JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, November 30, 2012

berbeza itu bagus

Salam Petang Jumaat

Lagi beberapa jam nak masuk ke tengah malam dan bermulanya detik waktu hari sabtu.. Sejenak fikiran datang membuatkan aku berfikir seketika.. Selesai berbual dengan seorang rakan baik buatkan hati dan emosi aku bercampur-campur..

Berbeza sikap dan pendapat itu adalah lumrah dalam berkawan.. Adakala kita akan jumpa orang yang jauh berbeza pemikirannya dengan kita.. Adakala pula kita akan jumpa orang yang cukup sama sifat dan minatnya dengan kita.. Biasanya yang sama ini kita lebih teruja dan seronok bila berkawan.. Manakala yang berbeza itu kadangkala kita rasa janggal dan sedikit tidak selesa.. Namun itu tidak menghalang kita daripada terus berkawan dan terus menjalinkan hubungan..

Punya minat.. citarasa.. selera.. cara.. sikap yang sama itu sememangnya ideal.. bukan sekadar dalam persahabatan malah juga dalam hubungan.. Terutama bila kita mencari pasangan hidup.. pastinya mereka yang punya gaya.. sikap.. minat yang sama itu lebih cenderung untuk kita dekati.. dan mereka yang kita lihat jauh beza citarasa dan sikap itu kita cuba hindari dan tidak layan..

Ini menyebabkan aku terfikir sejenak.. kerana selain daripada kawan-kawan yang sekepala.. yang sama minat.. sama citarasa.. sama perangai... yang aku katergorikan sebagai sekepala.. seia sekata.. Aku juga punya kawan yang cukup jauh berbeza sifatnya..citarasa dan minat.. tapi kami kawan baik... masih boleh berkawan dan bermesra walaupun kadangkala hati terusik dengan sikapnya.. atau hati terasa dengan tindak tanduknya..

Mengapa perbezaan itu kadangkala buatkan kita lebih rapat?? Janggal dan pelik kan.. walaupun kadang hati cukup terasa.. walaupun fikiran seringkali mengatakan.. terimalah dia dengan perbezaan itu.. Hati tak dapat tidak menindakkan rasa kejanggalan itu.. dan kini.. ia sedikit sebanyak menjadi persoalan.. kenapa kita masih nak berkawan dengan orang sebegini..

Jawapannya??? Pada aku takde jawapan.. Soal hati ini terlalu kompleks.. ada orang mungkin dah lama ignore atau tidak berkawan dengan orang sebegini.. tapi mungkin pada orang lain.. perbezaan itulah tarikan.. berbeza itu bagus... berbeza itu menarik.. berbeza itu istimewa..dan mungkin sifat dan sikap yang berbeza itu membuatkan aku tertarik mendekati dan berkawan dengan insan sebegini... walaupun hakikatnya cara hidup..sikap dan pendapatnya amat jauh berbeza dengan aku..

Pendekatan?? Aku rasa yang terbaik untuk aku lakukan bila mendekati kawan sebegini adalah redha dan sedia membuka minda seluasnya untuk terima dia seadanya.. Aku tidak boleh lagi apply rules tertentu atau meletakkan keegoan sikap aku bila berkawan dengan orang sebegini.. Maknanya.. aku kena tolak ansur tahap maksima.. Meaning it's better just to agree than to disagree... Aku rasa itu cara terbaik sebagai penyelamat keadaan.. Agree to disagree.. it's save the situation.. it save the relationship.. Aku kena kawal sedikit sikap terbukaan dan ketelusan serta 'terus terang' bila berbicara.. But sometimes I feel deeply sad because it's sort of like pretending to be ok.. just for the sake of avoiding the situation turn into something worst.. I learn my lesson the other day... Mengalah tidak bermakna kita kalah.. Mengiakan tidak bermakna kita setuju sepenuhnya.. Menerima tidak bermakna kita tidak ada pendirian.. cuma selagi ia tidak memburukkan keadaan.. just be it.. Aku dah letih nak mengeruhkan keadaan.. Sometimes you just have to accept the way they are kan..

Walaupun kadangkala kita rasa 'tidak adil'.. kita rasa 'tak sepatutnya' tapi jika itu yang terbaik untuk kita hadapi sesuatu situasi itu.. so just let it be that way.. Aku dah sampai peringkat ini.. Kadangkala bersifat menerima tidak salah.. walaupun ye.. mungkin sahaja rasa tu terpendam jauh dilubuk hati.. but janji tak gaduh.. tak selisih faham.. tak bertekak.. tak bertegang urat.. hubungan aman damai.. so why not.. why take the risk to be so direct and point out all the different things but at the end of it.. masing-masing terluka.. masing-masing kecewa dan masing-masing sedih.. and worst.. the relationship end..

Tapi pasti sahaja orang akan kata.. aku lebih rela putus atau berpisah dengan seseorang dan berterus terang apa yang aku tak puas hati tu daripada aku pendam rasa yang menyebabkan rasa tak bahagia.. Setuju juga dengan pendapat ini.. Tapi mengapa kita nak memburukan keadaan seandainya kita rasa kita boleh handle lagi situasi itu.. atau kita masih boleh berhubungan baik dengan dia.. Well.. sometimes.. memendam itu baik.. it's the best practice sebenarnya.. ia mengajar kita mengalah dan menerima.. menerima untuk kebaikan kedua-dua pihak.. kadangkala soal hati kita kena tolak ke tepi dan letakkan priority benda lain sebagai keutamaan..

Benda yang aku cerita nie nothing to do with my relationship with my beloved.. Jangan pulak silap faham.. my relationship with him is strongly bond.. Dia terlalu mengenali aku.. walaupun kami ada juga perbezaan.. but the way I look into his differents.. I also judge his good side and things that we really enjoy doing together.. Maknanya.. walaupun dia ada perbezaan.. tapi aku juga tidak hanya melihat perbezaan itu.. masih banyak lagi persamaan lain yang berganda lebih baik daripada perbezaan yang aku lihat itu.. Maksudnya.. bila aku rasa tak puas hati dengan dia tentang sesuatu.. aku juga tidak lupa tentang benda lain yang dia buat menyenangkan aku... so that way.. aku boleh cool.. and love him even more..

Yang aku bicarakan di sini adalah dalam soal persahabatan.. Different is good yeah.. and different is special.. just the way we accept it.. As long as it make both happy then.. terimalah perbezaan itu dan sesuaikan dengan cara kita berkawan..

Berbeza itu istimewa... bukan sekadar berbeza itu bagus pada aku...

P/S : Semakin lama menjalani liku hidup , aku kira kematangan dan pengalaman sentiasa menjadi sahabat terbaik menunjuk arah. Betul. Tidak bermakna usia yang lama memastikan jalan sentiasa lurus dan tidak tersasar. Tetapi ia sentiasa memastikan pilihan yang dibuat itu bukan kerana cetek fikiran.Betul, kan?

Ah, saya mengharapkan anda yang membaca bersetuju. Walau pun saya tahu, berbeza pendapat juga adalah fitrah..:)


tips sebelum, semasa dan selepas akad nikah

Hari nie jumpa pulak tips dan flows semasa akad nikah kat blog member aku.. banyak tips yang dikongsi dan boleh dipraktikkan.. share sebab memang sangat membantu kita-kita yang nak kawin nie, lebih-lebih lagi waktu akad nikah.. tak ada la kelam kabut dan blur kan apa yang nak dibuat..

Sebelum Akad Nikah
1. Pastikan pengapit atau teman rapat duduk di sebelah - sebabnya, pengapit @ bestfriends kita la yang akan kurangkan debaran dan tolong-tolong apa yang patut (lap peluh, betulkan veil dsb).. camne nak kurangkan gugup? berbual-buallah dengan pengapit anda..

2. Sediakan IC / kad pengenalan - dokumen ori memang akan diminta.. sebab yang ada dekat tok kadi @ tok imam tu yang salinan je.. nanti karang, terkocoh pulak korang masuk bilik cari ic time dh duduk tersimpuh sopan tu.. hehe

3. Duit upah - penting! ingatkan cik abang prepare siap-siap.. sebelum tu risik-risik la kadar upah sepatutnya..

4. Senyum Agar Lebih Tenang - yess, kunci dia, SENYUM... walaupun masa tu dalam dada, rasa nak pecah dengan debaran..

Ini pulak adalah flow semasa akad nikah..

Semasa Akad Nikah
1. Khutbah nikah - masa ni dengar betul-betul,bagi faham okey..banyak pesanan-pesanan dalam ni..

2. Bacaan taklik - isteri kena dengar betul-betul time ni.. bukan ape,mintak simpang, nauzubillah la kan untuk benda ni berlaku dalam baitul muslim kita,tapi taklik ni sebenarnya memelihara hak isteri daripada penganiayaan kalau berlaku kepincangan tanggungjawab oleh suami..so jangan anggap taklik ni sebagai sesuatu yang 'nothing'.. so check lafaz taklik negeri masing-masing dan teliti apa syarat-syarat yang boleh menyebabkan talak jatuh sekiranya ada aduan isteri kepada kadi..

3. Keluarga Sakinah/ Penyerahan Tanggungjawab - err.. kat Melaka,rasanya takde penyerahan tanggungjawab ni..ala yang ala-ala ustaz don buat tu..yang letak tangan atas kepala isteri.. dlm blog member cakap kat johor ada adat ni..kang aku terkujat tetiba dia datang letak tangan atas kepala kang.. :p lagi satu yang biasa dibuat adalah family perempuan berucap, menyerahkan tanggungjawab jaga pengantin perempuan pada pengantin lelaki..

Selepas Akad Nikah
1. Penyerahan Mas Kahwin Dan Wang Hantaran - hantaran ni lebih kepada belanja mengurus perkahwinan sebelah perempuan, manakala mas kahwin ni berupa pemberian wajib oleh lelaki kepada perempuan atas sebab perkahwinan dan ianya milik mutlak 100% pengantin perempuan ye..so bawakla time akad nikah tu..kalau tak lafaz anda akan jadi ada perkataan 'hutang'..hihihi..

2. Pembatalan Air Sembahyang. - cincin? gelang? rantai? ikut kemampuan la kan..
Tip drp member aku: Jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembahyang lebih baik berlatih dahulu memakaikannya pada ibu atau saudara perempuan.

3. Bersalaman & Mencium Tangan Suami - saat yang ditunggu-tunggu.. ngeh3..ke tak? harusla kan... :p

4. Cium Dahi Isteri - paling ditunggu-tunggu.. kan? kan? kan? syahdunya rasa time ni.. errkkk... nak lagi syahdu, janganla pakai tudung awning.. kalau tak kelepet-kelepet nanti,cian pengantin lelaki susah nak cium..
Tip dari member aku: Jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu dan mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yang anda boleh gunakan. Sebelah tangan anda memegang bahu isteri dan sebelah lagi memegang dagu isteri. Selepas itu, angkatkan sedikit muka si dia supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.

5. Bersalaman Dengan Ahli Keluarga - which family first? tengok dan follow the flow kot..cuma, rasanya lagi manis, kalau dua-dua bersalam dengan family yang sama at the same time kan.. takdela sorang ke kanan, sorang lagi ke kiri.... your opinion?

6. Solat Lepas Nikah - kahwin sekali seumur hidup.. insyaALLAH.. jadi kalau boleh, buatla solat sunat nikah melainkan anda berhasrat untuk berkahwin lagi.. muahaha..

Banyak juga tips yang berguna kan.. ,memang aku copy paste dari blog member. cuma yang huraian tu je olahan dan pandangan aku.. so kalau nak tengok dengan lebih detail, boleh terjah blog dia.. =)

Thursday, November 29, 2012

Syarat pakai tudung yang sempurna

Assalamualaikum =)

Lepas lunch tadi,sorang kawan aku share satu video ceramah dari Ustaz Don Daniyal berkenaan pemakaian tudung yang sempurna bagi muslimah.Mungkin ini satu teguran 'halus' untuk adik-adik perempuan dan isteri dia kot.Hehe...kita amik yang baik,

Ustaz Don kata nak pakai tudung sembilang ka,nak pakai tudung tajima kelepiaq muka ka, nak lilit 10kali ka terpulang. Tapi,

Pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada hingga ke paras pinggang @ sekurang-kurangnya atas pinggang, berselindung, tidak jarang @ transparent, longgar tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi (menutupi bahu).

Ini yang aku faham, kalau ada tersalah minta betulkan je eh.
Thank You ustaz Don !

peringatan juga untuk aku yang selalu terlalai ni..Thanks jugak kat kak syarah sebab suka ingatkan "labuhkan tudung tu ye, lagi indah bila dah jadi isteri nanti "

for me,tak salah berfesyen tapi ikutlah keempat-empat syarat wajib bertudung yang ustaz Don ckp tadi tu..Insya Allah semakin cantik luar mahupun dalaman kite...=)

person i admire...sis Wardina =)
suka sangat tengok dia n hopefuly dapat 'jadi' macam dia gak 1 hari nanti..amen
sgt cantik kan!

nie lagi sorang admire aku dari mula-mula dia melangkah ke dunia hiburan..
suke sangat tengok heliza ni pakai tudung camni
makin labuh, makin indah kan!
kalo takmoh labuh sangat pun ok!
asalkan ikut 4 syarat yang ditetapkan tu..
bukan hukum manusia buat tau..tapi tu hukum Allah SWT.

Dan aku paling tertarik,bila ustaz sentuh mengenai pemakaian tudung pengantin...Aku pasang telinga dan taip laju-laju, mesti baca wahai bakal pengantin dan mak ayah pengantin!

"Pengantin kahwin masukkan tudung ke dalam,tak pakai tudung hari kahwin Tuhan laknat! Macam mana nak dapat zuriat yang bagus. Tolong mak bapak amik perhatian eh...baju kahwin anak...ehh..maaf naa..saya pesan...tu la saya kata tadi,saya bukan nak tunjuk pandai,saya kena kongsi benda ni.Sebab,

Rugi, kahwin panggil ustaz baca doa untuk nak meraikan dia,tapi pengantin tak tutup aurat stokin tak pakai,hari kahwin Allah laknat,kerana kufur kepada Allah dan ingkar dengan perintah Allah.Hari kahwin Allah laknat, macam mana nak dapat zuriat yang baik. Maaf naa...saya cakap lagu tu maaf naa...."


*Peringatan untuk diri sendiri dan semua.....insyaAllah, terima kasih.. =)



Tudung Nikah...Serabutlah..

Assalammualaikum...

Sape ada masalah nak pilih tudung nikah ? angkat tangan..aku adalah salah seorang yang tengah pening nak cari tudung untuk nikah..untuk nikah aku plan nak pakai tudung simple tapi nampak grand ..camna tue ek??hehehehehe lawa gak tudung camni...

lepas tu pikir-pikir balik sesuai ke ngan muka aku yang comey nie hehehehe..tanya pendapat member diaorang cakap sesuai tapi aku yang tak confident..lepas tu sesaja jalan kat radiusite..rasanya nikah nie macam nak pakai tudung cam nie je..simple and sweet gitu..
tengok kat radiusite semua sold out tapi jalan TAR kan ada apa susah redah je hehehehe (Encik tunang bawakla saye :p...)

untuk tudung sanding suka sangat ngan tudung macam nie


tengah cari sape yang ada jual dengan harga yang berbaloi....sape yang pandai buat tudung mcam nie buatla tutorial sikit..boleh gak aku dapat idea nak buat camana..

so sekarang tengah pening kepala, belum decide nak pakai tudung ape time nikah nanti. tapi yang penting macam malas nak pakai tudung ada awning kat depan tu.aku lebih prefer shawl berbanding tudung sarung tapi kalau memang dah tak ada memang terpaksa la pakai.
so aku memang nak sangat tudung macam ni tapi asyik sold out pulak. aku jadi stress pulak sebab tak tahu nak cari kat mana..warna dia manik-manik dia dah sesuai dengan baju nikah aku nanti...

so sekarang aku jadi serabut..ermmm walaupun ada waktu lagi, tapi i need make preparation early supaya aku tak jadi macam org gile meroyan masa time big day nanti sebab takut aku nampak macam teruk sangat...takut semua tu!!!

Tapi sebenarnya aku lebih suka tudung Irma Hasmie nie..Cantik dan tutup aurat..

Subhanallah,it was a beautiful and wonderful wedding.Baju Irma Hasmie pon loose tapi cantik,tudung labuh menutupi dada,mekap tidak keterlaluan,dayang-dayang semuanya bertudung labuh,simple wedding tapi meriah. Sangat sweet.Pernikahan yang penuh dengan ciri keislaman

p/s: pastikan gaya itulah yang wajar menjadi pilihan ku untuk bergaya sebagai seorang pengantin yang cantik menawan serta menjaga auratnya.

Wednesday, November 28, 2012

RodA kEhiDupAN


hidup ini umpama roda.kadang berada di atas kadang berada di bawah.itulah lumrah perjalanan kehidupan setiap makhluk ciptaan Allah.

tatkala berada di atas terasa dunia ini milik kita. itulah keangkuhan kita,cepat lupa diri dan asal kejadian. terlalu ego dan buat-buat lupa orang sekeliling yang membantu kita.

tapi apabila awan mendung singgah menyapa, tatkala pusingan roda telah berada di bawah... kita mula sedar diri.mulut akan selalu menyebut Allah..saat itu baru terpandang teman-teman di sisi.tanpa segan silu terlintas untuk meminta pertolongan.

siapa pun kita, selalu lah berpijak di bumi yang nyata. jangan terlalu sombong dengan apa yang kita miliki.apa yang kita ada hari ini bukanlah milik kita yang mutlak kerana ia adalah sekadar pinjaman untuk menguji kita. apabila kita mendapat rezeki lebih, memberilah pada yang berhak.. insyaallah akan bertambah keberkatan dalam rezeki yang kita dapat.

PESANAN DR. FADZILAH KAMSAH


Salam, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang
banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan
ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM

ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA,

Tuesday, November 27, 2012

Keindahan tiada tandingan

Bismillah...

Celik je mata, sudah mampu tersenyum bagai. =)
Dah mampu buat rutin seperti biasa.
Banyak je kerja tapi lebih terarah pada apa yang namanya "menulis".
Rindu sangat-sangat untuk menulis. Syukur.

Teringat lagi...

Erm.. indahnya melupakan kesalahan orang lain. Lebih tepat lagi, berbaik sangka pada orang lain itu best. Semuanya soal hati, Kalau rasa mampu, memang boleh je.

Menilai diri di hadapan Allah...
Rasa tak layak terima banyak... Seringkali manusia lain cemburu kerana kelebihanku..
Wahai Allah, cukuplah sekadarnya...
Taknak ade hati yang cemburu lagi...

Ada manusia lain kata, ketepikan penilaian manusia.
Aku berhak terima itu dan ini...
Serba salah jadinya...

Urmmm indahnya kembali...

*pejam dalam tangis*

istighfar... T.T

Menghargai setelah tidak dihargai

Assalammualaikum....

Hargai, dihargai dan menghargai adalah sesuatu perbuatan yang membuatkan semua orang rasa bahagia.....

Paling gembira, apabila diri kita dihargai...Bila dihargai, terasa hidup nie sangat-sangat bermakna :)

Menghargai ; kita pula yang patut beri penghargaan kepada orang lain terutama orang-orang penting dalam hidup kita...

Pernah terasa bila diri tidak dihargai?

Rasanya sangat menyakitkan....Rasa macam diri ni tak bermakna....

Sedih kan bila segala usaha, langsung tak dipandang...tak diingat sama sekali....Kita cuba sehabis daya untuk membantunya dalam kehidupannya, tapi penyudahnya, kita dikecewakan pulak....Bila jadi camtu, barulah kita sedar, betapa kita sudah bazirkan masa, tenaga dan segala rasa prihatin dalam diri kita....

Bukan hanya orang yang bercinta jer terjadi perkara camni....di kalangan kawan-kawan, kadang-kadang saudara sendiri pun....Bila susah, kita lah dicari, pabila senang, kita lah dikeji....

Bila segala kepercayaan kita, rasa penghargaan kita dah dikhianati, memang la rasa nak maki..tapi tak boleh...rasa jadi pembunuh bersiri, pun tak boleh..(jangan wat yer....kita masih ader pegangan agama)...rasa nak nangis...ha...yang nie boleh....

Saya pernah lalui benda nie..mungkin salah sendiri..sebab terlalu percaya dan letakkan harapan tinggi kononya, dia lah masa depan saya....ok..fine...saya belajar dari kesilapan tu....apa yang jadi, biar lah berlalu....kehidupan patut diteruskan dengan lebih gembira...lebih bersemangat...

Sekarang, Alhamdulilah.....saya lebih menghargai apa yang telah saya miliki...dan Insya-Allah...menghargai apa yang bakal saya miliki....Menghargai setiap kebaikan yang datang dalam hidup..tak kira kecil atau besar kebaikan itu...Menghargai setiap detik bersama orang yang menghargai diri ini...

Kesimpulannya, hidup kita perlu menghargai ,Insya-Allah kita akan dihargai....Jangan mudah rasa kecewa kalau ader orang tak hargai kita sebab akan ader orang yang menghargai kehadiran kita dalam hidup mereka....

Kamu berhak hidup gembira...
Kamu berhak hidup bahagia...
Kamu berhak dapatkan kehidupan yang lebih baik...
dan....

Kerana dirimu begitu berharga... (sila baca dalam nada iklan Loreal Paris..)

Terima kasih Allah.....
Terima kasih mak dan ayah...
Terima kasih lelaki masa depan..
Terima kasih kawan-kawan...
Terima kasih untuk semua....
(^_^)

p/s : bahagia bersama mereka yang membahagiakan...TAKDIR ALLAH ITU INDAH...Alhamdulilah (^_^)

Friday, November 23, 2012

Bangunlah Dan Terus Berjalan

Alhamdulillah..pagi ini Melaka hujan..hari ini dan hari yang akan datang insyaallah lebih baik dari hari yang sebelumnya..kalau mungkin aku tidak layak untuk bahagia , cukuplah pada aku jika diberi ketenangan dan damai dihati..kekadang aku fikir aku berjalan sendiri , tapi sebenarnya Allah sentiasa menemani aku..saat aku menangis , aku selalu mohon Allah pujuk aku dengan tenangkan aku..saat hati aku sakit ditusuk bertubi-tubi , saat itu aku bermohon pada Allah supaya sembuhkan segera kesakitan aku..saat aku jatuh ditolak , saat itu aku bermohon supaya Allah bangkitkan segera aku walaupun sangat sukar pada aku untuk berdiri semula..tapi sebenarnya hanya Allah yang mengetahui hati kita..hanya Dia yang memahami kita..hanya Dia yang tak pernah rasa jemu untuk mendengar keluhan hati kita..Hanya Allah yang sangat setia mendampingi kita..dalam susah mahupun senang , hanya Allah bersama kita..


Kadang-kadang kita rasa hilang diri , bukanlah bermaksud lupa diri..tapi hilang diri ibaratnya seperti tidak mengenali diri kita sendiri..apa yang kita perlukan? siapa diri kita ? kemana arah tuju kita selepas ini? apa perancangan kita ? susah nak bangun semula selepas jatuh..tapi aku pandang sekeliling aku , siapa yang lebih memerlukan aku..siapa orang-orang sekeliling aku yang sentiasa dekat dengan aku..siapa orang sekeliling aku yang boleh dipercayai..siapa orang sekeliling aku yang jujur dengan aku..siapa orang-orang sekeliling aku yang menyayangi aku..saat ini , aku lebih gemar memerhati..aku lebih gemar berdiam dir.aku lebih gemar duduk diam , dan senyum melihat bagaimana aku dilayan dan bagaimana aku melayan orang-orang sekeliling aku..ada yang membuat aku ketawa , dan menangis semula..ada yang membuatkan kita menari-nari , ada yang membuatkan kita terapung-apung keawang-awangan..begitulah ragam manusia kan.. kadang-kadang kita rasa pada satu masa kita dikelilingi oleh ramai orang yang menari-nari , mereka-mereka itu semua orang-orang yang kita kenali , tetapi disudut dinding kita keseorangan menangis sendiri..saat itu tiada siapa yang akan menyedari bahawa kita sedang menangis keseorangan..kerana mereka yang sedang menari-nari itu semua sedang bahagia dengan kehidupan masing-masing..bukan tidak pedulikan kita , tapi mereka-mereka semua sedang menikmati kehidupan mereka dan menghargai kebahagiaan dengan sebaik-baiknya....aku pandang sekeliling aku , melihat persekitaran bilik yang sangat gelap..sunyi sepi..aku menangis , duduk sendiri..sesekali aku terpandang satu cahaya , saat tu aku terfikir..aku sebenarnya tidak mengenali diri aku sendiri.Aku sebenarnya tak suka akan kegelapan , aku takut kegelapan..aku perlukan peneman yang teman aku bersama-sama supaya aku tidak merasa sunyi..supaya ada peneman , menenangkan aku saat aku menangis ketakutan..aku perlukan cahaya yang menerangi bilik ku yang sangat besar supaya aku rasa lebih tenang dan selesa..aku tak minta bilik yang sangat besar ini dipenuhi dengan segala kebendaan yang mewah , aku tak minta dipenuhi dengan ribuan manusia yang memenuhi seluruh bilik ku..kerana keadaan itu mungkin bukan membuat aku selesa , tetapi ia akan menyesakkan aku..cukuplah aku didampingi dengan mereka-mereka yang sangat ikhlas menemani aku , sangat ikhlas menyayangi aku , sangat ikhlas berkongsi masa dengan aku , berkongsi segala cerita , berkongsi segala kebaikan dengan aku..susah senang bersama..bukan semua dari kita mampu untuk buat begitu.. mereka-mereka itulah antara mereka istimewa yang Allah cipta untuk bersama kita..

Semalam aku berjalan , hari ini aku terus berjalan..langkah berjalan semalam mungkin tidak sekuat hari ini..ada masa , langkah kita terlalu laju seperti mengejar masa.. ada masa langkah kita seperti teragak-agak kerana kurang keyakinan untuk berjalan.. ada masa , kita mampu untuk gagah berlari mendahulu yang lain tapi ada masa kita terjatuh kerana jalan yang kita lalui adalah jalan penuh dengan lopak-lopak..ada masanya , kita berjalan di jalan yang lurus tetapi ada masa kita terlalu menyusun langkah kerana jalan yang kita lalui penuh berliku..bagaimana pun kita , bagaimana pun langkah kita berjalan .. tetaplah berjalan .. jika penat , berhentilah berehat untuk mengambil masa untuk diri sendiri..bila mendapat kekuatan yang baru , teruskan berjalan .. kuatkan langkah , insyaallah Allah sentiasa bersama kita..perjalanan ini adalah untuk kita , yang telah Allah rancangkan buat kita..hargai setiap nikmat dan rahmat dari Allah buat kita..semoga Allah pinjamkan kekuatan buat kita..semoga hari-hari yang akan datang lebih baik dari sebelumnya..amin ..

Thursday, November 22, 2012

Kenali Wanita Melalui Cara Berjalan (lelaki boleh baca)


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Dah baca?korang no berapa??
Aku no 3 ! siapa sama? Give me five.


Banyak kali jugak aku kurangkan jalan menunduk nie..Macam budak tak berapa nak betul..tadi lepas baca artikel nie terus bangga you…

Berbual dengan orang yang rapat adalah diri aku..Orang yang tak kenal aku , label aku sebagai pendiam..Tapi yang rapat dengan aku akan segera cakap “ Dia nie pendiam?Dia nie yang paling banyak mulut dalam geng kitaorang”..

Bersikap dingin pun betul gak..(wah..terus terang ko Baya !!)..aku nie dingin bertempat. Aku jenis tak suka kalau aku ada problem orang pergi dekat aku then Tanya “..kenapa nie? ceritalah kat aku.Sapa buat ko sakit ati?..”aku akan cerita jugak tapi biar reda dulu..kalau tak, tak pasal-pasal orang tu kena marah dengan aku.

Yang paling penting…. “ dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.”..Percayalah padaku..Aku tak tipu  Akulah wanita paling setia sekali hehehe…



Lots Of Love
Nurbayah

Wednesday, November 21, 2012

OUR LIFE SAY ALHAMDULILAH (:

ASSALAMUALAIKUM

bismillahirrahmanirrahim
in the name of Allah


Alhamdulilah, dapat melalui hari hari dengan penuh tabah ! (: hehehe .okey sebenarnya rindu nak menulis at blog nie, sebab busy sangat dengan kerja. then,masa yang ada before nak balik nie, aku curik nak menconteng dekat blog nie.rasanya orang lain mesti tengah happy dengan life yang tengah '' macam-macam '' nie kan..whatever pun,say ALHAMDULILAH(: tanda bersyukur pada Allah .

entry nie more pada life kita.everybody have their own personal problem.same with me too.dugaan untuk sepanjang tahun nie.kena tabah.thanks pada mereka yang keep gives me lot of advises.tak lupa,pada Allah.kepada Allah juga kita mohon dan minta pertolongan. manusia memang mampu untuk menolong but semuanya bergantung pada ketetapan Allah.Ya Allah , ampuni dosa hambamu ini.moga moga kita mendapat petunjuk dari Allah.amin (':

hidup ini singkat.so, kita kena pandai mengatur jadual hidup kita.tu yang kadang kadang rasa nak marah..isshh..tension you!hahaha..sama jugak macam aku.mungkin ,aku kena belajar macamana untuk kawal kemarahan.rasa api membuak buak dalam hati nie. Astagfirullahalazim.bersyukur dengan apa yang ada dari apa yang kita nak melampaui batas.kurang elok ! hidup bersederhana lebih tenang (: jangan berfikiran sempit. hehehe.pandai kan aku nie cakap orang tapi diri sendiri , hampehhh =='' !
ada orang bagitahu aku , setiap masalah ada solusinya.yang paling penting,put trust on Allah.everything will gonna be alright (:



semoga kita jumpa lagi di lain entry (: insyallah ~ hope our life will be happy ! no worries ^^

Tuesday, November 20, 2012

Hahaha..this make me wanna laugh so hard.

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sebagai penyokong Liverpool tegar sejak dari kecik lagi terasa nak gelak guling-guling la tengok gambar ni..

daddy oh daddy..why u wearing me this jersey..i dont like it..and i'll never walk alone

YOU'LL NEVER WALK ALONE KID!!
Manchester United Fan jangan marah..

sorry english aku tak dapat kredit masa SPM..cukup-cukup makan je..tapi tetap nak taip english jugak sikit-sikit..so kalau ada kesalahan tatabahasa tu harap maafkan lah ye..Dalam kotak pemikiranku yang penuh dengan memori 'sandarkan pada kenangan' - (sebab itu aku sesuai jadi fan Liverpool FC - siapa yang power Sejarah SPM sila jadi fan Liverpool)percaya atau tak ,subjek sejarah aku dahulu adalah subjek kelas kepujian…bangga weii..;),hehehe


Respect!!!!
"SAYA HANYA BOLEH MENGIKUTI FALSAFAH DIMANA SAYA MEMBESAR UNTUK MENYOKONG LIVERPOOL FC, DAN SAYA TIDAK BOLEH MENJADI ORANG LAIN. DAN ITU ADALAH CARA SAYA."


p/s: itulah aku ( dalam ati ade taman tau!!ko ader???....;p )

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu??

DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....?

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal...

Ungkapan lelaki mempunyai 9 akal, 1 nafsu dan perempuan mempunyai 1 akal, 9 nafsu sudah menjadi ayat yang biasa didengari dan sentiasa berlegar-legar di fikiran masyarakat kini.Ada segelintir masyarakat yang mendengar dan mempedulikannya,ada juga yang mendengar dan menjadikannya sebagai bahan untuk merendahkan darjat wanita,ada juga yang mendengar dan menafikan kebenarannya terutama bagi wanita.Namun sejauh mana kesahihan ungkapan ini.Betulkah apa yang kita dengar selama ini merupakan satu kelebihan bagi lelaki dan satu kekurangan bagi wanita yang Allah kurniakan?

Baru baru ni aku ada terbaca post salah seorang blogger perempuan mengenai tajuk diatas.Dah abis baca,tapi still tak dapat jawapan mengenai lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal.

Post blogger itu yang berbunyi:

Kalau la benar lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, kenapa......

1. Golongan perempuan di kebanyakkan IPT jauh lebih ramai daripada lelaki, sehinggakan menjadi 3/4 daripada penuntut di IPT? Adakah perempuan lebih bernafsu kerana nafsu 9nya terhadap buku2, lecture note sehinggakan bernafsu melihat pensyarah lelaki yang dah tua botak ditengah kepalanya ?
2. Golongan lelaki lebih ramai di pusat serenti ? Adakah mereka lebih bijak dalam menjadi kerjaya yang lebih baik kepada diri sendiri daripada perempuan kerana 9 akalnya ?
3. Golongan lelaki lebih ramai menceburi bidang rempit daripada perempuan ? Adakah kerana 9 akalnya menyebabkan mereka terfikir mereka tak mampu nak mati shahid di palestin, lalu mereka mati 'shahid' di jalan yang tinggi [highway] ?


Anda rasa logik tak?

Namun ramai di antara kita yang masih kerap membuat tuduhan dan pendapat yang melulu. Dikatakan lelaki itu lebih menggunakan nafsu kerana lelaki adalah kaum pervert dan kaki rogol contohnya lah. Kalau nak ikutkan nisbah nafsu lelaki : perempuan adalah 1:9, tetapi kenapa pula dalam isu semasa lelaki tidak dapat mengawal 'satu' nafsunya?

Perempuan pula dituduh seorang yang bodoh dan 'jenis yang mudah' kerana mempunyai 1 akal.Hurmm...

Dalam blog tu jugak ada menyebut...

"Member aku pernah cakap "sebab tu la lelaki pandai kelentong dan perempuan pandai kena kelentong"...Walaupun ada benarnya member aku cakap, tapi aku tak rasa ia dari disebabkan "9akal lelaki dan 1 akal perempuan"

Hahh !! nak tau tak jawapan aku???Ini jawapan aku…

Hakikat sebenarnya, kalau ditafsir oleh imam Ghazali adalah
“Lelaki diciptakan Allah mempunyai 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah mempunyai 1 rasional 9 emosi”.

1. Kepimpinan. [Leadership]

Antara kelebihan 9 rasional yang Allah kurniakan kepada lelaki adalah kepimpinan yang lebih baik.Dalam membuat keputusan, lelaki lebih rasional,jarang mengikut kata hati dan perasaan seperti perempuan.Walaupun tekanan menghimpitnya,mereka masih lagi dapat berfikir secara rasional. Tak cepat emo, tu la sebabnya lelaki boleh jadi pemimpin yang baik.

Bayangkan kalau kuasa talak diberikan kepada perempuan, asal silap paham sikit terus nak emo-emo mintak cerai. Kan talak still dikira walaupun dilafaz tanpa niat, yang tu bahayanya kalau perempuan diberi kuasa talak. Maunya tiap-tiap hari suami diceraikan oleh bininya (ramailah yang jadi duda).

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”.

Sama dengan perkahwinan juga, kenapa mesti lelaki kena jadi wali, bukannya perempuan? Ini kerana lelaki lebih tegas dan lebih rasional dalam pemilihan menantunya. Lelaki lebih tengok kriteria menantunya dan kalau boleh nak yang betul-betul berkualiti untuk menjadi suami anaknya.

Beza dengan perempuan,Perempuan kan mudah tersentuh.Jadi didalam kes-kes yang serius sangat diperlukan seorang lelaki membuat keputusan yang rasional, dan tidak bersangkut dengan apa-apa emosi. No hard feelings ok..

"Kenapa lelaki bila tengah fikir mesti kena diam eh?" pernah terfikir tak??


Sebab itu la lelaki sangat disinonimkan dengan 'diam' dan tidak bersuara. Apabila lelaki dalam mood diam, dia sedang berfikir dan sedang memilih dan membuat keputusan tanpa melibatkan apa-apa emosi. Sangat fokus, sehingga nak bercakap mengenai perkara dia fikir pun tak mampu dikhuatiri terganggu.

2.Emosi dan naluri

Kalau dari segi kepimpinan tadi,9 emosi perempuan merupakan kelemahan bagi perempuan dan tidak boleh handle masalah sebaik lelaki.Namun begitu,9 emosi ini la merupakan kekuatan bagi perempuan yang tidak ada pada lelaki,yang menjadikan mereka ibu dan isteri yang kuat.malah lelaki pun tidak dapat menandinginya.

Ya. Walaupun secara fizikal lelaki lebih kuat dari perempuan, namun dari segi emosi lelaki tak mampu nak menyamai perempuan.

Kerana emosi dan naluri inilah wanita dipilih Allah untuk menjadi ibu yang menjaga dan menyokong sebuah keluarga. Sudah tentu, dengan penuh kasih sayang.Seorang ibu sanggup berjaga setiap malam demi menyusukan seorang anak yang dicintai sepenuh hati. Biarlah tidurnya tidak cukup asalkan si kecil tidur dalam kekenyangan.Ketika melahirkan pula, nyawanya dipertaruhkan dan segala rasa sakit lenyap sebaik saja terdengar tangisan si anak. Sekali lagi, emosilah yang menghilangkan rasa sakit tersebut.

Aku tak lupa bagaimana Mak menggagahkan diri untuk sediakan makanan kami sekeluarga walaupun ketika itu Mak dalam keadaan sakit. Tak pernah sekalipun Mak abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri walau dalam apa jua keadaan.Semua ini pastinya berlaku kerana rasa cinta dan kasihnya terhadap sebuah keluarga

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.


(Aku tulis ni adalah hasil kajian dan pembacaan aku sendiri mengenai '9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal dan mentelaah sifat-sifat rakan sekerjaku didalam makmal ini yang kebanyakkannya lelaki', )


[1 post ni aku amik masa 2 hari untuk menulis :)]







Monday, November 19, 2012

Kursus Pra Perkahwinan


Assalamualaikum,
Saya nak bercerita sikit tentang pengalaman saya mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di Tampin, Negeri Sembilan pada 17-18 November 2012.
Bertempat di:

Pedoman Khusus Enterprise
B-8/3, Tampin Square 73000 Tampin, NS
Tel: 06-4418579

Sesiapa yang berminat boleh lah terus hubungi nombor ni or datang terus ke sana. tak susah pun nak cari.

Saya bajet mesti dalam dewan penuh dengan "oghang nogoghi". Tetapi alangkah meleset sekali 'kebajetan' saya bila sebelum bermula ditanya soalan begini :

"Berapa ramai orang Negeri Sembilan...sila angkat tangan???"
Alaaa....,5-6 orang je yang angkat tangan.


"Berapa ramai pula orang Melaka???"
Tu diaaa...tu diaaa termasuk lah saya sekali dekat 80% orang Melaka.
Dari Merlimau ada, Melaka Tengah ada, Masjid Tanah ada, Malim ada....
Serata ceruklah ada.


Nasib baik ustazah tak tanya
""Kenapa kamu orang-orang Melaka tak pergi kesana(Masjid Al-Azim)???"
Confirm semua diam sediam diamnya. Tapi kalau Ustazah tu point kat aku langsung je aku jawab sebab dekat dengan rumah dalam beberapa kilometer jer berbanding ber kilo-kilometer nak berkejar ke Bandar Melaka.


Ceramah meliputi beberapa modul.Antaranya:
- Akidah
- Ibadah
- Akhlak
- Perkahwinan & Prosedur
- Hubungan dalam Keluarga
- Pengurusan Kewangan, Masa, Stress, Kesihatan
- Komunikasi Suami Isteri
- Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Islam
- Pembubaran Perkahwinan

Ceramah yang paling best dikendalikan oleh Ustazah Sarimah Sari dan yang kedua Ustaz Azamir Alias. Ustaz Azamir ni memang kelakar orangnya dari awal ceramah hingga habis semua orang gelak non stop.Credit to him kerana berjaya menghilangkan ngantuk kami.tak lupa juga kepada Puan Norlela yang sudi berkongsi info-info berkenaan kesihatan & ibu mengandung memandangkana jawatannya sebagai ‘sister’ di daerah tampin & memantau semua klinik-klinik dibawah jajahannya(jajahan tak tahan)...

Pergi kursus nie dengan En.Tunang,sama-sama belajar..sama-sama memperbaiki diri..bila balik dari kursus,saya rasa banyak yang perlu saya perbaiki dan ubah..muhasabah diri balik..baiki hati & tingkatkan iman..baiki hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia .. berusaha untuk menjadi yang lebih baik..Insyaallah..

perkara yang paling saya suka bila setiap penceramah akan mendoakan buat kami semua supaya bahagia & selamat melangsungkan pernikahan..doa dari mereka waktu penutup majlis lagi terbaik ,macam berkaca-kaca mata saya dengar doanya..so memang saya nasihatkan sesiapa yang tak pergi lagi kursus kahwin,pergilah register kursus kahwin.. memang tak rugi hadir ke majlis ilmu ni..jangan datang semata-mata nak kan sijil, tapi datanglah dengan tujuan ikhlas untuk menimba ilmu..bukan setakat ilmu nak kahwin & kekeluargaan sahaja,tapi belajar untuk kuatkan ilmu agama..

So kepada pasangan di luar sana, nasihat saya kalau nak ambil kursus kahwin masa yang paling sesuai dalam lingkungan 3-4 bulan sebelum tarikh perkahwinan supaya tak tergesa-gesa or kelam kabut last minit. Even saya orang Melaka, saya direct buat kat Tampin sebab saya area Alor Gajah. Jadi dekatlah. Tapi mostly peserta ceramah dari Melaka . Jadi yang jauh-jauh dari jasin, merlimau,bachang,lorong pandan,bukit piatu terpaksa lah drive jauh-jauh ke tampin ni.So... planning awal untuk langkah selamat.
bersihkan iman,kuatkan akidah dan buang keras hati kita untuk berusaha menjadi yang lebih baik ..sesama usaha yek!!



.."Komunikasi,berbincang,toleransi , rasional , matang , ikhlas , jujur , percaya , memahami , lebih positif "..

Friday, November 16, 2012

jangan ajar aku menjadi KURANG AJAR

Insiden yang berlaku diantara aku dan yang sewaktu dengannya hari tu membuat aku terfikir topik ni.. Aku bukanlah seorang yang BERANI MATI tapi aku selalu akan bersuara bila aku rasa aku perlu bersuara dan diam bila aku perlu diam.. Bukan seperti segelintir yang suka putar belit , baling batu sembunyi tangan dan tikam belakang..

Aku tahu sifat diri ku yang agak diam , memerhati dan angin...So aku memang selalu berusaha keras untuk menjadi sopan dan bertolak ansur dengan semua orang termasuklah keluarga, kawan, atasan, rakan sekerja dan semua... Dulu aku selalu ingatkan mereka-mereka yang ada di sekelilingku "sekali ko baik, beribu kali aku akan baik.. sekali ko jahat, beribu kali aku akan jahat".. dan respon mereka adalah " tak baik berdendam".. Sebenarnya maksud kata-kata aku tu bukan DENDAM... tapi maksudnya bila ko bagus ko akan jumpa AKU yang layan ko dengan baik.. boleh jadi pendengar yang baik, tidak berkira, takut nak sakitkan hati ko and jaga ko macam dia jaga diri dia sendiri.. tapi bila ko jahat, ko akan jumpa AKU yang suka cakap pedas, buat tak layan, tak nak amik tau pasal ko, malah senyuman pun dia takkan bagi kat ko and lantak ko lah nak jadi apa...

Tapi oleh kerana ramai yang salah anggap dengan ayat aku tu.. sekarang aku lebih suka guna ayat "JANGAN AJAR AKU MENJADI KURANG AJAR" yang bagi aku lebih straight to the point.. Hanya untuk peringatan.. sebab aku adalah orang yang tak reti nak sembunyikan perasaan or hipokrit.. Bila aku tak suka,korang akan nampak jelas pada wajah dan perlakuan aku.. begitu juga sebaliknya..


Mungkin aku tidak akan menyakiti orang yang telah menyakiti aku dengan cara serang or anything sebab bagi aku itu adalah kurang bermoral.. tapi yang pasti korang akan jumpa AKU yg totally different dari yang korang kenal sebelum ni.. nak tau?.. cubalah buat hal..

Aku juga selalu ingatkan mereka sebab aku adalah seorang yang mungkin akan MEMAAFKAN tapi tidak akan MELUPAKAN (easy to forgive, hard to forget)... Bukan aku tak nak MELUPAKAN tapi kadang-kadang kesakitan mengajar aku untuk BERINGAT...

so...Nurbayah hormat dan sayang kamu semua so please jangan buat Nurbayah hilang rasa HORMAT tu dan.....
JANGAN AJAR AKU MENJADI KURANG AJAR


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat islam
Dari kota mekah ke kota madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman


Keep singging this song during Maal Hijrah...and a compulsory song for a nasyid competition during my primary school (maleh nak citer..sebab kalah).da sume bawak lagu tu..camno nak monang

Doa akhir & awal tahun
Waktu bacaan doa ni adalah spt berikut :

DOA AKHIR TAHUN - Baca selepas Asar, yakni sebelum masuknya Waktu Maghrib
"Barangsiapa yang membaca DOA AKHIR TAHUN ini, maka syaitan akan berkata : Hampalah kami di sepanjang tahun ini"


DOA AWAL TAHUN - Baca selepas Maghrib..
"Barangsiapa membaca DOA AWAL TAHUN ini, Insyaallah dirinya akan terpelihara daripada gangguan & godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut"


Tapi tak payah risau.. Sebab confirm petang nanti akan ada bacaan doa nie kat corong-corong radio & tv. Cukuplah sekadar menadah tangan & mengAMINkan doa yg dibaca sekiranya agak sukar untuk kita baca sendirian.. ISLAM itu mudah :)

P/S: Semoga PENGAKHIRAN tahun nie disertai bekalan yg baik untuk kita.. & PERMULAAN tahun baru disertai dengan amalan-amalan yang lebih baik..Aminnn...

Friday, November 9, 2012

pemberitahuan gedix ku...hu3


Dear Freinds,

Thank you for your concern.

I will out of office from 10-Nov-2012 to 14-Nov-2012, will back to work on 15-Nov-2012
Any urgent issue, please email to:

Nurbayah.Amirruddin@Vishay.com OR isminurbayah@yahoo.com

Thanks & Best Regards
Nurbayah Amirruddin

edisi malu...

Assalammualaikum

teruskan ke tajuk utama...hihihi...


(>_<) kadang-kadang memang susah untuk cakap..tapi tulisan je yang mampu untuk meluahkan apa yang dipendam..Serius!!saya pun begitu...saya memang PEMALU..thats why saya minat menulis...!!sebab saya tak petah sangat untuk bercakap..tapi bila dah kenal,kalau merepek serahkan pada saya...hihihi...:p.


hmm..saya nie cepat gugup...
dengan kawan-kawan lama saya ok..takde rasa malu-malu..


tapi...

dengan orang yang tak kenal pun mula duduk diam and tiba-tiba jadi budak baik...
(BAIK LA SANGAT) >___< dulu depan lecturer??depan cikgu??sama je perangai saya..malu tak bertempat...sampai cikgu pun pernah cakap saya BUDAK PALING BAIK dan BUDAK PALING DIAM dalam kelas!!...adoiii....(tetiba je bila budak yang rapat dengan saya dengar diorang gelak-gelak kan sebab diorang tau perangai saya sebenar)..hahaha..teruk kan...=___= .tapi kadang-kadang tu perlu malu sebenarnya...dalam islam sendiri dan sarankan supaya ada perasaan malu..terutama malu kepada ALLLAH..(malu itu separuh dari iman)..tapi saya nie masalah jugak..malu tak bertempat kadang-kadang tu...dan saya masih belajar untuk kurangkan tahap malu saya yang tak bertempat tu...



yess!! saya cuba untuk lebih maju kali ini...and takde malu tak bertempat lagi...!!!

fighting...!!

(>____________<)

Thursday, November 8, 2012

Kadang-kadang manusia sibuk mengumpul kaca sedangkan berlian di depan mata...

Andai kamu berjumpa dengan seorang wanita yang menenangkan hati, redup pada pandangan, sejuk hati bila mengenangkan, jauh setia merindu, dekat kasih berpadu..Jangan jadikan dia KEKASIH!

Kerana itu merugikan, jadikan dirinya ISTERI :-)

Sweet kan pic nie??

"Sebab Awak Lelaki Pertama Dan Terakhir Dalam Hidup Saya..Awaklah Pelindung, Awaklah Sahabat Dan Awaklah Segala-galanya Bagi Saya..Dan Abg...Abg...Abglah Syurga Bagi Saya..."Ujar si isteri pada si suami..sweet kan?

dialog dari "Aku Terima Nikahnya"

p/s: kadang2 kaum adam selalu tak mghargai wanita macam nie.. :/

Blog

Assalamualaikum

Nama saya Nurbayah bte Amirruddin .. Hari nie aku saje-saje nak berceloteh ,..dah gatal tangan kot..

…Selamat datang ke Blog saya ..

kenapa aku selalu tulis blog er??..Aku ibaratkan blog ini adalah tempat aku berehat .. Blog ini umpama rumah .. pernah dengar rumah ku syurgaku ..??yeahhh.itulah maksud aku .. blog ini adalah rumah aku..semua cerita didalam ini.. Aku izinkan dan mengalukan tetamu datang , kerana aku suka pada ayat ini " tetamu itu umpama rezeki buat tuan rumah "..tetapi dalam kes blog nie,takde la mengundang rezeki pun .. sebab aku buat blog ini suka-suka jer..yang penting blog ini tempat aku simpan apa sahaja benda dan perkara yang aku suka..apa sahaja yang aku anggap cantik semua akan kuselitkan didalam blog ini..

Perjalanan cerita didalam blog ini hanyalah sebagai perkongsian aku .. Minta maaf kalau ada yang meluat dengan cerita ini .. takde niat hendak menyakiti hati sesiapa ..

terima kasih pada tetamu-tetamu yang pernah singgah di blog ini..terima kasih kepada follower blog aku..terima kasih kepada yang menjadikan blog ini tempat menyejukkan hati yang sakit....terima kasih kepada yang berkongsi ayat di blog ini..
apa yang baik kita kongsikan , yang tak baik itu jadikanlah teladan..saya belajar daripada kesilapan lepas..saya berjalan walaupun tak segagah mana tapi atas kekuatan yang dipinjamkan Allah buat aku , aku akan terus berjalan..berjalan dan terus berjalan sehingga lah ke penghujungnya..Hidup ini hanya pinjaman , sekejap je..usahlah bermusuh sesama sendiri .. usahlah simpan hasad dengki .. usahlah busuk hati..kan lebih baik saling mendoakan satu sama lain..tak rugi mendoakan yang baik-baik nie..semoga setiap langkah dan perjalanan aku didunia ini diberkati dan semoga setiap amalan yang aku kerjakan diterima oleh Allah..kerana aku hidup kerana Allah s.w.t..terima kasih atas setiap nafas yang dipinjamkan buat aku..setiap nafas dan degup jantung aku adalah kerana Allah .. Aku yakin Allah sentiasa dekat dengan aku..Aku yakin Allah sudah tetapkan yang terbaik buat aku .. Aku yakin Allah itu maha Adil lagi maha berkuasa .. Semoga segalanya dipermudahkan dan menjadi lebih baik .. amin .. terima kasih

Wednesday, November 7, 2012

PUAS ??

Terjumpa di FB seorang sahabat... Bila baca terasa nak share dengan kawan-kawan jugak, tak kira... Sesungguhnya tak ada manusia dalam dunia ni yang sempurna. Apa yang terbaik jadilah diri sendiri. Tak moh 'Hipokrit' dan belajar terima orang disekeliling kita dengan ikhlas... InsyaALLAH...

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"


Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..^^,

Tuesday, November 6, 2012

Tiada Tajuk.

Bahagia!




Itu yang tiba tiba muncul dalam hati ku. Bahagia yang aku rasa sangat indah!








Ya Allah , terima kasih atas perasaan ini. Kerana Perasaan Cinta , Suka , Bahagia dan Sayang itu sesungguhnya dari Engkau. Dan aku akan belajar erti bersyukur dengan nikmat nikmat yang telah engkau berikan :')



NotaCinta : Hee , Terima Kasih juga buat awak. You know who you are kan? Awak selalu beri semangat. Dan , you always make me strong. Eventhough I'm the weakest person.

tuntut janji yer Encik Tunang!

D'Stall Corner, Kelana Jaya.

Kepada Penyokong Sejati LIVERPOOL di Malaysia atau dimana-mana saja yang belum pernah ke ANFIELD..tapi teringin sangat nak rasai suasana seperti di ANFIELD sila jejakkan kaki ke D'Stall Corner Restaurant & Café di Kelana Jaya..Anda pasti tak menyesal!

* Restoran ini pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan a.k.a. JJCM @ TV3 ketika dihoskan oleh Iqram Dinzly

* You Are Not real 'The Kop' until you came here...'WAJIB' datang!




P/S: saje jer sebenarnya saya nak ingatkan kat Encik Tunang saya yang katanya nak bawak saya kat tempat niee.jangan lupa yer!!..weeee;-)

pilihan saya...

Tepuk dada, tanya iman masing-masing..apa jawapan yang diberikan :-)
Terima kasih sudi singgah di sini =)

Monday, November 5, 2012

Sungguh Takdir ALLAH itu INDAH

Alhamdulilah dengan lafaz bismillah saya mulakan entry kali ini dengan tajuk...SUNGGUH TAKDIR ALLAH ITU INDAH!..
yaa.memang sangat-sangat indah bila dapat menikmati takdir itu dengsn hati yang masih lagi terkejut...namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang je kan?...dan..
Bilamasa hati tidak tenteram..maka ayat AL-QURAN penyembuh segala duka lara..alangkah indahnya saat membaca ayat-ayat SYURGA itu..

namun apabila datangnya seorang lelaki yang melamar kita bukan untuk berCOUPLE tetapi melamar kita untuk menjadi ISTERINYA maka layaklah dia dijadikan idola dan juga menerima dirinya seadanyaa...
hanya solat istikharah dan solat sunat yg akan ku lakukan sambil tidak henti aku berdoa supaya diperkenankan jodohku...dan...

Seandainya dia untukku Ya ALLAH, satukanlah hati kami dalam redhaMu Ya Rabb...

Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu.
Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn.


Adakala takdir ALLAH itu indah,TAPI adakalanya takdir ALLAH itu tak seindah yang kita sangkakan .. =) dan Lelaki yang baik adalah lelaki yg melihat perempuan untuk perkahwinan. Bukan untuk memenuhi kehendak mata dan selera jiwanya,maka"KAMU" berada dalam sujud ISTIKHARAH ku...

p/s:Saya juga belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai tapi saya akan mencintai orang yang saya nikahi

Diam lebih baik

Assalamualaikum wbt!

Ehem-ehem, hari ni saya geram. Yer, geram.
Ok, Let be cool everyone. Senyum banyak-banyak ok... =D yeah, comel semua... ^_^
Ok, dah cool. Berlapang dada.
Just nak ceramah sikit. ^_^
Kepada yang berkenaan (itupun if terasa la) ::
Bab hati, jangan menilai sesuka hati.
Jangan masuk campur soal hati orang lain.
Bagi saya, penilai terbaik adalah Allah, tuhan kita.
Tak perlu tunjuk hebat macam awak tahu semua benda dalam dunia ni.
Cara awak nak ajak saya berdebat.
Wah! ok je. Dulu saya pernah wakil daerah debat.
Fuh... istighfar.
Tapi saye tak prefer benda tu.
Tak elok.
Lebih baik diam if tak tahu kebenarannya.

Friday, November 2, 2012

Khas untuk awak

saya nak awak baca setiap pesanan saya yang saya tulis dekat sini(^_^)

Kepada awak,
Saya ni tak baik sangat. Banyak kekurangan saya tapi saya harap awak mampu bimbing saya ke arah kebaikan. Saya akan berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri ini .Bersama-samalah kita mendekatkan diri dengan Allah kerana kita bersama-sama pun kerana izin Allah, betul tak awak?

Kepada awak,
Selalulah bagi nasihat kepada saya ye :) kadang-kadang tu saya banyak buat perangai yang tak elok. Saya suka tak fikir dahulu sebelum bercakap dengan orang. Awak, nasihatkan saya tau :) Saya tahu apa yang awak tegur pasal saya adalah demi kebaikan saya jugak. Itu tandanya awak cintakan saya kerana Allah dan awak tak sanggup tengok saya terus buat dosa kan? :)

InsyaAllah, saya pun akan buat perkara yang sama supaya kita sama-sama berusaha menjadi lebih baik kerana kita berdua kan nak bercinta hingga ke Jannah :) InsyaAllah ye, awak...

Kepada awak,
Saya nak awak selalu mengaji bersama-sama saya ye :) Saya bukannya pandai sangat dalam bab tajwid ni tapi saya harap saya boleh betulkan awak bila awak buat salah. Saya nak mengaji dengan awak dengan menggunakan Al-Quran yang selalu awak gunakan untuk mengaji :) Saya nak sentuh Al-Quran yang selalu menjadi peneman awak setiap hari kerana saya tahu, Al-Quran itu menjadi tanda awak tak meninggalkan ayat-ayat cinta Allah pada kita semua dekat muka bumi ni :) Saya akan berusaha untuk setiap hari membaca ayat-ayat cinta Allah dan saya harap awak pun buat macam tu jugak ye. Ehem-ehem, saya pun nak awak baca Al-Quran untuk saya setiap hari.

Hehehehe... Macam yang saya cakap tadi, kita kan nak bercinta sehingga ke Jannah :)

Kepada awak,
Saya ni lemah, awak. Kadang-kadang tu cepat je saya menyerah kalah. Jadi, peganglah saya ketika saya jatuh dan kuatkanlah diri saya. Jalanlah disamping saya dan temani saya, Dengan Allah dan kata-kata semangat dari awak dan juga family kita berdua, insyaAllah saya akan terus tabah :)

Kepada awak,
Saya ni simple orangnya. InsyaAllah, saya takkan meminta benda-benda yang mampu membebankan awak. Saya tak nak jadi seorang yang memberikan kesusahan pada orang yang disayanginya tapi saya akan terus memberi kebahagiaan kepada awak Jangan bimbang ye awak. Kita jalani hidup dengan sederhana. Lebih bahagia bukan?

Kepada awak,
Hormatilah ibu bapa saya seperti mana saya akan hormat ibu dan ayah awak :) Mereka adalah nyawa saya. Tanpa mereka, saya takkan mampu berada di sisi awak. Jagalah mereka seperti mana awak menjaga saya , tanpa mereka...saya takkan mampu berada di sini. :) Tanpa restu mereka jugak, mungkin apa yang terjadi di antara kita sekarang ni takkan berlaku :)

Kepada awak,
Penting untuk awak tahu yang saya sayang awak, suka awak, kasihi awak, rindu awak kerana Allah SWT :) Tanpa Allah izinkan, mana mungkin rasa ini boleh ada untuk awak. Moga kita dapat bersama-sama hingga ke Jannah dan bersama-samalah kita mencapai redha Allah. :)



Daripada,
Orang yang menyayangimu

LELAKI BILA NAK CARI AWEK DAN BILA NAK CARI ISTERI


LELAKI NAK CARI AWEK
* Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
* Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
* Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
* Tak kisah dia perangai macamana pun. Notty lagi dia suka
* Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
* Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang
* Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik


LELAKI NAK CARI ISTERI
* Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
* Reti hormat orang tua
* Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
* Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
* Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
* Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
* Nak yang SUCI jer .


So Paham-paham Lah Ya.. Hati-Hati Yer Wahai Wanita-wanita..Jangan Terjerat Dengan Ayat Cinta Lelaki Macho..Dan Jagalah Perangai Mu..HatiMu..Dan Adab Mu..

Nota Dariku : Sekadar untuk renungan diri sendiri.Kebanyakkan pengakuan dari rakan-rakanku sendiri.. what u give, u get back... so jgn risau.

Thursday, November 1, 2012

Kebenaran kadangkala pahit...

"Menelan pahitnya sebuah kebenaran dan kenyataan lebih pahit daripada menelan ubat batuk!"

Orang kata: Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sabar.
Lidah kita kata: Tak apalah, bukan rezeki aku.
Hati kita kata: Ya Allah, kecewanya aku...


Tapi, kalau hati itu hati yang ada iman, dia akan redha dan yakin Allah memang sentiasa memberikan yang terbaik buat hambaNya. Cuma masa sahaja yang menentukan cepat atau lambat. Sabar itu buahnya bahagia.

Menanti ijab & kabul

Alhamdulillah.. Tanggal 15 Sept yang lalu, majlis pertunangan saya bersama en.tunang telah berjalan dengan lancarnya.Alhamdulillah... Hanya menanti masa dan saatnya akan dijelaskan segala-segala. Tak lama lagi Hanya dengan lafaz akad dan nikah akan bermulalah tanggungjawab di bahu seorang insan bernama suami.InsyaAllah, Allah akan permudahkan segalanya dan semuanya akan kami harungi dengan seribu kesabaran walaupun ada tempias ombak membadai itu lumrah kehidupan. Sebuah perkahwinan bukan hanya selesai majlis dan keramaian yang dihadiri sanak saudara mahu pun sahabat handai.

Ia merupakan titik permulaan sebuah perjalanan yang mana ada amanah yang perlu di pikul bersama. Suami dan isteri gelaran selepas selesai ijab dan Kabul. Akan bermulalah tanggungjawab kedua-dua pihak. Masing-masing akan sering mempersoalkan adakah kedua mereka mampu menjalan setiap tangungjawab masing-masing? Atau mampukah keduanya melengkapi kebahagian dan fitrah naluri seorang manusia yang tidak ingin berseorangan. Ia merupakan perasaan yang indah bila kejujuran dan keikhlasan diiringini hantaran kasih Tuhan.

Bergelar seorang isteri bukan hanya terletak pada sebaris gelaran selepas ijab dan Kabul .Mencari pemimpin atau seorang suami bukan hanya pada harta dan paras rupa yang rupawan .Hal ini tidak menjamin sebuah kebahagian jika tidak terselit redha dan rahmat dari Tuhan.

Suami adalah sebuah kunci untuk seorang muslimah memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.” (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Jika dahulu orang ketiga selepas Allah dan Rasul adalah kedua ibu bapa kita,sekarang ialah suami. Wajar hendaknya dosa aku ditanggung oleh suami lantas ketaatan selagi mana ia tidak melanggar syariat agama jatuh kepadanya. Sehingga kini aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya untuk setiap sesuatu. Semuanya berbeza hanya degan lafaz akad nikah nanti. InsyaAllah akan tertulis dengan kehendakNYa bahawa imamku adalah dia pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku,yang tahu mana yang buruk untukku adalah dia. Bahkan yang penting setiap ucapan perlulah berhikmah dan ilmu sebagai penyuluh perjalanan dan juga proses ke sana tempat yang dijanjikan syurga.

Semuanya perlu difikirkan semua. Pergaulan di tempat kerja, pemakaian dan aurat serta hal-hal yang menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk bersama-sama membantu suami ke arah redhanya. Aspek ekonomi, sosial dan pengurusan emosi memainkan peranan yang penting.Kesemua ini bukan dipikul hanya kepada sebelah pihak sahaja malah adalah peranan kedua-dua pasangan.

Aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku,kami kan ‘satu’ ;). Aku perlu berhati-hati dengan apa yang aku lakukan dan ini semua titik kematangan dalam proses kehidupan. Pertuturan dan percakapan yang perlu dijaga itu pesan Allah. Aku percaya sebuah keluarga yang dibina akan kosong jika tiada ilmu dan asas panduan hidup yang penting berdasarkan alquran dan sunnah. Semuanya tercatit atas kitabNya. Dialah yang mengetahu sesuatu untuk setiap yang terjadi. Jadi wajarlah aku meletakkan suamiku paling atas dari yang lain. ia juga pada masa yang sama mengajar aku untuk lebih menjaga hijabku.

Banyak lagi yang aku belajar dan sedikit lagi ilmu yang masih di dada..Waktu itu nanti aku akan dapat merasakan sendiri ayat yang sering aku dengar iaitu "perkahwinan dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan". semoga Allah meredhai usaha kita dan menghadiahkan kita kebahagiaan yang berkekalan. Semoga setiap ujian dan cabaran yang mendatang hanyalah secebis garam rencah kehidupan.
Indahnya Islam :)

Jumpa lagi insyaAllah.

Assalamulaikum..