JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, March 2, 2011

Susahnya Memujuk Hati

Salam ceria,

” Allah berikan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan”

Aku telah menerima satu dugaan yang begitu berat aku rasakan. Dalam keadaan yang tidak berapa sihat ketika itu, terasa diri begitu lemah untuk menghadapinya. Tapi aku kuatkan hati dan semangat. Allah tak berikan sesuatu ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya.

Aku perlu kuat. Aku perlu tabah.

Kadang-kadang sesuatu ujian itu datang untuk menjadikan kita lebih matang dan menghargai sesuatu yang kita miliki. Kita perlu berusaha untuk redha dengan keadaan yang telah Allah tentukan untuk kita. Mungkin hikmahnya belum kelihatan.
Memang susah untuk memujuk hati supaya menerima dengan hati terbuka. Namun perlu berusaha dengan sedaya upaya. Bila Allah timpakan sesuatu ujian mungkin kerana dia nak berikan kita nikmat yang lebih besar lagi. Jadi aku perlu banyakkan sabar.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini. Jadikan aku insan yang tabah dalam apa jua cabaran yang kau tetapkan untukku. Jadikan aku lebih hampir kepadamu. Jadikan ini permulaan untuk aku lebih berjaya dan menjadi seorang yang kuat menghadapi cabaran hidup. Amin.

Kepada semua yang sedang melalui saat-saat getir,
Dekatkan diri kepada Allah. Mungkin ini peringatannya kerana kita yang semakin jauh darinya.


Salam Motivasi.

No comments:

Post a Comment