aku bercuti ke Kelantan..

Esok lepas Isyak gerak dari MELAKA------►KELANTAN..


..Ho YEAY..sangat sukeeeeee….

aku hepi mau cuti...horeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!

TAHNIAH IMAM MUDA HASSAN !!




Alhamduillah, Imam Muda Hassan telah dinobatkan sebagai Imam Muda Musim Kedua. Harapan aku semoga Imam Muda Hassan menjadi mentor kepada golongan muda yang semakin hanyut oleh buaian barat. Dan Imam Muda Hassan akan menjadi pendakwah yang berjaya. Insya Allah.

Begitu juga Imam Muda Nazrul, kerana mereka berdua bukan sahaja berjaya memenangi hadiah malah memiliki ilmu yang sangat bermanfaat.Ilmu yang mereka dalami sepanjang berada di dalam rancangan Imam Muda lebih bernilai aku kira.



Allahu akbar!! Semoga program ini akan diteruskan demi menyelamatkan ummat islam yang telah lalai oleh hiburan melampau. Insya Allah..



p/s:moga ikon macam ni la yang diketengahkan media.. baru la ada manafaatnya kan.. Tahniah imam muda yang berjaya.. :)

Friday, July 1, 2011

Peserta Akhir Imam Muda 2



2 peserta yang berjaya keperingkat akhir ialah Imam muda Hassan dan Imam Muda Nazrul. Siaran akhirnya akan dapat kita tonton pada hari malam ini.Mari kita berkenalan dengan 2 peserta ini



Imam muda Hassan
*Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik.
*Nama penuh ialah Hassan Adli Yahaya
*Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.
*Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
*Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang.
*Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat.
*Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang.
*Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.
*Baca kata-kata iklas dari sahabat baik beliau



Imam muda Nazrul

*Dilahirkan pada 20hb Jun 1985 dan merupakan anak kelahiran Segamat, Johor.
*Nama penuh ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee.
*Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah..
*Kini, merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak.
*Seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C).
*Sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya dan juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis.



Di antara insentif dan hadiah menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, wang tunai RM 30,000, sebuah kereta, pakej menunaikan Haji dan Umrah, beserta hadiah sampingan yang lain. Kesemua hadiah yang bakal diterima oleh Juara Imam Muda bernilai lebih RM 350,000.
SELAMAT BERJAYA!!

Thursday, June 23, 2011

haDoii!!


Assalamualaikum..

Moga semuanya dalam keadaan yang baik..=)

Kebelakangan ni post2 aku akan berbaur emosi yang tak keruan semata-mata. kepada mereka yang kurang menggemari atau dalam erti kata lain yang tak sudi nak membaca kalo baca pun hanya akan menambah kekusutan korang yg makin kusut, anda boleh tinggalkan page ini dengan segera. terima kasih atas termenyinggah itu....=))

Sepanjang bulan ni, koleksi management projectku makin bertambah cam cendawan tumbuh lepas kena siram air hujan... aku hanya terima n susun dengan rapi dalam kotak kepala otak aku nie...

kepada kalian2 yang aku telah bebankan+susahkan korang aku mohon maaf. x sengaja. TQ jugak atas kebesaran & kemulian hati kalian memahami situasi ni.. =))

Tuesday, June 21, 2011

.:Terima Kasih,Tuhan:.

Ya Allah..aku tak penah sangka ape yg telah ENGKAU berikan padaku..
Alhamdulillah..jika ini permulaannya..

Aku bersyukur..Setelah ape aku lalui & bertemankan airmata..,tak pernah berputus asa berdoa & meminta dariMU..,ENGKAU telah hadiahkan sesuatu yg tak pernah aku sangka..

Janganlah ENGKAU ambil ape yg telah ENGKAU berikan padaku ini..
Teruskanlah beri aku kekuatan iman,kesabaran,ketabahan hati..
Teruslah bantu aku & bimbing aku mencari MENcintaMU..
Hadirkanlah insan2 yg terus membantu aku & memberi semangat kepadaku..
Semoga ape yg ENGKAU berikan padaku ini,akan menguatkan lagi iman ku kepadaMU..InsyaAllah..

Kali ini aku menitis airmata kegembiraan & kebahagiaan..semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat kami…insyaAllah..

Makbulkanlah doa2ku..Aminn..

Friday, June 17, 2011

Piala FA 2011 Milik Terengganu



Baru arini dapat mengulas lebih lanjut tentang PIALA FA 2011..

Akhirnya piala FA jadi milik ganu kiter!!!!
Kelate gomo.. Ganu peteh...
Kelate gomo... Ganu peteh....


Alhamdulillah..tersenyum je aku bila tengok perlawanan Piala FA milik Terengganu.
Syabas Ganu kite!


Hurm….betul gak ramalan aku erk!!!

dramatik sekali.


Dan setelah keputusan final diketahui, bila gomo berjaya dipetehkan oleh pasukan Terengganu, dan aku tersenyum baca celoteh kawan-kawan melalui sms, fb mahupun di twitter.

Hehe...apepun tahniah buat pasukan Terengganu kerana berjuang sehingga kesaat2 terakhir bagi memastikan Piala FA berada di dalam genggaman..

HAH …!!! 1 lagi…
Tahniah!!!!
result SUKMA plok... Ganu juara lagi!!!


P/s: walaupun rezeki tidak berpihak kepada Kelantan, secara peribadi memang aku salute habis kat semangat kenegerian orang Kelantan nih…setuju & Terbaek !!!

Friday, June 10, 2011

GOMO KELATE GOMO” VS PETEH GANU PETEH !

CONGRATULATION and GUDLUCK to both team in FINAL PIALA FA 11 jun 2011.. PETEH GANU PETEH.. GOMO KELATE GOMO..

Korang rasa siapa yang bakal menjadi juara pada kali ini. Kelantan ker? atau Terengganu? ceciter sikit apa yang aku rasa. Ramalan aku Terengganu akan menjulang Piala FA pada tahun ini. Opsss janganlah marah kat aku.., kalau aku sokong dan katakan Terengganu menang. Semua orang ada pilihan masing-masing, jadi tak salahlah aku katakan Terengganu yang terbaik buat masa ini.

So kita nantikan apa kata FAM, dimana akan berlangsungnya perlawanan Terengganu vs Kelantan 2011 ini akan diadakan. Tak kisah la kat mana pun janji aku dapat tengok perlawanan yang di nanti-nantikan ini.


Kesebelasan utama Kelantan:
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohammad Ab Aziz Ismail, Mohd Izuan Salahuddin, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Muhammad Ramzul Zahini Adenan dan Muhammad Khalid Jamlus.


Kesebelasan utama Terengganu:
Mohd Shahril Sa’ari, Mohd Muhaimin Omar, Mohd Hassan Basri Ridzuan, Nik Zul Aziz Nawawi, Reeshafiq Alwi, Mohd Ailim Fahmi, Wan Mohd Aliff Wan Jasni, Ismail Faruqi Asha’ri, Ronny Harun, Joseph Kalang Tie, Hasmizan Kamaroddin, Abdul Hadi Yahya, Mazlizam Mohamad, Mohd Zubir Azmi dan Mohd Marzuki Yusof (KP).

Friday, June 3, 2011

dilanda kesedihan..:(




huh~ (suatu keluhan)


aku sedar apa saje yg kite hadapi kat dunia nie adalah ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan & kesabaran kite. aku cube untuk sabar hadapi semua nie. aku ingin mengganggap ujian Allah ini suatu nikmat yg indah untuk diriku. aku kagum dengan ketabahan watak2 dlm novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha yang pernah aku bace.. bile aku renung2kn & fikir2kn, aku sendiri yang sedih sebab aku masih tak mampu jadi sekuat diorang. adakah aku seorang yang lemah???

mungkin aku tak sepatutnye sesali perkara lepas.. tapi kenapa susah sangat untuk aku terime hakikat??? banyak persoalan yang ade dalam diri aku yg rasenye aku sndiri tak mampu jawab. Ya Allah, kenapa aku jadi macamni??? harap sahabat2 dapat doakn hati nie yg terbaik untukku.

kadangkala Allah hilangkn mentari...kemudian Dia datangkn guruh...puas kita menangis...mencari mana mentari kita...rupa2nya Allah nk hadiahkn kita pelangi yang indah..



semoga kesedihan sementara di dunia ini akan membawa kepada kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.

amin ya rabbal alamin...

Monday, May 30, 2011

terima dengan REDHA...




Semalam 29 Mei 2011 , bersamaan 26 jamadilakhir 1432H , tepat jam 01:30 pagi waktu Malaysia , pakcik kesayanganku menghembuskan nafasnya yang terakhir di National Universiti Hospital ,Singapore. .


Sesungguhnya, kesedihan masih aku rasai sehingga detik aku menulis coretan ini. Setiap kali selepas solat aku akan menangis. Menangis kerana sedih dan kerana mengingatkan bahawa mati itu terlalu hampir dengan kita.


Bismillah…

Kehilangan…


Ada pelbagai cara manusia menghadapi kehilangan orang tersayang. Sama ada kehilangan sementara mahupun kehilangan yang kekal abadi. Bagi yang tipis imannya dan cetek akalnya, mungkin menghadapinya dengan menggantung diri atau terjun bangunan. Bagi yang masih ada iman dan sedar bahawa nyawa itu hanyalah pinjaman dari Tuhan, akan bersedih tetapi tetap redha dengan ketentuan Tuhan.

Kehilangan Pakcik Ghani sebetulnya memberi impak yang berbeza dalam hidup aku.

Kesedihan yang aku rasai tidak sama seperti sedihnya aku ketika mendapat tahu akan penyakit barah nya dahulu, di mana air mata menjadi murah dan bisa tumpah pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Kesedihan ini juga tidak serupa seperti sedihnya putus cinta pertama sehingga air mata mengalir tanpa henti setiap kali teringat atau terkenang si dia yang sudah pergi.

Malah, ketika kehilangan Cik Ghani , air mata ku bergenang dan berlinang. Pertama, ketika melihat keadaan Cik Ghani yang sudah kritikal di hospital. Dan kedua, ketika membacakan Yassin di hadapan jenazahnya yang sudah terbujur kaku.

Tetapi, kehilangan Cik Ghani adalah kehilangan yang tidak dapat digambarkan. Ini kerana walau aku berhenti menangis dan mampu meneruskan kerja seperti biasa, tetapi, seperti ada satu lompong besar dalam hati yang tak mampu diisi.

Aku tidaklah bersedih yang terlampau, tetapi, sepertinya ada sesuatu yang tidak kena yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Segala-galanya nampak sama dan serupa, tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena. Itulah gambaran perasaan ku ketika ini, dalam menghadapi kehilangan Cik Ghani.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir Cik Ghani kepada aku, “Baya..Cik Ghani sakit..Cik Ghani tak dapat balik kampung lagi..Baya nanti jaga keluarga baik-baik ye”..

Kini Sudah tidak ada lagi Cik Ghani yang kerap menelefoku bertanyakan khabar..

Sudah tidak ada lagi suara Cik ghani mengadu sakit dan penat setiap kali aku datang bertanyakan khabar.

Ya, Cik Ghani sudah tidak ada. Tetapi kenangan tentang dia, masih ada dan segar dalam ingatan, dan akan tetap kekal bersemadi di lubuk hati.

Untuk Cik Ipah,, takziah aku ucapkan. Semoga pemergian Cik Ghani dalam keredhaan Allah.

Cik Ghani, semoga Cik Ghani aman di sana… Baya sayang Cik Ghani sangat… :(

Al-Fatihah…buat Abd Ghani bin Awi..


ya Allah ya Tuhanku..kau kuatkan lah iman ku ya Allah..sesungguhnya besar dugaan mu yang aku trima ...kau permudahkan lah segala urusan ku dalam mengharungi dan menyelesaikan hal ini..hanya padamu aku memohon dan meminta ...

Aku juga bukanlah seseorang yang kuat untuk melalui banyak perkara dan aku juga bukan tidak berdaya menerima kenyataan-kenyataan itu. Semua sudah tersurat...

Wednesday, May 25, 2011

Love =)



“ I’ve been thinking that love is not being selfish. When you love, you don’t expect something in return. It’s about sharing it to everyone. So why get mad and curse the one you love who can’t afford to love you back?"

Thursday, May 19, 2011

biar orang buat kita....

Alhamdullilah akhirnya Aku berjaya.
berjaya mengawal diri dan emosi dari melayan
sesetengah manusia yang masih seronok mencorak warna warni
hidup mereka tanpa memikirkan warna itu cantik mahupun buruk.

Aku berdiam bukan bermakna Aku takut,
Aku senyap bukan bermakna Aku kalah
malah Aku mengelak bukan bermakna Aku lari.

"Allah sayangkan Aku kerana dia berikan dugaan untuk Aku hadapi"

Tahniah buat diri Aku sendiri kerana berjaya mengawal
segala emosi, sedih dan kecewa dalam diri Aku.
Aku pekak kan telinga kerana Aku tahu kebenaran akan terbukti
mulut orang yang berbunyi akan terdiam dan kejayaan akan menjadi milik Aku tanpa siapa sangka. insyaAllah.
pegangan aku selama ini masih kuat aku pegang yakni
"BIAR ORANG BUAT KITA, TAPI JANGAN KITA BUAT ORG"
kerana Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang benar.
kerana Allah akan sentiasa membantu orang yang yakin akan kewujudan Tuhan yang satu.

" Maka, buat semua yang bercita cita mahu menjatuhkan Aku atau menghancurkan Aku
dengan kutukan kejian dan hinaan, teruskanlah niat kalian semua kerana Aku yakin Allah sentiasa bersama ku. Think Positif NURBAYAH."

Wednesday, May 11, 2011

kadang-kadang ;)

"Kadang-kadang Allah jarakkan hubungan kita,kemudian DIA datangkan pula dengan dugaan.Puas kita menangis mencari mana orang kesayangan kita,rupanya ALLAH nak hadiahkan kita kasih sayang yang berpanjangan ,Moga ukhwah terjalin kekal selama-Nya" (^,^) ..



Ameen,thanks pada 'pemberi msg' ini.Masa itu DIA diuji dengan kesabaran ini Nikmat-Nya.Syukran.. =)

Wednesday, April 27, 2011

berat sungguh ujian dariMu


This entry is specially dedicated to my BELOVED UNCLE

Aku tak tau macamane nak start coz sedih sangat bila dapat call dari my Auntie.. i thot it was a normal fever but i was wrong..


" my uncle telah disahkan menghidap kanser usus advance stage, which doctor bagitau yang harapan memang tipis and there is no treatment.." stage 4 ”.. . Ya Allah !! Aku pun tak tahu ujian apa tuhan nak bagi kat aku,…dia seorang uncle yang sangat rapat denganku sejak kecil hingga kini.. “Redha sabar dan tawakal ".


Aku tak tahu nak cakap ape lagi,memang besar dugaan ni,hanya kata-kata semangat yang aku dapat hulurkan pada Cik Ghani..I know Allah hanya menurunkan dugaan yang besar untuk orang-orang yang amat disayangi nya, u are one of the lucky person Cik Ghani..I know u are strong and u are a great uncle..


My heart is crying when i heard this news..but i cant show it to you coz i dont want u to be sad....I just want u to know that i'll always pray for u..I love u so strong and i know u know that….



P/s: Ya Allah ! Kau jadikan la aku hamba mu yg kuat .. Tabah tempuh hari2 yg kadang kala sukar..

Friday, April 22, 2011

Pengalaman Yang Lepas



Dalam diam, kadang-kala kita terlupa atau tak percaya, umur kita semakin jauh berlalu pergi. Pantasnya masa berlalu.. Bagi yang mengira akan waktu, mungkin semua ini hanya sebuah perubahan angka sahaja. Bagi yang sentiasa muhasabah atas segala yang berlaku, ada maknanya tersendiri.

Mungkin ada yang terlalu pahit untuk di kenang dan untuk di imbas kembali. Buat kenangan yang lepas, kalau di beri peluang untuk di undurkan masa, tak mahu rasanya untuk menerima peluang tersebut. Cukuplah apa saja yang telah di lalui selama masa itu. Semua itu mengajar aku apa erti menjadi seorang manusia. Mengajar aku apa erti susah, kesenangan tanpa kebahagiaan. Apa yang perlu, harungi apa yang ada di depan mata, dan jadikan pengalaman yang lepas buat pelindung diri supaya tak terkena kali kedua di masa hadapan.

Terima Kasih Kenangan. Terima kasih Pengalaman. Tanpa kamu "berdua", aku mungkin lagi masih tercari-cari di mana erti hidup yang sebenar. Kerana kamu "berdua", buat aku lebih mengenali diri aku sendiri.Dengan kamu "berdua" juga, buat aku lebih mengerti ke mana hala tuju hidup yang hakikinya.

Hidup yang lepas, terlalu perit untuk di titipkan ke dalam perjalanan blog ini. Mungkin saja memerlukan masa dan ruang yang tertentu. Bukan mengharap sesuatu dari pembaca setia blog ini, tapi untuk memberi suatu kenangan yang di kongsi bersama buat Si Muda jadikan panduan dan pegangan, buat yang Sebaya di jadikan renungan, dan untuk yang lebih mendahului umur ini menjadikan semua ini sebagai peringatan. Mungkin saja kenangan anda lebih meriah dari aku, dan mungkin saja pengalaman anda lebih bermakna. Mungkin satu hari nanti. Insyaallah ~

Semua kita ada kisah tersendiri. Kisah silam yang hanya kita sendiri saja yang tahu bagaimana perjalanan nya.
Tapi aku bangga dengan kehidupan aku yang lepas. Sebab kehidupan yang lepas buat aku menjadi lebih dewasa dari yang sepatutnya.

Terima kasih pengalaman. Kau jugalah kenangan.

Wednesday, April 13, 2011

No Title

I really hate it to say this.
...
...
...
Argh, nobody's reading this blog anyway.
Errm..
Erm..
Nampaknya..........
aku dah jatuh hati.
Macam mana jatuh hati tu?
Erk. Susahnya nak terangkan.
Macam ni la.
You'll feel like your heart and mind are not with you anymore.
And I HATE it.hmmmm...entah la...

Tuesday, April 5, 2011

Sungai Lui –Aizat



Selalu dengar radio x?
Semenjak dua menjak nie selalu jugak dengar radio …asal naik kete je dengar radio…Asal dengar radio je dalam kete..haha..
Dan tetibe aku dah terminat dengan lagu sungai Lui nyanyian Aizat ni.
.lagu dia tenang je dengar…
..huuu..suke2.. layan...
tapi aku x phm jugak kenapa nama die Sungai Lui ek?…
agaknye sebab sungai ni tempat yang tenang kot…
tambahan pulak, aku sangat suka kan sungai….
Bunyi angklung dalam lagu ni pun menambahkan unik diee..soo.. sweet..

SG LUI

Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa, kecewa, terpisah,
Jalan yang lurus kian berhala
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya



Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini.. selama ini..
Selama ini.. selama ini..
Selama ini.. selama ini..
Selama ini…



Alaaa...... comelnye...... sweet sangat-sangat. (^_^)v
Kan dah feeling dah. Ahahahaaa......
Dengan irama yang harmonis.... memang rasa terbuai.
Dan sebenarnya bila dengar lagu ni buat aku teringatkan seseorang.
Hurrrmm.......
Dah, dahhh..... tak nak ingat dan tak nak fikir.

Begitu mendayu sungguh lagu Aizat ni. Sungai Lui nama yang tak pernah aku dengar. Korang pernah dengar ke? Ala.. sama le ngan aku. Bagi aku, oohhh... mungkin Sungai Lui ni kat Sabah atau Serawak. Tapi sebenarnya Sungai Lui ni kat Mukim Hulu Langat, Selangor (org kate la). Ada sebuah kampung di tepi Sungai Lui ni. Kampung Sungai Lui namanya. Dan Sungai Lui ni akan bercantum dengan Sungai Langat …aku dengar jela..x taulah tol tak er..??

P/s: Sungai Lui, memang sungguh indah dari segi liriknya dan rentak musik.. Thumbs up to Aizat!

Wednesday, March 30, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh, aku sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.



Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!