JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, February 25, 2013

cerita si Darah Manis


Ape sebenarnye darah manis ni?

Dulu sebelum tunang ramai orang pesan time tunang ni "darah manis"... Pelik nye.. kenape pulak masa tunang je darah jadi manis? Darah kite ada penyakit ke? Or muke kite jadi manis ke? Or semot hurung ke? Haihh! Sangat-sangat tak paham.. hurm...

So after google baru faham.. Dan inilah fahaman-fahaman saya hasil interpretasi saya sendiri.. :b

Sebenarnye "darah manis" ini dirujuk kepada pasangan-pasangan yang tengah bertunang. Ianya ialah merujuk kepada kebarangkalian kepada benda-benda yang tidak baik berlaku kepada pasangan tersebut. Maksud lain nye ialah dugaan dan cabaran sepanjang proses pertunangan.

Reference yg menguatkan lagi fakta:
Kamus Dewan terbitan DBP (1970) memasukkan ungkapan ini di bawah kosa kata 'darah' dengan makna: mudah mendapat bahaya atau kecederaan (berkenaan dengan orang yang bertunang).
Sebagai contoh..


• Orang tua-tua selalu pesan bakal pengantin ini digalakkan untuk tidak selalu berjumpa (berdating) kerana dikuatiri diganggu orang ketiga iaitu syaitan durjana. Yang ini saya setuju la sebab ada sebab musabab yang kukuh..
• Orang juga selalu pesan agar selalu menjaga diri dan tidak keluar dari rumah sepanjang tempoh pertunangan kerana takut ditimpa kemalangan atau kecelakaan. Tapi bagi saya kalu tak bertunang tu pon bahaya ada juga di mana-mana. Bak kata pepatah "kemalangan tak berbau".. So dia tak bau la sama ada orang tu tengah bertunang atau pon tidak. Apa-apa pon sume orang kene sentiasa berhati-hati tak kira ape pon status anda.
• Orang kata lagi... Muka tunangan orang ini berseri-seri. Semakin cantik dan hot daripada biasa.. :b Maybe bahagia melayari hidup bersama bakal husband. Tapi keserian tersebut senang untak menjadi perhatian orang. So kalu dulu sebelum tunang kurang orang yang pandang, tapi masa tunang ramai pulak orang datang kacau. Itu maksudnye dugaan. Permainan syaitan je sume tu... Nak tahu kita dipermainkan syaitan ialah bila kita terasa was-was dengan tindakan sendiri. Tak tahu betul/tidak dengan tindakan yg kite buat. So kene sentiasa mintak petunjuk kat tuhan bersihkan hati dari semua godaan tu.
Sy pon kadang-kadang taksub jugak dengan fahaman "darah manis" ni... Sampai takut nak buat ape-ape pon. Tapi bila di fikir kan balik ni sume just nasihat je sebenarnye supaya kita tak hanyut sangat dengan perasaan sendiri. Ye la.. orang bertunang ni banyak angan-angannye.. excited sangat..

Note : Nak tau tak,Encik Tunang jadik makin penyabar dengan saya , saya pulak menjadi sensitip terlampau kadang-kadang tuh..:) saya tau mak dan ayah bangga dengan dia sampai sekarang nie saya rasa dia lebih disayangi mak dan ayah. Tapi takpe, tak jealous pun kan bakal suami saya juga...hihi...


okey , tu je saya nak share.memang manis bila berdarah manis . kena bagi ingatan juga kat saya nie,, "langit tak selalunya cerah , bulan tak selalunya terang , begitulah kehidupan tak selalunya indah . Tapi...di setiap hujan yang turun ada pelangi muncul selepasnya.

Pelangi Kehidupan

Hidup ini unik . Penuh dengan seninya . Tidak selalunya berbunga ceria , tidak juga sentiasa berduri bahaya . Selalunya juga apa yang diharap-harap , tidak pula dinikmat rasa . Apa yang hendak dicampak jauh , itu pula yang dikejar-kejar menimpa . Lalu jika dihayati sebenarnya ia penuh dengan WARNA WARNI KEHIDUPAN . Bagai alam ciptaan Maha Esa ini , ada kurang di sebalik sempurnanya . Dan ada sempurna di celah-celah kekurangannya .


Note : Semua itu untuk kita lebih mensyukuri setiap nikmat yang ada di depan mata kita dan menjadi hamba yang 'Syakura' (banyak bersyukur). Saya bersyukur bila Allah datangkan ujian, sebab bila Allah datangkan ujian kita akan lebih bermuhasabah diri . Bukan maksud saya bila susah je ingat Allah tapi dalam masa yang sama kita bermuhasabah perbaiki diri untuk jadi manusia yang lebih baik.
TAKDIR ALLAH ITU INDAH :-)

Friday, February 22, 2013

Tempias cantik baju orang biasa.

Salam...

Saya tak cantik, jadi saya pakai pakaian yang cantik dan kemas-kemas. Dan secara naturalnya manusia suka yang cantik-cantik. Jadi hari ini apabila saya pakai yang cantik, walaupon bukan saya yang cantik, ada orang puji. 'Cantiknya baju.' Kata seorang teman sepejabat. Saya jawab 'Baju cantik, orangnya biasa je' sambil senyum. Secara tak langsung saya terkena TEMPIAS CANTIK.

Note: Post merapu. Biarla orang nak kata poyo pon. Heeheheh (pasni kena hari-hari pakai cantik dan kemas. Oh cantik ada banyak maknanya.)..Tauu Takperr....:-P




Thursday, February 21, 2013

Ada apa dengan blogspot

Saya tak suka menjadi saya yang sekarang nie, banyak sungguh idea untuk berblogging, banyak sungguh perkara yang nak cerita, walaupun tak nak cerita apa-apa, tapi bila klik new post boleh jadi 10 perenggan aku hentam tulis. Sindrome apakah ini???

Kemudian asal buat report ke,analysis ke, saja, hati akan teringat ke blog. Kalau buka word pun, konon nak menaip report la, last-last engkau akan mentaip entry baru kan. Bukak word 3 minit jah untuk buat syarat, yang selebihnya lepak blog kan? Owh, blog, kamu dah bomohkan saya ke? Saya dah termakan nasik kangkang kamu ke?? Shit la perasaan ini.


Sekarang, di waktu-waktu sekarang saya seharusnya membuat kerja,report , analysis ,qualification , evaluation , characterization…..bla bla bla…. Tapi kenapa mesti melepak-lepak di blogspot ini? Hadoi.


Selalu, kalau menyampah asyik dok melayan FB tetiap masa, aku akan deactive kan account kejap. Tapi sekarang bila dah dok betenggek kat blog je memanjang, camne nak buat nie??? Blog tak boleh deactive. Kalau delete dah tak boleh. hahaha. Takpe lah. Abaikan kisah saya suka tulis blog sekarang nie. Biarlah. Selagi penulisan saya bukan menunjukkan hati sedang tak best dah cukup bagus. Okeh. Bye


Wednesday, February 20, 2013

Meniru Demi Nama

Bersusah payah nak jadi macam seseorang sampai perlu "meniru".
Sikit-sikit mungkin dapat dipertimbangkan.
Bulat-bulat? Hahaha!

Saya juga mencuba untuk meniru.
Tapi tak berjaya sebab itu bukan cara saya dan ia tak sesuai dengan jiwa saya.
Akhirnya , diri sendiri yang tertekan.

Saya mula balik secara perlahan-lahan.
Tanpa dipaksa , ianya hadir dengan sendiri.
Dan akhirnya , itulah saya.

Tuesday, February 19, 2013

sometimes



Yes. Jawapan untuk mereka yang benar-benar memahami saja. Tapi berapa kerat saja yang betul dalam mentafsir? Hurm.. Sebab mereka bukan kita, kefahaman jadi berbeda. Dan kadang-kadang memang harus mengsilent kan diri. Biar kita seakan tidak wujud, yang penting sesuatu yang tidak molek itu telah sedaya upaya kita jauh. Kan. Sebab kita tahu yang itu salah, maka silent adalah the best way untuk tidak terjebak. So turn on music, letak head phone dikepala, settle kan kerja yang dibuat, jom hanyut ke dalam kisah-kisah tersedia. Tata manusia sejagat.

Teringat akan satu kata-kata itu "Enjoy the silent". Yes, saya sangat enjoy dalam bersilent. ^_^

P/S: Bila la boleh mengaplikasikan ayat "Bercakap bila perlu". Sebab bila aku di mood yang cemerlang lagi terbilang, macam sekarang nie, semua orang yang aku nampak aku nak sembang. Hadoi. Lepas tu dah berbual melalut yang bukan-bukan. Kengkadang rakan-rakan menyembang pun sibuk nak mencelah, padahal rakan tu duduk sebatu jauh, telinga cap lintah sungguh, nak jugak menyampok dari jauh kan. Hadoi lagi.

Monday, February 18, 2013

kita semuanya sama.


Assalammualaikum.

kita selalu fikir kita susah. tapi sebenarnya ramai manusia di atas muka bumi ini lagi susah dari kita.
kita selalu kata kita ni bodoh tak pandai macam orang lain, tapi kita tak pernah usaha nak jadi pandai macam orang lain.
kita selalu sedih cakap kita tak banyak kawan, tapi kadang-kadang kita lihat ada insan yang jalan seorang diri masa balik kerja atau pergi ke mana-mana yang boleh kita nampak dekat company nie..
kita selalu rasa kita yang paling cantik, tapi sebenarnya ada lagi ciptaan ALLAH yang lagi cantik dari kita.
kita selalu kata diri kita tak baik, tapi kenapa kita tak cuba jadi yang terbaik.
kita selalu jatuh, gagal, tapi kita tak cuba nak bangun semula.
malah kita salah kan orang lain, kita salah kan diri sendiri. kita salahkan YANG SATU.
kita selalu kata itu ini, kita tak boleh, kita bongkak, kita ego. sebenarnya kita semua sama, beza nya apa? tepuk dada tanya iman..

kita semua sama.

ALLAH itu sangat adil, dia tak pernah membezakan kita. malah jika ALLAH beri kita musibah. sebenarnya ALLAH mahu kita sentiasa beringat. sentiasa melangkah ke hadapan. sebab ALLAH sayang kan kita ^_^


P/S:tapi ramai yg masih leka..masa musibah je baru nak beringat..bila senang , lupa lah ..
alahaaaii ~_~

Selamat Hari Isnin!

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

ya ALLAH rindunye nak berblog...rasa macam dah lama tak up entry baru...Lately, sangat lah stress dengan macam-macam perkara..Alhamdulillah, semua dah settle dan sekarang menunggu je masa untuk kami di ijab kalbu kan.. should i asking like this, weh...aku dah nak kawen minggu depan ke? Seriously macam tak percaya! masa yang berlalu sangat pantas, sampai kadang-kadang rasa sesak nafas!hahahaha...

honestly, dalam kepala otak ni dah rangka beberapa tajuk entry yang nak share dengan korang, maybe , boleh up beberapa entry hari ni.. hahahha..ntah sempat ke tak nak wat entry lain nie…berangan jela aku nie.. Dok buzy memanjang je cik Nurbayah ni...ishhh

owhhh.. ini perkara penting, untuk yang ada isi form address, aku dah hantar kad dekat pejabat pos, hopefully, en posmen, buat kerja dengan pantas, supaya kad kawen kami sampai dengan jayanya...

kalau ade masa, aku nak share dengan korang mengenai our wedding card, dan official invitation...

till then,

salam sayang,

NURBAYAH

p/s: selamat hari isnin korang! Hari ni perkara yang perlu di lakukan, buka pintu lab, on kan pc,check email keje aku yang dok berlambak tu, buat kerja, , if bosan jenjalan mengular dekat line,pastu,… up entry wedding card, tulis alamat, mau hantar kad kawen lagi …rase rindunya kat encik tunang saye tuuuuu.....

Friday, February 15, 2013

Syukur

Hati selalu mengeluh susahnya nak tempuh hari hari itu.

Tapi bila dah berhadapan, bila dah menyusuri, eh, baik baik saja.

Ya Allah, bersyukurnya..

Selalu saja dipermudahkan segala kesulitan aku.

Terima kasih Allah. ^_^


Tuhan tak akan membebani dengan sesuatu yang kita tidak dapat pikul. Percayalah, sesusah mana sesuatu itu, sesukar mana sekali pun ia, At the end of the day, kita dapat harunginya jugak.

Pernah Tak


Bismillahirahmanirahim.

pernah tak rasa banyak benda nak kena buat, rasa tak cukup masa, tak cukup kekuatan, nak cari kekuatan, tapi tak jumpa, kau boleh buat cuma bertahan dan teruskan

pernah tak rasa sedih, nak beritahu orang takkan faham, nak tulis perkataan tak keluar, nak cakap tak terluah tapi dada rasa sakit sangat tak tau macam mana nak sembuhkan nak luahkan pun tak boleh

pernah tak rasa rindu kat seseorang, rindu yang sangat sangat rindu, tapi nak luahkan tak boleh, nak cakap tak mampu, nak bisik lidah kelu, tapi hati rasa rindu. rindu yang sangat-sangat rasa nak baling hati ni jauh-jauh, pergi lah jauh-jauh. jauh sampai ke Anfield supaya hilang rasa sakit yang amat ni

pernah tak rasa nak jumpa seseorang tapi tak boleh. rindu sangat sampai menangis. rasa nak putar balik masa tapi takkan jadi. rasa nak beritahu banyak perkara tapi tak terluah. rasa nak tanya banyak benda tapi tak boleh.

pernah tak berdoa yang sungguh sungguh doa, setiap saat setiap detik, dalam sujud, dalam hati, dalam termenung, dalam perlakuan, dalam berjalan, berdoa agar ditenangkan hati, supaya Allah bawa pergi kesedihan jauuuuuuuuhhhh pergi, bawa lah ke planet pluto pun, tapi tak jadi, hati still rasa sedih, tak tau apa nak buat. kemudian tak cukup doa, zikir tak henti, kemudian solat dan solat tapi tak tau kenapa masihhh jugak rasa sedih

pernah tak ambil masa, tarik nafas dalam-dalam buka al-Quran, baca dengan sepenuh hati, lihat terjemahan dan kemudian fahami... rasa tenang macam Allah sedang berkata pada kita :)

Friday, February 8, 2013

quote

Dari pengalaman-pengalaman yang lalu, saya rasa hidup kita selalunya akan di corakkan dengan siapa yang kita dampingi, dengan siapa kita berkawan dan dengan siapa jodoh kita dilangsungkan. Mereka-mereka inilah yang mewarnai kehidupan, mencorakkan diri, pemikiran, perwatakkan dan pembawakkan kita seharian. Tapi apa-apa pun semuanya berbalik kepada kita sendiri juga. Adakah kita ingin menjadi orang yang dipengaruhi atau mempengaruhi?


-me-

So many things


Yes. Entah kenapa aku tak suka menjadi Si Pencerita di luar sana. Aku lebih selesa menjadi pendengar kepada Si Pencerita. Memberi respon kepada apa yang dicerita mereka. Itu lebih buat aku selesa. Bila bersama dengan mereka yang kurang berbicara, mesti perbualan seperti akan sedikit kekok sebab aku sedaya upaya untuk menjadi Si Pencerita yang mana aku memang tidak berapa prefer. Tapi, kalau mood aku sangat excellent tip top punya, sila diam dan layan percakapan aku. Haha.

Di sini, medan aku, tempat aku, kawasan jajahan aku, jadi aku bebas untuk menulis. Cerita aku lebih banyak di sini. Biar tidak mendapat respon siapa pun, aku rasa terluah bila menaip apa yang hati rasa. Tak perlu meng'control' apa-apa, tak terikat dengan hati siapa siapa, karang saja sesedap rasa. Ye lah, dah nama pun blog..

Thursday, February 7, 2013

Perempuan yang perasan cantik ?

Assalamualaikum

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua
gambarnya pada lelaki,

Perempuan yang perasan cantik akan merasakan
dirinya paling 'cute',

Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia
paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya
pada lelaki bukan mahram,

Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya
biasa-biasa saja,

Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.
والسلام
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Jom MengIslahkan Diri !

kind enough huh?

Assalamualaikum...

baik kah kita sebenarnya?

kita bersembahyang 5 waktu..beribadat siang dan malam tetapi kita tidak pernah mahu berbakti kepada saudara seislam kita yang sedang dalam kesusahan..baik kah kita sebenarnya?

kita tidak pernah mengumpat tentang dia tetapi setiapkali kita mendengar orang bercakap sesuatu yang buruk tentang dia..dalam hati kita turut mengeji dan memandang rendah pada dia..baikkah kita?

kita seorang yang alim dari segi ibadatnya..dari segi pakaiannya..kita mungkin ke Mekah berkali-kali..khatam quran berkali kali..tetapi bila kita melihat seorang yang JAHAT pada dulunya telah menjadi BAIK..kemudian kita berkata seperti "ala..dulu dia bukan baik macam ni..dulu dia kaki perempuan..dulu dia penipu..dulu dia banduan"...dengan amalan yang kita buat..dengan perbuatan kita..baikkah kita?

kita memberi nasihat kepada kawan kita..dah lah..jangan percaya pada seseorang yang hipokrit macam tu..kau jangan berkawan dengan orang yang macam tu..kalau aku jadi kau..dari awal-awal lagi aku tak kan berkawan dengan orang yang macam tu..sedangkan kita tahu..kite pon ORANG yang macam tu dengan kawan kita..baikkah kita?

kita sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada seseorang..kita ada disaat suka dan duka mereka..kita dengar tangisan mereka..kita dengar cerita mereka..tapi dalam hati kite mengutuk mereka..bosan betul lah aku dengar masalah dia..ishh kalau tak kerana nak bodek..tak kuasa aku nak melayan...baik kah kita?

kita sentiasa merasakan kita adalah yang terbaik..yang bagus..yang baik.
kita sentiasakan merasakan orang lain tidak baik..low class..
walau hakikatnya kita memang terbaik..dan orang itu memang terburuk,,namun..cukup baikkah kita??

"Bila melihat organg-orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana kejahilannya itu, sedangkan kita yang berilmu dan berakal ini pun sering bergelumang dengan dosa.

"Seandainya berjumpa dengan orang-orang jahat, janganlah menganggap kita lebih mulia darinya, sebaliknya anggaplah dia akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T. dimasa tuanya. -imam al ghazali..

makanya..hati jangan cepat menghakimi..:)

thanks for reading this

Wednesday, February 6, 2013

hanya satu senyuman


Assalammualaikum

suatu hari nanti aku berharap aku menjadi seorang yang kuat, seorang wanita yang kuat bila dalam kesulitan... seorang wanita yang kuat bila kesedihan, seorang wanita yang kuat bila diduga... dan terus menjadi kuat...
suatu hari nanti aku berharap ketika orang menyakitkan hati ku, aku boleh tersenyum... aku mampu senyum dan terus tersenyum...
aku berharap, suatu hari nanti ketika aku ditimpa hujan, saat tiada payung yang mampu aku berteduh... aku masih mampu tersenyum... senyum dan terus tersenyum...
aku berharap suatu ketika nanti bila aku jatuh ... walau luka dan berdarah aku ingin terus tersenyum... tersenyum dan tersenyum...

sebab...

dengan senyuman itu aku berharap aku dapat menjadi seorang yang sabar, redha dan tabah... kerana segala-galanya terbaik dari sisi Allah jika aku menerima ujian dan cubaanNya dengan hati yang terbuka dan ikhlas...

Ya Allah... engkau jadikanlah aku, dan saudara-saudara ku, ibu bapa ku, bakal suamiku, sahabat-sahabat ku orang yang redha dan ikhlas menerima ujian dan cubaan Mu... Aminnn~~~

tiada yang lebih baik manusia itu dengan redha pada setiap yang dilaluinya... akhirat itulah tujuan kita dan dunia hanya sementara...

janji Allah itu pasti...
tegur aku jika ada yang tersalah... :)

Tuesday, February 5, 2013

Tolonglah...


Jangan asyik mencari aib org,
cermin lah diri sendiri selalu
agar rasa diri ini hanya hamba yang hina tanpa pertolongan Allah.

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Monday, February 4, 2013

Aku Wanita Biasa


Aku bukan lemah lembut , bukan juga kasar
Aku tak pandai , tapi tak pula bodoh
Aku tak baik , tapi bukan jahat
Aku hanya wanita biasa
Yang punya hati dan perasaan
Hati yang rapuh , perasaan yang lembut
Well , nama pun perempuan kan?

Mereka tahu aku
Wanita yang pemalu
Wanita yang sopan santun
Wanita yang kelam kabut
Wanita yang cepat blur

Mereka tak tahu aku ,
Wanita yang selalu cuba jadi sahabat terbaik
Wanita yang selalu sahaja menangis bila hati terusik
Wanita yang akan rasa sedih bila diri rasa kehilangan

Tapi aku tahu
Aku wanita yang kuat
Bukan kuat sebab badan kuat , bukan
Tapi hati aku kuat , kalau tak kuat..
Akan cuba dikuatkan

Aku juga tahu
Aku wanita yang bukan keseorangan lagi
Aku ada Dia yang satu
Aku ada family
Aku ada teman-teman dekat & jauh
Aku ada kesayangan
Terima kasih buat diri aku jadi manusia..

Friday, February 1, 2013

Teruja...Wajib Baca!

Kajian menunjukkan apabila ibu bapa tidak bersedia menerima cahaya mata (semasa anak di dalam kandungan), anak itu biasanya kurang cemerlang di sekolah".
- Dato' Dr. Hj. Fadhillah Kamsah -