JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, March 30, 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh, aku sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.



Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Tuesday, March 29, 2011

stop playing



Can they stop playing with our mind?

Playing with our future.

Playing with our 'own feet'.

Playing with our feeling.


And the most important is please don't make me hate u all... I don't want to hate, and i don't want to be hated.


BILA MANUSIA MEMPUNYAI HASAD DENGKI & KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP DIRI AKU & JUGA ORANG2 SEKELILING AKU, MAKA TERBITLAH SUATU PERASAAN DIMANA AKU RASA NAK BUNUH2 MANUSIA TU

TAPI APAKAN DAYA, MEMBUNUH ITU ADALAH..................... (pikir la sndiri..)

Tuesday, March 22, 2011

tidak semudah & tidak sesukar



Hidup ini bukan semudah yang disangka. Perjuangan mempertahankan kebenaran kadang kala amat pahit. Namun, kepahitan itu akan terubat apabila kita sentiasa yakin bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama orang yang benar. Justeru, sentiasalah meletakkan kepentingan Allah di hadapan berbanding yang lain.

Seperti aku ingatkan kepada mereka bahawa 'Hidup ini tidak semudah yg disangka & hidup ini juga tidak sesukar yg kita sangka' So apa yg dirisaukan lagi.Adakah salah,silap menjadi igauan kita?percayalah bahawa manusia sentiasa akan belajar drpd kesilapan lalu,sbb itu kita selalu mengatakan 'pengalaman mengajar kita'.Ke mana-mana pun kita pergi pengalaman adalah ilmu yg terhebat utk kita!

perjalanan masih lagi jauh,apakah bekalan kita utk perjalanan yg jauh itu kita sudah sediakan?sama-sama kita renung diri utk keunggulan yg gemilang pada masa hadapan.

**Alhamdulillah! aku redha dgn setiap apa yg terjadi kerana aku percaya bahawa setiap yg terjadi ini ada hikmahnya.. semoga Allah mendengar setiap doa ku ini.. Insya-Allah. ameen!

Thursday, March 10, 2011

bukan semudah yang disangka

Banyak sebenarnya yang ingin aku tulis tetapi tidak tertulis..Seakan apa yang terlintas itu pergi ibarat angin yang mendayu..Kadang-kadang ia membuat kita tersenyum akan betapa hidup ini begitu tidak terjangka oleh akal..Hari ini kita tersenyum,.. esok?.. tiada kepastian untuk jawapan itu..Maka raihlah hidup ini sebaik-baiknya,landasan telah tersedia hingga ke penghujung..Mahu atau pun tidak ikut sahaja pilihan kita.

Memasuki tahun 2011 sememangnya bukan semudah yang disangka untuk menempuhnya,berbagai liku dan dugaan terus menduga keberadaan iman ini untuk terus kuat meneruskan cita perjuangan ini.. Ya rezeki milik-Nya,itulah pembelajaran yang paling utama kita perlu belajar saat DIA menguji diri ini.. Sebelum-sebelum ini kita terlalu bergantung kepada manusia sehingga kita berharap bahawa manusialah mampu untuk mengubah apa yang bakal merubah,ternyata persepsi itu seakan fatamogana yang belum pasti menjanjikan realiti.. Maka terbukti bukan manusia pemilik segalanya termasuk rezeki tetapi DIA yang Maha Esa,Allah Swt.... ;)


P/s:Terjatuh bukan bermakna DIA ingin melihat kita terduduk meratapi tetapi DIA ingin melihat bagaimana untuk kita bangun…

Friday, March 4, 2011

Kembalikan Senyuman & Kekuatan ku...

hari ini aku rasa sangat rindu..
tapi rindu kali ni pada arwah atuk..
aku asyik teringat kt arwah atuk.. terbayang-bayang
muka atuk senyum.. bayang muka atuk sedang b'kata-kata .
bercerita dengan atuk tentang apa saja ..
masih terngiang-ngiang kedengaran suara atuk yang rajin menelefonku bertanya khabar.

kasih sayang atuk akan ada untuk kami selamanya..

Cuma aku agak terkilan kerana x berada disisi atuk sewaktu pemergiannya ..

Walaupun atuk xde disini..
tapi atuk kekal dihati kami selamanya...
Amin...

Sewaktu atuk balik kampong seminggu sebelum pemergiannya,..
aku masih berkesempatan cium tangan atuk..
berbual dengan atuk..
pertemuan itu menjadi pertemuan yg terakhir…
berpisahlah kami untuk selamanya..

aku sebak.. aku nangis.. aku rasa kehilangan..

..dan yg pasti dalam kepala,
aku terfikir cmne wai.. sbb aku tau wai sgt2 syg atuk..
Alhamdulillah smuanya dipermudahkan..
wai juga kuat dan tabah.. dan wai perlukan masa..

terima kasih atuk kerana atuk selalu sygkan kami cucu-cucunya..
atuk sempat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh kami cucu2 & juga anak2nya..
kejayaan kami adalah kebangaan atuk..akan kami teruskan perjuangan ini..

atuk sumber inspirasi kami…
dan yang pasti
aku xkan lupa kenangan-kenangan bersama atuk..

Terima kasih Ya Allah untuk kasih sayang ini..
semoga arwah atuk sentiasa berada dalam golongan orang2 yg beriman..
Al-Fatihah buat atuk tersayang..

cukup la setakat ini..
rasanya entri ini, entri yg paling sedih..
semoga esok lebih baik dari hari ini..
semoga kekuatan & ketabahnku kembali tegar dalam diri..

biar aku tersenyum selalu :)


~salam jumaat~ 04/03/2011 (02:30p.m)

Thursday, March 3, 2011

SEKALI UNTUK SELAMANYA

Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi,
sedarkan aku dengan amaran ALLAH S.W.T
Jika aku bersedih, pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
Jika antara kita ada tembok pemisah,
Leraikanlah dengan ukhwah, DAN.......
jika pernah hatimu terluka lantaran sikapku,
luahkanlah agar aku berubah..
Namun, satu pintaku, berjanjilah,
UKHWAH KITA KEKAL SELAMANYA~

Wednesday, March 2, 2011

Susahnya Memujuk Hati

Salam ceria,

” Allah berikan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan”

Aku telah menerima satu dugaan yang begitu berat aku rasakan. Dalam keadaan yang tidak berapa sihat ketika itu, terasa diri begitu lemah untuk menghadapinya. Tapi aku kuatkan hati dan semangat. Allah tak berikan sesuatu ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya.

Aku perlu kuat. Aku perlu tabah.

Kadang-kadang sesuatu ujian itu datang untuk menjadikan kita lebih matang dan menghargai sesuatu yang kita miliki. Kita perlu berusaha untuk redha dengan keadaan yang telah Allah tentukan untuk kita. Mungkin hikmahnya belum kelihatan.
Memang susah untuk memujuk hati supaya menerima dengan hati terbuka. Namun perlu berusaha dengan sedaya upaya. Bila Allah timpakan sesuatu ujian mungkin kerana dia nak berikan kita nikmat yang lebih besar lagi. Jadi aku perlu banyakkan sabar.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini. Jadikan aku insan yang tabah dalam apa jua cabaran yang kau tetapkan untukku. Jadikan aku lebih hampir kepadamu. Jadikan ini permulaan untuk aku lebih berjaya dan menjadi seorang yang kuat menghadapi cabaran hidup. Amin.

Kepada semua yang sedang melalui saat-saat getir,
Dekatkan diri kepada Allah. Mungkin ini peringatannya kerana kita yang semakin jauh darinya.


Salam Motivasi.

AL – FATIHAH BUAT ATUK TERCINTA…


kubacakan yasin di sisi arwah atuk
kukucup dahinya yg sejuk kaku
kutatap wajahnya yg tenang
empangan air mata yg cuba kutahan pecah jua

takkan aku lupa wajahnya
ciumanku untuknya yg terakhir kali
sebelum kafan serba putih membaluti
selamatlah datukku di alam sana

atuk selamat dikebumikan selepas solat zohor
petang yg tenang
semoga arwah atuk berada dalam rahmatNYA
doaku sentiasa mengiringi..
Alfatihah..


kami kini redha dengan pemergian mu..meski belum puas mahu dibelai mahu dimanja..Doa kami,agar tenang dan aman dipusara …sejuta rahmat mengiringi perjalanananmu…Al Fatihah buat Datuk Tercinta Hj Mohd Dali bin Abu…Buat atuk dalam kenangan…you will be missed, and love always…