JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, September 27, 2012

kecoh

dunia makin kecoh. dosa berbakul-bakul. suka jaga tepi kain orang lain. apehal? please jaga tepi kain sendiri la! mana tahu ada yang terkoyak ke. cermin muka tu dulu. mana tahu ada cacat cela. apa-apa pun ,all of us are in the same level. darjat, kekayaan, dan lain-lain tak penting. yang penting keimanan kepada yang Esa. tapi macam mana nak capai tahap itu jika nilai-nilai murni kita tak amalkan? hingga semua yang terdekat sendiri pun nak bermusuh-musuh. mengata orang tak habis-habis. orang semua tak betul..engkau ajer yang betul..suka cari kesalahan orang lain walaupun terbukti engkau lah punca segala masalah.. dan lagi satu, keikhlasan. Ikhlas ke jika kita tolong orang, tapi satu dunia cerita kepada orang lain? pikir la sendiri !

Wednesday, September 26, 2012

Selamat tinggal SEPTEMBER!!

Bulan yang banyak kenangan manis ,perkara yang menggembirakan,
Kenangan baru , pengajaran baru,

Memberikan seribu makna dalam hidup saya.

Semoga saya bertemu lagi September tahun hadapan.

Mungkin lebih indah dan bermakna bagi KAMI.

Jika berjumpa lagi age saya sudah meningkat..hihihii.
Erm,kalau target sesuatu yang tak dijangka boleh tak??hihiii…
Saya nak target pada tahun seterusnya yang saya akan berkahwin & ada zuriat =) itu target je…

Itu semua adalah impian => SEBELUM MENJELANG HARI AKAD NIKAH
InsyaAllah itu doa saya…

Saya hanya mampu berdoa dan pasrah je , saya yakin sang pencipta
Sentiasa mendengar doa dan bisikan hati saya , kalau tidak sudah pasti
Saya akan bersedih sepanjang hidup saya walaupun saya di duga
Dengan pelbagai cabaran,masalah dan halangan didalam kehidupan sebelum ini..

Saya manusia biasa,lemah di pentas dunia nie…
Namun, sentiasa berusaha menjadi yang terbaik walaupun saya memang
Tak mampu jadi yang terbaik..

Selamat tinggal September,saya bahagia melalui hari-hari sepanjang Sweet September ini…

Tuesday, September 25, 2012

JOM..Renovate HATI kita


Bila melihat "orang lain" mempunyai "masalah hati", kita jangan hukum dia tapi ambil ia sebagai ingatan penting buat diri sendiri. Apa yang kita "nampak" pada orang ditakuti adalah apa yang ada dalam diri kita. Mohon Allah swt bantu untuk perbaiki hati-hati kita. What you saw exist outside of you, most probably exist in you! Perbaikinya dengan perbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah saw, keluarga dan sahabat.. (mood muhasabah diri)

Monday, September 24, 2012

Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga Rasulullah


~Sunnah Rasululullah s.a.w bagi pasangan yang baru berkahwin..suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri,dan berdoa :
"Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikkannya dan kebaikkan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya..Dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukkannya dan segala keburukkan yang Engkau ciptakan pada dirinya..(Riwayat Abu Daud)~


praktikkan ek? :)
Kalau ikut psikologi pun tindakan ini membuatkan isteri merasa tenteram dan tenang lantas mengikut semua cakap suami dan menanamkan sayang pada suami. Hehe

Thursday, September 20, 2012

Sebelum Aku Bernikah

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”Surah An-Nur ayat 32.

Sebelum aku bernikah , aku harus memperbaiki diri aku untuk menjadi yang lebih baik . Semoga usaha aku dipermudahkan dan dirahmati Allah..antara checklist yang sedikit ini antara peringatan buat aku sendiri sebenarnya , sekurang-kurangnya aku nak jadi orang yang istiqamah untuk menjadi yang lebih baik..amin ..

1) Menjaga hubungan dengan Allah : banyakkan komunikasi dengan Allah..doa , solat , zikir..kalau kita dekat dengan Allah , Insyaallah Allah takkan pernah jauh dari kita.. ^_^

2) Menjaga Solat : bukan setakat penuhkan solat , tapi menjaga waktu solat.. jangan lengah-lengahkan solat..kalau yang mana tertinggal kena qada segera..!!

3) Menjaga maruah diri : kena jaga diri .. setiap langkah , pergerakan , tutur kata kita sebagai wanita membawa maruah keluarga..lebih-lebih lagi parent kita sendiri..sekarang ni bukan setakat dengan family sendiri , tapi maruah kita melibatkan bakal family kita ..

4) Jadi orang yang kuat , buang sifat mazmumah dan suburkan sifat mahmudah dalam diri : nak jadi orang yang kuat mental..bukan seorang yang emotional..aku kena jadi orang yang kuat..sebab aku akan menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kami nanti..kalau ibu nya tak kuat , camne anak-anak nak jadi orang yang kuat .. so kuatkan semangat..kuatkan hati ..kuatkan iman ye cik nurbayah..jadikan aku isteri yang baik menjadi penyejuk mata , penenang , mendamaikan , membahagiakan , menyenangkan , menjaga baik hubungan dengan ayah & mak serta keluarga dan keluarga mertua..jadikan aku ibu yang baik menjadi contoh yang terbaik buat anak-anakku..kurniakan aku suami yang penyayang , bertanggungjawab , dan yang terbaik buat ku serta menjadi imam untuk solat ku..kurniakan aku anak-anak yang soleh & solehah , serta kuturunan yang baik-baik, beragama dan berilmu..amin..

5) Menjaga hubungan dengan orang sekeliling : Aku perlu saling menjaga hubungan aku dengan keluarga , saudara mara , sahabat dan semua yang ada disekeliling.Sebab menjaga hubungan dengan orang sekeliling ini lah juga yang akan saling mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan kita semua.Jauhi permusuhan dan persengketaan .

6) Khatam quran lagi : bukan setakat nak khatamkan lagi jek..tapi nak kuatkan hukum tajwid..sebab tu sangat penting..kalau khatam banyak kali tapi tajwid banyak salah pun tak ok , esok-esok nak mengajar anak-anak mengaji pulak..so teruskan usaha ye cik nurbayah !!

7) Jangan malas makeup : ermmm..makeup..letak bedak pun kira makeup jugak kan ..?huhu..yelaaa..lipstik tu aku tak pernah teringin nak ada..tapi lipice ada la..jadilah kan ..ok-ok..baikla…sedaya upaya aku akan berusaha untuk tidak malas makeup..huhu ..

8) Buang malas masak masakan bersantan : oklah ..aku ni kurang sikit masakan bersantan..aku suka masak yang goring-goreng dan tumis-tumis jek..macam goreng sambal , asam pedas , masak kicap , tu boleh la layan lagi..tapi masak kari kureng sikit..aku bukan tak suka masak menu yang bersantan , tapi kurang pandai mengagak-agak keperluannya dalam masakan..kang terkurang cair pulak , terlebih pekat pulaks.. huhu..

9) Belajar uruskan masa dengan baik : Sebenarnya aku sepatutnya bersyukur duduk dengan family..kerja & urusan rumah banyak diselesaikan oleh mak..balik-balik makan malam dah ada..esok-esok kalau dah berkeluarga , semuanya harus diuruskan sendiri .. kerja + belajar + mengurus keluarga..kena betul-betul pandai manage.. kalau sebelum nie , kerja-kerja rumah biasanya aku uruskan hari weekend jek..time tulah nak mengemas bilik ke bilik , basuh pinggan , basuh baju , sidai baju penuhkan ampai ..dan segala yang berkait dengan urusan rumah..tapi esok-esok dah berkeluarga , takkan semua kerja-kerja dan urusan rumah perlu dikumpulkan weekend..? hahaha..
( harap-haraplah dapat suami yang memahami & bertimbang rasa..amin..boleh dating sama-sama buat kerja rumah..lagi sweet dan romantik gitu..kan..kan.. )

10) Belajar teknik berbincang & komunikasi yang baik : Perkara penting gak ni , sebab aku tak boleh nak buat perangai lama .. memendam perasaan sendiri .. tak boleh gitu .. aku nampak effect nya pada aku dan hubungan aku dengan orang-orang yang aku sayang .. Komunikasi & berbincang sangat penting dalam urusan berkeluarga .. kadang-kadang kurang komunikasi boleh mengundang masalah kronik dalam family .. dan akhirnya nanti wujudlah masalah tak persefahaman..( harap-haraplah bakal suami aku seorang yang sabar dalam menjadi nakhoda family kami nanti .. amin .. )

~ banyak lagi sebenarnya..tapi ini antaranya..esok-esok kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi , mungkin lebih dari ini..huhuhu..belajar ye nurbayah..belajar untuk menjadi yang lebih baik..amin..

Wednesday, September 19, 2012

Sweet September

Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatihmah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Alhamdulillah..selesai majlis pertunangan kami pada 15 September 2012..dan akhirnya dengan izin dariNYA majlis berjalan dengan baik dan dipermudahkan..Selesai episode cerita..akan datang banyak lagi episod yang harus kami jalani bersama.

Dia bakal suami ku..Alhamdulillah dengan restu keluarga , doa-doa dari sahabat.. kami berjalan meneruskan langkah ..

Checklist kami sangat penuh, macam-macam perlu untuk diusahakan.Semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke langkah seterusnya.Yang pastinya lebih penuh dengan ujian & cabaran.Semoga kami terus kuat, dan kuat untuk menghadapi semuanya.Dalam tempoh ini, belajar memperbaiki diri sendiri.Menjadi yang lebih baik.

Ya Allah, restuilah perjalanan kami ini.Kurniakan kami rahmatmu dalam mengharungi perjalanan akan datang .Insyaallah,kami akan usahakan yang terbaik untuk menuju ke jalan Mu .. Bimbinglah kami ,untuk menjadi yang lebih baik.Pegang kuat-kuat hati kami supaya kami tak mudah berubah hati..tetapkan iman kami,jangan biar ia goyah. Iringilah perjalanan dengan rahmat dan hidayah Mu..Terangilah jalan kami.. Senangkanlah segala yang sukar buat kami..Berilah segala kemudahan buat kami.. Lindungilah kami..Murahkan rezeki kami,rezeki keluarga kami..satukan hati-hati kami..satukan hati keluarga kami..lembutkanlah hati kedua ibu bapa kami.Jauhilah kami dari fitnah,jauhilah kami dari dengki dan khianat yang lain.Lindungi kami dan keluarga kami.Makbulkanlah doa-doa kami ini.Amin Ya Rabb .

" Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana kasihkan mu
bertemu dan patuh padaMu
bersatu memikul dakwahMu
hati-hati ini telah berjanji setia
mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah akan ikatannya
kekalkan kemesraan hati ini
tunjukkan ia jalan yang sebenar
limpahkan dengan cahaya bagiMu
yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman "

Selepas menyarung cincin,selesai maghrib,Kak Syarah menelefonku dan mengingatkan aku untuk melakukan sujud syukur.Ya Allah,aku bersyukur didampingi seorang sahabat yang saling mengingati aku saat aku dalam kesulitan mahupun saat kebahagiaanku. Lindungilah sahabatku ini,bahagiakanlah hati nya dan temukanlah Kak Syarah jodoh yang baik.Amin..Insyaallah..

Cincin ini sangat bernilai buat aku,bukan kerana harga nya tetapi amat bernilai buat aku kerana ia hadiah dari orang yang aku sayang.. bagi aku,nilai kasih sayang nya pada aku yang sangat bermakna buatku.Permudahkanlah jalan kami Ya Allah..restuilah perjalanan kami..Amin ..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami..Amin..

TAKDIR ALLAH ITU INDAH :))



Thursday, September 13, 2012

Update terakhir di blog sebelum menjadi tunangan orang. Doakan kami!

Ini adalah update terakhir di blog sebelum menjadi tunangan orang pada tarikh ??/9/2012 insyaAllah..doakan segalanya berjalan dengan lancar…pertemuan dengan si dia juga sedang dihadkan. Hari majlis berlangsung baru bertemu.

Sedikit Catatan Awal:
memang saje aku buat tajuk entry di atas hanya kerana catatan diri sendiri dan meraikan bahagia yang Allah pinjamkan.Amin.
Bahagia
Bila diri dilamar menjadi isteri
Gembira.
Bila bakal mertua merisik kita dan kenal-kenal keluarga
Terharu.
Bila keluarga dan sahabat handai turun padang bantu apa yang patut

InsyaAllah
dalam masa terdekat nie aku bakal bertukar status menjadi tunangan orang.
Amin..


Nervous.jantung dup dap dup dap jer… Baru tahu macam nie rupanya perasaan bila dah dekat-dekat majlis. Nie baru tunang nie, belum lagi majlis kahwin.Bukan tak sabar, tapi banyak benda lagi belum sempurna. Hantaran 80% jer dah buat.Tiba-tiba rasa ngeri pula bakal bergelar tunang orang.Keluar dari comfort zone.Tu lah nak kahwin sangat kan.Hambek.Tapi realitinya saya bahagia dan gembira.Memang seronok dan mencabar pada masa yang sama. Sekarang memang lah nampak seronok, tapi esok-esok macam mana pula kan? Yang penting kita kena sama-sama positif, optimistic dan apa yang penting..... kerjasama! Semestinya :P

Once dah settle InsyaAllah aku akan share all the pictures here.Bye all.jumpa lagi.Mohon doakan semoga semua berjalan lancar ya!

Wednesday, September 12, 2012

Sekiranya lelaki tahu ..


Sekiranya,, lelaki tahu,
Dalam hati seorang wanita ,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya,

Sekiranya,, lelaki tahu,
Rajuk seorang wanita minta dipujuk,
Marah seorang wanita perlu didekati,
Sedih seorang wanita perlu didengari,
Gembira seorang wanita ingin dikongsi,


Sekiranya,, lelaki tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan,


Kerana Sekiranya,, lelaki tahu,
Hati itu akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang wanita,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati seorang wanita,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah..


P/S: sangat-sangat terpikat dengan entry nie ;))

Tuesday, September 11, 2012

untuk Dia ;-))


Kelemahan itu penyakit , perlu diubati

" Kalau aku keras hati , jangan didik aku untuk menjadi lebih keras .. !!
Kalau aku degil , jangan didik aku untuk menjadi orang yang bertambah degil .. !!
Kalau aku ego , jangan didik aku untuk menjadi bertambah ego .. !!
Kelemahan itu penyakit buatku .. penyakit perlu diubati , begitu juga kelemahan kita perlu perbaiki . jangan kerana penyakit ini , ia mengundang kronik pada yang lain . Aku belajar untuk melawan penyakit ini , kalau tak mampu untuk menjadi ubat penyakitku ini janganlah menambahkan kerosakan penyakitku ini "

"..Komunikasi..Berbincang.."..saat aku rasa sangat bersedia untuk berbincang dengan cara baik..

Semoga bakal suamiku seseorang yang saling melengkapi aku ..membimbing aku untuk menjadi yang lebih baik..bukan membuatkan aku hanyut sendiri ..baru aku tahu kenapa dan mengapa banyak masalah tak selesai dengan baik..baru aku tahu kenapa dan mengapa manusia hidup saling menyimpan rasa sendiri..baru aku tahu,kenapa roda tu berpusing..baru aku tahu kenapa dan mengapa ramai antara kita saling berpecah..baru aku kenapa dan mengapa hubungan silaturahim mudah terputus walaupun bertahun lamanya saling mengenali..baru aku tahu,kenapa dan mengapa ramai keluarga berpecah belah.. baru aku tahu,kenapa dan mengapa ramai antara kita tak belajar untuk belajar membersih hati sendiri..baru aku tahu kenapa dan mengapa , fail-fail kes harian kita masalah tertimbun..fail-fail kes ni gak yang tak tutup-tutup..kenapa masih tak selesai .. ? cerita dunia..memang takkan selesai.. biar Allah yang menjadi hakim kita .. Allah tu maha adil..jangan kita menyimpan dendam..jangan kita menyimpan marah berpanjangan..biar mungkin orang-orang senang membuat kita terluka,asalkan kita jangan buat orang sudahlah..ingat ye cik nurbayah ye..jangan marah orang yang menyakiti hati kita,biarlah..asalkan aku tak buat kesilapan yang sama pada mereka .. sabar ye cik nurbayah..Allah kan ada .. ^_^

Monday, September 10, 2012

istighfar

Kadang-kadang kita berasa geram dengan sesuatu tanpa sebab,

Kadang-kadang kita marah dengan sesuatu tanpa sebab,

Kadang-kadang juga kita rasa sedih & nak menangis tanpa sebab..

Istighfarlah,mungkin ada sesuatu yang silap telah kita lakukan..

Muhasabah diri & tengok balik apa yang telah kita lakukan sebelum ini..

Mungkin itu teguran Allah untuk kita.Syukur pada Allah,yang sentiasa memberi petunjuk kepada kita.Alhamdulillah ..

Friday, September 7, 2012

WANITA ~ Rintihan Sahabat

"susah nak cari perempuan yang betul baik..baik maknanya tak perlu disuruh untuk melakukan kebaikkan..tahu tanggungjawab sendiri sebagai seorang perempuan"

Hah…nie lah keluhan sahabatku mengenai wanita..marah bebenar bunyinya..mengeluh panjang dia bercerita tentang bekas kekasih hatinya..dan dia tinggalkan bekas kekasihnya kerana ini....ermmmm..dia menasihati awek dia supaya bertudung , tetapi awek dia tanggalkan tudung semata-mata untuk bekerja..tak boleh solat waktu bekerja..aku pun pelik dan terus tanya " kita kat Malaysia la.. kat ne awek ko keje sampai melarang kita bertudung ? "..selepas penerangan yang panjang lebar dari sahabatku itu, baru aku faham dan terus terdiam..ermmmm..

aku tak nak mengaibkan atau memburukkan sesiapa..cukuplah hanya mereka sahaja yang tahu..dan tujuan dia bercerita hanya melepaskan rasa sahaja..ok..aku dengar dan apa yang aku boleh cakap pada dia,..doa yang baik-baik..semoga dibukakan pintu hatinya..

inilah petanda dunia akhir zaman..kita semakin menghampiri hari kiamat..hari final buat segala-galanya..Allah..ampuni dosa-dosa kami..dosa kedua-dua ibu bapa kami..terima lah taubat kami..terimalah amalan-amalan kami ini..kami ini hambaMU yang lemah Ya Allah.. sesungguhnya kami tak layak untuk ke syurga, kami juga tak tertangggung azabnya seksa nerakaMu Ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami..Amin ..

Cerita sahabat adalah peringatan buat aku juga..aku sebagai seorang wanita pun banyak kekurangan..banyak sangat yang aku tak tahu..yang aku tahu pun, banyak juga terlepas pandang..Ya Allah tolong ingatkan aku....Ya Allah, aku harap sangat aku dapat suami yang sentiasa mengingatkan aku..yang dia akan penuh berhemah menegur silap aku dengan cara baik..semoga diperkenankan ..amin…teguran??bukan semua orang dengan mudah-mudah dan senang-senang untuk menerima teguran..kalau tak betul cara dan gayanya , memang tak jadi..huhuhu..aku harap suami aku mesti lah seorang yang bijak kan..aku tahu nakhoda yang baik adalah nakhoda yang menegur assistant nya dengan baik ..

aku paling tak suka kalau orang tegur aku dengan nada suara yang sangat sombong..!!..paling-paling tak suka!.. kalau bila orang yang menegur tu meninggikan suara walaupun mungkin mereka dah biasa dengan ton suara begitu ,tapi aku tetap akan rasa tersentap di hati..huhuhu..jadi kalau kes-kes begini , aku akan lebih suka berdiam jer..kadang-kadang kalau kita balas semula dengan suara tinggi , orang tu akan lebih meninggikan suaranya..jadi better salah seorang diam..huhuhu ..

Thursday, September 6, 2012

Bernikah : Banyak nak kena study


"Kahwin ni bukan senang,banyak benda kena tahu..kena belajar.."

Ya, untuk berkahwin, banyak perkara yang kita perlu pelajari.

"Nak belajar apa??"

Kahwinlah, bila dah mengemudi bahtera rumahtangga,baru kita tahu ilmu apa yang kita tak lulus,pelajaran apa yang kita masih lemah,aspek apa yang kita perlu dalami.

Untuk berkahwin, kita kena matang. Maka,bernikahlah,kita tak ada pilihan lain, melainkan terpaksa menjadi matang bila sudah bersuami dan beristeri.betul tak?

Kalau kita ikutkan perangai dan keinginan budak-budak kita,maka pintu keruntuhan rumahtangga terbuka luas di hadapan.Boleh saja bergaduh dengan suami,bergaduh dengan mertua,bergaduh dengan anak-anak..tapi‘bergaduh dengan matang’supaya kasih sayang tak hilang walau dah banyak kali gaduh.

Untuk berkahwin, kita kena belajar dari pengalaman orang (macam aku).Maka berkahwinlah,kita akan faham apa yang orang lain cerita,dan kita tahu nasihat mana yang boleh diguna pakai sekarang,nasihat mana yang boleh digunakan dikemudian hari. Dan nasihat mana yang tak usah dipakai..

Untuk berkahwin,kena buat persediaan.Maka berkahwinlah,kalau tak,macam mana kita tahu persediaan kita cukup atau tak..Kalau lepas kahwin ternyata tak cukup persediaan kahwin..Jom kita berkerjasama dengan pasangan untuk saling topup kekurangan kita.

Persediaan kewangan tak cukup,lepas kahwin kita bekerjasama menjana ekonomi rumahtangga, dari habiskan kredit keluar dating atau untuk sms dan call berjam-jam sewaktu bercinta dolu-dolu ;p

Untuk berkahwin,ilmu agama kena kuat.Maka bernikahlah,saat itu kita akan jelas tinggi rendahnya ilmu kita.Adakah ilmu agama kita selama ini hanya slogan…?Atau hanya ilmu yang berkisar di bibir,mudah diucap…?Atau ilmu agama itu telah meresap ke hati, menjadi peribadi yang menenangkan hati suami dan isteri kita…

Untuk berkahwin,kena belajar effective communication skill.Maka bernikahlah,dan setelah bernikah barulah kita saling membuat kesilapan bercakap sesama suami isteri. Setelah kita saling menyakitkan hati pasangan, baru kita belajar-apa dan bagaimana cara berkomunikasi yang sepatutnya.

Maka sebab itulah,kita perlu berkahwin.

Supaya kita berada di dunia yang sebenar untuk belajar menjadi suami dan isteri.

Selepas berkahwin,mulakan belajar dengan serius,bagaimana seharusnya menjadi isteri.

Belajar meluahkan perasaan dengan hikmah dan jelas.

Belajar memberi pandangan yang bernas.

Belajar untuk taat dan tidak membangkang.

Belajar bermanis muka dan tidak merajuk.

Belajar memandang dengan tenang, bukan dengan muka masam.

Belajar berterima kasih,memberi penghargaan dan pujian.

Belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan suami.

Belajar menyimpan aib suami,menjadikan ALLAH curahan perasaan,menjadikan insan amanah berilmu tempat memohon pandangan.

Belajar memotivasikan suami.

Wah...banyak erkk isteri kena belajar...??


Apa pula yang suami perlu belajar??

Saaaaaaaaaaaaaaaangat banyak,tapi dipendekkan,buat bakal suami dan yang telah selamat menjadi suami,belajarlah menjadi suami dan pemimpin yang dicintai ALLAH dan Rasul.Jika tidak mahu belajar dan berubah,jangan pelik kenapa rumahtangga tak tenang,isteri pula selalu menyerabutkan fikiran..

Kesimpulannya, studi elok-elok ya.. Resultnya,kalian akan jadi suami dan isteri yang sangat dicintai lagi dihormati.Tempoh pengajiannya,seumur hidup..Dont give up!

Selamat bernikah semua, selamat datang ke alam rumahtangga yang menarik dengan sesi bergaduh dan bermanja :p


p/s: Sila baca coretan ini dengan merujuk coretan saya yang lain juga, jika tidak, anda salah faham yang saya suruh anda 'terjun hidup-hidup' ke lautan dalam bernama perkahwinan...


Wednesday, September 5, 2012

i ♥ u


Camne U nak eja "C_NTA" kalau takde "i".



Camne U nak eja "R_NDU" kalau takde "i" .



Camne pulak U nak eja "H_DUP" tanpa "i .



Sebab tu la dalam hati U kene sentiasa ade "i" supaya "i" tak hilang & jangan lupakan "i" .so ,kena la sayang "i" selalu ! heheheheh ^_^



♥ Yang Menyempurnakanmu ♥

“Janganlah kamu mencari pasangan yang terlalu sempurna dimata kamu, tapi carilah pasangan yang telah menyempurnakan hidupmu dengan caranya.”

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Sesungguhnya Hati Ini Tidak Pernah MENDAMBAKAN Seorang Insan Yang SEMPURNA untuk Menjadi TEMAN HIDUPKU,Namun,Cukuplah Diriku Merasa SEMPURNA Pabila Memiliki Dirinya,
Dan Dapat Membuatnya SEMPURNA Di MATAMU..Amin Ya Rabb.."

Tuesday, September 4, 2012

Why COMPLICATE life ?

bila sekali baca rasa macam ada benda nak disenyumkan..hehehe..tapi dua tiga kali baca,banyak sangat benda aku kena belajar..ada beberapa point yang aku sendiri akui, yang sebab semua ni aku biarkan menjadi tanda tanya tanpa jawapan..so penuh soalan dari jawapan..huhuhu..belajar dan cuba belajar menjadi yang lebih baik...hidup nie mudah,tapi kita yang menjadi kan hidup nie complicated..huhu..

Monday, September 3, 2012

Pujianmu ku hargai

Bismillahirrahmanirrahim...

syukur pada kurniaan nikmatMu, tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah...

sudah kerap mendengar, kata- kata ini datang, sama ada hadir dari bicara terus seorang rakan lelaki. "senyumlah sikit..masam je"
atau pun dari suara yang berbisik di sekeliling... pastinya dari LELAKI. " dia tu tak bermasyarakat langsung..." , "sombong betul la.."

terima kasih. aku rasa, kata-kata itu semua adalah sebuah pujian.


selalu mendengar suara berbisik-bisik... "sombong betul dia tu" ,"kuat menjeling!! ,"susah sangat nak senyum kat lelaki" ,"hidung tinggi!".... "garangnya!"..

banyak lagi.terpulang pada semua untuk menilai diri ini. aku tak kisah. tak terkesan pun. dah lali telinga mendengar.

senyuman ini sangat mahal untuk semua - lelaki.

dan cuma nak perbetulkan sedikit persepsi yang sedikit melencong~

aku mudah di bawa berbincang. boleh bekerjasama dengan lelaki dalam sebarang TUGAS, tak ada masalah.

BUKTINYA?

banyak program ,teamwork & training dah aku laksanakan, pastinya perlukan kudrat dari yang bernama LELAKI.

aku bukanlah anti-lelaki.tidak. cuma,batasan itu harus perlu dan ada.

MAAF. ini lah pendirian aku. tak terima? TERPULANG.

yang aku utamakan.. nilaian RABBI, bukan nilain korang semua.

P/S : MAHALKAN DIRIMU WAHAI WANITA MUSLIMAH, itulah LABEL sebenar kita. setiap orang diberi masa untuk membawa satu PERUBAHAN~

jalan TAUBAT itu terbuka, kesalahan dan dosa silam adalah sempadan JAHILIYAH ke daerah yg lebih INDAH, ingatan untuk diri ini juga :)