JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, December 26, 2012

my Dream, insyaAllah in the future

Assalammualaikum


be with ‘you’ my future husband..saya mahu jadi isteri yang solehah..jadikan dia yang paling bahagia di dunia nie..take care of ‘you’…insyAllah , together ..dunia akhirat…amin ..:)


hidup berkeluarga yang sempurna..insyAllah…future child..complete our life…:-)

mohon bercuti

DENGAN SEPANTAS KILAT...AKU CUBA UPDATE JUGA ENTRI HARI INI UNTUK BUAT PENGUMUMAN !!
Alahaiii malasnye nak update blog nih..nak-nak pulak time-time nak cuti ni kan..so nak gak cuti dari menaip. bleh?? ^_^

tapi apakan daya..terpaksa jugak menaip untuk menyampai mesej penting kepada rakan-rakan nunnn di luar sana..kut-kut laa ada yang tertunggu-tunggu..ada keeee??

start esok pagi selama seminggu aku akan bercuti..maka BLOG ini akan menyepi buat seketika…

SEKIAN TERIMA KASIH

CEMBURU @ JEALOUSY


"JEALOUSY is When You Count Someone Else's Blessings Instead Of Your Own"


"Cemburu , apabila selalu melihat kelebihan orang lain tanpa
memikirkan kelebihan yang ada pada diri sendiri "

SIAPA ADA PENYAKIT INI?
KADANG KALA SAYA ADA JUGA TERKENA PENYAKIT NI.
TAPI SELALU CAKAP PADA DIRI SENDIRI, SETIAP ORANG PASTI ADA REZEKI MASING-MASING.
YANG PASTI KITA PERLU SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA PADA DIRI SENDIRI.
TANPA SEDAR ADA ORANG LAIN CEMBURUKAN KITA. HEEEE....

..WASSALAM..

Monday, December 24, 2012

Akhir Tahun Mesti Ada Stocktake


Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh…


Penatnya hujung-hujung tahun nie..Biasalah ada pengiraan stock (stocktake)..Saya telah ditugaskan untuk memastikan sistem “counting” didalam proses pengiraan stock…Penat tak payah cakapla..sampai dah expert dalam bab counting meng"counting" nie…

Hari Jumaat,Isnin – counter & checker
Rabu – Auditor from external

P/S : aku dah penat-penat nie, tapi ada je yang buat panas..dah baca blog aku diam-diam lah..tak payah nak bagitau semua orang la..huh…sibuk naa…

this is ilmu for our live...terima kasih ustaz

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Sekarang jam menghampiri pukul 12:00 tengah hari bersamaan hari Isnin.
Semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam..Aminnnn....
Dikesempatan waktu yang masih Allah berikan ,saya nak coretkan sedikit kata-kata yang telah saya ambil dari seorang penulis buku/pengacara yang saya cukup kagumi...siapa lagi kalau bukan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

"...Terimalah ketidaksempurnaan pasangan kita sebagai satu 'kesempurnaan' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk redha, sabar dan memaafkan. Si dia adalah 'alat' Allah untuk mendidik kita!..." ~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

p/s : hebatnya kata-kata ustaz nii..betul, pasangan kita mendidik kita supaya menjadi orang sabar.Dengan perbezaan kita saling melengkapi pasangan suami isteri..

Friday, December 21, 2012

untuk dia


sumber : FB

Memang begini ...

Salam semua...

Hidup memang macam ni ke? sometime pelik bile orang yang berada di level atas sentiasa dapat peluang untuk naik lagi ke atas. Sedangkan orang yang berada di level bawah, susah untuk dapat peluang untuk naik ke atas. Sungguh tidak adil kan.

Tapi percaya dengan satu benda, walau di mane kite berada, walau ditahap mane pun kite percayalah dengan rezeki ALLAH.


"Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

Thursday, December 20, 2012

belajar sesuatu..

kerana aku disapa ujian,aku belajar mengenal kehidupan.bahawasanya hidup bukan sekadar berteman suka dan gembira.tetapi di corak hampa dan air mata.maka,aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menagih rasa hiba.

ketika kehendakku tak bisa digenggam.aku belajar menjadi insan matang.mensyukuri segala yang ditakdirkan.bukan merungut mencipta sesalan.kerna ku tahu semuanya tidak semudah semua yang dibayangku.dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

kusedari aku bukanlah sempurna.aku belajar menjadi diriku apa adanya.tidak ku cemburu menatap kelebihannya dia.kerna ku yakini bahawa Allah itu menjadikan kita tidak sama.dan sememangnya kita memiliki kekurangan dan kelebihan yang tidak sama.

kegagalan semalam telah menghancurkan impian.namun kerna kegagalan itulah aku mengikat satu impian.bahawa tidak semua yang kita kehendakkan,akan berjaya digenggam tangan.kegagalan itulah yang menjadi guru pengajaran.

menyedarkan aku walaupun kita merancang,jangan pernah lupa bahawa Allah jua merancang.Dan jangan pernah lupa bahawa perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan punya hikmah di sebalik setiap kejadian.

kegagalan,kesedihan,kesakitan yang melanda sememangnya menebuk lubang yang amat dalam di hatiku.namun kerna semua itu aku belajar sesuatu.bahawa setiap yang datang akan berlalu.tak selamanya kita di atas.dan tak selamanya juga kita di bawah.tiada apa yang kekal di dunia ini cuma Allah yang satu.lalu ku isikan pecahan pecahan yang telah terjadi di hatiku.dengan cintaNya dia yang telah mengukuhkan kembali hatiku yang telah layu..


DUNIA TELAH MENGAJARKAN AKU MEMILIH UNTUK SENTIASA
BERASA KECEWA DAN TERLUKA,NAMUN HANYA DENGAN
MENGINGATI ALLAH SAHAJALAH AKU KEMBALI MENYEDARI
DAN REDHA.BAHAWA SEGALANYA ADALAH KETENTUANNYA
DAN AKHIRNYA AKAN BELAJAR DARI SEGENAP PERISTIWA.

terima kasih ya Allah.......:")

Typical : Jaga Tepi Kain orang?

Jaga tepi kain orang ni banyak kategori tau.

Senario 1 ,

Hari Si A dapat gaji, Then dia berangan nak tukar handphone baru. Smart phone mungkin. Teringin lah jugak dia nak merasa ber bbm ke , whatsapp ke, instagram bagai. So, berkobar kobar lah dia tukar hp. Dia guna duit gaji titik peluh dia lah. Tak pun dia mintak sponsor lah bapak dia ke,bf die ke tunang dia ke, laki dia ke. or what so ever lah.

Tapi ada si polan cakap cakap belakang " eh, Si A ni tukar hp baru, lepas tu tak de duit lah. Pakai je la hp lama. Ada hati nak tukar yang baru." Nampak tak kepochi kita terserlah kat situ? Istilah kedengkian lagi tepat untuk si polan ni.

Prinsip hidup aku .Lantak lah orang sekeliling aku tu nak tukar kereta baru ker, rumah baru ker, hp baru ker beli baju baru ker, beli handbag baru ker. As long as dia tak susah kan aku. Simple. Buat apa semak kan kepala pikir , eh dia ni shopping bagai nak gila, lepas tu tak de duit lah. Heyyyyy. Tak cukup masa aku nak tolong pikir pasal kewangan orang lain.

Senario 2,

Si A ni suka beli handbag. Maybe handbag yang dia beli tu handbag mahal ler sikit, bonia, coach ,carlo rino,Luis Vuiton ke hape. Persoalan nya sekarang. "Kenapa perlu timbul, eh dia ni, beli handbag mahal mahal, Kalau aku memang tak beli lah, baik aku beli handbag murah murah je. Tak membazir. " . Itu pendapat kau.

Wahai si polan., Setiap orang ada personal taste. Sesetengah orang, lagi prefer barang murah, tak kan beli branded punya barang. As for me, aku tak kisah je, aku rasa aku ada duit, aku beli yang mahal, rasa tak de duit, aku diam. Tak perlu nak persoal kenapa orang tu suka beli barang branded or not. . Dia berhak nak buat hape pun dengan duit dia.

Aku bagi dua contoh yang selalu jadi kat sekeliling aku lahhh. Pikir kan dan renung kan.

P/S : tu aku lom pukul canang lagi handbag hantaran aku jenama ape??uhuhu.rasa nak cakap kat si polan tu " ko aderr??.hehehe..saje suke-suke..:)

Wednesday, December 19, 2012

SAYA PERCAYA PADA TAKDIR DAN JODOH !


"You love me for who I am
Like the stars hold the moon..
Right there where they belong
And I know I'm not alone"


"Jangan sesekali takut apabila sudah berkahwin rezeki akan berkurangan..
Kerana rezeki selepas kahwin lebih berkat dan di redhai ALLAH..
'sesungguhnya, kita akan korbankan apa yang kita ada demi mendapat jauh lebih baik daripada apa yang kita pernah ada"


-saya percaya takdir dan jodoh-
Jika saya berfikirkan hal dunia..
yes ! saya sangat tak puas dan tak pernah puas utk medapatkan apa-apa di dunia ini ...
akan tetapi, bila saya tenung dan renung di sudut akhirat,
saya sememangnya patut berkahwin..
Allah lebih mengetahui keputusan saya ini..


-KITA TAK AKAN PERNAH PUAS DENGAN APA YANG KITA ADA..
SAMPAI KE TUA.. PERCAYALAH !


p/s: Kita dah biasa dengar orang duk sembang pasal takdir dan hukum karma serta jodoh dalam life ni. Tapi kita selalu sangat berserah 100% dekat statement "takdir dan jodoh tu tentuan Tuhan" semata-mata. Kita jugak terlupa quote dari Rasulullah S.A.W. yang pernah berbunyi "man jadda wajada" yang maksud dia "siapa yang berusaha, dia berjaya..

Alhamdulillah, syukur saya menjadi seorang wanita

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Tuesday, December 18, 2012

Bengang Kawan Bangang

OK.Tajuk karangan saya;
BENGANG KAWAN BANGANG (kasarnya bahasa aku).

Korang pernah tak bengang...bila;
Ada seorang mamat. Dah kahwin.
Baru tak barulah.. Bini dia baru gak bersalin.
Baru tak barulah...lepas-lepas pantang gitu.
Selalu je merungut tak cukup duit, nak beli pampers anak..beli susu..baju anak.
Bini kerja jugak..goverment pulak tu..
Kadang-kadang bila cerita gitu...kawan-kawan kesian. Kekadang dia merengek nak pinjam duit..bayarnya kadang cepat kadang kena ingatkan baru nak bayar.pastu bila time nak bayar bleh elak-elak plak..
Takpe..atas nama ikhlas..kawan-kawan..kesian kat anak dia..kita tolong.

TAPI..
Tak pandai jaga hati kawan.
Kadang-kadang bila sama-sama dok berbual..boleh perli-perli kawan-kawan yang bujang-bujang ni..senanglah hidup...bujang.. Takde tanggungan..boleh gi jalan-jalan..beli gadget..

Lepas tu kan...
Duk asyik je feeling-feeling urban sangat..
Kat Facebook..Twitter..
Hari-hari nak post gambar gi makan tempat best-best..Jauh-jauh...Lunch kat situ..dinner kat sini...Jalan-jalan bawa anak bini holiday serata. Post gambar kereta modified sana sini. Nak sparepart ORIGINAL sahaja. Browse page nak yang branded..pastu LIKE juta-juta kali kasi share dgn kawan-kawan..Nak beli stroller anak pun siap buat poll untak kawan-kawan minta like yang mana best dan mostly yang mahal gila..RM 1k above. Yang murah cepat patah katanya..Hello...ko nak beli stroller tu nak angkut gajah ke??

KAWAN yg menolong ni melopong (dari penceritaan mamat yang menolong nie pulak hah..)
Dari ikhlas terus rasa hampas dan bodoh. Nak tolong dia...kita sanggup tahan lapar..kadang-kadang ikat perut makan maggi..shoping sekali sekala tu pun kat pasar malam ke..gi keja naik motor je.Kita beli barang dapur pun ngam-ngam sebulan.Nak shopping baju elok sikit pun tunggu bonus atau gaji+OT (nasib ko lah bang oii)..aku hanya mampu meminjamkan telinga untuk mendengar jer..

KORANG RASA CAMNER?
AKU LANGSUNG TAK CEMBURU.
MAAF KALAU SIAPA-SIAPA YANG MAMPU BELI KE MAMPU ADA SEMUA TU..AKU TAK KISAH.. TAPI KALAU MACAM YANG INI?

Haaa...jawab..jawab..
Sekian..terima kaseh..

Monday, December 17, 2012

BAKAL IMAM KU

Salam semua...

Masa terasa cepat berlalu...lagi lebih kurang 2 bulan sahaja...

Persiapan?

Persiapan untuk sebelah perempuan banyak yang sudah lakukan....sebelah lelaki?mungkin dah mungkin belum..
Apabila hari semakin dekat makin dekat...perasaan bercampur baur...macam-macam..boleh ke saya menjadi isteri yang solehah untuk dirinya? boleh ke saya menjadi isteri seperti yang dia ingin kan...

yang menjadi saya kuat...saya selalu fikir tak semua manusia sempurna...semoga si dia dapat menerima kekurangan yang ada dalam diri saya...

Saya pun nak dia jadi seperti yang saya inginkan...

1.Solat tak tinggal...dapat membimbing saya menuju kebahagian di dunia dan akhirat...

2.Kehidupan yang lebih mengamalkan agama...solat berjemaah...makan berjemaah...ada tazkirah ..

3.Menolong saya menguruskan rumah tangga..sama-sama...sama-sama menjaga anak...kadang-kadang tolong saya masak...

4.Setia dengan saya..dan tiada dua melainkan familynya..

5.Memberi nafkah zahir dan batin...

6.Mengingatkan saya ketika saya terlupa dan tergelincir daripada menurut perintah agama...

7.Romantik dan memberi kejutan kepada saya..


yang paling saya inginkan saya inginkan ialah Agama....

Friday, December 14, 2012

surat akuan bujang

Hi all readers..

Today i want to share about this..SURAT AKUAN BUJANG..Kebiasaannye bakal pengantin (lelaki & perempuan) diminta menyediakan surat pengesahan majikan, yang membuktikan mereka berstatus bujang. Tapi tak semua negeri macam tu.Ada negeri yang tak memerlukan surat akuan nie if pengantinnya perempuan..Contoh terdekat ialah selangor.. So bertuah la anda-anda yang dok selangor ni yer..Juz pengantin lelaki jer yang kena buat surat nie..

Ok la, takmoh cakap banyak..Disebabkan aku bukan la perempuan selangor, so kena la wat surat nie..Kat bawah ni contoh surat akuan bujang yang aku baru jer amik dari HR tadi



13 Disember 2012
Jabatan Agama Islam Negeri Melaka
Melaka.

(U.p : Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk)

Tuan / Puan,

PER: SURAT AKUAN BUJANG

Adalah dimaklumkan bahawa NURBAYAH BINTI AMIRRUDDIN, No Pekerja ****** (No K/P : ******-**-****) telah bekerja di syarikat kami bermula __ __ ____ sebagai __________ __________ di Jabatan ______ dan mengikut maklumat kami beliau adalah masih belum berkahwin.


Sekian, terima kasih


Yang benar,

……………..
Eksekutif Kanan
Jabatan Sumber Manusia



Hmm..simple je benda nie sebenarnya erk? yang cam kelakar, ayat MASIH BELUM BERKAHWIN tu..Laen macam jer..heheh

*make sure you alls pastikan surat nie menggunakan letter head, okey..So that,dapat la buktikan kesahihan akuan ni datangnya daripada jabatan kite tu..

Sekian sahaja for today..Insyaallah segala proses berkaitan wedding nie akan aku share kat sini..
Daa...

Selama seminggu nie, mata aku pada skrin computer tapi fikiran asyik memikirkan hal kahwin selain dari legal documents..Phewww finally, dah dapat surat akuan bujang.. huhuhuhu..tak sabar nak sign..Ok, sangat gatal, saya tahu. Titik.

Thursday, December 13, 2012

: -) Baik-Baik Sayang

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

from wali band

boring kat lab sebab this week busy dengan visitor from German . Engineer aku cuti.. Sunyi sepi je lab. Suka bekerja dalam keadaan tenang , tapi tak suka bekerja dalam keadaan sunyi. Aku buka playlist lagu-lagu kat handphone dan play . Banyak lagu lama-lama , aku jarang download lagu baru masuk handphone . Tapi bila dengar-dengar lagu ni , terus sejuk hati aku .. memang lagu favourite ju gak ni .. pada aku lagu ni macam pesanan seorang suami untuk isteri tercinta nya .. sweet sangat kan .. pandai suami dia pujuk isteri .. suami yang melayan isterinya dengan lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang adalah suami yang baik , sweet dan sangat romantik .. ♥ ♥ ♥

Gentleman ♥

Mana satu gentleman??
InsyaAllah Anda bijak memilih jika anda FAHAM Islam.


p/s: Bakal suamiku ..Terima Kasih..awak dah tunjukkan ke ‘gentleman’ you tuu… … aumm aumm ♥

Wednesday, December 12, 2012

LOVE QUOTE FOR TODAY


"He is the only man I have ever loved, he is all I ever wanted, he loves me too, I know. If Im happy, its him. If Im worried, its him. He is responsible for all the moods i find myself in..I love him so dearly & always will."

Sedikit tapi berterusan


Salam tengahari..
2013 semakin menghampiri...
Hari tu sempat la tengok Tanyalah Ustaz
Hari tu punya topik: Wanita Dominan..
haaa orang perempuan kene dengar... haha
sebenarnya nak share ape ustaz tu ajar...
okey kawan-kawan...
surah Al-Insyirah - surah ni memang banyak fadhilatnya... bagus diamalkan agar urusan dipermudahkan.
tips yang sempat dengar la (maklumla, berkejaran bersiap nak pi keje aritu..huhu

ayat yang ke-4,
1) untuk wanita bergelar isteri... baca 3 kali then tiup kat tapak tangan sapu ke muka dan kepala sampai tengkuk (if i'm not mistaken) - agar disayangi dan disenangi suami

2) anak dara yg belum bertemu jodoh baca 7 kali then wat benda yang sama....

3) pekerja @ kalau nak orang senang dengan kita - baca 21 kali..then sama jugak...

maksud ayat:
"Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? "

ada lagi... tapi tu je yg aku ingat... haha opsss...by the way, sebaik-baik penawar adalah ayat al-Quran... dan kita MESTI YAKINNNN....
alhamdulillah, bersyukur dilahirkan sebagai perempuan
[Keistimewaan Wanita Menurut Islam]


AL-INSYIRAH - terjemahan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kelebihan Surah Al-Insyirah.
• Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
• Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
• Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
• Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan- (Sumber)
# Sedikit tapi biarlah berterusan
- Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk mengamalkan setiap kebaikan yang diketahui

Tuesday, December 11, 2012

tepuk dada tanya iman...jom ;)


Minta Maaf


Minta maaf andai kata ada kata-kataku menyakiti hati yang mendengar . Minta Maaf banyak-banyak . Aku bukan marah , tapi aku sedar aku agak beremosi bila aku dalam keadaan yang sedih . Begitu lah kita , kalau kita meluahkan rasa dan perasaan pada manusia yang lain bimbang kata-kata kita menyakiti hati mereka yang lain . Walhal sedikit pun kita tak berniat nak menyakiti hati mereka . Luahkan pada Allah , dalam doa-doa yang takkan pernah kenal erti lelah . Allah lebih memahami . Allah lebih mengetahui hatiku . Ya Allah , aku sedar siapa aku .. aku mungkin tak layak untuk merasa erti bahagia .. tapi aku cuma minta sedikit KETENANGAN yang cukuplah hanya mendamaikan hati ku .. Ya Allah , beri aku kekuatan dan ketabahan yang tinggi untuk hadapi semua ini . Ampuni segala dosa-dosaku , ampuni segala dosa kedua ibu bapaku , ampuni dosa-dosa sahabatku dan ampunilah dosa-dosa kami seluruh hambaMu .. Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kami . Beri kami petunjuk dan beri kami pertolongan dalam menghadapi segalanya . Amin .


Dada berombak,sendu berlagu..betabahlah wahai hati


untuk kesekian kalinya hati saya tersentuh..memang saya akui hati saya menangis , even sedar tak sedar..kadang saya rasa tak kuat nak lalui hidup ini..tapi..saya kena jugak tak gitu?bila saya nangis saya ingat air mata saya boleh rawat jiwa saya yang terseksa tapi sebenarnya tak..bila airmata dah kering hati pula yang akan menangis..sebenarnya motif kat sini dapat memberi ketenangan hati dan keinsafan pada diri yang lemah ini..

wanita terlalu lembut..zahirnya wanita nampak berbeza tapi batinnya sama iaitu kuat & tabah..

p/s: someone pernah cakap pada saya..kalau kita redha kita takkan menangis....kalau kita menangis, maknanya hati kita masih lagi tak redha.....tapi aku menangis sebab sedih ngan perbuatan manusia, perubahan manusia...semoga Allah beri ketenangan pada aku..

Monday, December 10, 2012

POSITIF !

yer..think from the positive side...
always remind my self about that
but sometime... hati tak dapat dikawal akibat keadaan sekeliling
sebab tu kita disarankan mengawal rasa marah
bila marah macam-macam keluar tanpa kita kawal
betul tak ? hurmmm

lagi satu, kita akan rasa satu aura yang sangat best bila berada dengan orang yang positif...
thats why aku admire dengan Prof.Dr Muhaya...she is very positif person.
Lagi satu, aku berpeluang bertemu dengan somebody,
yang pada mata aku dia low profile orangnya
but aku admire sangat cara dia cakap...
time rasa down dia bagi semangat...and enntah la...aku suke sangst cara dia...
hehehe....harap dapat berjumpe dengan beliau lagi.

yer, aku tau...sepanjang aku bernafas ni, banyak pengorbanan untuk aku terutamanya my beloved family la kan...huhu tak lupe juga kawan, teman, sahabat dan cinta hatiku..

"Don't compare your life with other because you never know what their journey is all about..."

yup..kite tak boleh nak bandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan kita
kadang-kadang personaliti kita turut dipengaruhi oleh kisah lampau...
soooo.....please respect people...
sometime, kite nampak pencuri tu jahat,
but maybe, dia orang yang sangat baik pada keluarganya...atau mungkin dia mencuri untuk keperluan keluarganya cumanya caranya yang salah....ade orang jugak kite nampak macam baik habis la... kejap lagi, macam hape je layanan pada family dia...haaa camtu la...tapi...zaman semuanya canggih belaka ni...sangat sukar nak percaya kat orang kan..huhuhu nasib la...so, berhati-hati....do not trust people 100 % but must trust more to yourself...!!... hehehe

Friday, December 7, 2012

Nota Cinta Buat Bakal Suamiku


Apa yang aku ambil dan aku kongsikan adalah antara koleksi bacaan yang aku suka .. mata mengintai-intai ke blog-blog dan singgah la ke "iluvislam" .. aku tertarik sangat dengan post dalam tu .. tapi aku nak share ayat yang disampaikan buat bakal suami nya sahaja .. aku suka sangat ayat tu .. penuh dengan rasa rendah diri .. aku suka .. (^_^)


Buat saudara yang ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..




Dariku : " Allah .. Engkau lebih mengetahui .. aku redha dengan qada & qadar mu .. sesungguhnya aku takkan kan pernah menolak setiap apa yang Engkau beri pada ku .. kerana aku tahu setiap pemberia Mu adalah nikmat dan rahmat buat ku .. ketentuan Mu adalah yang terbaik buat ku .. semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati .. sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat ku .. Enkau maha mendengar setiap doa-doaku .. Engkau maha pengasih lagi maha penyayang .. ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM .. amin ..

Countdown ~

Tak sampai 100 hari lagi?? Saya bakal menjadi 'Puan', bakal menjadi isteri kepada Encik Azman bin Shahruddin, bakal menjadi menantu dalam keluarga mertua,bakal membawa balik menantu sulong dalam keluarga saya. tanggungjawab ayah emak menjaga dan mendidik saya sebagai anak sulong bakal bertukar kepada suami pulak. lepas ni dah tak boleh nak manja-manja dengan mak lagi, tak boleh mintak mak suapkan makan lagi ;) Mampukan saya menahan airmata saat akad nikah nanti ?? Erm...saya pun tak pasti. Dan jugak lepas ni saya bakal menggalas tugas sebagai seorang isteri yang berkerjaya, cabaran tu ;)

p/s: doakan saya dipermudahkanNya ye.Amin.. ;-)

Thursday, December 6, 2012

kipas susah mau mati


Assalamualaikum wbt...

memula aku nak taip tajuk tu, jadi "lipas", bukan "kipas".. hmmm... kipas susah mati ni aku lebih sinonimkan dengan pembodek.. pedulik apa aku..

yela, pembodek kan kuat kipas orang yang dibodek, kekadang pakai air-cond lagi..terbaek.. ganas.. yerkkk cooling king!! hahaha..

kat office adalah pembodek bos..bos cakap apa, tunduk je.. lepas tu tak lupa dengan segala pemberian diberi.. kalau niat ikhlas tu bagusla, kalau niat nakkan sesuatu dari orang atasan, maaf la ye, anda telah dikategorikan sebagai pembodek of the year!!! *sila ambil anugerah anda di kaunter berdekatan*

kalau kawan..hah, ni aku menyampah tahap dewa 19 ni.. kawan yang suka berpaling tadah dan suka dekat-dekat bergesel dengan kawan lain sebab ada niat tersembunyi.. kau faham tak dengan kawan yang mudah berpaling tadah ni??.. memula kawan dengan Jenab sebab Jenab ada kelebihan, lepas tu datang Senah dengan kelebihan lain yang Jenab tak ada, maka berbaik la pulak dengan Senah.. kemain la bodek Senah.. seriusly aku tak suka kawan macam ni!! kuat bodek ....

kalau masa belajar lak, aku suke bodek lecturer sebab aku selalu dapat nota free, tak payah sibuk nak salin.. kenapa nota free?? sebab aku salin nota tu kat white board or ape-apelah , kawan lain tulis kat buku nota, so nota lecturer aku yang dapat.. keji tak perangai?? tapi dah masuk kerja, serious aku dah hilangkan perangai membodek tu..

tapi bila dah keje ni, aku paling nampak tujuan kipas susah mati bos ni sebab untuk kepentingan diri sendiri.. nak naik pangkat, nak naik gaji banyak, nak bonus banyak.. suka hati la..

dah hilang idea aku ni bila bos aku asyik ke tempat aku.. mintak selotep la, pinjam gunting la,ruller la.aissh takkan tak mampu nak beli kot...

Wednesday, December 5, 2012

Satu hari special : Hari poligami .


Hehehe terdengar slot ulangan tu..dan kerana itulah telah membuatkan aku flashback balik , hmm..suatu pagi tu dalam perjalanan ke tempat kerja..siapa yang dengar “ HOT.FM” sure akan geram sangat. Expecially girls. and woman. Baik seorang wife, seorang girlfriend, tunang orang , apetah lagi ex wife orang. Baik sudah berpunya mahupun tidak berpunya. Yang tak berangin mungkin jenis spesis perampas macam gitu. Senang cerita, selagi kau perempuan kau akan meluat~

Tapi ada jugak lelaki yang hangin dengan caller tu kan? Ish, memalukan lah awak ni. Laki orang pun kau nak kacau. Yang bestnya, siap DJ cakap lebih kurang gini "Dahlah nak ambil laki orang, tapi dok mengata si isteri. Patut lah tak dapat sign"

Memalukan.

Yerr, pasal topik HOT yang memang HOT bila ade a girl ni called and asked for "Hari poligami". Aku terfikir, punya banyak hari yang boleh diutarakan, why poligami ? Yes, true poligami bukannya haram. Tapi if yang meminta itu LELAKI, maybe orang akan tak berapa nak ambil pusing. BUT bila a girl minta this day to "diwujudkan", i think dia dah hilang akal ! Maybe sebab dia so deadly desperate to "ambil" suami orang~ Ooh, maybe dia tak terfikir apakah perasaan dia bila lakinya pula diambil .

Masa memula aku dengar,aku dah agak sure this girl second wife..Tapi Rupa rupanya tak.
Minah tu adalah wanita yang menunggu isteri pertama sign borang, so dia dapat kahwin dengan laki orang tu.Dah dua tahun dia menunggu tu yang dia macam bengang.So dia nak wujudkan hari poligami.Agenda pada hari poligami tu adalah, lelaki dibenarkan berkahwin tanpa sign dari isteri pertama.

Satu, tergelak aku bila dengar.
Dua, agak ada perasaan amarah disitu.


Kenapa nak tergelak?
Sebabnya, perempuan ni adalah orang yang tak pakai fikiran yang waras.Agaknya dah asyik masuk sangat kan.Bukan apa, harini ko suka la sebab ko nak hamek laki orang.Esok kalau ada perempuan lain amik laki ko jangan ko gelabah lak.
(Cth terdekat artis dah ada.Masa dok rampas laki orang bukan main lagi miang, tapi bila tetiba ex laki dia dah baik-baik dengan laki dia, dan orang suggest ex tu kahwin ngan laki dia.Dia boleh kata, saya tidak mahu bermadu..tau pulak taknak!)

kenape nak marah?
Ni memang menimbulkan kemarahan aku.Kepada wanita-wanita yang ada hati nak berkahwin dengan laki orang, janganlah yer anda berlagak sangat macam dunia ni ko punya. Satunya dah la ko nak kongsi hak orang, kau tak tahu selama ni orang tu tanggung susah sama ngan laki dia, tetiba bila laki dia senang sikit kot nak kongsi.Pleasela..

Memalukan, memualkan dan menjelikkan serta menjengkelkan.

Lagi rasa nak cili-cilikan mulut dia bila dia mengatakan "kalau laki dah ade perempaun lain, better minta cerai.Nampak sangat tak reti jaga suami sendiri." Tapi pandai pulak kau tak jawab soklan "If tahun depan pada hari poligami, suami kamu minta kahwin lain pulak, macam mana?"..Nape ko diam ? pompuan ni macam tak de jantan lain ko nak. Kenape laki orang jugak ko nak? Pastu sesedap mulut dia cakap kalau suami cari pompuan lain maksudnye isteri pertama tu dah tak bagus. Eehh HELLO >>> Ko yang bodoh tunggu sampai 2 tahun. kalo laki orang tu taknak kat isteri pertama dia lagi, 2 tahun lepas da laki tu mintak cerai. smpai skarang laki dia tak mintak cerai. so means what? ko la bodoh! tunggu smpai 2 tahun tapi tak dapat ape. bodoh. eee geram plak aku!

Hehe, dari dia cakap pun menampakkan dia ni jenis perempuan yang memualkan! Yer, kalau aku bini pertama laki tu , LAGI LAH AKU TAK HINGIN MEMBERI KEBENARAN BERKAHWIN LAIN. Why ?

Dah nampak sangat kau ni bukan perempuan yang baik untuk aku percaya yang kau boleh membahagiakan suami perempuan tu.Dari segi kau bercakap sahaja menampakkan kau cakap tanpa berfikir perasaan orang lain, apatahlagi untuk menghormati bakal suami dan bakal madu. Kalau aku pun, memang tak lah aku tandatangan surat kebenaran tuu... Kau tak layak sama sekali menjaga suami orang tuu. No wonder you tak berlaki lagi.

Selain dari tu, nampak bebenar yang boyfriend ko tu sayangkan bini dia. Jikalau dia sayangkan kau, dah lamo dia ceraikan bini dia dan pergi kat kau.Paling teruk pun, dah lama dia kahwin dengan kau senyap-senyap dari dia tetap taat menunggu si isteri memberi kebenaran untuk berkawin lain.Tapi ape kau dapat? Habuk pun tarak. Dosa je lebih sebab kau mengacau rumah tangga orang.

Aku tau, dekat Malaysia ni memang rata-rata perempuan kita sangat anti dengan word "perampas" apetah lagi yang berniat dengan sengaja memusnahkan rumahtangga orang lain.

Betul,jodoh itu ketentuanNya. Tapi biarlah dengan keadaan yang baik. Bukan dengan cara begini. Memalukan diri sendiri, family, kaum kerabat hawa sendiri, masyarakat dan agama kita. Seolah-olah macam . . . ( aku taknak sebut, pandai lah fikir. Buat perkara tak elok ni banyak impaknya tanpa kita sedar , tanpa kita nampak baik dengan mata kasar atau tidak . )

Entah, aku memang sangat tak suke bab-bab kalau "hak" orang diusik nie..

Nasihat aku : Carilah lelaki yang lebih appriciate kau weh. Boyfreind kau , yang suami orang tu nampak bebenar tak menghargai apa yang kau buat tu. Silap-silap sampai tua kau tunggu pun dia takkan kahwin dengan kau. Seriously. Lebih elok kau bercinta dengan lelaki single. Tahu lah laki orang ni jenis stabil segala segi lebih-lebih kewangan, tapi entah. Pandailah kau fikir. Dah besar.

Senang begini "Jikalau tak hingin lelaki anda dikacau, jangan kacau orang lain punye, GOT IT?"

Sehingga saat ini, aku memang tak boleh terima berpoligami untuk diri aku la kan.Sebab utama adalah, daripada aku ni jadi tak ikhlas, lepas tu berdendam, which is lastly tak dapat keredhaan laki, baiklah aku tolak awal-awal.Tapi kalau orang yang boleh terima poligami, aku not against them. Cuma kalau ayat-ayat kliche wanita kedua ni nak cakap "memang Allah dah bagi perasaan kasih sayang tu, nak buat camner", aku nak cakap that bullshit. Sebab kalau korang nak tahu, zaman nabi dulu, poligami berlaku takde istilah kasih sayang or terjatuh hati sebelum kahwin yerk.Semua tujuan adalah nak selamatkan maruah wanita dan jugak nak tolong orang miskin. So jangan cakap ikut sedap jer. Dah ko main cinta, sah-sah la terjatuh cinta.


P.S: Ya allah tolongla jauhkan aku dari rampas merampas ni.Semoga aku tak jadi golongan-golongan yang macam aku tulis tu.Amin.

Tuesday, December 4, 2012

Makanan Yang Dilarang Bagi Pengantin Baru Wanita


RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

credit to - kak Hanum :-)

bantuan wudu'

Hai korang..
So,harini tetiba baik hati untuk kongsi dengan korang something.Maybe dah ramai yang tahu , tapi saja jugak aku nak highlight lagi sebab well , rasa seronok pulak bila nak kongsi perkara-perkara yang boleh bantu korang rebut peluang tok memudahkan perjalanan kita di akhirat kelak.

Siapa taknak kejar perkara-perkara baik ni kan ?

Sebelum tu , aku selalu dengar orang bercakap :

- if mengantuk , ambil lah wudu' so that hilang lah rasa mengantuk itu .
- if tengah marah , ambil lah wudu' supaya hilang rasa marah itu .
- if korang resah , ambil lah wudu' kerana kamu akan tenang .
- tidur lah dalam keadaan wudu' supaya tidur kamu tenang and etc .

Banyak lagi kan manfaat-manfaat dunia if kita berwudu' , so meyh nak kongsi manfaat berwudu' time kat akhirat kelak .

1. Berkumur .
- Membersihkan mulut dan lidah dari dosa mengumpat dan menyebut perkara yang sia-sia .

2. Membasuh muka .
- Apabila diakhir kelak , wajah akan berseri-seri dengan cahaya ketenangan .

3. Membasuh tangan kanan dan kiri .
- Mencatatkan alaman kebaikan dan mempermudahkan perhitungan kelak untuk tangan kanan dan menghindari dari tercatatnya amalan buruk bagi tangan kiri .

4. Membasuh kepala .
- Terlindungnya kita dari terik matahari di padang Mahsyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah swt .

5. Membasuh telinga .
- Membersihkan telinga dari mendengar perkara yang sia-sia dan melalaikan .

6. Membasuh tangan dan kaki .
- Memohon ditetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim dan memudahkan merentasi laluan bagi kaki kanan dan memohon supaya tidak digelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim .

So, best kan ? best kannn ? jadi makin seronok je nak ambil wudu' . takkan wujud dah sifat-sifat malas aku dah lepas ni untuk kerap berwudu' . sebab kadang-kadang if duduk rumah , still tak batal air sembahyang itu , aku pun terus je solat seterusnya . So ,apa salahnye ambil lagi sekali . Kan bende baik tu

selamat beramal .
hehe , bye guys .
thanks for reading ~

Monday, December 3, 2012

kenapa perempuan selalu menangis ?

honestly ? banyak point .
maybe sebab dia happy , or maybe sedih , kecewa , marah , benci , meluat , rindu and another thousand alasan and sebab lain .

a girl kan with a thousand emotion .
thats good kan ?
kalau tak , takkan wujudnya satu sifat keibuan yang tiada tandingan kan ?



tapi dalam banyak-banyak tu , sebenarnya ( pada aku lah ) perkara yang dia paling nak elak ialah menangis . Baik time bersendiri apatah lagi depan orang lain .

bukan sebab menangis menunjukkan dia insan lemah sebab menangis hanya kerna sesuatu terjadi or melukakan . tapi sebenarnya sebab tewas dengan diri sendiri untuk kekal kuat .

macam aku sendiri , kadang-kadang aku menangis bukan sebab aku sedih or kecewe sebab orang lain ( cth : heartbroken ) . tapi sebab kecewa dengan diri sendiri yang tak kuat untuk mempertahankan air mata dari gugur . kadang-kadang , makin lawan perasaan sendiri , makin laju ianya mengalir . walaupun ianya hanya sebab perkara kecil .

weird kan ?
but thats the truth .
selebih darinya , datang dari faktor-faktor lain . ni main reason =')
i think .

bukan kisah sangat pun pasal dunia ni . tapi sebab gagal menolong diri sendiri untuk berdiri dengan kuat . itu menyakitkan . saya dah besar , sepatutnya sudah kuat and hebat untuk mengawal emosi dan situasi .

dulu aku kecik-kecik ( sekarang dah besar okey ! ) , selalu fikir , lepas nangis mesti lega . konon-konon menangis sekuat hati itu kepuasan . tapi bila dah besar ni , terfikir . berbaloikah ? ?

takkan ade perempuan yang suka menangis . kenapa ? sebab siapa nak tolong cover mata bengkak keesokkan hari nak pergi kerja tu erkk ! kan malu tu bila kena tegur ; kenapa mata bengkak ni ?

p/s : ape aku merepek ni ? aku sebenarnya nak balik dah nie…JOM 

jangan UPDATE status MEREPEK





SO, ade lagi manusia yang tak nak jadikan ini sebagai pengajaran ?

THINK before you act.
Menyesal kemudian hari tidak berguna.

Bawak-bawak berhenti buat benda bodoh!
Stupid people do stupid thing~
So, stop being so damn stupid. Walaupun you do so stupid after all .

Bye !

Sumber : Facebook.
Entri ni sekadar renungan.. mana yang baik jadikan teladan. Yang buruk bawak-bawak la berubah.