JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, August 30, 2012

Lagu klasik favourite aku


L )
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


aha.. aku teringat masa aku baru habis sekolah dulu, aku disuruh menyanyi duet lagu ni dengan pak uda aku waktu cousin kahwin. Pastu kena puji sebab ade yang cakap suara aku macam saloma ahaiiii……..;)
aku pun minat lagu nie. kalau tengah mood jiwang-jiwang je dengar lagu nie..
cerita gurindam jiwa nie sedih sangat tau! aku tengok banyak kali pun nangis. memang latifah omar dan nordin ahmad pasangan romantik kat filem. aku memang minat tengok filem-filem melayu lama nie.

wah!
Apa-apapun pun nordin ahmad memang hensem la.... muka lelaki melayu asli. (dia hero klasik yang aku minat)..
Apa-apapun lagu ini tersangat indah susunan muzik dan liriknya yang menggunakan konsep pantun. ia menceritakan betapa rasa kasih sayang di antara suami isteri itu terlalu dalam. wah! sangat romantik~

Wednesday, August 29, 2012

Aurat Ku, Maruah Ku...^_^

Assalamualaikum....

Rasa tertarik dengan post sebuah artikel yang dikirim kepadaku dari seorang sahabat..Moga menjadi peringatan buat kita semua.

Jom sama-sama kita tutup aurat kerana benda yang tertutup itu lebih berharga...


Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu. tengkuk terdedah. gorgeous....

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;


Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..

Semoga bermanfaat...^_^

Tuesday, August 28, 2012

Menyusuri dan Melengkapi………

Siapakah aku..?? Oh.. aku adalah diriku yang sebenarnya.. aku tidak mahu berpura-pura menjadi orang lain.. biarlah aku dengan diriku.. biarlah aku dengan kehidupan.. biarlah aku dengan memori-memori semalam yang penuh dengan suka duka kehidupan.. biarlah aku dengan hari-hari yang akan mendatang.. pengalaman semalam banyak mengajar aku menjadi lebih dewasa.. menjadi lebih matang dalam berfikir.. masa depanku.. aku sendiri yang kena tentukan ke mana hala tujunya.. bukan orang lain yang boleh menentukannya..
Lama aku hidup di dunia ini.. dimana segala-galanya adalah milik Allah.. dalam tempoh ini jugalah aku telah menempuh dan melalui berbagai-bagai dugaan dan ranjau hidup.. sungguhpun begitu aku tidak pernah rasa kesal dengan apa yang berlaku dan tidak akan sesekali menyalahkan takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan.. semuanya adalah suratan hidupku.. aku di uji sebegini untuk mengetahui sejauh mana kekuatan diriku.. aku akui kekadang aku rasa tidak kuat.. tidak bermaya untuk menempuh semuanya.. tapi ku gagah kan juga diriku.. ku panggil semangat diriku sendiri.. aku mesti teruskan.. aku mesti berjuang.. aku mesti menempuhnya demi orang-orang yang aku kasihi.. yang aku sayangi dan yang aku cintai.. pasti akan ada mentari yang akan menerangi kehidupanku ini..
Kini.. aku rasa bersyukur dipertemukan dengan seseorang.. seseorang yang boleh menerima seadanya diriku yang serba kekurangan ini.. seseorang yang sudi menyayangi dan mencintai diri yang tak seberapa ini.. Ya Allah.. sesungguhnya aku terlalu menyayangi dan mengasihinya dengan seikhlas hatiku.. ku pohon padaMu ya Allah moga Kau tetapkan hati ku untuk menyayangi dan mencintainya sehingga akhir hayatku ini.. ku bersyukur kepadaMu ya Allah.. kerana Kau telah mempertemukan aku dengan dirinya.. kehadiran dia dan cintanya dalam hidupku amat bermakna sekali..
Biarlah apa orang nak kata.. buatlah apa mereka suka.. aku tetap dengan diriku.. aku tetap dengan pendirianku.. asalkan aku tidak menganggu kehidupan orang lain.. asalkan aku tidak menyusahkan orang lain.. dan yang paling penting.. asalkan aku bahagia dan happy dengan apa yang aku buat.. dan juga aku tahu yang mana baik dan yang mana buruk.. aku hanya mencintai dan menyayangi dirinya.. semua orang pasti merasakan apa itu cinta.. pasti semua orang juga pernah dan akan melalui hubungan cinta itu.. cinta yang aku maksudkan adalah cinta sesama makhluk.. kita tak boleh membandingkan cinta sesama makhluk.. dan cinta terhadap Allah SWT.. kerana cinta terhadap Allah adalah cinta sejati.. Cinta itu buta? Ada yang mengatakan bahawa Cinta itu Buta ! Betulkah apa yg dikatakan cinta itu buta?? oh.. cinta sememangnya tidak buta.. kerana cinta itu sendiri tidak mampu melihat.. orang yang bercinta itu sebenarnya yang buta..
Bagaimana seseorag itu jatuh cinta..?? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh mencintai seseorang? Kebanyakan orang jatuh cinta kerana kecantikan atau kehenseman seseorang.. jatuh cinta pandang pertama orang cakap.. tapi tidak pada diriku.. aku tidak mungkin jatuh cinta kerana kehenseman seseorang lelaki itu.. aku tidak melihat itu semua.. Aku jatuh cinta terhadap dia kerana diri dia.. kerana dia adalah dia.. aku jatuh cinta padanya tanpa melihat bagaimana rupa dirinya... ku tanya diriku sendiri adakah aku benar-benar menyayangi dirinya.. yeah.. now.. pasti sekali aku terlalu sayangkan dirinya.. dan aku kini terlalu merindukan dirinya..
Pertemuan adalah sesuatu yang tidak dirancang.. begitu juga pertemuan aku dengan dia.. walaupun pada awalnya sebenarnya aku tidak berapa pasti dengan dirinya.. samada dia benar-benar menyayangi aku atau sebaliknya.. tetapi aku telah menyayangi dirinya.. aku hanya bertawakal kepada Allah.. berdoa kepadaNya dan memohon kepadaNya.. sekiranya lelaki ini adalah jodohku.. temukan aku dengan dirinya.. permudahkanlah semuanya.. kerana aku tidak mahu lagi bermain dengan perasaan.. bermain dengan perasaan orang.. dan yang penting bermain dengan perasaan aku sendiri..
Pengalaman yang lepas banyak mengajarku.. aku nekad dalam diriku.. sekiranya dia betul-betul sayangkan aku.. aku akan pilih dirinya.. hanya dia dalam hidupku.. Ya Allah.. Kau tetapkan hatiku ini ya Allah..
Kini.. aku pasti.. amat pasti.. yang dia adalah pilihan hatiku untuk menjadi teman hidupku.. untuk aku menghabiskan sisa-sisa kehidupan bersamanya.. aku nekad sekali.. aku akan berkahwin dengannya.. ku mohon kepada Allah semoga aku dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.. semoga aku dapat menjadi sebaik-baik isteri untuk dirinya.. semoga aku dapat mentaatinya.. semoga aku sentiasa memperoleh keredhaan darinya.. dan yang penting semoga matinya aku nanti di dalam keredhaannya..
Aku impikan sebuah keluarga yang bahagia bersamanya.. insyaAllah.. yang penting kita redha dan boleh menerimanya. semua orang ada hak untuk jatuh cinta dan bercinta.. aku menerima seadanya dirinya itu sebagaimana dia menerima seadanya diriku ini.. hanya aku mohon kepada Allah semoga ditetapkan hati ini supaya akan sentiasa mencintainya sehingga ke akhir hayat.. ditetapkan hati supaya dapat menempuh segala badai yang mendatang.. ditetapkan hati supaya hatiku tidak akan berubah sampai bila-bila.. kerana aku ingin sekali menjadi yang terbaik untuk dirinya.. Ya Allah.. Kau makbulkanlah doaku ini..
Untuk kawan-kawan.. doakan semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.. doakan semoga aku dan dia dapat menempuh segala dugaan dan cabaran hidup dengan hati yang tabah.. dan aku juga akan mendoakan kebahagiaan kalian.. sama-samalah kita mendoakan untuk kebahagiaan kita semua di dunia dan akhirat.. sesungguhnya hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja.. kita tidak boleh terlalu memilih.. kerana semuanya telah ditetapkan.. tidak ada orang yang sempurna dalam dunia ini.. kita hanya manusia biasa.. banyak kekurangan.. tapi yang pasti semua orang pasti ada kelebihan masing-masing.. jangan terima seseorang hanya kerana kelebihan yang ada pada dirinya.. tetapi terimalah ia juga kerana kekurangan yang ada dalam dirinya.. kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain.. sebagaimana aku.. diriku amat memerlukan orang seperti dia.. dia kekasih hatiku.. aku tidak malu di sini untuk menyatakan bahawa dia adalah kekasih hatiku.. mungkin dalam dirinya ada kekurangan.. dan aku ingin sekali melengkapkan kekurangan itu.. dan dia pula akan melengkapkan kekurangan yang ada dalam diriku.. begitulah sebaliknya..
Buat dirinya.. sekiranya dia membaca apa yang aku tulis ini.. ketahuilah bahawa diri ini.. hati ini.. telahpun menerima seadanya diri itu.. ye awak.. kita telah pun menerima seadanya awak.. kerana kita sendiri tahu bahawa kita bukan seorang yang sempurna.. terlalu banyak kekurangan dalam diri ini.. terima kasih awak kerana sudi menerima seadanya diri ini... insyaAllah.. sama-samalah kita berdoa moga kita berdua dapat menempuh segalanya..
Sebelum aku mengakhiri coretan yang panjang berjela ini.. ku pohon ampun dan maaf dari semua yang mengenali diri ini sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja.. diharap semua sudi memaafkan diriku ini.. sesungguhnya aku manusia biasa yg tidak lepas dari melakukan kesilapan.. dan aku akan cuba memperbaikinya.. insyaAllah.. buat kawan-kawanku.. terima kasih kerana sudi berkawan denganku.. terima kasih kerana sudi menjadi kawanku.. terima kasih juga atas segalanya.. to all my freinds.. i love u all.. moga kita sama-sama dapat mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Buat orang yang amat aku sayangi dan cintai.. maafkan diri ini di atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja.. from the bottom of my heart.. thank u very much for your concerns.. your love.. n all.. u're the only ones who really2 cares and concerns for me.. and the most important.. u understand me than others..... terima kasih juga kerana awak sudi berkongsi segala masalah.. berkongsi segala suka dan duka diri ini.. terima kasih..
Sekian dulu untuk kali ini.. terima kasih kepada semua.. sesiapa yang tidak mengenali siapa diriku.. jangan dan tidak perlu ditanya siapa diri ini.. cukuplah apa yg ku ceritakan (melalut da aku nie)..
Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah..
-akuadalahaku- 28 August 2012


P/S : Awak... terima kasih kerana faham saya, sanggup layan karenah saya.. melengkapi hidup saya,, menutupi kekurangan saya.. awak tahu tak.. awak dah buat saya menjadi orang yang paling kuat dengan segala ujian yang datang... terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya... Syukur Allah hadirkan awak untuk saya.. semoga jodoh kita hingga akhir hayat kita dan semoga kita akan bersama juga di akhirat... Awak terima kasih kerana membuatkan hidup saya indah...(takdir Allah itu kan INDAH ;)) ).



Monday, August 27, 2012

Pesanan & Nasihat = DEBARAN


"Matlamat kita hanya satu, inilah usaha atau jalan-jalan dalam menuju atau mencari redha Allah. InsyaAllah, perancangan kita jika baik urusannya di sisi Allah, DIA akan permudahkan melalui cara yang kita tidak sangka-sangka. Tetaplah keyakinan dan kepercayaan hanya padaNya, biiznillah, semuanya akan baik-baik belaka. Cuma ingat satu pesan penting, Tempoh Pertunangan adalah tempoh pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan sebelum memasuki alam perkahwinan. Ujian yang paling halus akan menjangkiti hati. Tempoh ini sememangnya untuk kita mengenali bakal pasangan kita, keluarganya, namun, gunakanlah pendekatan terbaik, dengan mengurangkan ruang-ruang untuk syaitan mencucuk virusnya pada hati kita ini. Jagalah hubungan pertunangan sebaiknya, demi keberkatan sebuah perkahwinan yang suci.Dugaan yang paling HEBAT adalah bagi mereka yang belajar atau mengaji dalam aliran agama. Hanya orang tertentu sahaja dipilih oleh Allah"

Doa dariku untukMu:

Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.. Permudahkan dan percepatkanlah urusan perkahwinan ku ya Allah.. Aku memohon pada mu Ya Allah.. Satu kan lah hati kami seperti mana Engkau satu kan hati Adam dan Hawa.. Lahirkanlah kasih sayang yang berkekalan antara kami Ya Allah.. Lahirkanlah ketenangan dalam hubungan kami Ya Allah.. Lahirkanlah kegembiraan dalam hubungan kami Ya Allah.. Kekal kan lah hubungan kami hingga ke Syurga mu Ya Allah.. Sesungguhnya hubungan yang kami bina ini untuk menggapai redha dari-Mu..Permudahkanlah Ya Allah.. Permudahkan lah.. Permudahkan lah urusan kami dunia akhirat..Amiin Ya Rabbal Alamin...

P/S : masa semakin menghamipiri..,aku rasakan ia semakin dekat dan mendebarkan..all the best for me!

Friday, August 17, 2012

Nekad

ada kekuatan disitu...
juga bersama kekuatan itu, ada keyakinan...
akan saya susurinya bersama dengan doa...

“Ya Allah... mudahkanlah segalanya... jangan kau sulitkan... jadikanlah perjalanan hidupku ini segalanya dipermudahkan... jauhkan aku dari onak dan duri dugaan...”

moga yang membaca akan mengaminkan...
saya mohon sangat... dia menjadi milik saya dunia dan akhirat...Amin ;)


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

sentap

Cuaca tak selalunya cerah. Adakala mendung datang juga. Begitu juga dengan hati kita. Dah namanya pun manusia. Pelbagai emosi seringkali menguasai diri. Masalah ada di mana-mana. Tak berlaku secara langsung kepada kita. Berlaku pada orang-orang di sekeliling kita. Hati ini juga kadang kala terlalu sensitif. Sedikit tercuit, emosinya merudum berhari-hari.

Kadang-kadang kisah orang lain buatkan kita ikut beremosi sama. Orang lain aku tak tahu. Tapi aku selalunya begitu.. Aku bersimpati dan ikut bersedih.

Bulan lepas aku tersentuh bila seorang isteri menegur suaminya keasyikkan di FB namun tidak mendapat balasan. Sedangkan si suami jenis yang sangat rajin komen status orang lain. Entah mengapa aku pula terasa berkecil hati. Lebih-lebih lagi bila tahu kemelut yang sedang melanda hubungan mereka. Pada waktu itu tentunya sang isteri sedang cuba mahu memperbaiki hubungan mereka. Tapi mendapat balasan yang dingin pula. Aku bersimpati dan ikut sedih.

Cuaca di luar mendung. Di dalam hatiku juga mendung. Bukan mengenang nasib diri. Tapi mengenang nasib orang lain untuk memuhasabahkan diri yang juga tidak sempurna serta banyak khilafnya. Dengan keadaan cuaca yang mendung, susahnya rasa nak menceriakan hati sendiri. Memikirkan yang indah-indah tetap juga berhati gundah.

Thursday, August 16, 2012

IMAMKU..

ASSALAMMUALAIKUM

untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang pemalu, manja,degil sikit dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. hanya ini yang ku pinta.

Friday, August 10, 2012

cemburu

Cemburu tak elok untuk HATI aku..
Cemburu tak elok untuk WAJAH aku..
Cemburu tak elok untuk TEKANAN DARAH aku..
Cemburu tak elok untuk PERASAAN aku..
Cemburu tak elok untuk PERHUBUNGAN aku..
Cemburu tak elok untuk SIKAP aku..
Cemburu tak elok untuk OTAK aku.
Cemburu tak elok untuk MATA aku.

Cemburu buat HATI aku menterjemah tentang perkara-perkara yang tak baik.
Cemburu buat TEKANAN DARAH ku naik sebab marah dan stress.
Cemburu buat PERASAAN aku bercampur-baur dengan benda-benda yg negatif. Sedih.
Cemburu buat PERHUBUNGAN aku makin bosan.
Cemburu buat SIKAP aku berubah dari suka jadi acuh tak acuh.
Cemburu buat OTAK aku berat memikirkan benda yang tak patut difikir.
Cemburu buat MATA aku dicuci tanpa diminta.Nangis je keje.

Ya Allah,
Jauhilah aku dari sifat cemburu. Buanglah perkara negatif tu jauh-jauh.
Aku nak jadi hambaMu yg tabah dan baik.
Aminnn~

Thursday, August 9, 2012

motivasi - belajar untuk memaafkan

Petang-petang nie rasa mengantuk dalam lab, maklumlah kerja ade tapi takde mood nak buat sebab tak urgent .Kerja dalam makmal nie bukan macam bekerja dengan kertas, dokumen dan komputer. Boleh letak tepi, boleh stop kejap kalau ada apa-apa hal. Tapi kerja lab ni kena siapkan as soon as possible, kalau tidak, alamat tak menjadi la apa yang diusahakan. Tu yang jadinya waktu lunch pun tak menentu, selalunya kalau bukan waktu bulan puasa, semua kerja dah settle barulah boleh makan.

Kadang-kadang pernah terjadi, penat berhempas pulas dari pagi hingga ke petang menyiapkan segala eksperimen, last-last bila dah siap tu result not valid pulak...Arghhhhh serius rasa macam nak pengsan. Tapi tu masa awal-awal kerja atau buat test dulu la, kalau sekarang dah jarang sangat jadi macam tu.hihihi

Sedar tak sedar dah lebih 3 dekad aku hidup kat dunia ni. Banyak perkara yang telah berlaku dan Alhamdulillah setiap kejadian mempunyai hikmah dan pelajaran yang tersendiri. Sebagai hambaNya yang bersyukur aku perlu tabah melalui setiap ujian dan sesekali pun aku tidak boleh menoleh ke belakang dan menyesali setiap apa yang terjadi. Banyak yang aku belajar tentang hidup selama ni antaranya tak boleh cepat berputus asa, kena sentiasa berfikiran positif, jangan hasad dengki dan sentiasalah memaafkan orang lain.

Aku rasa part memaafkan orang lain tu memang susah sikit nak buat. Tapi apa yang aku tahu sebenarnya jika kita tak maafkan orang lain, hati kita sendiri pun rasa tak tenang, walaupun orang lain tu yang buat salah pada kita. Bila hati tak tenang, jiwa tak tenteram bagaimanalah boleh melalui kehidupan yang bahagia. Ye tak?? Aku rasa tak ada salahnya jika mudah memaafkan orang ni. Kita fikir satu je la, kita hidup kat dunia ni bukan untuk orang lain, bukan juga untuk sesiapa, tetapi semata-mata kerana mencari redhaNya. Biar la kan, kalau orang buat sakit hati kat kita pun. Sebab yang bagi pahala dan dosa, juga syurga dan neraka adalah Dia yang Maha Kuasa. Jadi hidup kita hanya bergantung denganNya. Mencari redhaNya...Apabila kita hidup ni semata-mata nak mencari redhaNya, barulah hidup kita ni akan bahagia..InsyaAllah...

Entahla kenapa tiba-tiba nak cakap pasal semua ni, sesekali kena bagi motivasi kat diri sendiri. Bila motivasi dalam diri ni ada pasang surutnya tu yang kena sentiasa bagi galakan kat diri sendiri. Kalau tidak, siapa lagi, ye kan??

Ok lah....Sekian....

Wednesday, August 8, 2012

Lemah nya IMAN aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
syukur diberikan peluang utk memberi manfaat kepada orang lain oleh itu rebutlah sementara masih hidup.
Pagi nie aku agak terkilan dengan sesuatu..terkilan sebab aku tak mampu nak menegur apa yang aku nampak..Ada rakan sekerja yang tidak puasa makan dalam kereta dan merokok di smoking area, lepas tu siap masuk kantin lagi..Subhanallah, memang memula nampak nak tegur tapi sungguh, iman aku lemah sangat..tak mampu nak lontaran kata-kata. Hanya mampu menegur di dalam hati.Mungkin dia orang melayu tapi bukan agama islam kot.

Aku pun bukanlah alim dan masih lagi merangkak-rangkak memperbaiki diri. Sama-sama kita perbaiki diri kita ye. Ambil peluang ramadhan kali ini untuk mengubah diri kita dari baik kepada lebih baik. InsyaAllah..

Salam Ramadhan, salam kasih sayang buat semua.

Tuesday, August 7, 2012

~Mood~

No mood because i'm moody..

Takde masa nak luahkan IDEA walaupon banyak idea.

Sila tunggu 'new post' dari aku kerana aku masih menunggu keberadaan hati aku untuk menulis new entry..

Yang aku tau, otak aku serabut lately walaupun aku tau otak korang kemas tanpa ada masalah yang memberi tekanan pada SEREBERUM, SEREBELUM & MENDULA OBLOGATA pada otak masing-masing..

Sabar ye sebab aku pon tengah bersabar..



Monday, August 6, 2012

Kekurangan.........

Berbelanja? Berlebihan.. Pakaian? Berlebihan.. Duit belanja? Masih mencukupi, Alhamdulillah... Kasih sayang? Berlebihan dan terasa nikmatnya yang aku dapati daripada familyku dan orang yang tersayang, Alhamdulillah dengan kurniaan Ilahi. Tapi aku memang rasa macam ada kekurangan sesuatu..

IDEA!! Yaaa...idea.aku kekurangan idea untuk menulis blog. Kalau nak diikutkan, aku punya banyak tajuk untuk dikongsikan. Tapi bila aku ingin memulakan cerita, otak aku mudah kekeringan idea. Sometimes perkara-perkara macam buat aku malas untuk menulis blog. Adakah aku termakan banyak semut?? Atau makan benda-benda yang boleh melembabkan penjanaan segala pemikiran dalam kepala otak aku nie?Aku sendiri kurang pasti.

Seronok mmbaca blog-blog bloggers yang lain. Mereka memiliki penceritaan yang menarik. Time tu mula la aku rasa aku ni memang kekurangan idea tidak seperti dulu yang sentiasa punya cerita dan ayat-ayat yang best. Tapi sekarang..tidak lagi. Mungkin kerana aku banyak berfikir dengan perkara-perkara yang membebankan??

Adakah kerana usiaku?? 21,22,23,24,28,30++++seterusnya???!!

OOhhh nooooo..............

Friday, August 3, 2012

Andai lelaki tahu....

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

P/S: kata-kata penuh makna..

Thursday, August 2, 2012

jenis 'Bunga' & sifat 'manusia'

Bunga-bunga yang kita selalu lihat, selalu pegang, selalu cium sebenarnya kita boleh mentafsirkannya umpama manusia. Sebagai metafora sama seperti kehidupan yang kita lalui sehari-harian. Jika diberi pilihan, kita mahu jadi seperti bunga apa selain nak jadi Bunga Cinta Lestari?? Hehehee..(Aku tersengih sorang diri)..

Banyak bunga yang punya kebaikan dan kelemahannya. Sama seperti manusia. Jika aku diberi pilihan, aku memilih dua jenis bunga iaitu bunga kaktus dan bunga melor. Hanya bunga-bunga ini yang mantap dalam hati aku buat masa ni. Kenapa aku memilihnya??


Kenapa aku memilih kaktus sedangkan kaktus bukanlah salah satu bunga yang cantik? Malah sangat merbahaya...Aku punya alasan aku sendiri.Aku suka sangat kaktus sebab kaktus punya banyak alasan untuk dirinya sendiri.Sesetengah orang tak suka pada
kaktus sebab dia berduri. Tapi kalau dikaji, duri itu adalah salah satu senjata untuk memelihara dirinya daripada ancaman-ancaman yang mungkin boleh mencederakan dirinya (takut orang petik sesuka hati diorang je).Itukan hebat?? Umpama manusia, jika seseorang itu mempunyai sesuatu 'senjata' yang boleh memelihara dirinya sendiri macam duri kaktus tu kan bagus? Senjata yang aku maksudkan adalah seperti ilmu, iman, pemikiran yang bernas, hati yang suci yang boleh dijadikan sebagai senjata tatkala hati dilamun cinta, hati dirundum keresahan, fikiran bercelaru, kegembiraan di luar batasan gembira dan sebagainya. "Eeeiii.. kaktus ni buruk!!"... Kaktus memang buruk, tapi kita jangan memandang rendah pada kehodohannya. Bagi orang, kaktus hanya bunga yang simple, takde daun yang berjurai-jurai. Membosankan!! Tapi tidak bagi aku. Kaktus yang dijaga baik boleh berdiri dengan megahnya dipanah teriknya matahari.. Kaktus buruk tapi dia sangat kuat. Bila ditiup angin, ia tetap tegap berdiri tanpa tumbang. Kalau bunga yang berjurai-jurai, boleh gugur sewenang-wenangnya. Kan kaktus tu hebat?? Sama seperti manusia. Bila orang tu tak cantik, tak bergaya, dia tidak dipandang istimewa dikalangan sesama mereka sendiri. Tak glamour la berbanding orang yang cantik vouge!! Tapi kalau mereka menyingkap disebaliknya, pasti kita akan jumpa keindahannya. Don't judge the book by its cover..


Bunga melor memang ramai orang suka terutamanya orang kaum india sebab dah memang jadi kebudayaan orang india untuk memakai bunga melor untuk diselitkan disanggul mereka.Hmmm...Apa yang aku tulis ni adalah mengikut inspirasi dari taman dihalaman rumah kawan aku. Dalam banyak-banyak bunga, bunga nie kawan aku tanam kat bahagian tepi laman. Aku tak penah pulak tanya kenapa ditanam kat situ.Tapi bila aku perhatikan disekeliling taman, semua bunga-bunga yang popular jer dapat duduk dibarisan depan laman. Macam bunga mawar dan orkid.Napa bukan bunga melor ni? Kesian.. Lepas tu baru aku kaji. Nak diikutkan, bunga melor berwarna putih. Menunjukkan kesuciannya.Dan bunga melor tu wangi jika dicium. Jadi, bagi aku kalau manusia tu umpama bunga melor, ia sangat indah dan baik. Walaupun dia tak se' glamour bunga kembang pagi, ros,orkid & sebagainya, dia tetap suci dan wangi. Semua orang suka bila menciumnya. Macam tu jugak manusia. Biar kita low profile, tapi orang akan menyukai kita kerana keistimewaan & kesucian kita.

So, tak payah kita nak bermegah-megah dengan apa yang kita ada sebab semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan pada diri masing-masing...

Untuk semua: Jadilah diri sendiri jika kita nak orang suka kita tanpa perasaan plastik. Jika mereka tidak dapat melihat keindahan dan keistimewaan apa yang kita ada,itu bererti 'mereka' bukanlah istimewa untuk kita.Mudah-mudahan kita dapat apa yang kita ingin kecapi. Aminn~