JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, September 26, 2012

Selamat tinggal SEPTEMBER!!

Bulan yang banyak kenangan manis ,perkara yang menggembirakan,
Kenangan baru , pengajaran baru,

Memberikan seribu makna dalam hidup saya.

Semoga saya bertemu lagi September tahun hadapan.

Mungkin lebih indah dan bermakna bagi KAMI.

Jika berjumpa lagi age saya sudah meningkat..hihihii.
Erm,kalau target sesuatu yang tak dijangka boleh tak??hihiii…
Saya nak target pada tahun seterusnya yang saya akan berkahwin & ada zuriat =) itu target je…

Itu semua adalah impian => SEBELUM MENJELANG HARI AKAD NIKAH
InsyaAllah itu doa saya…

Saya hanya mampu berdoa dan pasrah je , saya yakin sang pencipta
Sentiasa mendengar doa dan bisikan hati saya , kalau tidak sudah pasti
Saya akan bersedih sepanjang hidup saya walaupun saya di duga
Dengan pelbagai cabaran,masalah dan halangan didalam kehidupan sebelum ini..

Saya manusia biasa,lemah di pentas dunia nie…
Namun, sentiasa berusaha menjadi yang terbaik walaupun saya memang
Tak mampu jadi yang terbaik..

Selamat tinggal September,saya bahagia melalui hari-hari sepanjang Sweet September ini…

No comments:

Post a Comment