JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, September 7, 2012

WANITA ~ Rintihan Sahabat

"susah nak cari perempuan yang betul baik..baik maknanya tak perlu disuruh untuk melakukan kebaikkan..tahu tanggungjawab sendiri sebagai seorang perempuan"

Hah…nie lah keluhan sahabatku mengenai wanita..marah bebenar bunyinya..mengeluh panjang dia bercerita tentang bekas kekasih hatinya..dan dia tinggalkan bekas kekasihnya kerana ini....ermmmm..dia menasihati awek dia supaya bertudung , tetapi awek dia tanggalkan tudung semata-mata untuk bekerja..tak boleh solat waktu bekerja..aku pun pelik dan terus tanya " kita kat Malaysia la.. kat ne awek ko keje sampai melarang kita bertudung ? "..selepas penerangan yang panjang lebar dari sahabatku itu, baru aku faham dan terus terdiam..ermmmm..

aku tak nak mengaibkan atau memburukkan sesiapa..cukuplah hanya mereka sahaja yang tahu..dan tujuan dia bercerita hanya melepaskan rasa sahaja..ok..aku dengar dan apa yang aku boleh cakap pada dia,..doa yang baik-baik..semoga dibukakan pintu hatinya..

inilah petanda dunia akhir zaman..kita semakin menghampiri hari kiamat..hari final buat segala-galanya..Allah..ampuni dosa-dosa kami..dosa kedua-dua ibu bapa kami..terima lah taubat kami..terimalah amalan-amalan kami ini..kami ini hambaMU yang lemah Ya Allah.. sesungguhnya kami tak layak untuk ke syurga, kami juga tak tertangggung azabnya seksa nerakaMu Ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami..Amin ..

Cerita sahabat adalah peringatan buat aku juga..aku sebagai seorang wanita pun banyak kekurangan..banyak sangat yang aku tak tahu..yang aku tahu pun, banyak juga terlepas pandang..Ya Allah tolong ingatkan aku....Ya Allah, aku harap sangat aku dapat suami yang sentiasa mengingatkan aku..yang dia akan penuh berhemah menegur silap aku dengan cara baik..semoga diperkenankan ..amin…teguran??bukan semua orang dengan mudah-mudah dan senang-senang untuk menerima teguran..kalau tak betul cara dan gayanya , memang tak jadi..huhuhu..aku harap suami aku mesti lah seorang yang bijak kan..aku tahu nakhoda yang baik adalah nakhoda yang menegur assistant nya dengan baik ..

aku paling tak suka kalau orang tegur aku dengan nada suara yang sangat sombong..!!..paling-paling tak suka!.. kalau bila orang yang menegur tu meninggikan suara walaupun mungkin mereka dah biasa dengan ton suara begitu ,tapi aku tetap akan rasa tersentap di hati..huhuhu..jadi kalau kes-kes begini , aku akan lebih suka berdiam jer..kadang-kadang kalau kita balas semula dengan suara tinggi , orang tu akan lebih meninggikan suaranya..jadi better salah seorang diam..huhuhu ..

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Moga Allah Allah berikan bakal zaujan yang baik untuk kamu. Bakal zaujan yg akan menjadi Imam yang baik untuk kamu. Abi yang baik untuk bakal anak anak kamu. Persiapkan diri menjadi wanita yang solehah.In shaa Allah akan dpt yang soleh, Kata Allah. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya. Banyakkan berdoa. Moga kita semua dilindungi dr api neraka. Allahu Rabbi :'/ Amin.

    ReplyDelete