JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, May 30, 2012

TERIMA KASIH......BUAT KAMU~~

Hidup mencari ketenangan yang membawa aku terus bersyukur dengan segala rencana Allah...banyak mengajar aku erti sabar ,kasih sayang ,syukur dan segala yang membangkitkan cintaku pada Yang Maha Esa...membuatkan aku sering merindui untuk bertemu denganNya di sejadah yang indah...

Susunan bait-bait kata ini ku tujukan kepada seorang insan yang istimewa dalam perjalanan hidupku ini...seseorang yang dipertemukan Allah dalam keadaan aku memerlukan teman bicara untuk mencari kekuatanku yang hilang seketika...indah rencanaMu Ya Allah...unik perjalanan yang Kau tetapkan...terima kasih Kamu...


duhai kamu..
terima kasih atas segalanya..
tidak kan jemu aku ucapkan..
perhubungan terbina atas kehendakNya..
diserta petunjukNya...
Kamu..
kehadiranmu sungguh membahagiakan..
kedatanganmu tidak menyusahkan....
hari-hari bersamamu adalah hadiah terindah..
masa-masamu adalah anugerah tidak ternilai..
nasihat-nasihatmu adalah sisipan kekuatanku..
gelak tawamu adalah hiasan bahagia..
senda guraumu adalah lakaran gembira..
tidak jemu bila mendengar kau berbicara..
sering kau buatku tersenyum...
pernah teralir airmata..
bukan kerana benci....
cuma antara hiasan didalam perhubungan ini..
tapi aku tetap bahagia..
kamu..
tidak terluah dek bicara
betapa aku bersyukur ditemukan seseorang sepertimu..
tidak tertulis bait kata-kata
betapa aku bahagia atas kehadiranmu..
mengenalimu membawa aku terus mengejar redha Ilahi..
mengenalimu mengajar aku semakin merindui syurgaNya...
syukur Ya Allah..
maafkan ku jika...
aku ini menyusahkanmu...
aku ini menyakiti hatimu...
kamu..
moga tiada sengketa antara kita..
moga tiada kebencian di hatimu terhadapku..
moga tiada sesalan dihatimu dalam menjadi pendampingku..
pesanku..
jaga dirimu..
jaga kesihatanmu..
jaga imanmu..
jaga solatmu..
dan..
aku menyayangimu kerana Allah....

>>BUATMU......tulus dari hatiku buat dirimu...juga nukilan kenangan buatmu<<

Tuesday, May 29, 2012

BURUK ITULAH YANG BAIK...

Kadang-kadang hidup kita gembira...kadang-kadang hidup kita sedih...resah dan terasa diri kita dipermainkan...tapi semua itulah warna-warna hidup..Allah ingin melihat siapa diantara kita yang benar-benar ikhlas kerana Allah...Kadang-kadang terasa malas melayan orang di sekelilingku...sebabnya mereka hanya selalu melakukan perkara yang membuatkan hati kita terasa... yang terbaik..mendiamkan diri dan tumpukan pada diri kita...tapi..sikap itu akan menjauhkan diri kita dengan orang lain...

Bila kita baik dengan orang ,orang akan ambil kesempatan..bila jauh orang mengata pulak...pelik sungguh manusia sekarang...susah nak mencari yang baik...~hatiku bermonolog~..sampai bila pun tak akan jumpa jawapan...aku melihat orang sekeliling aku...semuanya hanya mencari kepentingan diri sendiri..berdiam diri buat sementara waktu...uruskan diriku buat sementara waktu...

Pelik sungguh aku melihat orang di sekelilingku....orang yang kita lihat baik dari segi luaran...itulah sebenarnya yang sering menjatuhkan kita...tapi orang yang kita lihat tidak baik di mata orang lain itulah sebenarnya yang akan menolong kita bila kita dalam kesusahan...mereka jugaklah yang akan bersungguh-sungguh yang membantu kita dalam kesusahan...mana perginya kawan-kawan atau teman-teman yang dikatakan baik... (baik dari pakaian..ucapan..) dari luaran..dari segi zahir...tiada...semua lesap menghilang....

~itulah dunia....Allah ingin kita menilai yang baik dan yang buruk....ingatlah...tak semestinya yang kita lihat buruk itu buruk...dan tak semestinya yang baik itu baik...nilainya dengan iman bukannya dengan nafsu...dan ilmu kita sendiri....~

Yang paling utama..jaga hubungan kita dengan Allah..dan cuba jadi yang terbaik...tak perlu melihat atau meniru orang lain....Allah akan berikan yang terbaik buat kita...kerana Allah tahu apa yang tersirat mahupun tersurat dalam diri kita...jaga iman kita...jaga kelakuan kita...kita buat kerana Allah bukan kerana manusia....bila kita buat kerana manusia..sampai bila kita rasa tak cukup..tak senang duduk...tapi bila kita buat kerana Allah...hati kita akan senang...

Jom muhasabah diri... selamat beramal....

Friday, May 25, 2012

Bila rindu... :'( balik2 rinduw....


Salam....

Tiada apa yang aku nak cakap.....
Melainkan rasa rindu yang teramat sangat pada seseorang.
Rasa rindu yang tak boleh diungkapkan dengan bicara..
walau aku tahu dia ada..dan dia bisa mendengar jika perkata itu aku luahkan...
Tapi aku tak mampu lakukan semua itu....kaku...

Biar aku sorang je yang tahu tentang hadir nye rasa itu....
Biar aku sorang yang tanggung rasa itu....
Biar aku sorang je hadapi rasa itu..
Biar aku dan Allah saje yang tahu akan indah anugerah rasa itu....

Kerana aku insan lemah..
kerana aku hanya mampu berharap...
kerana aku ingin meluruskan rasa....

Agar rasa rindu itu sentiasa dalam rehda mu Ya-Allah...


p/s Ya Allah sampaikan salam rindu ku pada nyer..sesungguhnyer aku amat merindui MU dan Kekasih Mu....

Thursday, May 24, 2012

MELEPASKAN RINDU


Melepaskan rindu, pada sebuah doa..

Bukan twitter jadi medan,
Bukan facebook jadi tatapan,
Bukan taman jadi tempat pertemuan,

Hanya pada Tuhan keluhan hati dikhabarkan.


P/S : AKU CINTA AKU RINDU ;'( (Entry Jiwang Demam Rindu)

Wednesday, May 23, 2012

mood demam =(

entry dua puluh tiga Mei dua ribu dua belas

takde jiwa nak buat ape-ape...sengsaranye.. hanya tuhan yg tahu..

hidung tersumbat.. macam ada gam.... =(
tekak sakit macam ade luka dalam =(
kepala berat macam ada tong gas... =(
ok ini tanda orang demam rindu!!!

demam oh demam
demam rindu
=(

~ nak cool fever yg lekat kt dahi tu~

P/S: demam & perlukan tido sahaja.. ohhoohhooo..Hidupku dipenuhi ubat-ubatan minggu ini..
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu ini menghadapi segala dugaanmu

Tuesday, May 22, 2012

cinta kerana Allah...Barakah...


Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
Tapi kata “Cinta kerana Allah”
Aku mendengarnya saat diriku mula berfikir secara matang..
Lalu apa maknanya “Cinta kerana Allah” itu?
Jika sekarang aku mengatakan
“Kekasihku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Dan Ketika kita duduk bersama dan perbicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Kekasihku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….

Amin.

Friday, May 18, 2012

AKU CINTA KAMU KERANA....

" Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terlentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah..."


Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia.Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt…kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.


Aku & Dia : Mari bercinta kerana Allah swt...

Thursday, May 17, 2012

Al-fatihah buat Nendaku


UPDATED STATUS FB ku hari ini :

" genap seminggu pemergianmu buat selama-lamanya..masih segar di ingatanku pada ketika ini ialah saat dimana kali terakhir aku mendengar suaramu..Al-fatihah buat Nendaku Hjh Halijah bt Ismail yg telah kembali menghadap pemilikNya pada 10 May 2012..Dari Allah kita datang dan padaNya pasti kita dikembalikan.."

Fikiranku bercelaru. Runsing, sebak dan bermacam lagi. Aku tahu, ALLAH sedang berbicara tentang SABAR, SYUKUR, IKHLAS, dan REHDA denganku dan semua orang yang ada di sisiku. Namun, aku hanya manusia biasa yang lemah. Ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk menempuhi semua ini dan berilah petunjuk kepada kami untuk melalui semua ini.

I'm gonna miss her for sure.

To the muslim readers of my blog,may I humbly ask your favour to 'sedekah' al-Fatihah for my late grandma.Her name is Hjh Halijah bt Ismail.Thank you and may Allah bless us all.Amin..

Thursday, May 10, 2012

Moga ALLAH kasih dan REDHA

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa khabar iman dan hati semua?Tak mampu berkata-kata lebih jauh.Saat-saat diuji adalah saat muhasabah terbaik. Ujian tak lain tak bukan tanda kasih sayangNYA.Moga ALLAH redha diri ini dan kasih.Hajat doa dari semua yang sempat membaca entri ini.

Damba kasihMu ILLAHI

DOA

Kaki melangkah keluar
Wad Orkid ICU kau ditempatkan,
Deraian air mata dan doa,
Menuntuti ekor mataku,
Tidak mampu melihat dirimu
Terbaring lemah…
ALLAH uji dirimu.


“ Beberapa minggu sebelum itu nendaku dalam condition kesihatan yang tidak stabil. Sekarang ,dia di ICU melawan kesakitan”


Nendaku,
Moga senantiasa tenang,
Moga hati sentiasa ingat DIA,
Ku terlalu rindu wajahmu.

Dikau mampu!
Moga cepat sembuh, agar jalan-jalan kehidupan dapat kita susuri bersama.

Sahabat yang lain, maafkan diri ini tidak berhasil
Menghantar mesej-mesej meminta doa,
Kerana diri terlalu hiba.
Moga ALLAH kasih semua

Sahabat sekalian mari tolong doakan Nenda saya,moga disembuhkan ALLAH.

InsyaAllah.

Wednesday, May 9, 2012

Solehah Penyejuk Mata

Ya Allah....Lindungilah aku... Perliharalah aku... Jadikan aku Wanita Solehah yang Tabah dan Cekal dalam
menempuh segala ujian mu dalam meneruskan hidup dan perjuangan sebagai Muslimah sejati yang sentiasa
dekat disisiMu Ya Rabb...

Aku hanyalah Hamba Mu yang amat lemah dan mengharapkan sedikit kekuatan dari Mu Tuhan yang maha Esa....
Perliharalah Hati ku supaya sentiasa dekat disisi Mu...

Amin Ya Rabbal Alamin.....

Monday, May 7, 2012

Ya Allah ya Tuhanku..

Ya Allah ya Tuhanku..

aku yakin, dugaan ini, ada hikmahnya..
akan meningkatkan keimanan ku..
akan menambahkan ketakwaan ku..

Ya Allah ya Tuhanku..

Hamba mu ini terlalu lemah ya Allah..
masih menangisi ujian yang telah Kau titipkan pada ku hampir setahun yang lalu..
dan kini, satu ujian yang maha hebat didatangkan kepada ku..

Ya Allah ya Tuhanku..
Sanak-saudaraku kelu tidak terkata..
Teman sejati ku terpinga-pinga
Apabila melihatkan ujian yang Kau berikan kepada ku.
Mereka sedih dan pilu melihat titisan air mata di pipiku...
Namun, semua sepakat mengatakan..
"Allah mengujimu....Yang terbaik akan datang...bersabar wahai saudariku"

Ya Allah ya Tuhanku..
Aku yakin janji-janji Mu yang telah tertulis dalam Al-Quran, kitab yang suci
Aku yakin, Kau tidak akan mengujiku melebihi kemampuanku...

Ya Allah Ya Tuhanku..
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang....
Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar... Kau mendengar rintihan hatiku setiap malam
Wahai Tuhan Yang Maha Melihat... Kau melihat titisan air mata ku dan kesungguhan ku menanggung derita

Ya Allah...tingkatkan kesabaranku...
Kekalkan kewarasanku..



YA ALLAH.....Bantu hamba mu ini...

decide


Saya rancang...Dia tentukan
Saya merancang...Dia menentukan
Saya tak rancang...Dia merancang
Saya meminta...Dia tak berikan
Saya tak minta...Dia berikan
Saya tak minta...Dia tak berikan

Dia Maha Mengetahui dan lebih tahu apa yang terbaik buat diri...jadi..ketentuannya...diterima dengan hati terbuka..kalau tak terbuka..diusahakan moga terbuka hati itu..selusuri rancangan Dia...dengan penuh redha...Yakin benar...ape yg Dia rancang dan beri untuk saya...adalah kerana Dia mahu saya begitu.... Kasihnya Dia pada saya...kerana Dia mahu yg terbaik buat saya....


Wednesday, May 2, 2012

Menunggu dengan SABAR, Meminta dalam SOLAT dan DOA

Aku sedang berhajat sesuatu perkara yang besar daripada Allah. Perkara yang berkaitan kehidupanku selepas ini. Semoga Allah perkenankan hajat aku. Aku masih menunggu hingga ia benar-benar pasti buat aku.

" Allah sedang menghantar khabar gembira buat aku, tetapi ia masih menunggu masa yang sesuai untuk tiba kepadaku, harap aku menunggu dengan SABAR, dan sentiasa meminta dalam SOLAT dan DOA"

Aku tidak perlu bimbang dengan perancangan Allah kerna Allah akan memberikan yang terbaik buat aku. InsyaAllah.. (",). Semoga apa yang aku inginkan itu adalah yang terbaik buat aku.

Ameen ya Allah..