Hai korang..
So,harini tetiba baik hati untuk kongsi dengan korang something.Maybe dah ramai yang tahu , tapi saja jugak aku nak highlight lagi sebab well , rasa seronok pulak bila nak kongsi perkara-perkara yang boleh bantu korang rebut peluang tok memudahkan perjalanan kita di akhirat kelak.
Siapa taknak kejar perkara-perkara baik ni kan ?
Sebelum tu , aku selalu dengar orang bercakap :
- if mengantuk , ambil lah wudu' so that hilang lah rasa mengantuk itu .
- if tengah marah , ambil lah wudu' supaya hilang rasa marah itu .
- if korang resah , ambil lah wudu' kerana kamu akan tenang .
- tidur lah dalam keadaan wudu' supaya tidur kamu tenang and etc .
Banyak lagi kan manfaat-manfaat dunia if kita berwudu' , so meyh nak kongsi manfaat berwudu' time kat akhirat kelak .
1. Berkumur .
- Membersihkan mulut dan lidah dari dosa mengumpat dan menyebut perkara yang sia-sia .
2. Membasuh muka .
- Apabila diakhir kelak , wajah akan berseri-seri dengan cahaya ketenangan .
3. Membasuh tangan kanan dan kiri .
- Mencatatkan alaman kebaikan dan mempermudahkan perhitungan kelak untuk tangan kanan dan menghindari dari tercatatnya amalan buruk bagi tangan kiri .
4. Membasuh kepala .
- Terlindungnya kita dari terik matahari di padang Mahsyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah swt .
5. Membasuh telinga .
- Membersihkan telinga dari mendengar perkara yang sia-sia dan melalaikan .
6. Membasuh tangan dan kaki .
- Memohon ditetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim dan memudahkan merentasi laluan bagi kaki kanan dan memohon supaya tidak digelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim .
So, best kan ? best kannn ? jadi makin seronok je nak ambil wudu' . takkan wujud dah sifat-sifat malas aku dah lepas ni untuk kerap berwudu' . sebab kadang-kadang if duduk rumah , still tak batal air sembahyang itu , aku pun terus je solat seterusnya . So ,apa salahnye ambil lagi sekali . Kan bende baik tu
selamat beramal .
hehe , bye guys .
thanks for reading ~
No comments:
Post a Comment