JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, March 31, 2014

Segalanya Telah Tertulis

Assalamualaikum,

Rezeki, jodoh dan ajal kita adalah rahsia Allah SWT. Ada orang diberikan rezeki awal, tetapi jodoh lambat. Ada juga yang berlaku sebaliknya. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz sejak kita di dalam kandungan ibu kita lagi.


Seorang rakan sekelasku ketika belajar dahulu memang murah rezeki dan jodohnya. Sejak tamat belajar pada akhir tahun , dia telah mendapat pekerjaan di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Pantai Timur.

Beberapa bulan kemudian dia bertunang dan kemudiannya berkahwin. Selepas berkahwin dia disahkan hamil. Tahun demi tahun berlalu, dia akhirnya memiliki dua orang cahaya mata. Perjalanan hidupnya begitu lancar tanpa ujian besar.


Pada awal tahun 2012 iaitu hampir 2 tahun yang lalu aku dikejutkan oleh pemergiannya sekeluarga (termasuk anak dan suaminya) menemui Allah SWT akibat kemalangan jalanraya. Ianya membuatkan aku berfikir sejenak, segalanya telah tertulis begitu.


Di usia yang masih muda dia telah memperolehi segalanya iaitu rezeki, jodoh, anak dan kebahagiaan. Di saat usia itu juga Allah SWT telah mengambil segala-galanya sekelip mata sahaja. Kadangkala kita mengeluh, kenapa jodoh lambat atau kenapa lambat dapat anak?


Sebenarnya segalanya telah tertulis begitu. Apa yang kita boleh buat adalah teruskan berusaha dan berdoa agar Allah SWT memberikan yang terbaik untuk kita. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan akan datang.

Namun jika langkah kita kecundang di pertengahan jalan, jangan sekali-kali menyalahkan takdir. Kerana manusia akan sentiasa diuji bagi membuktikan keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT. Ketahuilah bahawa Allah SWT tidak pernah jauh.

*Nota : Sedekahkan al-fatihah kepada arwah rakanku sekeluarga yang telah meninggal dunia. Semoga beliau sekeluarga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 



Thursday, March 27, 2014

Jika ditanya......

Jika ditanya siapa yang paling saya rindukan
Sudah pasti saya rindukan mereka yang telah pergi buat selamanya
dan memang tiada peluang untuk saya tatap wajah mereka seperti dulu

Jika ditanya apa yang paling saya rindukan
Sudah pasti gelak,tawa dan senyum mereka
Yang mustahil untuk saya kembalikan semua itu

Jika ditanya bila saat yang paling saya rindukan
Sudah pasti saya rindukan saat indah bersama mereka yang telah tiada
dan tidak mampu untuk saya ulangi saat itu

Jika ditanya bagaimana saya menghilangkan rindu itu
saya dengan tenang dan pastinya akan berkata
mustahil untuk saya lenyapkan kerinduan itu
kerana rindu itu terlalu manis untuk dilupakan
terlalu indah untuk dilenyapkan...

tiada yang lebih istimewa dari kenangan yang sukar ditukar ganti..:)

(Saya Rindu Wai saya ;-( ..Alfatihah buat arwah Wai..Hjh Halijah Ismail)

Tuesday, March 25, 2014

Semoga dipermudahkan semuanya...


Assalamualaikum


Rasanya sejak semalam, dah tersebar pasal MH370. Seluruh dunia bersedih atas apa yang terjadi. Apatah lagi keluarga mangsa yang terlibat kan. memang tak dapat digambarkan macam mana perasaan mereka. Kita yang follow dari awal ni pun sedih.


Saat ni, kita hanya mampu berdoa dan berserah semoga semuanya dipermudahkan olehNYA. semoga pencarian pesawat ke, kotak hitam dan sebagainya dipermudahkan. Kita insan biasa ni memang tak boleh buat apa, sebagai umat ISLAM, kita hanya mampu berdoa pada DIA semoga segalanya dipermudahkan. itu aje lah. kalau pun kita mampu untuk bagi sokongan pada ahli keluarga, alhamdulillah teruskan. mereka pasti sangat bersedih saat ini.


Hentikan segala spekulasi, hentikan. Kita tak tahu apa sebenarnya terjadi. tak perlu untuk kita membuat sebarang spekulasi.




Seterusnya, kita perlu renungi atas apa yang berlaku ni. Sebagai umat ISLAM...kita perlu renungkan. Mungkin ALLAH nak kita sedar apa yang telah kita semua lakukan selama ini, sama ada melanggar apa yang DIA tetapkan, ataupun kita semua dah lama sangat tak berdoa pada NYA, juga mungkin kita lupa serta alpa atas apa yang kita perolehi selama ini. Wallahualam... tak salah rasanya kita ambil pendekatan untuk mengubah sikit sebanyak ke arah kebaikan...


Allahuakbar!!!




Dari NYA kita datang, Pada NYA jua kita kembali...

Semoga ALLAH memberi hidayah dan rahmat NYA ke atas bumi Malaysia ini...aamiin

Monday, March 24, 2014

dua ribu empat belas


Dua ribu empat belas.

Aku mahu tarik satu perubahan ke dalam lingkaran hidup. Kebaikan, keselesaan, ketaatan, keimanan, kebahagiaan. Bermula daripada sebuah rasa 'teringin', aku cuba tekadkan kebolehan agar dapat menolak ku ke hadapan.


Lebih 4 atau 5 tapak ke hadapan.


Simpan, kekalkan semangatku. Biar ia terus hangat. Hangat yang terus panas biar ia marak. Wahai jiwa, sambutlah kuasa ingin ini. Jadikan ia, wujudkan ia.


Terima kasih Allah.

Janganlah (Berharap Kembalinya #MH370)


Janganlah terhempas,
Janganlah tenggelam,
Janganlah meletup,
Janganlah dirampas,
Janganlah hilang lagi,

Timbullah jika ada di air,
Turunlah jika ada di awan,
Tunjukkanlah jika ada di darat,

Sudah lebih 100 jam seluruh dunia menanti.

Janganlah simpati bertukar kepada benci,
Janganlah sedih bertukar menjadi bahan jenaka,
Janganlah segala kekurangan jadi bahan fitnah dan mengata,

Janganlah,
Janganlah,
Janganlah,

Terus menerus berdoa,
Moga ada petunjuk,
Moga ibu yang menanti akhirnya senyum,
Moga anak yang bertanya akhirnya diberi jawapan.

Kembalilah #MH370.

Thursday, March 20, 2014

blogger lelaki memang hebat dalam penulisan entri

Ingin menjadi penulis yang hebat.Perlu ada kreativiti dalam pengolahan bahasa.Susunan ayat yang praktikal dan gaya intonasi yang hebat.



Wah panjang kemain mukadimah saya nie kan.Serius penulisan yang hebat datangnya dari kaum ADAM.Percaya tak percaya pergi terjah blog kaum ADAM.



Dah baca....apa komen anda.Bagi saya,Saya paling suka baca blog yang ditulis oleh kaum adam.Sebab penulisan mereka semuanya hebat-hebat.Susun atur olahan ayat yang digunakan memang senang untuk dfahami.Malahan mereka jarang ,menggunakan bahasa rojak campur macam blog saya nie.. hahaha 



Wah teringin pula nak belajar dari mereka.
Paling saya suka bila entri mereka mempunyai motif dan alasan.


Terus terang, bila saya buka blog. Memang entri blog lelaki yang menjadi keutamaan saya.



Bukan saya nak pilih kasih.Blogger wanita jangan pula marah saya  ok.



Saya  hanya meluah bukan niat untuk mengata.Sebab kita menulis kerana minat.Apa yang kita tulis itu hak kita.Terpulang kepada mereka mahu menerima atau tidak.



Tapi jangan pula lupa...Menulis biarlah dari hati.


Kerana penulisan yang hebat terhasilnya dari hati yang ikhlas.


Tak ada idea..

Berehat untuk berapa minit.


InshaALLAH..terhasilnya penulisan yang hebat.

Monday, March 17, 2014

Hujan rahmat membasahi bumi

Alhamdulillah sejak kelmarin hujan sudah mula turun. Pagi ini merempit ke tempat kerja ditemani hujan. Seronok pula rasa sebab lama tidak mengalaminya. Sungguh rindu bau hujan. Eh ada bau ke?


Hujan yang lama dinantikan. Hujan yang sangat diharapkan. Agar membasahi tumbuhan yang semakin kekuningan.



Bersyukurlah kita dengan apa yang dikurniakan. Sedarlah kita dengan musibah yang satu persatu ditunjukkan. Moga ALLAH permudahkan segalanya. Aminn.



Doakan untuk MH370.


Belum ada Berita #MH370 :(


AssaLamualaikum... 
Nampaknya belum ada berita kemana hilangnya pesawat tersebut. Ya Allah! kita yang bukan ahli keluarga pun runsing dan bersedih, apatah lagi keluarga mangsa yang terlibat. Pelbagai teori dan spekulasi yang timbul, tapi satu pun belum dapat dipastikan. Bersabarlah rakyat Malaysia! InsyaAllah cepat atau lambat dengan izin-NYA segala misteri tentang MH370 akan terjawab. Teruskan berdoa. 

WasSaLam

Friday, March 7, 2014

Budi Yang Baik DiKenang Jua

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang Baik Ku Kenang Jua

Pantun pusaka warisan nenek moyang kita. Walau hati tertanya .. Kat mana lah agaknya Pulau Pandan dan Gunung Daik Bercabang Tiga tu tapi memandangkan bait-bait pantun itu tersangat lah indah .. benda-benda camtu "I dont care lah".

Hrmmm .. Ada masanya, hati kecewa dengan sikap manusia yang lebih suka menjaja aib orang dari mengenang kebaikan mereka. Baik orang kita simpan .. buruk dia*ye ke buruk?* dikhabar-khabarkan. Tapi tak pe .. I always believe in "Kun Fa Ya Kun" .. terjadinya sesuatu peristiwa hanya dengan izin dan restu Dia. Enjoy every moment .. appreciate things happened. Jauh lagi perjalanan .. banyak lagi kerja yang perlu dibereskan .. Way to go .. I got no time to kecik hati kalau orang tak kenang budi. As human .. i have done my best tapi sayangnya kebaikan kita tidak menjadikan mereka bersyukur .. sebaliknya menjadikan mereka leka dan lebih 'demand'. Mereka lupa yang "Life is Two Way Traffic .. Not One Way".

Semakin meningkat usia ni, terasa diri semakin tua!..


Oh no..!!!

Banyak benda yang dulunya sempoi sekarang dah jadi rumit.
 Masalah kecik, boleh jadi besar.

 Dulu mampu ingat semua tarikh-tarikh penting dalam hidup,
Sekarang ni semuanya hampeh.

 Dulu boleh ingat burfday kengkawan , sekarang ni harapkan FB je la.. 

Mujur bufday family members aku belum lupa lagi.. aduhai.. 

Yang makin teruk, Password PC , asik terlupa je.. 

Banyak kali kena block!


Password blog apetah lagi.. aduhai.. 
Tak sedar dah seminggu nie tak jengah pun blog ni..
Mujur jugak password ATM card masih ingat!..
 aahahaha...
 Ape boleh buat.. sabar jela.. sedar diri dah tak muda remaja lagi.. oh...!

ada petua tak?... hee..