JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .
Tuesday, May 13, 2014
Not A Perfect Person
Kekadang aku rasa aku ni bersifat melampau...kekadang
aku rasa aku ni boleh jadi diam sediam diamnnya..kekadang aku jadi ramah. Kawan
cakap aku ni memang jenis yang lambat 'warming up" dalam bab bab banyak
cakap ni.aku hanya ramah tamah dengan orang yang aku betul betul dah rapat
ataupun dah kenal mesra.dan satu kekurangan yang selalu aku perasan,aku ni
memang tak reti nak mesra dengan orang yang lebih berusia dariku.kiranya aku ni
'kurang' bijak mencari topik perbualan dengan orang yang lebih tua dariku..
Huhu.. Terlalu banyak yang aku perlu belajar di dunia yang fana ini.. Banyak
ilmu lagi yang perlu aku 'timba'.. Aku hanyalah manusia yang serba kekurangan..
Kekadang kita ni,bila nak cuba untuk mengatasi kekurangan diri sendiri,kita
berjaya tapi dalam masa yang singkat sahaja..kekadang dalam masa satu hari,kekadang
dalam masa dua jam.pastu kita dah berubah semula kepada sifat asal kita..huhu..
Takde konsistensi. Berusaha untuk berubah takkan berjaya kalau tak de
konsistensi.. Perlukan usaha yang berterusan.. Moga aku istiqamah dan konsisten
dalam membuat perubahan ke atas diriku.moga allah merestui usahaku untuk
berubah. Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment