JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, November 2, 2012

Khas untuk awak

saya nak awak baca setiap pesanan saya yang saya tulis dekat sini(^_^)

Kepada awak,
Saya ni tak baik sangat. Banyak kekurangan saya tapi saya harap awak mampu bimbing saya ke arah kebaikan. Saya akan berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri ini .Bersama-samalah kita mendekatkan diri dengan Allah kerana kita bersama-sama pun kerana izin Allah, betul tak awak?

Kepada awak,
Selalulah bagi nasihat kepada saya ye :) kadang-kadang tu saya banyak buat perangai yang tak elok. Saya suka tak fikir dahulu sebelum bercakap dengan orang. Awak, nasihatkan saya tau :) Saya tahu apa yang awak tegur pasal saya adalah demi kebaikan saya jugak. Itu tandanya awak cintakan saya kerana Allah dan awak tak sanggup tengok saya terus buat dosa kan? :)

InsyaAllah, saya pun akan buat perkara yang sama supaya kita sama-sama berusaha menjadi lebih baik kerana kita berdua kan nak bercinta hingga ke Jannah :) InsyaAllah ye, awak...

Kepada awak,
Saya nak awak selalu mengaji bersama-sama saya ye :) Saya bukannya pandai sangat dalam bab tajwid ni tapi saya harap saya boleh betulkan awak bila awak buat salah. Saya nak mengaji dengan awak dengan menggunakan Al-Quran yang selalu awak gunakan untuk mengaji :) Saya nak sentuh Al-Quran yang selalu menjadi peneman awak setiap hari kerana saya tahu, Al-Quran itu menjadi tanda awak tak meninggalkan ayat-ayat cinta Allah pada kita semua dekat muka bumi ni :) Saya akan berusaha untuk setiap hari membaca ayat-ayat cinta Allah dan saya harap awak pun buat macam tu jugak ye. Ehem-ehem, saya pun nak awak baca Al-Quran untuk saya setiap hari.

Hehehehe... Macam yang saya cakap tadi, kita kan nak bercinta sehingga ke Jannah :)

Kepada awak,
Saya ni lemah, awak. Kadang-kadang tu cepat je saya menyerah kalah. Jadi, peganglah saya ketika saya jatuh dan kuatkanlah diri saya. Jalanlah disamping saya dan temani saya, Dengan Allah dan kata-kata semangat dari awak dan juga family kita berdua, insyaAllah saya akan terus tabah :)

Kepada awak,
Saya ni simple orangnya. InsyaAllah, saya takkan meminta benda-benda yang mampu membebankan awak. Saya tak nak jadi seorang yang memberikan kesusahan pada orang yang disayanginya tapi saya akan terus memberi kebahagiaan kepada awak Jangan bimbang ye awak. Kita jalani hidup dengan sederhana. Lebih bahagia bukan?

Kepada awak,
Hormatilah ibu bapa saya seperti mana saya akan hormat ibu dan ayah awak :) Mereka adalah nyawa saya. Tanpa mereka, saya takkan mampu berada di sisi awak. Jagalah mereka seperti mana awak menjaga saya , tanpa mereka...saya takkan mampu berada di sini. :) Tanpa restu mereka jugak, mungkin apa yang terjadi di antara kita sekarang ni takkan berlaku :)

Kepada awak,
Penting untuk awak tahu yang saya sayang awak, suka awak, kasihi awak, rindu awak kerana Allah SWT :) Tanpa Allah izinkan, mana mungkin rasa ini boleh ada untuk awak. Moga kita dapat bersama-sama hingga ke Jannah dan bersama-samalah kita mencapai redha Allah. :)



Daripada,
Orang yang menyayangimu

No comments:

Post a Comment