JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, December 20, 2012

belajar sesuatu..

kerana aku disapa ujian,aku belajar mengenal kehidupan.bahawasanya hidup bukan sekadar berteman suka dan gembira.tetapi di corak hampa dan air mata.maka,aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menagih rasa hiba.

ketika kehendakku tak bisa digenggam.aku belajar menjadi insan matang.mensyukuri segala yang ditakdirkan.bukan merungut mencipta sesalan.kerna ku tahu semuanya tidak semudah semua yang dibayangku.dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

kusedari aku bukanlah sempurna.aku belajar menjadi diriku apa adanya.tidak ku cemburu menatap kelebihannya dia.kerna ku yakini bahawa Allah itu menjadikan kita tidak sama.dan sememangnya kita memiliki kekurangan dan kelebihan yang tidak sama.

kegagalan semalam telah menghancurkan impian.namun kerna kegagalan itulah aku mengikat satu impian.bahawa tidak semua yang kita kehendakkan,akan berjaya digenggam tangan.kegagalan itulah yang menjadi guru pengajaran.

menyedarkan aku walaupun kita merancang,jangan pernah lupa bahawa Allah jua merancang.Dan jangan pernah lupa bahawa perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan punya hikmah di sebalik setiap kejadian.

kegagalan,kesedihan,kesakitan yang melanda sememangnya menebuk lubang yang amat dalam di hatiku.namun kerna semua itu aku belajar sesuatu.bahawa setiap yang datang akan berlalu.tak selamanya kita di atas.dan tak selamanya juga kita di bawah.tiada apa yang kekal di dunia ini cuma Allah yang satu.lalu ku isikan pecahan pecahan yang telah terjadi di hatiku.dengan cintaNya dia yang telah mengukuhkan kembali hatiku yang telah layu..


DUNIA TELAH MENGAJARKAN AKU MEMILIH UNTUK SENTIASA
BERASA KECEWA DAN TERLUKA,NAMUN HANYA DENGAN
MENGINGATI ALLAH SAHAJALAH AKU KEMBALI MENYEDARI
DAN REDHA.BAHAWA SEGALANYA ADALAH KETENTUANNYA
DAN AKHIRNYA AKAN BELAJAR DARI SEGENAP PERISTIWA.

terima kasih ya Allah.......:")

No comments:

Post a Comment