JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, February 23, 2012

~Rindu.....

Sesungguhnya aku amat rindu pada saat itu.Rindu pada dia yang jauh namun dekat dan terus melekat dihatiku.Dia yang telah pergi meninggalkan aku terlebih dahulu.Sungguh,aku rindu!

Perginya dia sebenarnya mengingatkan kami yang menyayangi dia akan erti kehidupan yang sementara.Perginya dia secara tiba-tiba memberi peringatan agar kami yang menyayanginya akan bersedia setiap saat dengan kematian.Dan perginya dia pastinya menyedarkan kami pesanan dari junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w penyakit yang sering melanda umat akhir zaman.

” CINTAKAN DUNIA & TAKUT MATI”.

Kerana ku tahu dia pergi kerana ALLAH lebih menyayanginya, ku titipkan doa buat 2 insan tersayang,arwah datuk Hj Mohamed Dali b. Abu & arwah Pakcik Abd Ghani b. Awi.

Ya ALLAH, ampunilah arwah Hj Mohamed Dali b. Abu & arwah Abd Ghani b. Awi , angkatlah darjatnya dlm kelompok orang-orang yg mendapat petunjuk berilah penggantinya sesudah kepergiannya menyusul org-orang yang telah berlalu &,wahai Tuhan alam semesta berikanlah dia kelapangan di dalam kuburnya & terangilah dia di dalam kuburnya.

Ya ALLAH ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, , bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.
“Wahai Tuhan Maha Penyayang, perkenankanlah permintaan ini. Amin, Ya Yabbal Alamin.”

~Dari-NYA kita datang & kepada-NYA kita kembali~

Friday, February 17, 2012

~Giler Dalam Setia ~

korang semua tahu tak gila dalam setia tu apa ? macam orang gila jugak hidup dalam realiti tapi fikiran dan hati masih dalam kenangan lama.. sangkar kenangan lama ~ tak mampu untuk keluar ! dan memegang janji yang terlafaz sedangkan janji itu telah dimungkiri oleh seseorang ... ada someone sangat sayang2kan seseorang tu .. dia merana sedangkan si dia telah bahagia .. tapi dia tetap menunggu seseorang itu walaupun hatinya kini telah diberikan oleh orang lain.. dia sedang berperang dengan perasaan lamanya ... dia sedang memegang kata setianya .. "gila dalam setia'' kesetiaan yang hanya di pegang olehnya bukan oleh orang yg dia sanyangi dan cintai .. mengapa ~ susahkan ingin membuang perasaan cinta itu walaupun hidup merana ? walaupun si dia langsung tiada perasaan padamu lagi !

biarpun beribu orang menyatakan dia sedang gila ! gila dalam setia ~ tapi dia tetap berpegang teguh pada kata2nya .. walaupun berjuta tangan menghulur untuk dia bangkit dari sangkar itu ..dia masih duduk termangu dan terus menunggu .. menunggu hingga ajal menjemput ..memang! orang sekeliling menangis melihat penderitaan dia .. lalu mereka bertanya apa yang dapat membuat kan kamu bangkit kembali ? dia menyatakan aku ingin cintaku yang lama.. aku nak kesetiaan ku di balas oleh orang yang aku sedang setia ..hanya itu yang buat kan ku kembali bersinar.. orang sekeliling hanya dapat menangis melihatnya .. dan hanya mampu berdoa ..'ya Allah bangkitkan lah dia dari masa lalu '' aku tak ingin melihat dia menderita atas kegilaan kesetiaan yang dia pegang ! lalu mereka pergi ... sambil berkata ''tidak pernah aku jumpa org yg terlalu hanyut dalam kegilaan cinta''...


hati berbicara :


'' aku percaya ..kadang2 cinta itu menimbulkan satu kekuatan ..satu semangat .. kerna orang yg jahat boleh berubah jadi baik kerana cinta .. tapi cinta juga boleh buat seseorang itu derita ..bila hilang cinta keadaan berubah .. terkadang jadi sasau .. dan bila cinta ilahi telah hilang dari hatinya .. dia akan tetap jadi gila..dan jadi hamba cinta kepada manusia ..''

manusia seringkali menyatakan .. cintai lah Allah itu lebih penting tapi seringkali meninggalkan suruhan2NYA .. cinta kanNYA hanya dimulut takkan mampu membawa apa-apa erti dlm keidupan ..jika kita betul-betul cintakanNYA ..dalam setiap perkara yg kita ingin lakukan pasti kita akan rasa takut akan kemurkaanNYA ..bukan selepas buat baru kita rasa takut ..

so kepada org yg sdg hidup dlm 'gila dalam setia' bangkitlah lebih baik kamu mencari 'gila dalam setia' kepada Allah itu lebih menenangkan dan pasti tidak akan sia-sia.. bangkitlah sayang .. aku ingin melihat kamu bangkit kali ini saja !! (khas buat dirimu )

Friday, February 3, 2012

ganjaran hikmah ~

"Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah.sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita,yakinlah yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu."

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya. saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi. ♥ ♥

pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!

P/S : *here is what i get during lamenting of my fate.
so, be strong!