JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, May 28, 2014

Kasih Sayang Cinta dan Rindu

KASIH
Pabila dia memandangku dengan penuh rasa . Pabila dia menyentuhku dengan penuh belaian.
SAYANG
Setiap kali keluar dari  rumah akan berpesan :
" Sayang bawak kereta hati-hati ".
RINDU
Setiap hari juga apabila sedang sibuk bekerja , dia akan tiba-tiba menghantar sms atau whatsapp . Atau sekadar bertanya sibuk ke? Dah makan ke belum?banyak kerja ke hari nie?
CINTA
Ketika ku sakit dia akan pastikan aku makan ubat mengikut masa.
Ketika ku sedang tidur tidak pernah mengeluh walau sedikit tentang kelemahanku ,
Ketika ku keletihan dialah tukang urut terbaik untukku.
KASIH SAYANG RINDU CINTA
Semua ini ku kenal setelah bernikah dengannya . Ketika zaman bercinta , tak pernah ku lihat dia sebegini .
Cuma yang aku tahu dari dulu hingga kini yang pasti ada ialah kesabarannya .
Sabarnya dia mendengar bebelanku ,
Sabarnya dia menangani sifat pemarahku ,
Sabarnya dia memujukku ketika ku protes sesuatu .
Sungguh . . Orang kalau tengok dia secara lahiriah akan menganggap dia seorang yang garang , bengis dan tegas .
Tapi percayalah . garang , bengis dan tegas semua hampir tiada padanya ketika berda disampingku .
semua sifat yang tiga itu ada padaku , Dia umpama unsur natural yang berada disekelilingku .
Setelah satu tahun dan seorang suami (InshaAllah akan ke syurga bersama) barulah kukenal erti kasih , sayang , rindu dan cinta.
Sesungguhnya aku hanyalah seorang isteri yang banyak kekurangan , Dan dia adalah suami yang terlalu sempurna bagiku .
Terima  Kasih Sayangku !!

Monday, May 26, 2014

Bangun dan Jatuh

Tidak tahu kenapa bila setiap kali aku cuba untuk jadi baik aku akan tergelincir. Aku cuba bangun balik dan kemudian merangkak tapi entah kenapa aku tetap akan jatuh, aku cuba untuk bangun balik ambil balik semangat untuk melawan dugaan tapi masih aku tetap akan jatuh tergelincir.

Aku tahu aku bukan maksum, aku manusia biasa yang berdepan dengan cerita hidup yang pelbagai, dan bila cerita hidup aku itu adalah perit aku jatuh walau betapa kuat aku bertahan.


Berusaha menjadi lebih baik dari semalam memang bukan senang dan rupanya usaha itu betul-betul tidak pernah mudah.


Orang sekeliling aku bagi nasihat serupa "teruskan, teruskan, teruskan". Tapi melakukan sesuatu perkara baik dengan jiwa yang penuh pengharapan tidak semudah berkata senafas teruskan.


Aku tidak tahu akan berapa lama lagi aku perlu berjuang untuk diriku sendiri dan aku tidak tahu berapa lama perlu aku bertahan. Tapi hatiku masih kuat mahu berubah, berubah untuk menjadi seorang manusia yang sekurang-kurangnya lebih baik dari siapa aku yang sebelumnya.

Thursday, May 22, 2014

Pelik

Pernah tak timbul satu rasa dalam diri yang kita tak tahu nak explain apa dan macamana.
Sedikit rasa malas, sedikit boring, sedikit marah, sedikit penat, sedikit malas nak ambik peduli, sedikit ragu, sedikit rindu, sedikit letih, sedikit mahu mengalah, sedikit mahu melawan, sedikit geram sedikit itu-sedikit ini. Yang bila dicampur ianya jadi satu perasaan yang pelik.


Dan perasaan bila ia jadi pelik, tindakan kita juga pelik-pelik belaka, fikiran juga jadi pelik, kata-kata juga jadi pelik, dalam keadaan ni kalau nak kata susah tidaklah, tapi mungkin agak jengkel untuk diri sendiri bila apa yang sepatutnya kita tidak fikir begitu akan datang dalam fikiran lalu kita buat kesimpulan logik tapi hampir mustahil untuk diterima akal manusia.

Itulah sebabnya, jangan suka buat assumptions sendiri, jangan fikir kita lebih baik banding orang lain atau sebaliknya, jangan pakai sangka-sangka, jangan selalu serkap-serkap, jangan suka sangat fikir terlalu jauh. Sebab bukan saja otak jadi letih tapi perasaan pun akan terganggu. Tu yang jadi pelik tu.


 

Friday, May 16, 2014

Fikir-fikirkan


Teman manusia yang sebenar ialah Akal dan musuhnya ialah Jahil.

Thursday, May 15, 2014

Si-kalut

Manusia kalau yang jenis kalut, banyak masanya agak menyusahkan. Kalau susah dia seorang tiada masalah, tapi yang ini jenis menyusahkan sampai orang-orang sekeliling pun rasa beban sekali, nak marah tak sampai hati pula, tak layan kesian pula tapi bila layan kita pula yang susah, jadi susah berganda-ganda lagilah.

Letih tau main dengan orang yang macam ni, dia sorang senang dia suka tapi kalau orang lain susah dia lagi payah. Kadang-kadang paksa diri pujuk minda :. jangan ambil peduli sangat orang yang macam nie, nanti haru-biru hidup sendiri.

Tapi, kalau dah tiap hari tiap masa, berdepan dengan si kalut ni, masak juga!

Tak lah mengharap apa-apa pun dari si kalut, cuma minta/doa supaya tahankan hati je bila berdepan dengan orang begini takut-takut nanti bom jangka yang aku simpan dalam hati meletup sekali, lagi teruk jadinya.

Tuesday, May 13, 2014

Terus berharap

Niat baik.
Nak jadi manusia yang sabar, tenang dan mahu lebih zuhud
Pendek kata, mahu jadi manusia sebaik mungkin lebih dari semalam.
Tapi, entah kenapa?
Setiapkali nak berubah disitulah juga dugaannya.
Buat diri kadang-kadang goyah, doubt pada perasaan sendiri.
Tentang kekuatan diri.


Tapi,
Allah janji kalau niat kita ikhlas dan baik
Dia tidak akan mungkir.
Hanya sabar : cepat atau lambat sahaja ukurannya.


Diri ini,
Masih cuba bertahan
Mengharap agar harapan yang tertinggal ada penawarnya
Semoga menjadi yang sebaik dari hari semalam .

Not A Perfect Person

Kekadang aku rasa aku ni bersifat melampau...kekadang aku rasa aku ni boleh jadi diam sediam diamnnya..kekadang aku jadi ramah. Kawan cakap aku ni memang jenis yang lambat 'warming up" dalam bab bab banyak cakap ni.aku hanya ramah tamah dengan orang yang aku betul betul dah rapat ataupun dah kenal mesra.dan satu kekurangan yang selalu aku perasan,aku ni memang tak reti nak mesra dengan orang yang lebih berusia dariku.kiranya aku ni 'kurang' bijak mencari topik perbualan dengan orang yang lebih tua dariku.. Huhu.. Terlalu banyak yang aku perlu belajar di dunia yang fana ini.. Banyak ilmu lagi yang perlu aku 'timba'.. Aku hanyalah manusia yang serba kekurangan.. Kekadang kita ni,bila nak cuba untuk mengatasi kekurangan diri sendiri,kita berjaya tapi dalam masa yang singkat sahaja..kekadang dalam masa satu hari,kekadang dalam masa dua jam.pastu kita dah berubah semula kepada sifat asal kita..huhu.. Takde konsistensi. Berusaha untuk berubah takkan berjaya kalau tak de konsistensi.. Perlukan usaha yang berterusan.. Moga aku istiqamah dan konsisten dalam membuat perubahan ke atas diriku.moga allah merestui usahaku untuk berubah. Amin...

Friday, May 9, 2014

Selamat Hari Ibu ,Mak

Sebenarnya daripada tadi saya ingin menaip sesuatu. Sesuatu yang dapat menggambarkan penghargaan saya pada seorang ibu. Tapi semakin lama saya semakin tak tahu. Atau lebih tepat, saya semakin tak mampu. Tak mampu untuk mengekspresikan penghargaan itu.

Pada saya, kita memang mampu kata yang kita selalu sayangkan dia. Kita memang mampu berterima kasih akan segala jasa dan pengorbanannya. Kita memang sentiasa berdoa agar dia sihat sejahtera. Kita memang sayangkan dia lebih daripada apa yang kita sendiri rasa. Tapi hakikatnya, tetap tak ada sebarang kata yang mampu menilaikan penghargaan kita.


Bukan kerana dia adalah tidak bernilai. Tapi kerana dia adalah tidak ternilai.
 
Sebab setiap daripada kita punya takdir dan ketentuan yang berbeza. Seperti juga tempoh masa yang kita ada semasa bersama dia. Ada yang sejak lahir ibu telah tiada. Ada yang menerima kasih sayang selama 12 tahun sahaja. Ada yang selama 25 tahun dapat hidup bersama.Ada yang mempunyai ibu lebih daripada satu, lebih daripada dua dan ada yang lebih daripada tiga. Ada yang ibunya masih lagi dipanjangkan usia. Dan ada yang pergi lebih awal mendahului ibunya.
 
Biarlah sesingkat mana waktu yang ada. Biarlah detik tu sekejap cuma. Apa yang penting, waktu yang ada akan memberi kita kenangan terhebat sepanjang usia. Well said, seorang ibu bukan semestinya kerana dia sentiasa ada di sisi. Tapi adalah kerana dia sentiasa ada di hati.

Bagi yang telah berumahtangga tetapi masih belum mendapat cahaya mata, yakinlah bahawa rezeki Allah akan sentiasa ada. Dan bagi wanita yang telah dikurnia puteri mahupun putera, Selamat Hari Ibu untuk anda semua.


SAYA SAYANG MAK SAYA !!!