JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, November 28, 2013

Luka-luka bahagia..

Kesian kawan saya. Walau dah diberi peluang ke dua pada si Dia, dia masih merana. Berbekalkan kasih yang masih sedikit bersisa dan sedikit harapan untuk melihat perubahan, maka dia terus bertahan.


Bila akal dan bahu tak larat memikul beban, kawan-kawan rapat sasaran tempat meluahkan, tambahan lagi keputusan yang diambil telah membuatkan dia dibuang keluarga sendiri. Sabar .. Hanya itu yang mampu terluah dari bibir teman-teman. Aku doakan kau tabah dan kuat. Teruskan berdoa dan berikhtiar kerana itu pilihanmu. Percayalah Allah SWT mendengar tiap rintihan dan permintaan hambaNya yang tidak pernah putus asa. Moga luka-luka yang kau alami hari ini akhirnya bakal bertukar menjadi bahagia. Amin.

FAKTA ANAK SULUNG

FAKTA ANAK SULUNG :
 
Perhatian !!! Untuk entry ni tak semestinya 100% betul dan orang suka apa yang kita tulis dan beri pendapat, ini berdasarkan apa yang aku rasa dan servey dari semua member yang merupakan anak sulung. Dan juga ini status di olah semula kenyataannya .Kalau salah tu ini hanya entry semata-mata .





FAKTA ANAK SULUNG :

1) ANAK MANJA MAK
Sebab apa-apa pun mesti dia utamakan mak, ibu, umie, mommy .

2) DEGIL
Keras kepala,
Kemahuan yg tinggi, kalau buat sesuatu bersungguh-sunggoh
Kalau kata tak nak , tak nak lah jawapannya,
Tak boleh di paksa-paksa
Senang di pujuk

3) TAK PANDAI PUJUK
Memang tak pandai memujuk

4) CINTA
Sangat setia okeh

5) HITAM/PUTIH
Apa yang dikatakan semua dipegang.

6) HATI
Nampak garang tapi hati lembut. Perangai tak boleh di tegur..wakaka

7) ARAHAN
Lebih suka buat kerja/hal sendiri

8) PEMAAF/CARING
Sangat pemaaf dan mudah kasihan dengan orang lain begitu juga caring terhadap orang lain. Tapi jangan bagi marah kalau marah faham-faham je lah taufan pun kalah rasanya..hahaha..

Mudah bergaul dengan semua orang. Prinsip anak sulung selagi orang tu tak tegur sampai bila-bila dia tak akan tegur dulu.Seorang yang pemalu.

Nampak sombong tapi peramah orangnya hepy go lucky. Bila dia dah ngam dengan orang tu jangan tanya kenapa dia boleh jadi bestfrend forever.. Bila dah jadi BFF ni ada plak yang dengki dan tak boleh tengok hidup orang lain senang sikit !! ehhh tercarut plak ..hahaha..tak de kena mengena..wakaka
.

#SAYAANAKSULUNG

Monday, November 25, 2013

SYHHH ...

Syhhhh ..
Datang Senyap-senyap
Diam-diam
Sampai hati tak bagi Salam

Assalamualaikum Silent Readers
Hai ... *lambai tangan lelaju*

TQ datang baca
Awak datang saya gembira

Sok datang lagi ye

BYE.

Friday, November 22, 2013

Kagum

Assalamualaikum wbt.
 
Semoga sentiasa dirahmati Allah selalu.

Ok straight to the point.Kenal siapa Ammar?Saya pun langsung tak pernah mengenali siapa dia sehinggalah saya terbaca coretan Ibu Ammar di FB.Saya hanya perempuan biasa yang cetek ilmu dan kurang pengalaman hidup...tapi kisah Ammar sangat-sangat menyentuh hati saya..saya kagum!!

Semalam saya sempat menonton video Ammar yang dibuat oleh GPTD...sekali lagi saya kagum...subhanallah!

Itu kisah dia dan cerita hingga akhir hayat dia...cerita dia hingga ke liang lahad...dan bagi yang mengenalinya cerita itu dan sebelumnya akan terus mekar di bibir mereka..

Cerita kita?

Mungkin kita tiada kekuatan untuk sehebat Ammar..tiada keyakinan setinggi Ammar tapi itu mungkin kita sekarang...berdoa dan berusahalah agar kita juga terpilih seperti Ammar sebentar lagi atau esok atau lusa atau pada waktu yang telah ditentukan Allah.


Semalam sebelum balik dari tempat kerja saya sempat suruh staf-staf disini buka video tu..tak kisahlah apa yang diorang rasa tapi at least saya dah sampaikan kisah hidup anak muda yang saya tidak pernah kenal tetapi saya sangat kagum...harap-harap boleh dicontohi...seorang staf lelaki yang nampak cekal mengalirkan air mata...semoga dia mendapat petunjuk dan hidayah seperti Ammar..amiin.


Ammar...semoga tempatmu di syurga....amiin ya rabb.

Thursday, November 21, 2013

Jadi budak kampung. Ape ade hal??

Dengan tanpa segan silunya saya ingin menyatakan bahawasanya saya adalah budak kampung yang sejati! Pure punya!

Saya memang BUDAK KAMPUNG , yang dari dalam perut ibu menetap di kampung, lahir dan membesar di kampung yang pernah dikelilingi sawah padi suatu masa dahulu.

Selut dan lumpur pernah jadi padang permainanku,

Lintah , pacat dan belut itu perkara normal yang aku lihat, aku rasai sejak kecil.

Mereka cakap “malu la jadi budak kampung”..

Saya tak pernah malu untuk mengaku yang saya ni budak kampung, Malah saya berbangga kerana lahir dan membesar sebagai budak kampung sebab saya ada pengalaman dan nikmat hidup yang tak semua orang miliki.

Saya dapat satu pengajaran dan kekuatan daripada orang kampung untuk teruskan hidup. Saya kenal erti hidup dalam kesusahan untuk melakar sebuah kejayaan.

Orang kampung mundur??hahaha !

Kalau dulu mungkin kenyataan tu betul, tapi sekarang dah moden.

Cuba la pergi jengah mana-mana kampung, kalian akan dapat lihat kehidupan kampung adalah lebih baik dan mewah daripada hidup orang Bandar. Especially mewah dengan kasih sayang dan semangat ke'kita'an daripada ke'aku'an.Kalau dulu memang anak-anak kampung selalu tercicir dalam pelajaran, tapi sekarang sila lihat siapa yang lebih cemerlang dalam kalangan pelajar..Tanyalah diri sendiri ye ^_^.

Daripada anak kampung yang tiada apa-apa, mereka bergerak merubah diri sendiri. Bergerak untuk melakar kejayaan dan untuk memberitahu dunia bahawa anak kampung yang selalu dipandang rendah mampu dan boleh Berjaya. Jadi, jangan pandang rendah budak kampung yer!

berbangga lah dengan diri anda.. pedulikan ape orang kata keyh.. chill!
 
 

Tuesday, November 19, 2013

Kalo hati dah tak suka, apa gunanya berpura-pura?

Tak perlu nak berlakon baik untuk menawan hati aku lagi. Jangankan nak melangkah seiring, nak senyum pun belum tentu aku ikhlas.

I cannot force myself to give more than i can. My action speaks clearly. To be clearer -aku bukan pelakon hebat yang bisa berpura-pura dan bukan hipokrit.

Kepala kita tak sama ...

So sad. So sad to realise that kepala kita tak sama. The moment i talked to you .. i know you disagree with me. No need to say yes or no. Your reaction answered.

But maybe he's rite. aku pun tak semestinya betul. bincang dan bincang lagi lah. Hehe ... Ada mood ke nak kerja tu? Aku ? Virus M ada lagi ni .. but what to do ..project schedule dah menunggu sentuhanku .. Hehe ..

Thursday, November 14, 2013

Manusia Dan Iri.

Selagi kita tak bersihkan hati...selagi kita tak muhasabah tiap kejadian dalam kehidupan, manusia dan iri memang tidak dapat dipisahkan. Sedih, kan.

Saya pernah memaafkan seseorang kerana satu kejadian. Lepas tu, saya sambung semula silaturrahim tapi dengan cara membataskan persahabatan. Saya buat-buat lupa peristiwa lama sebab saya mahu bersihkan hati .. tidak mahu memiliki hati yang hitam. Tapi sayang, hanya saya .. tidak mereka. Mereka lupa adab-adab dalam persahabatan. Mereka lupa tentang 'what u should and shouldn't'. Mereka fikir mereka wira sedangkan merekalah penyebab perpecahan itu sebenarnya.

Kesian. Kesian kerana mereka tidak berfikir panjang. Kesian kerana mereka hanya berfikir selorong. Kesian kerana mereka melakukan sesuatu tanpa fikir kesan dan akibat. Kesian kerana mereka lupa bahawa tiap kejadian itu bersebab dan hanya akan terjadi dengan izinNya. Kesian.

Wednesday, November 13, 2013

Minat, suka dan cinta


Sampai sekarang, aku masih berpegang pada kata-kata "Buat apa yang kita minat, suka dan cinta". InshaAllah kita akan bertahan lama". Kalau buat separuh hati atau sekadar memaksa diri, sekejap atau separuh jalan je la jawabnya. Pastu "sure give up". Betul tak korang?

Aku rasa, sebab tu la aku masih boleh buat banyak kerja dalam satu masa ~ kerja, bersosial, beriadah,berpolitik dan berblog. Sebab semua yang aku lakukan tu berasaskan pada rasa minat, suka dan cinta. Tambah satu lagi .. Rela dan ikhlas. InshaAllah .. Tuhan bagi kekuatan kat kita.

Thursday, November 7, 2013

Jangan selalu dongak ke atas

Tadi borak dengan kawan. Tentang seorang kawan. Di penghujung borak, kita buat kesimpulan.


"Jangan selalu mendongak ke atas, nanti tersungkur di bumi sendiri".

Tuhan tak menjanjikan hidup kita ini indah selamanya. Kata-kata yang bersifat mendongak dan 'up' diri ~ "Aku lah yang paling hebat, paling bagus, paling perfect, punya suami paling baik, famili paling bahagia dari yang orang lain" .. haruslah dielakkan dalam hidup kita kerana hidup ini ada pasang surut nya. Walau cuma setitik wujudnya sifat bongkak, angkuh dan takbur dalam hati ... maka Tuhan tidak akan perkenankan doa-doa kita. Dalam hidup, berpijaklah di bumi nyata.

Takdir Tuhan kita tak boleh lawan. Akhirnya .. Hilang sudah yang manis dan indah. Yang tinggal hanyalah kehidupan yang suram kurang warna. Mana pegi kata-kata yang digemburkan dahulu? Salah siapa? Haihh .. Ini pengajaran buat kita-kita juga.

Wednesday, November 6, 2013

♥ " Terima Kasih Sayang , Jadi Isteri Abang " ♥

" Terima kasih sayang , sebab jadi isteri Abang "
 
 
Apa perasaan seorang isteri bila suami kita ucapkan ayat ni pada kita ?? aku sendiri bila dengar ayat ni , rasa nak nangis + terharu .. huhuhu .. ada orang , mungkin merasa diri tak dihargai bila suami tak memuji kecantikan dirinya sebagai isteri .. tapi pada aku , pujian tu sementara je .. yang paling kekal adalah penghargaan dan suami yang menghargai isteri nya .. ^_^

Hargai lah pasangan masing-masing..
supaya masing-masing rasa dirinya diharagai ..
insyaallah apabila kita saling menghargai kebaikan pasangan ,
bahagia lah hidup berkeluarga ..
tidak ada yang lebih bernilai..
melainkan kehidupan berkasih sayang ..
mungkin duit mampu beli segalanya ..
tapi jangan lupa ,
kemewahan & kekayaan belum tentu dapat membeli
cinta dan kasih sayang ..
 
 
bersyukurlah kita semua jika kita hari ini kita dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa
memberi dan menerima kasih sayang ..
semailah suntikan kasih sayang bermula hari ini ,
supaya hari esok kita mendapat 1 energy positif
untuk menjadi orang yang lebih baik ..

 
Terima Kasih Ya Allah .. aku bersyukur diatas nilai pernikahan ini .. Alhamdulillah .. ^_^

Monday, November 4, 2013

Apa Perlu Menyalak Bukit?

Hurmmmm ... tetiba terkenang karakter manusia. Bila marah, tak tau nak bertenang dan sanggup menyerang. Sekarang lagi dasyat, serangan boleh dibuat di laman sesawang.

Makin lama manusia makin tak tau nak kawal perasaan. Mereka lebih suka ikut emosi dan hati. Akal mereka tolak tepi yang akhirnya hanya menampakkan kebodohan diri. Dulu Ustaz cakap amarah tanpa kawalan itu amalan Syaitan. Ustaz cakap, bila marah sebaiknya beristighfar, bertenang. Dalam keadaan tenang baru kita boleh guna akal dengan sebaiknya.

 Ada jugak yang bila marah bagai anjing menyalak bukit. Dok menyalak sampai letih tapi bukit tetap teguh tak tumbang. Bila dah penat, maka lemah, senyap dan berlalu lah sang anjing. Bukit tetap teguh dan kuat, sikit tak terusik. Sapa malu? Sapa yang diperkatakan? Anjing jugak kan. Orang akan kata kenapa la anjing tu bising sangat? Tak malu ke buat bising?

Pengajaran buat kita :- Kalau marah, tarik nafas, bertenang dan beristighfar. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biar emosi kawal diri. Jangan tau. Nanti Syaitan tepuk tangan. Tak perlu bising hingar sana sini tapi muhasabah lah diri. Kita mungkin bukan yang terbaik tapi kita boleh berubah menjadi lebih baik dan menjadi insan yang berkualiti. Kita sama-sama perbaiki diri ye. Dengan lafaz Bismillah disertai dengan niat yang baik, In Sha Allah boleh. In Sha Allah.

Friday, November 1, 2013

Jiwa Lara

Hati sebenarnya sangat kacau, jiwa sarat menanggung lara. Tiap kali raya, ini yang aku rasa., Arwah Atuk pergi meninggalkan kami bulan 2, dua tahun lepas. Bulan 5 pada tahun lepas arwah Wai pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Lepas Arwah Wai dan atuk pergi, tiap kali pergi ke singapore, aku tetap rasa sepi walau dikelilingi keriuhan sanak saudara. Wai yang peramah, Atuk yang penyayang, Terima kasih atas kasih sayang Wai & Atuk, takkan aku lupa sampai bila-bila.

Dan tahun ini, pertama kali beraya tanpa Arwah Wai. Tiada lagi suara tua mendail no telefon kami. Balik bila? Dah sampai mana? Pukul berapa nak sampai? Ada apa cerita? Terngiang-ngiang suara Atuk & Wai dihujung telinga. Atuk yang penyayang, Wai yang mesra dan ramah dengan sesapa sahaja yang ditemuinya.

Moga Allah SWT merahmati Arwah Atuk & Wai, dua insan istimewa dalam hidupku. Amin.

Untung orang lain-lain ler ..

Saya ada sorang kawan. Dia selalu 'jeles' tengok kehidupan orang lain. Dia rasa orang tu bertuah, dia tidak. Dia mula rasa 'down'. Dia lupa Tuhan tu maha kaya, adil dan sayang pada semua hambaNya. Dia lupa yang dia juga ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri malah ada kalanya lebih bertuah lagi.

Kawan saya ni selalu mengukur kehebatan seseorang pada harta dunia. Pada dia, kalau orang tu boleh keliling dunia, boleh pakai barang mahal-mahal .. dia akan cakap "bestnya dia". Saya selalu 'motivate' dia. Saya selalu cakap .. Kau pun hebat dan best jugak .. punya anak, punya keluarga, punya visi dan misi untuk mereka-mereka. Kau ada kelebihan kau yang tersendiri. Dia ada kelebihan dia. Lain orang, lain tujuan dan matlamat .. lain 'satisfaction'nya .. lain untungnya. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Tuhan sayang semua hambaNya. Kau lebih kat sini .. kau kurang kat sana. Tapi kekurangan itu tidak mencacatkan kehidupan engkau, kawan. Kerana sebenarnya yang kau idam-idamkan itu bukanlah keperluan .. tapi kehendak semata-mata. Belajarlah bersyukur, Kawan. InsyAllah tenang jiwa.