JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, October 27, 2014

Emas Jua Dipandang Orang

Bismillahirrahmanirrahim,salam rindu dan kasih sayang...

geram rasanya bila tak dapat update entrikan..rasa macam mana ye..?umpamanya gatal yang tak dapat digaru kot..hehehe


di sini saya nak kongsi satu hal yang buat saya rasa terkedu...baru-baru ni,saya berbual dengan seorang rakan di alam maya...dia rajin bercerita kisah hidup dia dan saya adalah pembaca yang setia,kami bertukar nota bila saya ada masa terluang dan kisah dia adalah merupakan satu pengajaran untuk diri saya...


menurut rakan ini,tak siapa yang sudi membaca luahannya kecuali saya kerana dia selalu menceritakan masalah hidup..sebagai anak sulung yang terpaksa mengambil alih tugas bapa yang meninggalkan dia,ibunya serta adik-adik sehingga dia tidak berpeluang untuk membina kehidupannya sendiri malah belum lagi berumahtangga walaupun telah lanjut usia...


apa yang membuatkan saya terkedu adalah kenyataan dia yang ini...


'
keluarga mak benci kami,mereka tak pernah menolong sebaliknya kami dihina...bila kami balik kampung semasa ada kenduri,mereka pandang sinis pada mak...mak takde barang kemas,mereka selalu hina mak sebab itu...saya teringin sangat nak beli rantai tangan untuk mak..kecikpun jadilah tapi saya tak mampu...jadi saya belikan mak seutas rantai tangan ZHULIAN...mak sayang sangat rantai tangan tu..setiap hari mak pakai..bila ianya pudar warna...mak pergi celup semula...'

bila saya baca kenyataan dia atas...segera saya teringat sesuatu yang saya terima beberapa tahun dulu dari arwah nenek saya yang saya panggil dengan panggilan “wai”...saya bergegas mencari di tempat simpanan...sesuatu yang saya tak pernah peduli..saya hanya pakai sekali je sejak barang tersebut diberi kepada saya...ya Allah..betapa berbezanya saya dan dia..pada masa emak dia begitu sayang seutas rantai tangan zhulian tersebut...saya tak tau nak buat apa dengan seutas gelang tangan zhulian yang saya terima dari arwah nenek saya itu..dan saya tertanya-tanya,masih adakah masyarakat yang bersikap begini..?menghina orang lain hanya kerana tiada seutas emas..?


Arwah nenek saya bagi emas zhulian ini pada saya,saya cuma ketawa,tak tau nak buat apa..saya tanya ,"wai pakai zhulian ke.."?kemudian dia saya jawab.."ada orang datang jual,saja wai tolong dia,daripada tak muat bagi orang lain,baik wai bagi bayah.."

hurmmmm...kalaulah kawan saya ini berada dekat dengan saya..sekarang juga saya hantar pada dia..biar mak dia yang pakai...tapi apakan daya,dia berada jauh di pantai timur sana...moga saya dapat berjumpa dengan dia satu masa nanti...moga Allah pertemukan kami.... :(

Apa perasaan anda berhadapan dengan orang yang kononnya serba tahu?...

...kita berceritalah tentang apa sahaja pun, dia mesti hendak bercakap juga.  Dia akan tunjukkan kononnya dia pun tahu tentang apa sahaja topik yang kita suarakan...

Kita bercerita tentang London, dia pun akan bercerita seolah-olah London itu adalah kampung halamannya...

Kita bercerita tentang kereta, dia akan bercerita seolah-olah dialah jurutera yang merekacipta kereta itu...

Kita bercerita bab agama, dia akan mengeluarkan hukum-hakam seolah-olah dia adalah lulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar...

Kita bercerita tentang seseorang, dia akan bercerita seolah-olah dia mengenali orang itu 'luar dalam'...

Kesimpulannya :  dia adalah Professor Serba Tahu!

Rimas tak?  Rimas tak?

Monday, October 20, 2014

Imbau.

Assalamualaikum. Selamat petang. 

Lama rasanya tak menjengah sini. Tak menulis. 

Aku jenis yang suka baca balik apa yang aku dah tulis dalam blog ni. Banyaknya kisah hidup aku lah. Kecewa, bahagia, sedih, semua ada dalam ni. Pasal kawan, pasal kesayangan, family, semua ada. Semua aku tulis dalam blog ni. Nak delete, malas. Nak bagi orang baca, segan. Lantak kau situ. Segala rasa aku, segala kisah aku, biar ada dalam ni. Biar je. Sekurangnya nanti, aku boleh baca lagi dan lagi. Dan dari segala jenis entry dalam ni, boleh aku jadikan pengajaran dalam hidup aku. Pahit manis masam masin cukup lengkap. Semua ada. 

Alhamdulillah. Aku rasa hidup aku bertambah baik. Dengan adanya sahabat-sahabat di sisi. Terima kasih sahabat. 

Dan lately ni sibuk dengan Whatapps. Sibuk. Serius. Bukan sibuk apa sangat. Sibuk membalas whatapps dari kawan-kawan sekolah menengah rendah. geng-geng pink kami tuh. Meriah. Nongneng nongneng handphone aku bunyi. Time kerja and time nak tidur memang mute. Kalau tak, bunyi je. Meriah. Dah macam reunion di alam maya je. Mula rasa rindu kat zaman sekolah. Kalau boleh putar-putar balik masa, aku putar dah. Ha ha ha. Putar pergi masa berjimba je. Aci tak? :p

'Hoi. Rindu korang hoi. Aku tak bercakap banyak pun dulu, aku still teringat telatah korang. Perangai budak yang sampai ke besar pun, still bawak lagi kan? Perangai gila korang. Ha ha ha.'

Syukur alhamdulillah sekali lagi. Semua jadi manusia. Semua tak berperangai puaka. Semua menjadi. Walaupun zaman sekolah nakal sangat (erk tapi aku tak .. aku baik), tapi bila dah besar ni, membesar jadi orang yang berguna. He he he. Kerjaya tak usah cakaplah. Macam-macam. Semua best-best. Berjaya semua. Yang kahwin beranak pinak pun ramai.. Ha ha ha. Semoga berbahagia ke syurga. Doakan aku baik-baik ye. Peace. :p


End. Sambung buat kerja. Bye. :)

Tuesday, October 7, 2014

Salah nombor.

Miscall. Pernah dapat miscall dari orang yang tak kenal, then bila kite call balik, orang tu cakap salah nombor? Okay. Kalau sekali mungkin salah nombor, tapi kalau banyak kali?? Apa nak panggil?? Salah apa??? 

Aku memang bengang. Ada satu nombor dah banyak kali call aku. Aku mesti la akan jawab. Tapi kalau dah banyak kali sangat mengganggu aku, cakap salah nombor, dari nombor yang sama, tak rasa pelik ke?? Memang mintak pelempang. Sekarang ni aku punya tahap kesabaran tak tinggi mana. Ada jugak manusia yang kena hamun kejap lagi. 

Aku pun tak faham manusia jenis apa, kalau sekali orang dah cakap salah nombor, means salah la. Tak payah nak call banyak kali sampai orang naik rimas. Faham bahasa ke tidak? Nak kena cakap bahasa apa?? Aku rasa penduduk kat Malaysia ni cukup bijak kot cakap bahasa Melayu. 

Bengang. 

Melepaskan Kerinduan

Maaf, dah lama tak menulis di sini .

Memang ada rasa malas, tapi malas boleh dipupuk kepada rajin. Memang ada rasa kekeringan idea, tapi semua itu alasan untuk bermalas-malasan. Agak lama juga tiada entri baru di sini. Nanti-nanti saya akan menulis ya.

Assalamualaikum.

ya hampunnnn,
lama sudah saya tinggalkan blog ni tanpa diberi perhatian.
bukannya apa,dah lama saya tak boleh nak bukak website blogger nih.
katanya email saya tak sah gitu. sampai hati!

apa yang nak dilepaskan kerinduan sangat nie?saya rindu lah kat semua...
yang selama ini saya cuma kenal di dunia blog.ada lah beberapa orang yang saya curi-curi jugak baca sekejap blognya tapi tak boleh nak menulis komen.

dan saya juga rindu nak menulis cerita-cerita merapu dan meroyan lagi.
macam dolu-dolu.banyaknya luahan hati dan dedikasi yang nak saya ceritakan.bayangkan la berapa lama pendam kan.kalau sekali keluar gamaknya memang terburai semua cerita.

Time flies so fast!

Don't worry. I'm still here.
No matter what happen.