JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, February 18, 2015

Maaf Andai Aku Biadab

aku tidak mahu biadab
aku tidak suka menjadi biadab
aku mencuba untuk tidak biadab
kadang-kadang aku terbiadab
kebiadabanku disebabkan kebiadaban orang terhadapku
kadang-kadang aku tidak dapat menerima kebiadaban orang terhadapku
itu menyebabkan aku bertindak biadab
kadang-kadang kebiadaban itu perlu diatasi dengan kebiadaban

barulah orang yang biadab itu sedar akan kebiadaban dirinya

Wednesday, January 28, 2015

Kisah Zaman Sekarang

Assalamualaikum w.b.t

zaman sekarang macam-macam kisah.

satu yang saya nak sekadar bercerita iyalah kisah 'MLM'

ramai antara kita yang join dah..MLM ni dah lama jugak..cuma sekarang ni dek kerana kepesatan media sosial, makin nampak lah...macam-macam ada

semuanya boleh buat jadi 'jutawan'

agaknya zaman sekarang kalau tak jutawan tak leh nak idup gamaknya..

susah hati agaknya tengok kawan-kawan yang tak jutawan.

weh kalau ko nak jadi jutawan go a head la..

tak payah lah nak paksa aku pulak..

setakat ni aku boleh menjalani kehidupan macam biasa walau semuanya sederhana...hishhh geram pun ada...nak suruh orang jadi kaya, tapi awak tu tak jugak kaya raya maner pun...harap dok mencari downline jer...geram lah, nak berniaga takper...meniagalah cara betul...juallah barang..bukan jual 'plan strategy' kononnya...

tulah antara kisah zaman sekarang....kisah semua orang mengejar "duit". Orang kata 'duit bukan segalanya, tapi semuanya memerlukan duit'. Tapi sedarlah semua itu adalah ujian dunia semata...sabarlah bagi yang diuji kesempitan, dan syukurlah bagi yang diuji dengan kesenangan...:-)

Monday, January 5, 2015

kau sentap perasaan ku

Kau pergi jua..
Dari hidupku
Kini ku sendiri
Bagaimana aku harus melalui
Di hari-hariku..
Aku ingin kau Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini :(

Terima Kasih Sayang!

#Captain#SG8#YNWA