JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, December 6, 2012

kipas susah mau mati


Assalamualaikum wbt...

memula aku nak taip tajuk tu, jadi "lipas", bukan "kipas".. hmmm... kipas susah mati ni aku lebih sinonimkan dengan pembodek.. pedulik apa aku..

yela, pembodek kan kuat kipas orang yang dibodek, kekadang pakai air-cond lagi..terbaek.. ganas.. yerkkk cooling king!! hahaha..

kat office adalah pembodek bos..bos cakap apa, tunduk je.. lepas tu tak lupa dengan segala pemberian diberi.. kalau niat ikhlas tu bagusla, kalau niat nakkan sesuatu dari orang atasan, maaf la ye, anda telah dikategorikan sebagai pembodek of the year!!! *sila ambil anugerah anda di kaunter berdekatan*

kalau kawan..hah, ni aku menyampah tahap dewa 19 ni.. kawan yang suka berpaling tadah dan suka dekat-dekat bergesel dengan kawan lain sebab ada niat tersembunyi.. kau faham tak dengan kawan yang mudah berpaling tadah ni??.. memula kawan dengan Jenab sebab Jenab ada kelebihan, lepas tu datang Senah dengan kelebihan lain yang Jenab tak ada, maka berbaik la pulak dengan Senah.. kemain la bodek Senah.. seriusly aku tak suka kawan macam ni!! kuat bodek ....

kalau masa belajar lak, aku suke bodek lecturer sebab aku selalu dapat nota free, tak payah sibuk nak salin.. kenapa nota free?? sebab aku salin nota tu kat white board or ape-apelah , kawan lain tulis kat buku nota, so nota lecturer aku yang dapat.. keji tak perangai?? tapi dah masuk kerja, serious aku dah hilangkan perangai membodek tu..

tapi bila dah keje ni, aku paling nampak tujuan kipas susah mati bos ni sebab untuk kepentingan diri sendiri.. nak naik pangkat, nak naik gaji banyak, nak bonus banyak.. suka hati la..

dah hilang idea aku ni bila bos aku asyik ke tempat aku.. mintak selotep la, pinjam gunting la,ruller la.aissh takkan tak mampu nak beli kot...

No comments:

Post a Comment